Khamis, 12 Februari 2009
SAMAN - JUMAAT ESOK 13 FEBUARI 2009 – JAM 11.00 PAGI DI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR
Menteri Besar Perak Saudara Nizar Jamaluddin akan datang ke Kuala Lumpur Jumaat pagi.
Saudara Nizar akan pergi ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi.
Beliau akan menyaman kerajaan Perak yang baru ditubuhkan sebagai kerajaan yang tidak sah di segi undang-undang.
Beliau akan mengajukan permohonan mahkamah untuk megistiharkan Kerajaan Barisan Nasional di Perak sebagai kerajaan haram.
Beliau juga akan memmohon kepada mahkamah untuk mengistiharkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah di segi undang –undang di perak.
Beliau menjemput semua rakyat datang bersama ke Mahkamah Tinggi untuk menyaksikan beliau menyampaikan saman.
Orang ramai yang di jemput datang diminta bertata tertib sepanjang masa.
PROJEK MEGA MAKAN TUAN - KESAH BENAR - HOT !!
Dolah Badawi terperangkap dalam lift selama 30 minit pagi tadi.
Lift ini di Putrajaya International Convention Centre.
Inilah projek mega yang sudah mula runtuh rantah.
Berapa ratus juta pemaju sudah kaut.
Siapa main con dan berapa puluh sub con yang meniaga atas angin.
Siapa kontrektor projek ini? Ini macam kerja kontrektor dari Senaling.
Pengalaman membuat jamban sekolah di Batu Kikir kemudian membuat Convention Center.
ah kah kah kah..... kah kah kah.
BARU MASUK !!! PUNGUTAN SUARA MERDEKA CENTER
MERDEKA CENTER
Culaan suara ini dilakukan kepada pengundi berdaftar di Perak. Culaan ini di kendalikan oleh Merdeka Center pada 8hb Ferbuari 2009.
APA YANG DI TEMUI :
- 74 peratus berpendapat Dewan Undangan Perak wajib di mansuhkan sebaik sahaja tiga Adun PKR berpaling tadah.
- 76 peratus berpendapat ‘ orang ramai, melalui pilihanraya yang seharusnya mendirikan kerajaan’.
- 62 peratus berpendapat ‘peranan Istana membuat keputussn’ bermakna Istana tidak mengitiraf kemahuan rakyat
- 66 peratus berpendapat mereka tidak dapat menerima kerajaan negeri yang didirikan melalui ‘ berpaling tadah ’.
- 59 peratus merasakan krisis di Perak ini akan menghakiskan lagi sokongan orang ramai terhadap Barisan Nasional
Secara keseluruhan culaan ini berpendapat MB dan BN boleh duduk di kerusi kerajaan Perak tetapi ramai rakyat Perak tidak menghalalkan kuasa mereka.
HOT HOT HOT !!! LAGI BERITA DARI HOLLYWOOD !!!
LAPORAN SPRM TERHADAP ZAMBRY – Mkini
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamby Abd Kadir hari ini.
Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.
Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.
Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi.
Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.
"Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.
kah kah kah… INI LAGI BEST…BUAT UNDANG- UNDANG SENDIRI..kah kah kah
woit… INI BARU BETUL BETUL SULTAN…. kah kah kah
kah kah kah… BERAJA DI MATA BESULTAN KE BANK… kah kah kah
kah kah kah…. BARU MASUK KANDANG DAH MULA MENGEBAS…kah kah kah
woit.. MANA DIA LEMBU MAT EZAM YANG SUKA MELEMBU TU?... kah kah kah
kah kah kah…. LEMBU LEMBU GERAK YANG TIDAK BERGERAK GERAK ….kah kah kah
BERITA BARU MASUK ! HADIAH OSCAR KECOH DI LOS ANGLES BRADD PITT BENGANG - DADAH DITEMUI
LAPORAN SECARA LANGSUNG - SILA JANGAN BETULKAN SALURAN ANDA
Penguam pembela yang di tuduh tanya : MACAM MANA KAMU TAHU ?
Saksi yang menuduh jawab :. SAYA TAHU LAH…
Peguam pembela yang dituduh tanya : TAHU MACAM MANA ? BAGAIMANA KAMU TAHU ?
Saksi yang menuduh jawab : TAHU MACAM TAHU LAAAA…
Peguam pembela yang dituduh tanya : ADA KAMU LAKU KAN SIASATAN ?
Saksi yang menuduh jawab : DAH TAHU TAHU TAK PERLU SIASAT.
Peguam bela yang di tuduh bertanya : TIDAK SIASAT MACAM MANA TAHU ?
Saksi yang menuduh jawab : SAYA TAHU LAH…
Peguam pembela yang di tuduh tanya: KAMU INI BODOH KE BANGANG ?
Saksi yang menuduh jawab : SEMUA ORANG RAMAI TAHU
Peguam pembela yang dituduh jawab : DARI MANA ORANG RAMAI TAHU ?
Saksi yang menuduh mula-mula berpeloh-peloh. Kemudian dia sendawa. Kemudian menguap. Kemudian dia terkentut. Akhirnya menangis.
Tiba-tiba PENDAKWA masuk mencelah : SI MAMAT INI PENGADU BUKAN PENYIASAT.
ah kah kah… kah kah kah…. kah kah kah
woit… INI PENDAKWA KE ?... ATAU TUKANG BELA ….kah kah kah
woit … ATAU TUKANG TUTUP CERITA……kah kah kah
( untuk mengikuti laporan sukan ini sila jangan ubah saluran tv anda)
TIADA KETERANGAN DIREKODKAN DARI TPM - SAKSI
PETALING JAYA: Saksi kelima pendakwaan, DSP Gan Tack Guan, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa tiada keterangan direkod daripada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes hasutan membabitkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin.
Penolong Pengarah Pusat Biro Nasional/Interpol itu berkata, ini kerana siasatan polis mendapati Timbalan Perdana Menteri itu tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Beliau (Najib) tidak dipanggil untuk memberi keterangan setelah segala siasatan pihak polis dijalankan dan mendapati beliau tidak terlibat dalam kes ini," katanya.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Raja Petra, Gobind Singh Deo, membantah dengan mendakwa bagaimana Gan boleh menyata sedemikian sedangkan tiada sebarang keterangan direkodkan daripada Najib.
"Bagaimana awak boleh mengetahuinya sedangkan tiada sebarang keterangan diambil, tolong jangan main-main, keadaan kes ini terlalu teruk," kata Gobind.
Ketika disoal balas oleh pihak pembelaan, Gan tetap bertegas dengan menyatakan tidak perlu untuk menyiasat atau mengambil sebarang kenyataan daripada Najib kerana tiada unsur penglibatan beliau.
Keadaan menjadi tegang selepas Gobind kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Gan ketika menjawab soalan itu.
"Saya maksudkan kes yang sedang berjalan di hadapan mahkamah ini tidak perlu siasat Najib walaupun nama beliau ada disebut dalam kandungan lampiran A (artikel Let's Send the Altantuya Murderers to Hell).
"Dalam proses penyiasatan kita perlu lihat pembabitan seseorang. Kena ambil kira semua itu. Semua saksi sememangnya penting tetapi dalam kes ini, Najib tidak terbabit langsung jadi tidak perlu ambil keterangan beliau," kata Gan.
Pada 10 Okt tahun lepas, Gan menyatakan sebagai ketua penyiasat pembunuhan Altantuya beliau bertanggungjawab membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, pada 30 April 2008, berhubung artikel itu kerana terdapat isu dibangkitkan tidak benar dan diadakan.
Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor, membantah soalan Gobind yang menurutnya cuba membawa elemen politik kerana saksi kelima itu tidak mempunyai kuasa untuk memberi jawapan terhadap soalan berkenaan.
"Saksi adalah pengadu dalam kes ini dan bukannya pegawai penyiasat jadi beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang cadangan bagi proses pendakwaan," katanya.
Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 59, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk "Let's Send The Altantuya Murderers To Hell" dalam laman web www.malaysiatoday.net pada 25 April 2008.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung Khamis ini. BERNAMA
YANG MANA SATU ADIK YANG MANA SATU ABANG ?
SAYA TIDAK TERLIBAT DALAM POLITIK – HARUSSANI – malayau
IPOH 11 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, beliau belum terfikir untuk terlibat dalam politik dan menjadi calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Katanya, buat masa ini, beliau lebih selesa dengan jawatan yang disandangnya itu.
“Saya tidak terlibat dengan politik, minta maaf lah,” katanya ketawa kecil ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
kah kah kah… kah kah kah… kah kah kah…
kah kah kah… POLITIK ?.... kah kah kah
kah kah kah… TAK TEDRLIBAT???.... kah kah kah
PEMIMPIM MUDA BERKUALITI - melayau
PUTRAJAYA 11 Feb. - Barisan pemimpin muda perlu memiliki kualiti kepimpinan sebenar ke arah memperkasakan lagi sektor perkhidmatan awam pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kemampuan golongan tersebut bukan setakat mengenal pasti objektif utama organisasi, tetapi juga berupaya memastikan setiap kakitangannya bekerja ke arah yang ditetapkan.
''Bila membuat sebarang cadangan penyelesaian kepada masalah yang timbul, fokus kepada perkara yang jelas dan mudah difahami oleh kakitangan.
''Keduanya, mereka perlu berupaya memberi rangsangan kepada kakitangan untuk mencapai sasaran dan memberi fokus untuk mereka menyelesaikan masalah yang utama," katanya.
kah kah kah…. BETUL… BETUL … BETUL….kah kah kah
kah kah kah… MACAM MANA BORANG ALTANTUYA BOLEH HILANG?..kah kah kah…
kah kah kah …INI PEMIMPIN MUDA TAK ADA KUALITI … kah kah kah..
kah kah kah… KALAU ADA MASAALAH NAK SCHOLARSHIP BOLEH DATANG JUMPA…. kah kah kah…
woit… KALAU TIDAK ....BOLEH ANGKAT SUMPAH…. kah kah kah
10 BULAN BOLEH SELESAI - 50 TAHUN SATU HABUK TAK JADi - Mkini
KERAJAASN PAKATAM PERAK BERJAYA SELESAI ISU-ISU TERTUNGGAK
Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.
Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:
- Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
- YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
- Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
- Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
- Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
- Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
- Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.
Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.