Rabu, 3 Jun 2009
BAHAYA NYA !!! LARI DARI DARI BAHAYA !!!
MELARIKAN DIRI DARI JADI HAMBA – DI SEKSA DAN DI ROGOL - mkini
Tiga gadis dari Indonesia mengakui bahawa mereka telah dijadikan hamba oleh tuan empunya syarikat penyedia makanan di Sungai Siput Perak.
Mereka telah berjaya melarikan diri.
Salah seorang dari gadis ini telah juga menuduh sang majikan telah meperkosa dan merogol..
Three Indonesians who claimed to have endured slave-like conditions at a food-catering business in Sungai Siput, Perak, have managed to escape the clutches of their employer.
Their allegations against him ranged from rape and physical abuse to denial of their salaries and basic rights.
They had been working at the food outlet for between a year and two years.
At 6am yesterday, they escaped with the help of fellow-workers and made their way to Ipoh where they approached DAP Buntong assemblyperson A Sivasubramaniam for help.
He took them to the Buntong police station where they lodged separate reports against their employer.
In her report, Atik Kusiati, 26, said she had recently been raped by her employer and that she had endured physical abuse during her two years of service.
“I was tortured by my boss and punched in the face,” she said.
She pointed to her swollen eye and also claimed to have sustained injuries to her head.
Similar stories of physical abuse were narrated by the other two, Majayeni (only single name available) and Firawati Iswahyu Ningdiyah, both 23.
KAH KAH KAH…
woit… PASAL APA NI….kah kah kah..
kah kah kah… INI SINDOROM APA NI…kah kah kah…
kah kah kah… INI SINDROM….RAJA BUREK … RAKYAT NYA RINTEK KE?.... kah kah kah...
woit... INGAT NI ZAMAN HANG TUAH HANG JEBAT KE ?.... kah kah kah..
kah kah kah... ROGOL SANA.... ROGOL SINI... kah kah kah
BIAR BETUL
BANGUN REAKTOR NUKLEAR – PM - bernama
JEJU, Korea Selatan 2 Jun - Malaysia berminat mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan reaktor nuklear berskala kecil untuk menjana tenaga kerana ia lebih selamat dan murah berbanding loji janakuasa yang menggunakan arang batu.
Perdana Menteri, Najib Razak berkata, Korea Selatan mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam teknologi reaktor nuklear berskala kecil dengan 40 peratus daripada keperluan tenaga dalam negaranya dibekalkan melalui pelbagai jenis reaktor nuklear, bersaiz besar dan kecil.
(Nota: Tak ada apa nak cakap)
AL-KESAH TERSEBUTLAH
CERITERA ITU DI TERUSKAN LAGI
Maka mengikut kata tuan yang empunya ceritera Tun Bodek pun duduklah dikelilingi para juak-juaknya. Ada yang bersila di atas tilam pandak. Ada yang bersandar di tepi dinding. Ada yang mencangkong memasang lukah. Ada yang berseluar pendek berbaju singlet. Ada memakai sarong bertampal songket.
Ada yang mengobek sireh mengunyah pinang. Ada yang menggulung daun membakar bara. Semuanya duduk melangok menunggu Tun Bodek membuka mulut. Telah didengari oleh para juak betapa ayam sabung Tok Rayat berkokok ke hulu berkokok ke hilir. Seperti halilintar memecah bumi.
Maka Tun Bodek pun bersuaralah menyampai berita perihal ayam Datuk Seri Menggeliga tidak bersabung. Mengikut tuan mempunya mulut adalah diberitahu bukan kalah bukannya takut. Menjadi kiasan empunya sebab Datuk Seri ingin ke darat mencari damar, manau dan rotan. Maka menangislah para juak. Berderai air mata sedih mendengar berita menyayat hati memilu kalbu.
Lalu para juak pun berbincanglah mencari akal menguji diri. Jika Datuk Seri tidak menyabung maka tiada berkenduri kendara serata kampong. Tidak ada kerbau yang rebah ke tanah. Tidak ada ayam dan lemang untuk diratah. Tidak ada kepala kambing naik ke anjung. Maka para juak pun menangislah kerana anak dirumah tidak bersusu. Isteri si dapor merendam batu. Fulus lari hutang bertapuk. Janda menghilang entah ke mana.
Fikir punya fikir maka timbullah akal onar yang jahat. Semua difikir semua di rancang untuk memalukan To Rayat biar diketawakan orang seantero negeri ayamnya bersabung saorang diri. Maka lalu dicadangkan agar kampong di kosong. Agar pekan dikotori biar Tok Rayat tercegat seorang diri tanpa penyokong tanpa pengundi.
Ada juak mencadang agar di tangkap saja ayam Tok Rayat. Ada juak mencadang di panggil geruda melanggar kampong. Ada juak mencadang di tutup sebelah matahari akan kampong gelap gelita. Ada juak mencadang agar Tok Bomoh dipanggil memberi fatwa. Fatwa disebar menyabong ayam lemahkan tenaga batin. Ada juak yang mencadang agar ribut taufan diturunkan hendaknya takutlah orang kampong turun ke pekan melihat pesta sabung.
Adalah dibelakang semua akal ini ada niat yang busuk lagi terancang agar para juak terus memukul canang. Agar para juak tidak hilang tugas dan kerja. Agar lembu akan rebah. Agar kenduri tidak sudah-sudah. Agar fulus masuk mencurah. Onar ini memaksa Datuk Seri membuka peti besi mengeluar emas dan perak untuk para juak membuat angkara.
Maka sebulat sekepala. Diterimalah akal agar kampong di kosongkan. Diterimalah onar agar pekan dikotorkan. Lalu juak juak dan Tun Bodek memikir jalan terbaik. Jalan tercantik agar Tok Rayat dimalukan. Agar rancangan Tok Rayat hendak menyabung dan mengundi di Bukit Lanjan akan putus di tengah jalan. Telah di dengar dan dirisik tentang ayam sabung Tok Rayat telah sedia di carik untuk bertempur menyabung balik.
Maka juak cawangan pun bersuaralah. Adalah mengikut yang empunya ceritera maka sebulat suaralah para juak dan di persetujui Tun Bodek agar semua orang orang kampong akan di ajak pergi bercempera bersama gundek gundek Siam di hari menyabong. Maka di harap harapkan akan kosong seluruh kampong. Maka di harap-harapkan tidak seorang pun datang menyokong.
Adalah menjadi niat dan rancang agar emas dan perak akan di datangi secepat mungkin untuk menempah gajah dan kuda. Menjadilah tugas Tun Bodek untuk menyampai berita kepada Datuk Seri memastikan fulus akan masuk ke saku juak juak cawangan.
Inilah kerja-kerja juak cawangan mengumpul orang untuk ke Siam. Adalah tugas juak juak jika sepuluh orang dikumpul maka lima puluh yang akan di lapor. Maka Tun Bodek pula akan bergegas melapor seratus orang kampong telah pula dikumpul. Di serambi Datuk Seri Menggeliga angka ditambah lagi sehingga sepuluh ribu ianya menjadi. Maka keluarlah emas dan perak dari peti besi. Mengikut tuan yang empunya ceritera inilah kerjanya juak juak cawangan setiap kali pesta menyabung. Mereka mengumpul fulus membuat duit menabur jasa sebesar kampit.
Lalu disebarkan berita tentang gundek Siam berkopek besar sedang menjadi rebutan sekelian alam. Cerita gundek Siam ini mula menjalar dari mulut ke mulut. Dari rumah ke rumah. Orang kampong berlabon dan bergebang. Cerita makin ditambah. Cerita makin berubah. Kini ceritera mula di dengar tentang kopek gundek Siam yang boleh terbang melayang-layang ke pangkuan setiap abang.
Maka gembiralah jantan dan betina. Ingin melihat gundek Siam bogel tanpa celana. Maka beraturlah dan berbaris orang kampong ingin mendaftar untuk bergajah dan berkuda menyeberang sempadan untuk bercempera. Tiadalah lah seorang pun di kampong yang tidak berbaris. Berasak-asak berpusu pusu. Tidak sabar dan tidak sopan semua ingin dibaris hadapan.
Menurut kesah yang empunya cerita yang tinggal seorang hanyalah Dol Air Batu. Sebatang kara tegak berdiri memikir nasib anak dan bini. Meleleh air mata bersedih hati memendam rasa. Kecewalah hati di pesta menyabung tidak ada orang berkampong. Loceng di bunyi tiada pendengar. Suara bersorak tidak bersambut. Meloceng ke hulu meloceng ke hilir tidak seorang pun datang mendengar semua sedang berbaris untuk menempah ke sempadan.
Maka termenunglah Dol Air Batu membuka akal mencari jalan agar jualannya tidak dialahkan oleh gundek dari Sempadan. Berfikir dan termenung maka cerahlah mukanya. Maka melebarlah senyumnya. Maka loceng pun digoyang tanda hati telah gembira. Telah ditemui jalan selamat yang menjamin rezekinya berlipat ganda.
Esoknya hari menyabung hari mengundi malamnya bekerja keraslah Dol Air Batu hingga ke dini hari. Seorang dirinya memaku dan mengetuk. Bangsal dibuat pentas didiri. Tabir dianyam lantai di atur. Peluh mencurah letih bukan kepalang. Hampir subuh semua selesai. Di padang sawah luas melebar sebuah panggung tegak berdiri. Sepanduk terapasang poster tercacak.
Fajar menyingseng tabuh dipalu. Orang kampung mula berbaris. Menunggu kuda menunggu gajah untuk melintasi ke sempadan. Lidah terjelir air liur meleleh terbayangkan gundek Siam yang empunya kopek.
Tiba-tiba Dol Air Batu mengoyang loceng. Seluruh kampong melihat angkara. Maka terserlah sepanduk besar. Tercacak tinggi poster melintang. Orang kampong datang berpusu pusu ingin melihat nak ambil tahu. Barisan pun pecahlah. Kuda lari bertempiaran. Gajah lari masuk ke hutan.
Orang berpusu datang mendengar. Loceng digoyang semakin membingar. Di atas pentas tecongok berdiri si Minah Ronggeng sedang menari. Inilah tarikan seantero negeri lebih hebat dari semua bidadari. Kopek Siam telah dilupkan pergi. Minah Ronggeng berpunggung besar. Goyang ke kiri goyang ke kanan. Loceng berbunyi orang bertepuk. Joget bermula rebana diketuk. Pesta menyabung telah bermula
Pecahlah berita si Minah Ronggeng. Tun Bodek datang berlari lari. Melihat rancangan berkecai tak terperi. Juak juak yang mendapat fulus mula menghilang diri. Berita pun sampai lah kepada Datuk Seri. Dia pun bergesa melihat orang kampong sakan berjoget dan menari.
Sesampai Datuk Seri di tepi pentas Dol Air Batu pun bersorak sorai. Sambil mengoyangkan locengnaya Dol Air Batu melaungkan ‘ ais skrim baru.. ais krim mangnolia.. ais krim magnolia…air skrim mongolia…’ Maka jatuh pengsanlah Datuk Seri.
Sehingga ceritera ini di surahkan Datuk Seri masih lagi terkapar pengsan. Tiada seorang pun ambil peduli kerana Minah Ronggeng sedang mengoyangkan punggung menari.(TT)
( bebas untuk dirompak jika bersedih hati )
DURHAKA KAMU
MANOHARA MAHU SERET SUAMI KE MAHKAMAH – mkini
Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot akan mengheret suaminya,Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mahkamah atas tuduhan mendera, kata seorang peguam ibunya, Daisy Fajarina.
Peguam Yuli Andre Darmas memberitahu akhbar Jawa Pos hari ini bahawa tindakan undang-undang pasti akan diambil terhadap suami Manohara itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan yang diambil perlu mengikut undang-undang dan pihaknya tidak akan tergesa-gesa untuk berbuat demikian.
Manohara dan keluarganya kini sedang mengumpulkan maklumat dan bukti terhadap dakwaan kekerasan rumahtangga yang didakwa mereka, kata Yuli dalam laporan akhbar harian terkenal Indonesia tersebut.
KAH KAH KAH…
kah kah kah…CISS…. DURHAKA KAMU WAHAI LOYAR BURUK JAWA… kah kah kah…
kah kah kah… CISSS… KAU INGAT KAU TAMING SARI…. Kah kah kah..
kah kah kah… CISS…. KAU NAK HERET AKU… kah kah kah..
kah kah kah… CISSS… KAU TAK NAMPAK KAH BADAN AKU YANG GEDEBAB… kah kah kah..
kah kah kah… CISS… DURHAKA KAMU… MAKAN PECAL… kah kah kah…
kah kah kah… CISS… AKU SUMPAH KAMU JADI BATU AKEK… kah kah kah...
SIAPA PUNYA IDEA INI !
TERENGGANU PERLU SIASAT SECARA MENYELURUH KES BUMBUNG RUNTUH
Muhyiddin Yassin mahu kerajaan negeri Terengganu menyiasat dengan menyeluruh kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh awal pagi ini, memandangkan bangunan itu baru dibina.
Beliau berkata perlu disiasat sama ada kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dan pengesahan bangunan stadium itu selamat digunakan, dibuat mengikut prosedur yang betul ataupun tidak.
"Kerosakan sikit-sikit tu biasalah, tapi kalau runtuh sana, runtuh sini, ia tidak menggambarkan profesionalisme," katanya.
KAH KAH KAH…
kah kah kah…. SIASAT MENYELURUH MACAM MANA?... kah kah kah..
kah kah kah… NAK TENGOK PASIR LEBIH BANYAK DARI SIMIN…kah kah kah..
kah kah kah… NAK TAHU PROSEDUR BETUL ATAU TIDAK?... kah kah kah..
woit… PUKRAK !....JANGAN JADI NGOOK…. MESTILAH PROSEDUR TAK BETUL….kah kah kah..
kah kah kah… KALAU BETUL PROSEDUR … TAK KAN RUNTUH… GUBRAK !..kah kah kah..
woit… BUKAN SIASAT… TUBUH SURUHANJAYA… SIASAT… KEMUDIAN… DAKWA…. kah kah kah…
kah kah kah… TAPI...CHEK DULU... BIK MAMA ADA JOGGING KAT SITU ATAU TIDAK… kah kah kah…
JANGAN BUAT KERJA BODOH
LAPORAN SOSIO-EKONOMI DAN POLITIK MANIK URAI AKAN DISEDIAKAN – KATA RAIS - melayau
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menyiapkan laporan sosioekonomi dan politik di kawasan Manik Urai, Kuala Krai bagi membolehkan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) merangka pelan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di situ.
Menterinya Rais Yatim berkata laporan itu dijangka siap sebelum hari penamaan calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 6 Julai ini.
KAH KAH KAH..
kah kah kah… LAPORAN SOSIO-EKONOMI ?.... kah kah kah..
woit… PENGUNDI MANIK URAI BUKAN NAK LAPORAN…. kah kah kah..
kah kah kah.. MEREKA NAK PROJEK… MACAM DI KUALA GANU DULU…kah kah kah…
kah kah kah.. .PENGUNDI NAK JALAN DI TURAP… kah kah kah…
kah kah kah… PENGUNDI NAK PAIP AIR PASANG SEGERA… kah kah kah..
kah kah kah… PENGUNDI NAK PROJEK CABUT DARI KOMPUTER…kah kah kah..
kah kah kah… PENGUNDI NAK ANAK SEKOLAH DAPAT KOMPUTER…kah kah kah..
woit… LAPORAN SOSIO EKONOMI BUAT APA …. BUKAN BOLEH DI JUAL…kah kah kah..
kah kah kah… LAPORAN TAK MASYUUUUKKK… kah kah kah…
kah kah kah… AMBO TOK SEH PASANG BENDERO… TAK DO PITIH..kah kah kah…
KENA BATANG HIDUNG
CEO AIRASIA PITAM DI LCCT -mstar
SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes kini berehat di rumah setelah disahkan sihat oleh doktor selepas beliau pitam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini petang ini.
Dalam kenyataannya, Air Asia berkata, Tony dibawa ke Pusat Perubatan Pusrawi di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah pitam sebaik saja tiba di LCCT dengan penerbangan dari Pulau Pinang.
Doktor berkata Tony pitam kerana keletihan dan oleh itu menasihati beliau supaya berehat, katanya.
KAH KAH KAH…
woit… TAK PITAM MACAM MANA….kah kah kah..
kah kah kah… TEMPAT DUDUK SEMPIT… SANDAR TAK BOLEH… kah kah ka..
kah kah kah… SERVIS TAK ADE… kah kah kah..
kah kah kah… KESIAN… KESIAN… KESIAN… kah kah kah...