Isnin, 5 Oktober 2009

TERKINI DARI BANGAN PINANG




TERNOW !!!



BEKAS SARJAN AKUI PALSUKAN UNDI POS
- malaysiakini

Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik pembangkang.

Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

Beliau, kira-kira 10 tahun menyertai PAS.

KAH KAH KAH...

woit... INI TOK SARJAN DAH TAUBAT.... kah kah kah...

kah kah kah... MANA LAGI TOK SARJAN YANG BELUM TAUBAT.... kah kah kah...

woit... KALAU INI BUKAN BUKTI....APA DIA ?... kah kah kah


PROJEK JAMBAN TAN DARI TELOK KEMANG KE DUMAI - MELELEH AIR LIOR KONTREK JUNGKIES



UTAMAKAN PENAJAAN ALAM SEKITAR :MUHYIDDIN - melayau

Muhyiddin Yassin berkata, usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar perlu diberi perhatian utama bukan sahaja daripada segi dasar program tetapi juga tindakan yang perlu dilaksanakan.

Beliau berkata, walaupun negara mempunyai pelan tindakan bagi tujuan itu tetapi masih berlaku perkara seperti gunung dan bukit ditarah serta sungai dan tasik dicemari oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KAH KAH KAH…


woit… INI TEPAT … BETUL… DAN BIJAK… kah kah kah…

kah kah kah... FATWA MALIKUL INI BETUL... kah kah kah..

woit… KITAR SEMULA…. BOTOL KITAR SEMULA… SURAT KHABAR LAMA KITAR SEMULA… kah kah kah…

kah kah kah... BELI BAJU DAN KASUT KEDAI BUNDLE DI BATU EMPAT PD...kah kah kah

kah kah kah… TIN KOSONG KITAR SEMULA… kah kah kah…

woit…. TAPI BUKAN SAMPAI MAT ISA PUN KENA KITAR SEMULA… kah kah kah…

kah kah kah.... INI MENGGANGU KESIHATAN... kah kah kah..

woit... INI MENGOTORKAN PANTAI TELUK KEMANG... kah kah kah..


PERUNTUKAN RM200,000 BERI KESELSAAN KEPADA JEMAAH
- melayau

PORT DICKSON: Masalah kesesakan jemaah ketika menunaikan solat di Masjid Kampung Baru Sirusa, di sini akan dapat diatasi apabila kerja menaik taraf pusat ibadat itu dijalankan tidak lama lagi.

Menteri Besar, Mohamad Hasan, berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 bagi menjalankan kerja menaik taraf masjid berkenaan.

KAH KAH KAH…

woit… SENANG HATI KONTREKTOR KELAS F…. kah kah kah..

kah kah kah… BILA LAGI ADA YB NAK MATI… kah kah kah..

kah kah kah…. KALAU BANYAK YB MATI… LAGI BANYAK MASYUUUUK… kah kah kah…

woit... INI SATU LAGI PROJEK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU...kah kah kah

nota:pelik - sebelum ini macam mana jemaah ni?
tak selesa ke ?

jemaah ni kalau dah dapat tikar baru tak undi gerombolan
mesti tak tahu bersyukur kah kah kah..

kalau tak tahu bersyukur tak dapat jamban tan kah kah kah




JANGAN JADI MALAS - NANTI BONSAI






MENGENAL KONTRADIKSI DAN MUSUH


Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ini berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas metelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan. Mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini kita ditakut takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir dengan api neraka. Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.

Kalau anak kecil banyak bertanya akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar – kita terima – sebagai fakta. Apabila telah bersunat, besar bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai bertenet dan berinternet maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah dari pandangan karut marut yang didengari ketika membesar. Membuang dan membakul sampahkan segala karut marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan meyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah bonsai. Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati

Dalam suasana politik kita - budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya adalah monolok – jalan sehala – dimana si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali. Pelbagai sampah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita dizaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk menapis atau bertanya.

Seyugia diingati ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat - untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau mengembangkan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ianya menjadi ajen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolok sehala adalah tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong. Lihat bagaimana monolog tv sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.

Hasil dari budaya mendengar ini ramai warga terlali dan terlalai dari membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir dari susuk yang tidak lagi menggerakan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah maka mamai akan menyerang. Ini tidak menghairankan. Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan ialah bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk megenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa apa kerja politik. Gagal mengenal kontradisi sosial maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi.
Justeru dalam kerja politik wajib di ketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekonder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa larau dan porak peranda – raba sana pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan di baca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud berapa ratus kali pun diklik yang muncul hanya angka 404. Ini dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, cubaan di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul. Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang dari mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama. Bagitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita – banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya rakyat Sabah dan Serawak ingin bebas dari cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini adalah kontradiksi dikalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita ekploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo- Amerika sedang mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan. Semua ini adalah asas taktik dan strateji politik yang paling minima.

Inilah penting memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim bala tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama. Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika bukan pendukong utama. Dalam politik yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup. Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama dari sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digudam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu dari kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan. Tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu. Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan buger kerana terdengar cerita adanya gelatin tak halal dalam burger. Tetapi tidak berjunag untuk melupuskan Mac Dogal dan Burger King . Ini tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tak kesampian untuk berfikir. (TT)

nota: bebas diambil untuk membuat kebaikan




SITI AMINAH MENUNGGU MAT MONGOL DI PARIS




PROTEST DI PARIS



NAJIB TIBA DI PARIS LAWATAN 4 HARI - berita hairan

Najib Razak tiba di sini untuk lawatan rasmi empat hari ke Perancis yang turut merangkumi pertemuan dengan pemimpin tertinggi negara berkenaan.


AS PM FLIES INTO PARIS, ALTANTUIYA STATEMENT SURFACES
– malaysian mirrior

As Prime Minister Najib Abdul Razak flies into France for a four-day official visit, an organization calling itself the Altantuya Shaariibuu Foundation has issued a statement in an apparent bid to embarrass the Malaysian leader.

The statement published in the Malaysia Today website did not contain any new information but was mainly a rehash of the high-profile Altantuya murder case.

It also mentioned the commission allegedly paid out to Najib’s associate Abdul Razak Baginda for three French submarines bought by Malaysia during Najib’s tenure as Defence Minister.

"What was omitted from mainstream reports in Malaysia and France is that Najib since assuming Premiership in March 2008 is easily the most controversial Prime Minister since political independence in 1957 as he has been linked, through two policemen in charge of his protection and according to the statutory declaration of a private investigator, to a murder case," the statement alleged.

"And we are not talking of any “normal” murder case but the gruesome murder of a beautiful Mongolian woman Altantuya Shaariibuu connected to the purchase of French submarines worth a billion euros."

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. ALTANTUYA MENUNGGU MAT MONGOL DI PARIS….kah kah kah…

kah kah kah…. OPSSS… SILAP….MANA BOLEH… ALTANTUYA SUDAH ARWAH…kah kah kah..

kah kah kah…. JADI SIAPA YANG TUNGGU MAT MONGOL DI PARIS… kah kah kah…

woit…. SIAPA AGAKANYA? … CUBA TEKA… kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU BETUL DAPAT HADIAH… kah kah kah…..



BIAWAK MAKAN TELO




KETUA PEMUDA MIC SEDANG MEMBERI MOTIVASI PADA ANAK ANAK SEKOLAH TENTANG JANGAN MINUM TODI






SALAHDUDDIN DAKWA AZEEZ BOHONG - malaysiaki

Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Beliau mengulas dakwaan Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.


DI KUALA TERENGGANU AZEEZ MEMBUAT DAKWWAN YANG SAMA harakah daily

PAS berpendapat Abdul Azeez Abdul Rahim layak dianugerahkan Tokoh Kontroversi Umno 2009 ekoran dakwaan Ketua Putera Umno itu kononnya dipukul lapan Pemuda PAS pada hari penamaan calon, di sini.

Ini kerana, semasa dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Azeez juga membuat dakwaan yang sama dengan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya.

"Inilah kerja provokasi jahat Azeez, menggunakan media. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi.


MASA PRU KE 12 AZEEZ MENGAKUI DI TEMBAK

Mengikut arkib berita laporan Pru ke 12 yang lalu Azeez ini telah mengakui yang dia telah di tembak ketika berkempen.

KAH KAH KAH…

woit… APA PUNYA BANGSA MALAOAN INI…. kah kah kah…

kah kah kah… KENA BELASAH TIPA KALI ADA PILIHANRAYA… kah kah kah…

kah kah kah... MALAON INI MESTI BANYAK HUTANG... kah kah kah..

woit… KENA PUKUL… KENA TERAJANG… KENA TEMBAK… kah kah kah..

woit… NAMPAKNYA SATU MALAYSIA TAK SUKA PADA MALAON INI…kah kah kah….

kah kah kah... TAPI MASIH SELAMAT KERANA DUDUK DALAM GELAP... kah kah kah



MALIKUL BERFATWA LAGI




MASA INILAH JALAN HENDAK DITURAP




MUHYIDDIN DEDAH TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG SEBAR SURAT PALSU
– berita hairan

Muhyiddin Yassin mendedahkan kini wujud taktik kotor pembangkang yang menyebarkan surat palsu kononnnya pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad mewakili Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang tidak mendapat restu pucuk pimpinan.

Pengundi Bagan Pinang dan petugas BN berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah kotor pembangkang sepanjang tempoh berkempan pilihan raya kecil itu.

KAH KAH KAH…

woit… PEMBANGKANG SEBAR SURAT PALSU…. kah kah kah…

woit… GEROMBOLAN LETAK CALON PALSU MACAM MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah... CALON SECOND HAND... kah kah kah...

kah kah kah... DAH EXPIREEEED.... kah kah kah..

woit….TAK KAN INI SAJA FATWA KALI INI…. kah kah kah…

woit…. MACAM MANA DENGAN PROJEK BUAT JAMBAN TAN…. kah kah kah

nota: jalan mula diturap.sekolah mula dibaiki.
paip mula dipasang.belanjawan mula diluluskan.

masa ini kontrektor kelas f mula menuai.
padi cukup masak. ikan dilaut sedang diberi makan.

satu projek besar akan diumumkan. sebuah jamban tan
panjang akan diadakan dari port dicksdon ke tanjung pinang.

p/s datuk gan sedang bersedia nak rembat tanah orang kampong
kah kah kah