Isnin, 27 Oktober 2008

LAPAN HARI LAGI – BARACK OBAMA

Lapan hari lagi Amerika menyambut kemenangan Barack Obama.
Lapan hari lagi seorang jantan kulit hitam menjadi Presiden Amerika
Lapan hari lagi dunia memperbaharui harapan

Lapan hari lagi dunia akan merayakan demokrasi Amerika

Sebelum lapan hari sampai bezakan Cocoa Cola dengan Pepsi Cola

Sesudah lapan hari nanti perang pasti berterusan di iraq
Sesudah lapan hari 140 buah kem soldadu Amerika diseluruh dunia tidak berganjak
Sesudah lapan hari guantanamo bay masih lagi kamunting

Hitam dan putih
Putih dan hitam
Tidak ada makna
Pepsi Cola dan Coca Cola
Semunya mewakili kaum pemodal

Rakyat dunia ketiga waspadalah
Yang hitam ini lebih ganas menindas yang hitam kerana hitamnya

Melayu waspadalah kerana Ketuanan Melayu lebih ganas menipu kerana melayunya




UCAP SELAMAT MENYAMBUT CAHAYA DEWALI

Rawana melarikan sita
Rama mencari ke seluruh benua
Hutan diredah
Gunung di daki
Lurah di turuni
Laut di renangi
Sita wajib di temui kembali

Maka bertemulah rama dengan rawana
Maka bertemulah rama dengan sita
Maka dewa di langit pun turunlah membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Maka bertempurlah yang baik dengan yang jahat
Bergempita seluruh alam
Langit pecah awan terburai
Gunung runtuh
Lurah terkambus
Sungai muntah
Laut bergelora

Maka dewa dari langit pun turunlah membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Tujuh petala langit
Tujuh petala bumi
Rama memburu rawana
Yang jahat akan dilawan
Yang zalim akan di tentang

Lalu dewa turun dari langit membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Maka dibunuh rawana oleh rama
Maka dibunuh yang jahat oleh yang baik
Maka bertemu kembali rama dan sita

Api pun dibakar menyambut dewa krishna
Api pun dibakar untuk menguji kesetiaan sita
Api kesetiaan membawa cahaya

Hari ini anak semua bangsa menyambut kedatangan cahaya
Hari ini anak semua bangsa besedia melawan jahat angkara
Ucap selamat menyambut cahaya dewali
Ucap selamat makkal sakthi!




SAEKOR LAGI KANG KONG BERSUARA - TAPAK WARISAN HANYA GUNA BAHASA MALAYSIA - malayau

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Status Georgetown sebagai tapak warisan dunia tidak sesekali boleh menghalalkan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di bandar itu.

Tokoh sejarah dan ahli politik berpendapat, soal bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh digantikan fungsinya bagi kegunaan rasmi kerana ia termaktub dalam akta dan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, pemberian status warisan sejarah tidak bermakna apa yang berlaku pada masa lalu perlu ditonjolkan semula kerana hari ini prosedur dan perundangan adalah berbeza.

Beliau berkata, apa yang lebih penting kerajaan negeri kena memastikan pemuliharaan tapak-tapak bersejarah di Georgetown agar status tapak warisan terus dapat dipertahankan.

''Kita tidak boleh guna alasan warisan. Kita sudah merdeka 51 tahun, jadi Malaysia ada identiti melalui perundangan. Maka prosedur ini kita kena hormati oleh semua pihak termasuk di peringkat negeri.


kah kah kah…. saekor lagi kang kong bersuara…. kah kah kah…. woit kang kong…. selama ini kamu buta ke nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION itu dalam bahasa apa ?.... kah kah kah…. kenapa kamu tidak berani bersuara…. kah kah kah…

kang kong kamu buta ke nama KL CENTRAL….kah kah kah
kang kong kamu buta nama KLCC…. kah kah kah
kang kong kamu buta ke nama KLIA…. kah kah kah

kenapa kamu tak heboh…. heboh laaa sikit…kah kah kah... loncat loncat lah sikit...kah kah kah

kang kong nak tanya sikit... kenapa nama mahkamah di putrajaya itu PALACE OF JUSTICE bukan ISTANA KEADILAN….. kah kah kah… takut nanti PKR datang duduk di putrajaya???…kah kah kah

KEKALKAN SAINS, MATMETIK DALAM BAHASA INGGERIS - melayau

BANDAR JENGKA 26 Okt. - Kerajaan diminta mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia memberi kesan positif terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.

Pelbagai pihak yang ditemui di sini berpendapat, langkah mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah relevan dalam melahirkan generasi yang fasih bahasa itu.

Ketua UMNO Cawangan Jengka Satu, Abdullah Ani berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek itu amat perlu kepada pelajar di negara ini.

''Pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik akan memberi kesan negatif terhadap usaha meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.


kah kah kah…. ini berita pelik pulak….. cakap nak guna bahasa melayu… berbuih-buih mulut kang kong bersuara…. ini nak guna bahasa inggeris pulak…. kah kah kah… yang mana satu betul…. kang kong ke atau gerombolan? … kah kah kah




NAJIB MAHU KEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN ABDULLAH - malayau

IPOH 26 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengekalkan hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas peralihan kuasa Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, program yang sedang dilaksanakan akan diteruskan termasuk misi nasional, Islam Hadhari dan projek pembangunan koridor.
-

kah kah kah…. bila pulak munkee munkee ini bergaduh…. kah kah kah…ini macam, nak pasang jerat nak tangap munkee yang mana?.... kah kah kah..

islam hadari… kah kah kah… hebat kita akan dapat imam mat mongol…. kah kah kah… kita boleh pergi masid naik eurokopter…. kah kah kah… kita boleh pergi haji naik kapal selam…. kah kah kah…

dan bik mama boleh pergi bershoping ke london naik jet sukhoi…. kah kah kah



SHAHRIR DEDAH TERIMA SMS UGUTAN POLITIK - malayau

JOHOR BAHARU: Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbau ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak bermulanya mesyuarat perwakilan Umno bahagian dua minggu lepas.

Penghantar mesej itu dengan angkuhnya menurut Shahrir, meminta Umno Bahagian Johor untuk mencalonkan dua ahli politik tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan Mac tahun depan.


"Mesej itu meminta kita menyokong dua tokoh itu...kalau tidak dan jika menang kedua mereka, bahagian Johor Baharu tidak akan disokong, akan ditindas dikenakan tindakan," katanya tanpa menamakan siapakah dua ahli politik yang dimaksudkan itu.

kah kah kah…. gerombolan UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION dah mula ugut pemimpin…. kah kah kah…. mula-mula bagi duit rasuah…kah kah kah…tak dapat duit rasuah baling kerusi…. kah kah kah…tak cukup duit rasuah ikut macam hindraf … berdemo…. kah kah kah… masih tak cukup duit rasuah hantar ugutan…. kah kah kah…

hidup subcon… kah kah kah….hidup kontrektor bumiputera…. kah kah kah…hidup KETUANAN MELAYU…kah kah kah