CADANGAN AKAN SAMPI DARI KRONI UNTUK MENGSWASTAKAN BANGUANAN INI UNTUK DIJADIKAN PUSAT URUT DAN LOKASI RAJA LAWAK

KEMENTERIAN SEDIA PROMOSI 35 HOSPITAL SWASTA - berita hairan
Kementerian Kesihatan mengenal pasti 35 hospital swasta yang berpotensi untuk dipromosikan sebagai produk pelancongan kesihatan, yang menawarkan perkhidmatan perubatan bermutu tinggi, kata Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, antara kriteria yang diperlukan bagi membolehkan sesebuah hospital dipilih sebagai pelancongan kesihatan ialah menjadi ahli Persatuan Hospital Swasta (APHM), Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) dan mengikut ISO serta ketetapan antarabangsa.
"Mereka juga perlu menawarkan kepakaran dan paling kurang 50 katil. Mereka juga perlu mempunyai laman web sendiri, ini penting dalam dunia global ini," katanya dalam ucapannya pada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia di sini, semalam.
nota:
ini kerja bodoh
gunakan duit rakyat untuk bagi kapitalis buat lagui duit
ini macam kerajaan buat iklan untuk china doll di bukit bintang
atau kerajaan buat iklan untuk judi dui genting
kalau harta ini harta negara tidak mengapa
ini harta kaum pemodal.
ini pun orang melayu tak faham faham
sampai bila nak kena tipu kah kah kah
BACA BAWAH INI KALAU MASIH TAK FAHAM
DEPOSIT RM10,000 – berita hairan
Bapa kesal pusat perubatan swasta enggan rawat mangsa ragut.
SUBANG JAYA: Seorang bapa, Putra Khairel Annuar Hamzah, 46, kesal dengan tindakan sebuah hospital swasta di sini yang meminta wang deposit RM10,000 sebelum merawat kecederaan anaknya, Putra Muhammad Khidzeer, 19, yang ditikam peragut, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, beliau menghantar anaknya yang mengalami kecederaan akibat ditikam di kepala, perut, leher dan kaki itu ke hospital berkenaan, bagaimanapun selepas hampir setengah jam menunggu tanpa sebarang rawatan, pegawai pendaftaran memintanya menyediakan wang sebagai cagaran dengan alasan sistem online kad insurans perubatan tidak dapat beroperasi pada waktu malam.
Putra Khairel berkata, alasan diberi pihak hospital tidak munasabah kerana sebagai pemegang kad insurans perubatan, sepatutnya kos perlu dibayar adalah tidak melebihi RM500 seperti dicatat dalam garis panduan pemegang insurans.
“Sebagai wakil ejen insurans kad perubatan itu, saya amat terkejut kerana saya diminta menyediakan wang sebanyak itu sebelum jam 10 pagi keesokan hari kerana jika masih mahu menunggu sehingga sistem boleh digunakan, berkemungkinan anak saya tidak dapat dirawat kerana perlu mengikut giliran dengan pemegang kad insurans lain.
KAH KAH KAH..
woit… PADAN MUKA…kah kah kah..
woit… TAK SEDAR SEDAR LAGI …kah kah kah..
woit…ITU PASAL HOSPITAL JANGAN DI SWASTAKAN…. kah kah kah..
woit… HOSPITAL UNTUK BUAT KEBAJIKKAN… kah kah kah..
woit... HOSPITAL UNTUK RAWATAN ORANG SAKIT...kah kah kah..
woit....BUKAN UNTUK BUAT DUIT…kah kah kah..



