LANUN DARAT LAGI BAHAYA DARI LANUN LAUT
HILANG ENJIN RM50 JUTA MAVAM HILANG KOTAK MANCIS – hrakahdaily
Kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya mengenai tahap keselamatan negara.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad,PAS berasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara atas kehilangan enjin pesawat bernilai kira-kira RM50 juta itu.
"Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007.
"Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah,?"soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, PAS yakin jenayah tersebut melibatkan orang yang berkuasa dan perlu disiasat dengan segera dan teliti.
"Kita tidak mahu yang ditahan hanya ikan bilis, sedangkan ikan jerung masih bermaharajalela. Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia, terutama di kalangan pelabur asing,"jelasnya.
SELAIN ENJIN PESAWAT , PERALATAN LAIN TURUT LESAP – malaysiakini
Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap, kata Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.
Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.
KAH KAH KAH…woit…
JANGAN RISAU… TAK ADA APA APA… kah kah kah..
woit…
PEGUAM NEGARA KATA… KES TARAAAK…. kah kah kah..
nota:hairan! kecurian berlaku pada tahun 2007.
sekarang tahun 2009. pelik. tak kan lambat
sangat tahu.
macam mana dapat di keluarkan dari kem?
macam mana dapat lulus kastam?
macam mana dibawa dari kem ke pelabuhan?
tak kan prebet cabut
tak kan tok sarhan cabok
tak kan leftenen cabuk
munkin ini kerja mat cabuk kah kah kah