ADAKAH MAT EZAM DALAM KOTAK INI ?
KERABAT ARAB BERI RM7 JUTA HARGAI KEJUJURAN ROSMAH - malaysiakini
Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lalu, Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.
Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan AS$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.
Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.
Beliau berkata, AS$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.
Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.
"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.
Menurutnya, dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.
"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.
Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Najib Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.
"Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," katanya.
Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…kah kah kah…
ANA PELIK WALKOM… HAIRAN MALIKOM HAIRAN… kah kah kah…
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…kah kah kah…
KOTAK APA YANG DITEMUI INI ?.... kah kah kah…
kah kah kah….
INI MESTI KOTAK MAT EZAM…. kah kah kah…
nota:persoalan- persoalan ini timbul:diberitahu satu malaysia bahawa najib dan suaminya
sedang melakukan lawatan RESMI ke peranchis.
bila pula timbul cerita belayar mandi manda di laut mediteranean.
kalau betul pergi bercuti kenapa duit kerajaan di pakai.
pekara ini wajib ditimbulkan di parlimen.
soalan patut ditimbulkan – lawatan resmi atau pergi bercuti pakai duit rakyat?lagi soalan timbul:siapa pula putera raja saudi ini?
apa ke he nya raja gopal saudi ini dalam kapal raja gopal kuwait?
lagi soalan timbul :apa nama kapal ini?
pantai mana kapal ini berlabuh?
pertanyaan lagi:kalau jumpa cek – apa peliknya.
buku cek kah yang ditemui?
kalau buku cek – dijumpai tak ada makna
ianya tidak ada harga. tanpa tanda tangan si empunya.
kalau cek sudah bertanda tangan – atas nama siapa?
kalau cek hilang – pasti boleh dilaporkan dengan serta merta.
bank akan membatalkan cek cek ini.
soalan soalan ini timbul kerana cerita ini amat pelik.
sama pelik macam cerita altantuya terbunuh.ini macam cerita dibuat buat kerana nak tunjuk jujur.
ini macam nak bodohkan melayu.
kalau jumpa kotak mat ezam maka satu malaysia akan percaya kah kah kah