Jumaat, 19 Disember 2008

JEMPUTAN MENONTON MALAM ESOK !!!







UNTUK MERAYAKAN HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA

MAJLIS PEGUAM - GERAKAN MANSUHKAN ISA - DAN TEATER BUKAN TEATER:

MEMPERSEMBAHKAN : BILIK SULIT


TEMPAT : Dewan Majlis Peguam
No: 13,15&17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur
(di belankang Pasar Seni/Central Market)


PADA : 20,21,22, 23 Disember 2008/ RM10 ( Derma untuk keluarga tahanan ISA)

SILA TALIPON UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT DUDUK : 012-465- 16-71 dan 012-384-29-72

Sila tempah awal dan pilih hari yang sesuai kerana tempat terhad.

SELAMAT MENONTON

SAKSI KES RAJA PETRA PULA HILANG – MalaysiaKini



Gan Tack Guan – polis yang membuat laporan terhadap tulisan Raja Petra yang mengatakan Rosmah bini Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya telah menghilangkan diri. Dia tidak datang ke mahkamah untuk menjadi saksi di perbicaraan Raja Perta kelmarin.

Gan Tack Guan adalah saksi ke lima untuk pihak pendakwa.

Peguam Raja Petra Gobind Singh Deo hairan kerana ini bukan kali pertama Gan tidak hadir ke mahkamah.

Sebagai pegawai polis Gan seharusnya tahu tanggung jawab. Yang lebih menghairankan ialah saksi inilah yang membuat laporan polis terhadap tulisan Raja Petra yang bertajuk : Let's send the Altantuya murderers to hell atau Mari Kita Hantarkan Pembunuh-Pembunuh Altantuya ke Neraka.

Pelik lagi hairan Gan Tack Guan juga adalah ketua pegawai penyiasat utama dalam kesa pembunuhan Altantuya Shaariibu.



kah kah kah…. sorang lagi hilang… mula mula altantuya hilang…. kemudian bala hilang… ini gan pulak hilang…. kah kah kah…. tak lama lagi razak baginda pulak akan hilang… tak percaya tunggu.... kerana karpal singh hendak membuka kes ini semula…. kah kah kah....




SIME DARBY ROMPAK HARTA ORANG RAMAI - DOLAH TAK SUKA TAPI NAJIB SUKA


KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu jaminan daripada Sime Darby Bhd, yang berminat membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd, supaya meneruskan khidmat pusat perubatan jantung terkenal itu kepada golongan berpendapatan rendah.

"Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, maka mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat.

"Ini juga bergantung kepada banyak syaratsyarat lain," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Jelas beliau, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju terhadap cadangan Sime Darby untuk membeli kepentingan dalam IJN, yang dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan.

"Andaian mereka sekiranya pusat itu dijadikan milik swasta, bayaran perubatan akan menjadi lebih tinggi dan tidak akan dapat dinikmati oleh golongan tersebut," katanya.

Sime Darby dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memperoleh pegangan dalam syarikat yang mengendalikan Institut Jantung Negara itu yang kini merupakan pusat perubatan jantung utama di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, kerajaan tidak menghalang hasrat Sime Darby Bhd untuk menguasai pegangan dalam IJN tetapi konglomerat itu perlu memberi jaminan akan mengutamakan golongan miskin.


kah kah kah… KONGLOMERAT ITU PERLU BERI JAMINAN AKAN MENGUTAMAKAN GOLONGAN MISKIN ….PORAAAAAAAAh poraaaah…. ….

woit…. lum jadi pm lagi…. mat mongol dah tunjuk belang…. bbis harta negara kena jual…

kah kah kah….pasal apa kongo kongo merat ni nak ambil hospital orang ramai….. cakap kongo merat… buatlaaa niaga tempat lain …. di new york ke…. di dubai ke…. ni ambil harta orang ramai…. ni mesti dah ada kautim…. kah kah kah…

kah kah kah….sila cari siapa di belakang rompakan ini…. kah kah kah…

woit…. mat ngantuk ada juga rasa belas pada rakyat… tapi mat mongol udah bersedia nak baham harta orang ramai….. waspada!!!....

woit… jangan lah tipu orang melayu…. mana ada hospitalis nak tolong mak cik felda…. mana ada kongo kongo merat….nak tolong rakyat…. nak rompak harta rakyat adalah…. Janganlaaa bodohkan orang mealayu…. Hentikan laaa projek membodohkan orang melayu…. bagilaa orang melayu berpeluang berfikiran kritikal…. dah ramai melayu bodoh …. cukuplaa…. dah lama kena tipu… hentikan laaaa…





MB KECEWA, JKR ENGGAN SEARH LAPORAN BUKIT ANTARABANGSA - MalaysiaKini



Jabatan Kerja Raya (JKR) enggan menyerahkan laporan geoteknikal kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dua minggu lalu kepada kerajaan Selangor.

Tindakan jabatan itu menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengumumkan tindakan selanjutnya kerajaan negeri, yang dijadual diumumkan pagi esok kepada penduduk.

Selepas mesyuarat exco semalam, beliau berkata kerajaan Selangor sedang menunggu laporan status keselamatan tanah di sekitar kawasan tragedi 6 Disember lalu daripada JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Laporan siasatan Ikram juga tidak diserahkan kepada kerajaan negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

JKR memaklumkan keputusan itu kepada kerajaan negeri tengah hari tadi, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.


woit…. UNTUK SEMUA PENYOKONG PAKATAN…. INI SATU LAGI SEBAB KENAPA PAKATAN MESTI AMBIL ALIH KERAJAAN PERSEKETUAN….

woit…. ini sabotage… tak nak bagi kerajaan selangor bergerak dan melakukan tugas… sapena mereka ke mahkamah…. bawa yang bertanggung jawab ke hadapan mahkamah…. test undang undang rasuah mat ngantuk….. betul ke atau hanya kelentong…

Warga bukit antrabangsa patut bertindak….. bertindak cepat…. Apakah ada unsur rasuah??? … kalau tidak ada kenapa tak benarkan laporan diumum untuk orang ramai… woit…. sapa bayar gaji jkr ni….