Jumaat, 31 Julai 2009
JAGA DIRI - JAGA DIRI
UNTUK ANAK ANAK MUDA YANG BERANI
anak anak muda hari ini kamu turunlah ke jalan raya
acungkan tangan kamu ke udara
laungkan dan pekikan kebencian
terhadap semua kezaliman
anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
kamulah pereka dunia
anak anak muda kamu turun ke jalan raya
kamulah pengubah dunia
anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
genggam tangan kekasih mu
genggam tangan kawan mu
genggam tangan sahabat mu
simpaikan semangat
dobrak kezaliman
anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
sorak soraikan lagu kebebasan
kawan kawan kamu di tehran - istanbul -athens - baghdad - paris - london
sebaris bangun melakar sejarah
anak anak muda katakan kepada dunia
datanglah seribu setan
datanglah seribu puaka
datanglah seribu afrit
kamu anak muda tetap sebaris
mengacung tangan melakar dunia
anak anak muda yang gagah berani
kamu ke jalan raya
kamu membuat sejarah
anak anak muda yang gagah berani
kamu adalah sejarah nusa dan bangsa
anak anak muda
dunia ini akhirya adalah milik kamu !
NOTA : TUKAR TIUB AKAN CUBA MEMBERI LAPORAN LINTAS LANGSUNG
CARA KAKI BODEK CARI MAKAN
DEMONSTRASI ISA : ELAK BERKUMPUL DI MASJID NEGARA ESOK- berita hairan
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan umat Islam tidak berkumpul di Masjid Negara esok untuk menghadiri perhimpunan haram menyokong dan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tindakan itu akan mencemarkan kesucian masjid.
Ketua Pengarahnya, Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata umat Islam perlu mengekalkan masjid sebagai tempat perpaduan berkecuali dengan semua pihak boleh menggunakannya.
Beliau berkata Jakim yang bertanggungjawab menjaga dan mentadbir masjid bimbang berlaku kekecohan, sekali gus boleh mengganggu keharmonian masjid.
KAH KAH KAH... KAH KAH KAH..
woit... BILA JAKIM NAK KELUARKAN FATAWA TENTANG KEZALIMAN ISA...kah kah kah..
kah kah kah... PERHIMPUNAN INI TAK BERSUNAT KE ?... kah kah kah...
kah kah kah.... MACAM MANA PERHIMPUNAN INI JADI HARAM?...kah kah kah..
kah kah kah... PERHIMPUAN INI TAK BERSEMBELIH KE?... kah kah kah...
kah kah kah...YANG ZALIM TAK NAMPAK... kah kah kah...
kah kah kah...KEPALA AGONG NAMPAK...kah kah kah..
woit... CARI LAH LAH MAKAN CARA YANG BAIK... JANGAN LAH CARI MAKAN DENGAN MEMBODEK...kah kah kah..
kah kah kah... BUATLAH KERJA YANG SUCI... PERGI TEBAS RUMPUT KAT PLUS HIGHWAY... LEBIH BAIK DARI MENYUSAHKAN ORANG RAMAI...kah kah kah
KANG KONG CUBA MENJALAR
PELAJAR BANTAH PROGRAM UMNO DI UKM - malaysiakini
Penganjuran sebuah forum anjuran Umno Serdang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat bantahan sekumpulan pelajarnya kerana didakwa cuba melibatkan pelajar dalam aktiviti politik kepartian.
Bantahan tersebut disuarakan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang mendakwa forum yang berjudul "Mengangkat Martabat Bangsa" itu bersifat politik.
Pengerusinya, Hisyamudin Che Ali berkata, penggunaan "dewan yang mulia", Dewan Canselor Tun Abdul Razak oleh sebuah pertubuhan politik itu, mencetuskan tanya tanya.
Program yang terbuka kepada orang ramai itu dijadual bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang esok.
Mahathir Mohamad dan Naib Canselor Uniterveriti Teknologi Mara (UiTM), Ibrahim Abu Samah dijadual menyampaikan syarahan mereka, disusuli sesi soal-jawab bersama peserta.
KAH KAH KAH... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH..
kah kah kah... HEBAT ANAK MUDA TELAH MULA BANGUN...kah kah kah..
kah kah kah...SAPA MUNKE MUNKEE NI... HEBAT SANGAT KE?..kah kah kah..
kah kah kah... TAK PERNAH PUN BACA TULISAN DALAM METRO...kah kah kah...
kah kah kah... TAK ADA PUN KOLUMN DALAM BACARIA...kah kah kah...
kah kah kah.... MUNKEEE PROFESSOR APA NI....KANG KONG LAAA...kah kah kah
AMINAH ABDULLAH TURUN KE PERMATANG PASIR
UMNO BERTANDING DI PERMATANG PASIR – melayau
Umno akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Mohd Hamdan Abdul Rahman pagi ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Najib Razak yang juga presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara petang ini.
"Ia sesuai dengan pendirian kita apabila kerusi kosong atas sebab keperluan perlembangaan, maka Umno dan BN akan bertanding," tambahnya.
KAH KAH KAH
kah kah kah...TERGOLEK.. GOLEK GOLEK GOLEK ITEK... kah kah kah..
kah kah kah...CAKAP NAK JIMAT DUIT... kah kah kah..
kah kah kah... SEKARANG PADAN MUKA... kah kah kah..
kah kah kah... DULU TAKUT KENA TIBAI... kah kah kah..
kah kah kah...TAKU AMINAH ABDULLAH...kah kah kah..
woit... SEKALI LAGI AMINAH ANDULLAH AKAN MUNCUL...kah kah kah
MAJNOON MEROYAN LAGI !!
PENDIRIAN UMNO MAHUKAN PENYATUAN UMAT ISLAM :NAJIB
KUALA LUMPUR: Umno tetap berpendirian bahawa parti itu mahu kepada usaha yang boleh membawa kepada kebaikan kepada umat Islam di negara ini, kata Najib Razak.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, sehubungan itu apa saja perbincangan dengan Pas ke arah penyatuan umat Islam diterima baik oleh parti itu.
WAH KAH KAH ... KAH KAH KAH..
Kah kah kah.... MEROYAN LAGI... MAJNOON.. kah kah kah..
kah kah kah... TAK SUDAH SUDAH...kah kah kah..
NOTA : Idea asal untuk kerajaan perpaduan dari Dolah Badawi.
Idea ini tidak ditolak oleh Pakatan Rakyat. Ini kerjaaan Perpaduan Kebangsaan
- Goverment of National Unity.
Kalau diperhatikan sebulan sebelum Dolah berundur kenyataan Pas, DAP dan Keadilan
semuanya menjurus ke arah ini.
Hadi membuat beberapa kali kenyataan resmi : Najib perlu membersihkan diri dulu.
Ini bermakna Najib dilihat kotor dan tidak boleh diterima. Sila buka arkib
semua laman berita.
Justeru Kerajaan Perpaduan Kebangsaan perlu satu syarat : Tanpa Najib Razak
BERTEMU GULAI ITEK
TERKINI DARI PERMATANG PASIR
Pak Cik dan Mak Cik warong sediakan
mee dan chow kway teo dua tan.
Sediakan juga satu kontena udang.
Jangan lupa - masukan semua itek ke dalam reban.
Untuk pesta menyambut hari jadi Siti Aminah Abdullah.
BERITA GEMPAQ
SELAMAT BERJUMPA LAGI DARI AMINAH BINTI ABDULLAH
WELL COME
AH-LAN
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Semua Permatang sedang diharamkan terutama yang berpasir.
KAH KAH KAH
SABTU SATU OGOS DI KUALA LUMPUR
TUKAR TIUB AKAN CUBA MEMBERI LAPORAN SECEPAT
MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN MANSUH ISA 1 OGOS -harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:
1. TEMPAT BERHIMPUN DAN NEGERI-NEGERI BERKAITAN:
A. SOGO: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
B. MASJID JAME KUALA LUMPUR: Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan
C. MASJID NEGARA : Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)
2. PERARAKAN KE ISTANA NEGARA : Bermula tepat jam 2.00 untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA
3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah
4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan
Sekian,
Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
JANGAN JADI BODOH
BERNAS AKAN BELI SEMULA SAHAM ASING
Padiberas Nasional Bhd (Bernas) berhasrat untuk membeli semula separuh daripada 31 peratus ekuiti di dalam Bernas yang dimiliki oleh syarikat dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) sebagai langkah strategik pembekalan beras negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed, berkata hasrat itu sudah dinyatakan kepadanya oleh pihak Bernas sendiri untuk membeli semula sebahagian daripada 31 peratus yang dimiliki syarikat asing.
"Namun ianya tidak bermakna kerajaan berniat untuk menyekat kemasukan pelaburan asing. Malahan kerajaan menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah…KALAU AIR DI JOHOR SINGAPURA PUNYA…kah kah kah..
Kah kah kah….TALIKOM SINGAPURA PUNYA… kah kah kah…
Kah kah kah…. HOSPITAL PANTAI SINGAPURA PUNYA… kah kah kah…
Kah kah kah….FELDA SINGAPURA PUNYA…. kah kah kah…
Kah kah kah… ISKANDAR SINGAPURA PUNYA… kah kah kah…
Kah kah kah… BERAS HONG KONG PUNYA… kah kah kah…
Kah kah kah…EKONOMI NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA ?…kah kah kah..
NOTA: Pada tahun 1988 Kuwait Investment Office ingin membeli 21.7% saham British Petrolium. Kerajaan Thatcher walau pun gila penswastaan masih menolak pembelian ini.
Pada bulan Oktober , 2005 Chinese National Offshore Oil Company hendak membeli syarikat minyak Amerika Unocal. Rancangan pembelian ini telah digagalkan oleh Rumah Puteh.
Ingat tak kes ‘Dawn Raid’ membeli saham ladang getah Tanah Melayu yang dimiliki oleh British di London Stock Market pada thaun 1981? Bagaimana sesudah itu undang-undang membeli saham di London diubah untuk memastikan harta mereka tidak akan terjual.
Jangan jadi bodoh. Tidak ada perniagaan bebas. Yang bebas hanya kaum kapitalis antrabangsa bebas merompak dunia ketiga. Mereka akan membeli harta kita – kalau kita hendak membeli pasti tidak dibenarkan.
TERBAIK UNTUK KURANGKAN JENAYAH
PAKATAN RAKYAT DESAK KETUA POLIS NEGARA DIPECAT – harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.
Menurut Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.
Turut hadir ialah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… WEH WEH MACAM MANA WEH HOOI… kah kah kah..
Kah kah kah….KALAU KETUA POLIS TIDAK DI PERCAYAI LAGI…kah kah kah..
Kah kah kah… MACAM MANA RAKYAT SATU MALAYSIA NAK PERCYA KEPADA POLIS YANG LAIN…. kah kah kah…
Kah kah kah…. KESIAN… KETUA KETUA POLIS YANG LAIN… TAK DAPAT NAIK PANGKAT… kah kah kah…
Kah kah kah… SAMPAI KOTAI NUNGGU…kah kah kah…
Kah kah kah…. BERAPA KALI NAK SAMBUNG KERJA LAAA…kah kah kah...
BERITA TERPERANJAT
ABDULLAH AKAN TERUS BERJUANG BELA RAKYAT MELALUI UMNO – melayau
KEPALA BATAS 30 Julai - Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau akan terus berjuang membela nasib rakyat menerusi UMNO.
Abdullah berkata, walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan tidak lagi menjadi Perdana Menteri, namun perjuangan beliau tidak akan berakhir setakat itu.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… PASAI APA ZZZZZ NI CAKAP MACAM INI?... kah kah kah..
Kah kah kah…ADA BERITA ZZZZ NI NAK KELUAR DARI GEROMBOLAN KE ?... kah kah ka
Kah kah kah…DENGAR KHABAR ZZZZ NI NAK MASUK PARTI HINDRAF….kah kah kah..
Kah kah kah… ZZZZ NI BOLEH JADI PRESIDEN PARTY TUPPERWARE…kah kah kah…