Jumaat, 23 Oktober 2009
ANAK MUDA JANGAN LUPA PETANG SABTU ESOK
SEMUA YANG SUDAH BANGUN TIDOR BALIK DARI CLUBBING DI JEMPUT DATANG
TEMPAT : CHINESE ASSEMBLY HALL - No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 KL
Malaysia (Berhampiran dengan Stesyen Monorail Maharajalela).
ATUR CARA:
2.00-2.10 pm Pendaftaran
2.10-2.15 pm Ucapan pengenalan
2.15-2.30 pm Panelis 1: Fahmi Reza, Aktivis dan Pembikin filem dokumentari sosial & politik
2.30-2.45 pm Panelis 2: Lee Kai Loon, Pengasas dan Anggota Sekretariat Youth For Change (Y4C)
2.45- 3.00pm Panelis 3: Shazni Munir Mohd Ithnin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)
3.00-3.15pm Panelis 4: Mohd Hariszuan Jaharudin, Ketua Biro Majlis Diskusi dan Dialog Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Penulis di ruang wacana bebas blog Diskopi
3.15- 4.00 pm Komentar Jemputan: Tukar Tiub a.k.a Hishamuddin Rais
4.00 –5.00 pm Diskusi dan Dialog bersama peserta forum
5.00 pm Jamuan ringan & Tamat
WASPADA !! !PENYAKIT TIDOOO TELAH BERJANGKIT
LALAT INI SEDANG MENYERANG UNTUK MELAHIRKAN MAT NGANTUK
BAGAIMANA LALAT INI BOLEH SAMPAI KE KUALA IBAI ?
BILA PULAK LALAT INI SAMPAI?
Lalat tsetse adalah sejenis lalat yang pembawa
penyakit tidoo atau dipanggil Human African trypanosomiasis.
Sesiapa yang diserang oleh lalat ini akan menjadi Mat Ngantuk.
Lalat ini hanya didapati di Afrika dan di Jalan Belemy.
Berita telah mula tersebar bahawa saekor lalat ini telah juga di temui
oleh seorang nelayan yang sedang mencandat sotong di Kuala Ibai Terangganu.
Nota :
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang
jangkitan serangan lalat tsetse ini
sila rujuk kepada Dr Abdul Aziz Bari. Beliau telah
menulis tentang serangan lalat ngantuk ini dalam
akhbar Sinar Harian
BERITA BERITA KONTOT
GEMPAR !!! PALING HOT !!! PAS NAK BERSIHKAN PARTI
Nik Aziz hendak melakukan pembersihan dalam Pas.
Ada dua tiga orang yang dianggap memberatkan poket
Pas dalam usaha untuk mengambil alih pemerintahan
di pilihanraya akan datang.
Apabila Pas hendak bergerak maju - malaon-maloan ini
bubuh paku tengah jalan.
Buat kenyataan yang tak seneneh arah.
Buat fatwa dengan rujukan kitab remeh balikul al-temeh
yang ditulis oleh al-malikul sembab imang khodi
besar dari mujidul'farkaneen mongoli.
Tindakan ini adalah untuk memastikan Pas
terus gagah untuk bertempur tanpa ganguan
dan ajen-ajen gerombolan yang telah di pasang
untuk buat kacau.
Mungkin satu mukmatar khas akan diadakan.
APA KHABAR TUAN DOKTOR HASSAN
Apa khabar doktor ?
Ada terima surat dari bank ke?
APA KHABAR ZUL NORDIN ?
Kes pilihanraya you dulu –
you selesaikan macam mana?
You ada buat janji apa apa ke dengan
isteri rosmah?
You ni I… ni ak tak suka… the veri veri.
APA KHABAR AZALINA?
Lama tak nampak?
Hang Zooooooom ke mana?
Zooom zooom lah sikit. Hang dah banyak
kelepek.
BAHAYA AMAT BESAR AKAN SAMPAI
ANAK KECIL MANGSA RADIO AKTIF TENAGA NUKLEAR
ANAK TENAGA NUKLEAR YANG TAK ADA TENAGA
INI DIA SEOARNG LAGI
KERAJAAN KAJI PEMBANGUNAN NUKLEAR UNTUK JANA LETERIK MENJELANG 2025 – berita hairan
Kerajaan sedang meneliti opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik sebagai salah satu penyelesaian jangka masa panjang bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik negara menjelang 2025, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui, berkata berdasarkan analisis awal yang dijalankan, negara tidak lagi dapat bergantung kepada sumber-sumber penjanaan elektrik sedia ada seperti gas, hidro dan arang batu.
"Oleh itu, opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik tidak dapat diketepikan kerana ia dapat menawarkan opsyen yang menarik untuk memenuhi keperluan elektrik negara," katanya menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).
ARKIB – 15 Oktober
MALAYSIA CACAT 40 GEMPA BUMI DALAM TEMPOH DUA TAHUN – berita hairan –
Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.
Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.
Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud di antara 1.1 dan 2.8 skala Richter.
Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.
nota:
ini telah diramalkan oleh tt.
rosmah dan isterinya pergi ke peranchis bukan lawatan
resmi walau pun di kelentong sebagai resmi. pergi
ke sana untuk cari loji nuklear. ini sama seperti beli kapal
selam. pasti telah ada penjual loji nuklear second hand
yang telah mula melobi rosmah.
tak percaya?
baca berita seterusnya
KENAPA PERLU MELOBI SUAMI NAJIB
ROSMAH GANTI KHAIRY
(TV Antara) - Dulu Khairy, sekarang Rosmah menjadi kepala "Tingkat 4" pejabat Perdana Menteri.
Pegawai kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dalam urusan Perbendaharaan Negara, termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan.
Sumber-sumber kerajaan berkata campurtangan itu sudah di "tahap kritikal' dengan Rosmah mempertikaikan keputusan tertentu Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan.
Campurtangan Rosmah itu tidak menerima sebarang teguran daripada Najib walaupun beliau adalah juga Menteri Kewangan.
Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan, Rosmah menaruh minat yang amat mendalam terhadap penyediaan Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Oktober depan.
Isteri kedua Najib itu dikatakan mempunyai akses kepada semua bahan-bahan serta dokumen yang berkaitan dengan belanjawan tersebut sehinggakan menimbulkan rasa gelisah dan tidak senang hati di kalangan pegawai tinggi kementerian.
Campurtangan Rosmah dalam keputusan pada peringkat tertinggi kerajaan meletakkan pengurusan negara dalam keadaan bahaya dan kewibawaannya di kompromi.
Sumber juga memberitahu Rosmah memperlihatkan keghairahan beliau terhadap semua aspek perbelanjaan setiap kementerian terutama yang berkaitan dengan pembelian atau "procurement" serta pemberian kontrak-kontrak.
KAH KAH KAH…
woit… WASPADA… TAHUN 2025… kah kah kah…
woit… TIDAK LAMA LAGI AKAN SAMPAI PENJUAL LOJI NUKLEAR… kah kah kah..
kah kah kah… PADA KETIKA INI …MEDIA SEDANG MENDODOIKAN ORANG RAMAI…. kah kah kah…
kah kah kah… TIDAK LAMA LAGI PASTI AKAN KELUAR CERITA MOLEK MOLEK TENTANG TENAGA NUKLEAR… kah kah kah..
woit… JANGAN TERMAKAN KELENTONG… kah kah kah..
nota:
tenaga nuklear amat merbahaya.
eropah telah menolak loji loji ini.
banyak loji akan ditutup.
loji nuklear sellafield di england sampai hari
ini terus bermasaalah. loji three miles island di amerika
telah pecah. loji chernobyl di russia telah pecah.
semua mengeluarkan radio aktif hingga ke hari ini.
paling penting anak anak muda hari ini
untuk memahami bahaya radio aktif.
bayangkan stadium runtuh.
bayangkan bagunan sekolah runtuh
banyangkan hospital di johor berkulat
bayangkan lebuh raya mrr2 retak
bayangkan masjid baru buat di kt retak
percayalah taktik ini akan digunakn sekali lagi :
taktik yang sama akan digunakan sama seperti di papan ipoh dahulu
kawasan majoriti china akan dipilih
ini untuk menjauh kan tentangan orang melayu
kemudian tabung haji, bank islam, kooperasi tentera akan di beri sham
ini untuk memastikan dilihat orang kafir menentang kepentingan ekonomi islam
tipu helah ini telah digunakan oleh syarikat jepun rare earth
yang ingin membuat kilang amang di papan ipoh. tabung haji adalah
salah sebuah syarikat yang telah dipilih oleh syarikat jepun ini untuk
memjadi rakan niaga. hasil perlawanan kilang ini gagal didirikan.
dimana hendak dibuangkan air penyujuk loji ini?
dimana hendak dibuangkan sampah kumbahan dari loji ini?
ke sungai pahang? habis kita semua makan ikan patin berradio aktif
ke sungai perak ? habis kita semua makan siakap berradio aktif
ke selat melaka? habis semua rakyat semenanjung dan sumatra makan ikan berradio aktif
kesedaran patut bermula sekarang.
sila baca dan kaji bahaya
loji tenaga nuklear – sebelum terlambat
kerana najib tidak dapat melarikan diri dari
penjual barang second hand dari peranchis kah kah kah.
MACAM MACAM CARA NAK MENIPU ORANG MELAYU
BEROK INI APA JADI - DAH 10 TAHUN DAH ADA CUCU KE ?
LAPORAN AUDIT: PM JANJI AMBIL TINDAKAN - melayau
Najib Razak berkata beliau kecewa dengan perbelanjaan melampau dan penyelewengan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah.
"Apa yang penting daripada laporan itu ialah sama ada kita akan bertindak atau tidak.
"Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan," kata perdana menteri ketika menjawab soalan sewaktu taklimat media mengenai bajet di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
KAH KAH KAH …
woit… TUNGGU DAN LIHAT… kah kah kah…
kah kah kah… JAMIN SATU PUN TARAAAAK…. kah kah kah…
woit… KALAU KES BELACAN …JAMIN AKAN DI SIASAT SAMPAI KE BULU BULU UDANG… kah kah kah…
kah kah kah…MAT MONGOL… HANYA CAKAP SAJE… kah kah kah..
kah kah kah… NAK BAGI SATU MALAYSIA SEDAP RASA… kah kah kah..
woit… TAK HENTI HENTI MENIOPU… KELENTONG… MEMBODOHKAN ORANG MELAYU… kah kah kah…
woit… MELAYU BODOH… SENANG DI CUCUK HIDUNG… kah kah kah..
CHEEE WAH … INI PULAK
SPRM TELITI LAPORAN AUDIT NEGARA 20008
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam.
Kajian itu adalah prosedur biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memastikan ketelusan dalam setiap penyata dan pengurusan kewangan yang sudah diaudit Jabatan Audit Negara.
Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini, jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada.
KAH KAH KAH..
kah kah kah… PANDAI JUGA SPRM INI BUAT LAWAK… kah kah kah..
kah kah kah… NAK KETAWA SALAH… TAK KETAWA SALAH… kah kah kah..
woit… BILA NAK AUDIT LAPORAN SIKOM 98…kah kah kah..
woit… SUDAH SEPULUH TAHUN… TAK AUDIT AUDIT LAGI… kah kah kah..
woit.. DAH BERAPA BANYAK MENTERI SUKAN BERTUKAR... kah kah kah..
kah kah kah... NAK TUNGGU AZALINA ADA CUCU KE?.... kah kah kah
nota:
bila lah melayu nak sedar
tiap hari kena tipu
tiap hari kena kelentong
BACA YANG INI PULAK
PAKAI KERETA INI BARU TAK BOCOR TAYAR
SEBENARNYA TIADA PENYELWWANGAN ISI MINYAK DAN TAYAR KENDERAAN – PEGAWAI KEEWANGAN PULAU PINANG - mStar
PULAU PINANG: Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Farizan Darus berkata, tidak berlaku penyelewengan dalam urusan penyelenggaraan tayar kenderaan milik kerajaan negeri itu mahupun dalam pembelian minyak seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.
Beliau berkata kekerapan penggantian tayar seperti yang dinyatakan dalam laporan itu dilakukan disebabkan keperluan sebenar bagi kenderaan berkenaan.
Menurut laporan itu, sejumlah RM31,064 telah dibelanjakan bagi 17 kali penggantian tayar antara 12 Jan 2006 dan 11 Sept 2008 melibatkan lapan kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Dalam satu kenyataan hari ini, Farizan berkata bahawa tiga daripada 17 penggantian tayar kenderaan itu dibuat setelah melakukan perjalanan melebihi 40,000 km bagi kenderaan bernombor PAF 1 sebanyak dua kali dan kenderaan PFW 5151 sekali manakala penggantian tayar bagi perjalanan kurang daripada 40,000km dibuat berdasarkan alasan tertentu.
Menurutnya, antara alasan untuk membuat penggantian tayar kurang 40,000 km adalah keadaan bunga tayar yang haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam, tayar keras dan tayar berbunyi bising apabila kenderaan bergerak.
"Atas alasan tersebut ia telah diperakukan oleh penyelia kenderaan setelah dimohon oleh pemandu kenderaan terlibat untuk pertukaran tayar," katanya.
Farizan berkata, Jabatan Kewangan Negeri telah menetapkan bahawa kelulusan pertukaran tayar dan pembaikan lain yang diperakukan oleh penyelia kenderaan perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha Kewangan.
"Sekiranya kerosakan yang sama berlaku, ia hendaklah mendapat kelulusan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) sebelum pertukaran atau pembaikkan dilakukan," tambah beliau. Menurutnya lagi, amat penting kenderaan rasmi kerajaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik kerana selain daripada digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pegawai-pegawai tertentu, kenderaan itu juga digunakan untuk membawa tetamu negeri bagi urusan rasmi termasuk di luar Pulau Pinang.
Mengenai pembelian dan pengisian minyak dalam tempoh masa yang singkat, Farizan berkata, kenderaan yang mendapat teguran dari Ketua Audit Negara adalah PHK 42 (Proton Perdana), PGW 7744 (Bas) dan PCT 7777 (Bas).
"Sebenarnya pada masa itu, PGW 7744 dan PCT 7777 mengisi minyak melebihi RM200 kerana melakukan perjalanan yang jauh,"katanya.
Farizan berkata, semakan juga mendapati kad inden PHK 42 turut digunakan oleh kenderaan PDC 7722 pada tarikh 23 Jun lepas berikutan kerosakan kad inden kenderaan itu.
"Kerosakan kad inden PDC 7722 menyebabkan ia menggunakan kad inden PHK 42 dan ini mengakibatkan PHK 42 mendapat teguran kerana tidak mencatat bahawa kadnya telah digunakan oleh PDC 7722," jelas beliau. Tambahnya, teguran pembelian minyak dalam kuantiti yang tidak munasabah berpunca daripada kesilapan teknikal oleh pihak stesen minyak.
"Kedai berkenaan tidak meletakkan "unit price" di pam berkenaan setelah berlaku kenaikan harga minyak kepada RM2.70 seliter," katanya. - BERNAMA
KAH KAH KAH…
woit… BEROK INI BEROK EEEEE KE ? …. kah kah kah…
kah kah kah… CAKAP BERBELI BELIT… MACAM BERBANGSA EEEEE…. kah kah kah..
woit… NAK MENIPU LAGI… kah kah kah..
kah kah kah… CUKUP LAH…. RASUAH AMBIL… DUIT MINYAK SAPU…kah kah kah
kah kah kah… DUIT TAYAR PUN SAPU… kah kah kah…
TOLONG JANGAN BUAT FITNAH DAN TOHMAH
PAS DISELAR BURUK SANGKA TERHADAP KERAJAAN PUSAT - melayau
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) hari ini menyelar kerajaan negeri pimpinan Pas yang didakwanya terus buruk sangka terhadap usaha kerajaan pusat untuk membangunkan Islam.
KAH KAH KAH..
woit… INI MUNKEEE DARI MANA?... kah kah kah..
woit… BILA PULAK MASA NYA PAS BURUK SANGKA…kah kah kah..
woit… JANGAN BUAT FITNAH… JANGAN BUAT TOHMAH… kah kah kah..
kah kah kah…PAS TAK PERNAH BURUK SANGKA TERHADAP GEROMBOLAN… kah kah kah…
woit… MANA MUNKEE NI PERGI… kah kah kah…
woit… SAMPAI TAK DENGAR KENYATAAN NIK AZIZ… kah kah kah..
kah kah kah.. PAS NAK GEROMBOLAN PERGI JAHANAM… kah kah kah..
woit…PERGI JAHANAM BUKAN BURUK SANGKA…kah kah kah…
kah kah kah… ITU KENYATAAN YANG JUJUR…. kah kah kah