Selasa, 25 Ogos 2009

AL-MALIKUL DENGAN PROJEK JAMBAN TAN



POST MORTEM: KENAPA GEROMBOLAN BERJAYA KALAH



PEMANDU JENTOLAK MERANGGI BUKAN BEKERJA

AKHIR CANGKUL TERPAKSA DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT SUNGAI

LAPORAN KAJIAN POST MORTEM

Projek Al-Malikul Sembab untuk membuat sungai dan jamban tan telah gagal kali ini.

Berpuluh jentolak telah dihantar ke Permatang Pasir.

Tetapi pemandu jentolak yang ditugaskan telah lek lok entah kemana.

Dua hari sebelum pengundian dijalankan cangkul dan penggali telah digunakan untuk menggali sungai. Tetapi telah terlambat.

Dari kajian post mortem Tingkat Empat kegagalan membuat sungai dan jamban tan ini lah punca utama yang membawa gerombolan berjaya sekali mempertahankan kekalahan mereka.



KEPUTUSAN PEERMATANG PASIR - JAM 9.00 MALAM



UMNO BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEKALAHAN


Sekali lagi dengan bangga lagi gumbira lagi sombong lagi conggeh parti United Malays National Organisation telah berjaya mempertahan kekalahannya.

Calon Pakatan Rakyar Mohd Saleh menang dengan kelebihan 4,451 undi. Saleh telah mendapat 9.618 undi.

Manakala calon gerombolan yang dikenali sebagai Rihaizat Othman hanya mendapat 5,067 undi.

United Malays National Organisation tetap berjaya mempertahankan kekalahannya.

Rakyat satu Malaysia mengucapakan syabas atas kejayaan parti United Malays National Organisation ini kah kah kah.




Nota kaki untuk ketawa sesudah bebuka puasa:


BUKIT MERTAJAM: BERDASARKN PERUBAHAN SIKAP PENYOKONG-bernama

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yakin sokongan penduduk akan beralih kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini.

Beliau menggunakan teori "pendulum" atau ladung jam untuk menjelaskan perubahan sokongan rakyat kepada BN.

"Pada 1995, ladung jam berpusing ke sebelah kanan sebab itu kita menang di Permatang Pasir. Pada 1999 dia pusing kiri, kita kalah Permatang Pasir. Pada 2004, ia pusing kanan tapi kita kalah cuma 600 undi. Pada 2008, ia pusing kiri, kalah 5,000 lebih.

"Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009 ia akan pergi kanan, BN akan menang," katanya ketika berkempen dari rumah ke rumah di sini, hari ini.

Mengenai kempen pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata Umno akan berkempen secara berhemah dan tidak akan menyerang peribadi calon atau mengeluarkan kata-kata kesat.

"Pada bulan Ramadan ini, ceramah akan dilakukan selepas solat terawih," katanya.


Nota:

teori ladung jam kena ke kepala
teori jamban tan sungai tak ada
teori manek urai terbari
teori al malikul sembab tersemab jatuh




BERITA TERKINI DARI PERMATANG PASIR




TERKINI JAM 6.53 -


Pakatan mendahului dengan 4021.

Pengiraan sedang diteruskan



KEPUTUSAN MENGIRA UNDI BERMULA


JAM 6.13 Pakatan mendahului dengan 816 undi.

Cuaca petang tenang dan teratur


PETANG INI BERLALU PERGI




KETIKA BERLAPAR

ketika berlapar
perhatikan setitis ayer
ketika berlapar
perhatikan gerak saekor semut
ketika berlapar
perhatikan goyangan si daun kayu
ketika berlapar
dengari nyaring siolan sang murai

ah! betapa lah betapa lah
bagitu indahnya petang ini

ketika memerhati titisan ayer
mengetahui nikmat hidup
memerhati gerak sang semut
memahami makna hidup
memerhati goyangan sang daun
menghormati semua yang hidup
mendengari siolan sang murai
bergembira merayakan hidup

ketika melihat seulas nasi
adalah seratus muka pak tani
ketika melihat secangkir air
adalah seratus muka buruh
ketika melihat si ikan bakar
adalah seratus muka nelayan di bakar matahari

ah betapalah – betapalah nikmatnya hidup ini
berterima kasehlah dalam merayakan hidup




TEKNIK BARU UNTUK GEROMBOLAN MENANG




KEMENANGAN CALON DIBATAL JIKA TERUS KEMPEN
- melayau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan larangan berkempen hari pengundian dikuatkuasakan sepenuhnya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir esok setelah sekian lama berkompromi tentang hal itu.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta parti terlibat mematuhi larangan berkenaan.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah…. MACAM MACAM CARA GEROMBOLAN NAK MENANG… kah kah kah…

Kah kah kah…. ALIH PINTU GOL…. TUKAR BOLA… kah kah kah…

Kah kah kah…. IKAT PENJAGA GOL…BUBUH KACA ATAS PADANG… kah kah kah…

Kah kah kah…. TIM GEROMBOLAN 17 PEMIAN… TIM LAWAN 2 ORANG…. kah kah kah…

Kah kah kah… MACAM MACAM UNDANG UNDANG… SEMUANYA UNTUK MEMASTIKAN GEROMBOLAN MENANG… kah kah kah..

Kah kah kah… HANYA SATU PERMAINAN GEROMBOLAN DI JAMIN KALAH DAN RUNTUH…. kah kah kah..

Kah kah kah…. PERMAINAN TURUN KE JALAN RAYA …BUKAN PILIHAN RAYA…kah kah kah



MAJALAH CULT MUNCUL




KDN SERBU PEJABAT MAJALAH ZUNAR
-malaysiakini

Sekumpulan gerombolan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri.

Lapan pegawai itu tiba di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi ini - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Pegawai bahagian kawalan penerbitan KDN turut merampas 408 naskhah majalah tersebut - yang sarat dengan kartun dan humor isu-isu semasa dan politik.

Nota:

dapatkan kopi yang ini sebuah
majalah cult yang akan menjadi sejarah.
simpan kopi yang ini dan jadikan
bahan rujukan sejarah. puluhan tahun dari hari ini
ianya akan dinilai sebagi majalah cult
dan akan disimpan dalam gedung ilmu untuk
dikaji
.




BEROK DI HUTAN DI SUSUKAN - BEROK DI RUMAH MAKAN DI DAPOR




ROSMAH MINTA NASIHAT IBU PELAJAR BIJAK MATEMATIK
– malaysiakini

Program Anak Permata Negara (PAPN) dan Kanak-kanak Pintar akan mendapatkan kerjasama daripada ibu kepada lima anak genius, Halimahton Yusof serta anaknya Iskander Ibrahim Farooq Yusuf, 23, bagi memperbaiki sukatan pelajaran bagi kedua-dua program berkenaan.

Rosmah Mansor berkata pihaknya akan menggunakan khidmat nasihat serta segala maklumat yang dimiliki oleh ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24, bagi mengenalpasti modul dalam kandungan program berkenaan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai seruan Halimahton yang masih menginginkan Sufiah pulang kembali ke pangkuannya, Rosmah melahirkan rasa simpati terhadap nasib wanita itu dan berharap agar semua ibu-ibu berdoa supaya Sufiah kembali ke pangkuan ibunya.

"Saya harap semua ibu akan sama-sama berdoa dengan apa yang diharapkan oleh Halimahton. Saya harap Halimahton akan bersabar dan berdoa supaya Sufiah akan kembali ke pangkuan ibunya dan ke pangkuan Islam," katanya.

KAH KAH KAH….

Kah kah kah…. KESIAN PADA IBU INI ANAKNYA LARI…kah kah kah…

Woit…. TAK KESIAN KE PADA MAK CIK YANG TINGGAL DI ROMBAO TU… kah kah kah…

Kah kah kah…. TAK KESIAN KE DENGAN MAK CIK KAT GEDONG LALANG TU….kah kah kah…

Kah kah kah…. TAK KESIAN KE DENGAN ANAK SENDIRI…. kah kah kah..

Nota:
berok di hutan disusukan
berok di rumah menggaru kutu
dagang lalu di tanak nasi
anak sendiri makan kerusi




HIDUP KETUANAN MELAYU !




JOHOR : PENDUDUK RAYU HAK MILIK KEKAL
– berita hairan

BATU PAHAT: Penduduk Kampung Nelayan Punggur, di sini, merayu kerajaan negeri supaya menganugerahkan hak milik tanah kekal bagi tanah pemilikan sementara (TOL) yang mereka duduki sejak lebih 30 tahun lalu.

Beberapa penduduk mendakwa, mereka membina penempatan di atas tanah simpanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu selepas mendapat kebenaran pegawai kerajaan negeri dengan syarat mereka membayar TOL pada kadar RM75 hingga RM80 setahun.

Kini penduduk kampung itu mahukan hak milik kekal kerana mereka tidak mahu lagi ibarat menumpang di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama.

Ketua Kampung Punggur Laut, Rahim Madeni, 64, berkata sejak dibuka hingga kini, ada 25 rumah penduduk di kampung itu dan merayu supaya permohonan untuk mendapatkan geran hak milik itu dipertimbangkan.

"Ketika mula membuka penempatan di sini, penduduk berjumpa dengan seorang pegawai kerajaan negeri ketika itu (Allahyarham Datuk Sukiman Sahlan) dan beliau memberi kebenaran penduduk membina rumah.

"Selepas itu penduduk mula meneroka dan diberi TOL yang mereka bayar setiap tahun sehingga kini. Selepas sekian lama membayar TOL, penduduk berasakan berhak mendapat geran hak milik kekal sebab itu kami merayu supaya kerajaan negeri dapat memberi pertimbangan sewajarnya," katanya.

KAH KAH KAH..


Kah kah kah…. … BILA ADA TOWKAY DARI SINGAPURA NAK BUAT HOTEL….kah kah kah

kah kah kah.... JAMIN ORANG KAMPONG INI KENA HALAU… kah kah kah…

Kah kah kah…. 30 TAHUN…. SAMA UMUR DENGAN NEGARA INI…. kah kah kah…

Kah kah kah…. TAK DAPAT GERAN…kah kah kah…

Woit… CAKAP KETUANAN MELAYU… kah kah kah…

Kah kah kah…. CAKAP HIDUP MELAYU…. JADI MELAYU NAK HIDUP PUN SUSAH… kah kah kah…

Woit… KAMPONG NELAYAN INI BUKAN DEKAT RUMAH MALIKUL KE?... kah kah kah…

kah kah kah...MALIKUL BUAT BUAT TAK DENGAR…kah kah kah…

Nota :
untuk anak anak muda yang tidak tahu wajib diberitahu.
bahawa batu ferinngi yang berselirat dengan hotel di pulau
pinang itu pada tahun 1970’an ialah kampong nelayan.
pada tahun 1972 semuanya dirobek untuk mendirikan hotel.
hotel pertama – hotel rasa sayang. pelajar dari uni pulau pinang
telah bagun bersama kaum nelayan. kaum nelayan telah dijual
oleh gerombolan. Ini fakta bukan mitos.




LOYAR BURUK



ROHAIZAT YAKIN SOKONGAN MENINGKAT
– berita hairan

Pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman yakin peratusan pengundi yang menyokongnya akan terus meningkat.

Katanya, ini berikutan maklum balas sangat positif yang diterimanya sepanjang kempen dari rumah ke rumah dalam tempoh berkempen, yang masuk hari ketujuh, semalam.

"Majoriti pengundi berjanji untuk menyokong saya, malah mereka bersimpati dengan saya kerana taktik kotor pihak lawan yang menggunakan isu peribadi sehingga menjejaskan maruah keluarga saya," katanya.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah…. MEMANG MENINGKAT… kah kah kah…

Kah kah kah…. INI MEMANG BERITA BAIK…. Kah kah kah…

Kah kah kah…. MENINGKAT MACAM MANA?.... kah kah kah…

Woit…. MENINGKAT…. DARI SATU TUDUHAN KEPADA TIGA TUDUHAN… kah kah kah…

Woit…. MENINGKAT…. DARI SATU BINI KEPADA DUA BINI… kah kah kah…

Kah kah kah… SATU MALAYSIA TAHU BERITA GUMBIRA INI…kah kah kah

Nota:
dengar cakap loyar buruk
akan tenggelam dalam lubuk
dengar cakap loyar buruk
makan kertas campur habuk