Ahad, 6 September 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA




KUEH KUEH KUEH


kueh apam kueh kuchi kueh gulung
kueh kacip kueh badak kueh gelang
kueh tahik itik

goreng pisang goreng keledek goreng cempedak
goreng tahi minyak

semua keluar bila puasa sampai
ada kueh imigran masuk melayu
kueh pau kueh karipap apam balik
dan roti john kueh kek

semuanya merayakan kegembiraan hidup
beraya dan merayakan

kueh kek?
kueh apa?
kueh kueh


DAM DAM DUM

raya tidak akan sah tanpa mercun meriam buluh
raya yang senyap untuk otai
raya yang hingar bingar untuk anak muda
raya dengan mercun untuk yang betul-betul beraya.



SELAMAT TINGGAL KAD RAYA


tahun demi tahun kad raya makin kurang
tahun demi tahun setem makin tak laku
tahun demi tahun banyak pokok terselamat

kad raya menyibuk jadi sampah
bukan untuk orang yang di hantar
untuk iklankan diri dengan anak isteri
ditambah kalau ada hadiah bodek datok dan tan seri

senang kerja posman tak berat memikul sampah
senang kerja dbkl kat berlungguk sampul bersepah

kad ini dibuat orang niaga
kat ini dibuat pemodal besar
raya perlahan lahan jadi bahan dagangan
tiba-tiba satu hari kita lupa pasal apa kita puasa
kerana sebulan bersedia sebelum puasa
sebulan berniaga dalam bulan puasa
sebulan mengira tipu dan laba




AKHIRNYA BURGER JUGA YANG DAPAT NAMA




HADHARI AGRO BANTU SISWA
– berita hairan

Kementerian Pengajian Tinggi dalam proses menjalin kerjasama dengan Hadhari Agro Holdings Sdn Bhd bagi membuka peluang dan mendedahkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menceburi bidang keusahawanan.

Khaled Nordin, berkata Hadhari Agro akan membuka kios burger di beberapa universiti negara ini dalam tempoh terdekat bagi membolehkan pelajar menjalankan perniagaan secara praktikal dalam pembelajaran.

KAH KAH KAH.. KAH KAH KAH..

kah kah kah… INI LAH NASIB HADHARI…kah kah kah..

kah kah kah…. ADA HADHARI BURGER… kah kah kah…

kah kah kah… ADA HADHARI ROTI… kah kah kah…

kah kah kah…. ADA LORI HADHARI ….kah kah kah..

kah kah kah….ADA HADHARI DISCO…kah kah kah…

kah kah kah…..ADA HADHARI SABUN BASUH…. kah kah kah…

woit… TAK LAMA LAMA AKAN ADA KAIN LAMPIN SATU MALAYSIA…kah kah kah..

nota:
macam macam dijalankan untuk menipu orang rami.
cekap bersih dan amanah.
wawasan 2020.
bekerja dengan saya bukan untuk menantu saya.
islam hadhari.
satu malaysia.

semua ini nak menipu. nak menutup mata orang ramai
kerana nak merompak harta kekayaan negara.
nanti akan keluar slogan :
berniaga burger satu malaysia untuk bercuti ke mongolia kah kah kah




MAT MONGOL BUAT LAWAK BULAN PUASA




KERAJAAN PR MULA DIPERSOAL RAKYAT : NAJIB –
berita hairan

Kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir, kata Najib Razak.

Jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.

"Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.

KAH KAH KAH…


kah kah kah…BARU SEKARANG SOAL ?.... kah kah kah…

kah kah kah … SATU MALAYSIA SUDAH BERTAHUN TAHUN BERTANYA SOALAN INI:

1 – Siapa beri arahan bunuh Altantuya?

2 - Berapa komisen beli kapal selam?

3 – Siapa entot Altantuya dulu ? Mat Mongol atau Razak Baginda?

4 – Mengikut akuan bersumpah Bala – Mat Mongol entot dulu. Betul atau tidak?

5 – Satu Malaysia nak tahu?

6 – Di mana Bala sekarang?




RASHIA SUDAH BOCOR JENG JENG JENG




MAHFUZ DAKWA ALTANTUYA PUNCA MUSA DISAMBUNG KONTREK
– harakah daily

Najib Razak didakwa cuba menutup beberapa kes berprofil tinggi serta melindungi beberapa penjenayah 'kolar puteh' apabila menyambung kontrak satu tahun lagi Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara.
Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendakwa tindakan Najib itu bertujuan melindungi kes pengeboman Altantuyaa dengan C4 yang dikatakan ada kaitan dengan peribadinya sebelum ini.
"Sambung kontrak Musa (KPN) ini saya yakin ada kaitannya dengan kes pembunuhan Altantuya," tegasnya.
"Jika tidak demikian, akan terbongkar segala rahsia serta dakwaan berkaitan Perdana Menteri sekarang ini, yang sebenarnya di dalam pengetahuan Polis; maksudnya kes (pembunuhan) Altantuyaa."

JENG JENG JENG….

kah kah kah…. BARU LAH SATU MALAYSIA FAHAM…kah kah kah…

kah kah kah... YB NASIB BAIK ADA MAHFUZ... kah kah kah..

kah kah kah… SATU MALAYSIA INGAT SAMBUNG KERANA CEKAP AMANAH BERSIH…kah kah kah

kah kah kah….RUPA RUPA NYA KERANA NAK SOROK FAIL… kah kah kah…

woit … APA JADI DENGAN RAZAK BAGINDA…. kah kah kah…

kah kah kah… TAK JADI AHLI FIKIR LAGI KE?.... kah kah kah…

nota:

razak baginda ini bekas ahli fikir.
kalau di singapura munkee ini mesti
dah menjadi ahli rap.
angguk angguk goyang goyang
entot entot letup letup kah kah kah




AL -MALIKUL BERFATWA LAGI




ISU BUBAR DUN PERAK TIDAK PERLU TIMBUL LAGI KATA MUHYIDDIN
– mStar

Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan bagi manamana pihak untuk terus mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana mahkamah telah memutuskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional dan Menteri Besar sekarang adalah sah.

"Mahkamah sudah buat keputusan, desak macam mana pun tak jalan...ikut prinsip perlembagaan, mahkamah dah tetapkan Menteri Besar dan kerajaan sah jadi apa lagi nak desak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Kampung Kepayang di sini semalam.

KAH KAH KAH…..

woit…DENGARLAH FATWA AL-MALIKUL SEMBAB…. kah kah kah…

kah kah kah…MALIKUL KATA TUTUP KITAB … kah kah kah…

kah kah kah…. JANGAN DEGIL… kah kah kah…

woit…. RAKA GOPAL APA CERITA…. kah kah kah..

kah kah kah… SEDANG MENGGOPAL GOPAL KE SEKARANG ?... kah kah kah

nota:
malikul ini betul ke?
kelmarin di terangganu munkee ini
buat jamuan berbuka tak ada orang datang.
pangkat tinggi tapi orang tak ambil pot.
kalau macam ini kena panggil mawi menyanyi dulu
kalau ada arwah rose chan boleh bantu malikul.

p/s sapa tak tahu siapa rose chan pergi hantuk kepala ke dinding
jamban di bukit bintang kah kah kah




GEROMBOLAN GANTI PENJAJAH



HAPUSKAN SISTEM UPAH PENJAJAH
–melayau

Felda diminta menyediakan insentif menarik termasuk menghapuskan sistem upah yang dipakai sejak zaman penjajah sebagai usaha menarik rakyat tempatan bekerja di ladang-ladang Felda Plantation di seluruh negara.

Beberapa pekerja ladang Felda Plantation yang ditemui memberitahu, sebenarnya ramai rakyat tempatan yang ingin bekerja di ladang-ladang milik Felda itu.

Tetapi kerana kadar upah yang tidak menarik serta tidak mempunyai masa depan menyebabkan mereka tidak minat.

KAH KAH KAH….

kah kah kah…. MAT SALEH DAH LAMA BLAH… kah kah kah…

kah kah kah…. GAJI ESTATE MAT SALEH MASIH DIPAKAI… kah kah kah…

kah kah kah….POYO LAH….BAGI GAJI MURAH…kah kah kah…

kah kah kah…. BILA RAKYAT NAK GAJI TINGGI…. BAWA BURUH ASING…kah kah kah…

nota:
mat saleh bawa kuli dari tamil nadu.
gerombilan bawa kuli dari katmandu
pak cik felda papa makan daun mengkudu
tak da duit jual bulu kerna sokong ketuanan melayu