Rabu, 21 Oktober 2009

MARI KITA BERKENAL- KENALAN



INI PAKAR FORENSIK




INI ARWAH TEOH BENG HOCK


INI ARWAH DAVID CARRADINE



SIAPA PEREMPUAN INI

Dr. Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya – tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang.

Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.

Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluraga David walau pun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh.




GEMPAQ BEERITA – BERITA GEMPAQ



DULU MEMALI - ALTANTUYA - KUGAN - KINI TEOH

RAKYAT DULU DI BUNUHKAN





PAKAR : YAKIN 80% TEOH DIBUNUH

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat kesimpulan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

KAH KAH KAH...

nota:
satu pun akhbar arus perdana
belum membawa berita ini.
mungkin talian internet
terputus atau semua wartawan sedang
membuat rekod dikir barat paling
lama dalam jamban kah kah kah




JANGAN BAWA MUSUH - JANGAN BUNUH BUDAYA TEMPATAN



CIRI DAN WATAK MANUSIAWI KETIKA BERJUAL BELI




PENIAGA KECIL MENCARI MAKAN



PENIAGA KECIL YANG AKAN MENJADI MANGSA







MATA YANG SONGSANG


Dari negara atas agin - ianya datang dengan angkuh sekali. Besar tersergam - besarnya lebih besar dari semua yang besar. Orang ramai – orang ulu dan orang bandar - tercengang melopong – masuk lalat keluar cacing. Lalu orang ulu dan orang bandar berlabon sesama sendiri tentang betapa besarnya ‘unggun’ ini.

Orang ulu dan orang bandar tidak pernah melihat gunung yang sebesar ini. Mereka tidak pernah melihat pintu yang seluas ini. Maka mereka terus melangok dan melopong. Lalu orang ulu dan orang bandar ini mengheret anak anak mereka untuk turut sama menebeng dan melangok

Datuk Bandar tersenyum apabila melihat orang ulu dan orang bandar berduyun duyun datang untuk menyembah ‘unggun’ besar ini. Juak juak istana pun berkata inilah kejayaan yang telah di bawa. Inilah dia apa yang dipanggil pembangunan. Inilah dia kejayaan.

Jangan lupa wahai orang ulu dan orang bandar lima tahun lagi undilah aku sekali lagi.

Adalah seorang Mamat yang telah melihat ‘unggun’ ini. Dalam tercengang dan terlopong. Si Mamat ini hampir tidak percaya apa yang dilihat. Maka dianya pun berlari lari pulang ke kampongnya yang maha jauh di hulu. Maka apabila si Mamat sampai ke sebuah pekan di hulu maka dia pun bercerita pada kawan dan taulan. Maka ramailah anak muda melopong dan ternganga apabila mendengar kesah ‘unggun’ yang besar dari negara atas angin ini.

Maka cerita dan kesah ini sambung menyambung. Maka sampailah cerita ini kepada Tok Sidang lalu Tok Sidang membawa kepada Tok Khatib lalu di bawa kepada Tok Penggawa lalu di bawa kepada Tok Guru. Tok Guru yang belum pernah melihat ‘unggun’ yang bagini besar seperti yang di kesahkan amat amat berahi. Maka si Tok Guru telah menghantar wakil untuk menjemput tuan empunya ‘unggun ‘ agar datang membawa unggun ini ke kampongnya.

Demikianlah kesah adanya:

Hari ini kita semakin diasak oleh kaum pemodal antarabangsa untuk membuka pasaran dalaman negara kita. Dengan licik sekali kaum pemodal antarabangsa melalui jaringan badan-badan dan lembaga dunia seperti World Trade Organisation, FTA, APEC, Bank Dunia telah memaksa negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika untuk membuka pasaran mereka. Semua dilakukan berasaskan akidah dan firman : perdagangan bebas.

Justeru – hasilnya - negara kita sedang dilanggar oleh bencana unggun besar dari gedung Carrefour , Tesco dan Giant.

Gedung-gedung membeli belah ini sebenarnya adalah musuh kepada kita semua – musuh yaang datang dari negeri atas angin.

Memang sekali pandang kita akan melihat gedung-gedung memberi khidmat kepada pelanggan. Ini adalah pandangan yang amat juling dari mata yang bula. Pandangan juling ini lahir dari sesiapa sahaja yang tidak memiliki fikrah atau fikrah yang telah bonsai.

Amat disedari bahawa ramai warga berbangga dengan wujudnya gedung gedung ini yang dikatakan memberi khidmat dan keselesaan kepada mereka. Tetapi pendapat ini adalah pandangan juling berjangka pendek – sependek keupayaan otak mereka berfikir.

Betul – sekali pandangan – gedung ini sedang melambakkan bahan-bahan keperluan harian dari sayur mayur, ikan, daging, keperluan dapor, pakaian, pinggan mangkok, perhiasan rumah - malah semuanya ada untuk keselesaan para pembeli. Hanya gajah dan telor naga sahaja tidak ada – yang lain semua ada.

Disebalik semua keselesaan ini – ada racun ekonomi - yang sedang di bawa oleh gedung membeli belah ini. Racun ini meresap dengan perlahan-lahan tetapi yakinlah ianya akan membawa porak peranda ke atas ekonomi kita.

Dalam masa berjangka panjang gedung-gedung ini adalah pemusnah asas ekonomi negara bangsa. Dalam jangka panjang gedung-gedung ini akan menindih, menghimpit dan akhirnya akan mematikan perniagaan tempatan. Dalam jangka panjang gedung gedung ini akan membunuh kedai-kedai kecil. Akan mematikan petani kecil. Akan melupuskan Tok Peraih. Akan mengkebumikan kedai-kedai anak beranak – kedai adik beradik - yang berniaga di pekan dan badar yang menjadi watak pekan pekan kecil kita semenjak beratus tahun.

Ini bukan pandangan orang politik. Orang politik hanya dapat melihat dengan adanya bangunan tegak berdiri maka dengan bangganya mereka menjerit dan melolong - inilah dia pembangunan yang mereka bawa. Para politikus inilah yang membenarkan gedung gedung ini semakin berselirat di tanah air kita.

Wajib kita sedar - ramai orang politik ini tidak faham tentang ekonomi politik. Ilmu politikal ekonomi mereka amatlah kontot lagi cetek. Pembacaan dan pengkajian ekonomi mereka amatlah terhad. Tetapi mulut dan poket mereka amatlah besar. Kerana mulut besar dan akal kontot maka mereka tidak memiliki keupayaan untuk membuat kerja-kerja lain. Yang terbuka hanya menjadi orang politik atau macai politik atau menjadi rakan tidur kaum pemodal antarabangsa.

Orang politik yang tidak memiliki kesedaran ekonomi ini telah dilobi dan dirasuah oleh tuan empunya gedung. Orang-orang politik ini dijadikan orang depan – mungkin diberi saham/mungkin diberi menjadi ahli lembaga pengarah/mungkin diberi amoi - untuk melobi pengelulusan lesen-lesen agar gedung-gedung ini dapat membeli tanah-tanah di kawasan yang stratejik untuk beroperasi dalam tanah air kita.

Memang betul – sekali imbas – dilihat gedung-gedung ini memberikan harga yang murah berbanding dengan kedai runcit di pekan kecil. Memang betul dibawah bumbung gedung ini kita dapat memilih semua yang kita perlukan. Memang betul kita selesa dengan kesejukan hawa dingin ketika membeli belah dalam gedung gedung ini.

Tetapi waspada. Gedung berjaya meletakan harga yang murah kerana mereka menjual dengan volume/jumlah yang amat banyak. Ini dapat dilakukan kerana gedung ini datang dengan modal yang mengunung. Gedung-gedung ini bukan lagi membeli barangan dari Tok Peraih dari kampong sana dan kampong sini. Gedung ini memiliki segala macam gudang untuk mengeluarkan barangan yang akan dijual digedung mereka sendiri.

Untuk gula – gedung ini bukan hanya memiliki kilang gula malah memiliki ladang gula. Bagitu juga untuk tepong – bukan hanya kilang malah ladang gandum sendiri dimiliki oleh gedung ini. Bagitu juga untuk ayam , daging, sayur dan barangan dalam tin atau kotak. Semua adalah milik gedung ini.

Jika kilang itu bukan milik gedung ini seratus peratus besar kemungkinan tuan empunya gedung ini memiliki saham dan kepentingan dalam apa sahaja barangan lain yang akan di jual di dalam gedung. Banyak bahan bahan yang dijual datang dari negara atas angin. Justeru kapal laut dan kapal terbang juga dimiliki oleh gedung ini untuk menghantar barang-barang.

Tesco adalah syarikat membeli belah yang ketiga besarnya dalam dunia. Jaringan kepentingan gedung ini berselirat diseluruh dunia. Kerana ianya bagitu besar maka syarikat ini boleh menentukan harga barangan yang ingin dibelinya. Gedung ini boleh menekan harga bahan yang ingin mereka beli. Ini berlaku apabila mereka telah memonopoli pasaran.

Akan sampai satu ketika di mana kedai kedai kecil tempatan akan lupus kerana tidak dapat menandingi gedung gedung ini. Kedai-kedai runcit di pekan kecil akan tutup. Tok Peraih dan peniaga kecil – pekebun yang bejaja sendiri – akan lupus. Mak Cik penjual sayur, Pak Cik penjual ikan, Abang penjual daging di Pasar Khatijah akan hilang dengan sendirinya apabila Tesco muncul di Kota Bahru. Pasar borong Selayang atau Pasar Chow Kit akan terkapai kapai apabila gedung –gedung ini terus dibiarkan berkembang.

Gedung-gedung ini sedang membunuh pekan pekan kecil. Gedung-gedung ini yang akan mengambil tanah yang amat luas untuk dijadikan tempat letak kereta. Perhatikan rupa bentuk gedung ini. Ianya tidak memiliki nilai-nilai estetika tempatan langsung. Ianya bukan pekan atau bandar. Gedung ini adalah unggun yang menyesakkan pandangan.

Tidakkah disedari bahawa gedung ini tidak akan melahirkan silatulrahim antara pembeli dengan penjual. Tidak ada hubungan kemanusiaan antara si pembeli dengan si penjual – kerana yang menjual hanya kuli-kuli yang diupah seperti robot. Ini amat berbeza dengan hubungan kemanusian antara Mak Cik menjual sayur di pasar Khadijah dengan si pelanggannya. Mereka berkenal suai. Mereka berbual. Mereka merayakan diri mereka sebagai manusia. Mereka bukan hanya robot yang kerjanya hanya membeli sebagai konsumer.

Sedarlah - di kota-kota tradisional di Eropah – gedung-gedung ini dilarang untuk menjalankan perniagaan didalam badar. Mereka dinyahkan ke luar kota. Gedung ini tidak dibenarkan merosakan rupa bentuk kota asli. Kota San Sebastian di utara Sepanyol terus tidak membenarkan gedung ini dibuka didalam pekan. Gedung-gedung ini dilihat sebagai pemusnah budaya tradisional Sepanyol.

Dalam negara kita – kita amat juling – kita amat songsang. Kita gagal untuk melihat mudarat yang dibawa oleh gedung gedung ini. Kita dengan tidak tentu hala – tidak senereh harah mengikut kata orang Negeri Sembilan - merasa bangga kerana wujudnya ‘unggun’ ini di sebelah kawasan rumah kita. Inilah contoh fikrah yang bonsai. Inilah contoh slogan lompong : rakyat didahulukan. Tetapi sebenarkan orang yang berslogan – rakyat didahukukan itu sedang medahulukan kepentingan pemodal antarabangsa.

Tidakah ada kesedaran bahawa gedung ini sedang mengambil alih pekan pekan kita. Tidakkah disedari gedung gedung ini akan membunuh pasar malam kita.(TT)




TERHEBAT HEBAT



MAMAT INI BUAT LAGI HEBAT





MISI DIKIR BARAT ATAS TREN TERCAPAI
– melayau

Misi membuat persembahan dikir barat tanpa henti di atas tren dari Singapura ke Tumpat di sini berakhir tepat pukul 10 pagi tadi apabila tren nombor 14 Ekspres Timuran yang membawa mereka selamat sampai ke stesen keretapi Tumpat.

Ia bermakna, misi yang mengambil jarak lebih 700 kilometer itu ditamatkan dalam masa 15 jam 10 minit.

KAH KAH KAH…KAH KAH KAH..

woit… TAK TAHU LAH… APA NAK CAKAP… kah kah kah..

woit… KETUPAT TERBESAR TELAH DI BUAT… kah kah kah…

woit… BENDERA TERBESAR SUDAR TERPASANG… kah kah kah…

woit… DEBAT TIGA HARI TIGA MALAM TELAH DI BUAT…kah kah kah..

kah kah kah… YANG INI LAGI HEBAT DARI HEBAT… kah kah kah…

kah kah kah… LAGI GEMPAQ DARI GEMPAK…. kah kah kah..

kah kah kah….KEJAYAAN PALING AGUNG LAGI CEMERLANG TAMBAH TERBILANG LAGI UNGGUL HEBAT DAN MENGGEMPARKAN… kah kah kah…

nota:
bila agaknya orang melayu ini hendak
berhenti dari di bodohkan oleh gerombolan kah kah kah..




TAK ADA BUAT KERJA LAIN



ANWAR : PAKATAN TIDAK BERPECAH
- malaysiakini

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat komited dalam memperkukuhkan gabungan tersebut walaupun terdapat laporan mengenai wujudnya pergeseran antara pemimpin tertingginya.

'Komitmen yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti adalah jelas," katanya sambil menambah bahawa mereka akan menangani apa sahaja kelemahan melalui bekerjasama sebagai satu pasukan.

Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sebagai tanda komitmen mereka, pemimpin tinggi dari DAP dan PAS turut hadir di sidang akhbar tersebut, termasuk Naib Presiden PKR, Azman Ali dan Zaid Ibrahim, yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf rangka kerja dasar bersama Pakatan.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… KESIAN… KESIAN TENGOK PAKATAN… kah kah kah..

kah kah kah… HARI HARI BERTUNGKUS LUMUS… kah kah kah

kah kah kah…. SEMUA NAK MENJAHANAMKAN… kah kah kah..

woit…. PEMIMPIN PAKATAN INI BETUL BETUL NAK MENJAHANAMKAN… kah kah kah…

kah kah kah... TAK ADA KERJA LAIN... kah kah kah..

kah kah kah… NAK MENJAHANAMKAN APA?... kah kah kah..

woit… NAK MENJAHANAMKAN GEROMBOLAN DAN KRONI KRONI NYA… kah kah kah…



SATU LAGI CARA NAK MENIPU




INTENSIF FDI INTI BAJET 2010
– melayau

Insentif bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dijangka menjadi antara inti pati Bajet 2010.

"Memang sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan insentif-insentif perlu bagi menggalakkan FDI ke negara ini," kata , Mukhriz Mahathir..

"Apapun, kita bersaing dengan negara lain, terutama di rantau ini, untuk meraih pelaburan. Saya tidak dapat mengumumkan mengenai insentif khusus dalam Bajet itu.

KAH KAH KAH…

woit… FDI INI KAPALA BANA APA ?.... kah kah kah…

kah kah kah… MI SPIK NO INLIS… MI BOROW TWO ZERO DOLAR…kah kah kah…

kah kah kah… NAK MASUK MELABOR BUAT APA?.... kah kah kah…

woit…SYARIKAT ARAB KENA KELENTONG DI PELABUHAN KLANG… MEREKA LARI…. kah kah kah…

woit…. SYARIKAT INDIA BUAT KERETA API LETERIK … KENA KELENTONG ..MEREKA LARI LAGI…. kah kah kah…

woit…SYARIKAT NEGARA CHINA NAK BUAT JAMBATAN KEDUA DI PULAU PINANG… KENA KELENTONG… TAKUT…. kah kah kah….

woit… INI BELUM KIRA… BAKSHEEEH UNTUK.. JKK… KETUA CAWANGAN… KETUA BAHAGIAN…YB…MB…MENTERI… kah kah kah..

woit…. PROJEK 80 SEN…. BOLEH NAIK SAMPAI 80 JUTA RINGGIT…. kah kah kah…

TAK PERCAYA BACA NAWAH INI KENAPA ORANG LARI:

PELABUR RISAU , INTERNET MALAYSIA LEMBAB - malaysiakini

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

nota:
gerombolan takut nak buat internet laju.
kalau internet laju kita boleh buat radio dan tv sendiri.


di serata dunia sekarang akhbar yang besar besar macam
new york times, boston globe, times of london – semua
menguncup. mana mana media arus perdana yang pro pemodal
anti anak muda, anti kaum buruh – semua mengecut pembaca.
di malaysia pun sama. ini dalam keadaan internet macam hampeh
bayangkan kalau cepat dan pantas.


tukar tiub akan jadi tv station
tukar tiub akan jadi radio station


semua siaran terus menerus.
jadi arwah rtm dan tv3 kah kah kah
hari hari kita ketawa kah kah kah




BERITA GUMBIRA - CUKONG LAWAN CUKONG



BERKUNFU LAH KAMU SEBELUM KAMU DIKUNGFU KAN




ONG PECAT KETUA BIRO UNDANG-UNDANG

Presiden MCA, Ong Tee Keat hari ini mengumumkan keputusan yang mengejutnya dengan memecat ketua biro undang-undang MCA, Leong Tang Chong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ong mengesahkan beliau telah memecat Leong tetapi tidak menyatakan siapakah penggantinya.

Katanya, perkara itu telah diputuskan bulan lalu, tetapi kerana beliau terlalu sibuk, maka ianya tertangguh hingga hari ini untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, Ong menafikan bahawa pemecatan Leong itu ada kaitan dengan krisis kepimpinan parti itu.

Bila ditanya sebab Leong dipecat, Ong menjawab ianya semata-mata keputusan pentadbiran dan tidak memerlukan sebarang penjelasan diberikan secara terbuka.

KAH KAH KAH…

woit… CUKONG SEDANG BERGADUH SESAMA CUKONG… kah kah kah..

woit… SATU MALAYSIA SENANG HATI…. kah kah kah…

kah kah kah… BILA MUSUH KITA BERGADUH… KITA WAJIB API APAIKAN…kah kah kah..

kah kah kah… LAGI LAMA MEREKA BERGADUH LAGI BAIK…. kah kah kah..

woit… KITA MESTI SOKONG ONG TEE KEAT… WALAU PUN CUKONG…kah kah kah…

kah kah kah… KERANA CUKONG INI TAK MAHU IKUT CAKAP BINI ROSMAH… kah kah kah..

woit… GENG CUKONG INI TAK MAHU JADI BARUA GEROMBOLAN…kah kah kah..

kah kah kah... CUKONG JENIS INI CUKONG BAIK... kah kah kah..

kah kah kah… TIM INI UNTUK SEMENTARA ADALAH PELURU PAKATAN…kah kah kah…