Isnin, 28 Disember 2009
TERKINI TER - NOW !!!!
BERITA BERGAMBAR - RASHIA TERBUKA !
nota:
kelmarin ahli pas berdemo.
mereka menuntut parti pas
keluar dari pakatan.
tapi cukup pelik.
para demonstran menutup muka bila digambari.
berita bergambar ini memberi tahu kenapa
para demonstran menutup muka kah kah kah !
NANTIKAN SENARAI APA DIA COOL - ESOK AKAN KELUAR
MEREMPIT MASIH TETAP COOL
FALSAFAH COOL
Cool ialah sikap.
Cool ialah feshen.
Cool ialah gaya hidup.
Cool ialah estetika.
Cool ialah style gaya hidup yang cool.
Cool adalah politik yang menentang.
Cool menentang yang wujud.
Cool membawa yang baru.
Cool tidak dapat di beli.
Cool lahir dari jiwa dan bukan dari kedai pavilion
Cool jangan cuba nak buat buat cool.
Lawan cool ialah poyo dan skema
MADEY JANGAN NAK MENIPU LAGI !
SATU MALAYSIA WASPADA - FIRAUN MENIPU LAGI
MENYAMBUT CABARAN MAHATHIR – kenyataan resmi PKR
Walaupun kami tidak percaya Mahathir Mohamad serius, namun Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN) mengalu-alukan cabaran beliau supaya pemerintah membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pendedahan Barry Wain dalam buku tebarunya bahawa di bawah bekas PM itu lebih RM100 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran.
Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut. Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu. Bahkan, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan PM Abdullah Badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.
Sesuai dengan “cabaran” Mahathir, Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam). Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”.
Dr SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden PKR
25 Disember 2009
NAJIB DI GESA SAMBUT CABARAN MAHATHIR - malaysiakini
PKR menggesa perdana menteri menubuhkan suruhanjaya bebas seperti cabaran Mahathir Mohamad untuk menyiasat pendedahan dalam buku tulisan Barry Wain bahawa di bawah pentadbiran mantan perdana menteri itu, lebih RM100 juta lesap akibat rasuah dan pembaziaran.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, walaupun pihak tidak percaya mantan perdana menteri itu serius, namun PKR mengalu-alukan cabaran beliau itu.
"Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak.
"Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan perdana menteri itu.
"Bahkan, jika perlu dan sesuai, suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang berlaku di bawah mantan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir," katanya lagi.
Sesuai dengan cabaran Mahathir itu, katanya, suruhanjaya tersebut hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh profesional, termasuk Majlis Peguam.
"Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan suruhanjaya diambil tindakan oleh kerajaan serta pihak berkuasa lain.
"Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan "Pita Lingam"," tegasnya.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… FIRAUN INI KAKI KELENTONG… kah kah kah…
kah kah kah… MALAOAN INI TAHU… ISTERI ROSMAH TAK KAN BERANI….kah kah kah…
woit… ITU PASAL FIRAUN BERANI MENIPU LAGI…. kah kah kah…
woit… SAJA NAK TUNJUK BERANI…. kah kah kah
woit… SELAMA 22 TAHUN SATU MALAYSIA KENA TIPU…kah kah kah..
kah kah kah… HAIRAN ! kah kah kah…
kah kah kah…..ADA LAGI MELAYU YANG SEDIA KENA TIPU… kah kah
KAKI BODEK MEMBODEK LAGI
INI SAEKOR KATAK
INI SAEKOR PEMBODEK
TAK PERLU SIASAT MAHATHIR - melayau
Kerajaan tidak perlu menyiasat Mahathir Mohamad hanya kerana dakwaan-dakwaan oleh Barry Wain menerusi bukunya, Malaysian Maverick.
Rais Yatim berkata, rakyat dapat meneliti, menilai dan menghakimi sendiri pentadbiran beliau sepanjang 22 tahun memimpin negara.
Katanya, semua rakyat Malaysia terhutang budi atas kewibawaan Dr. Mahathir menerajui negara sehingga berjaya.
"Tidak perlulah kerajaan menyiasat pendapat yang gelojoh daripada penulis picisan (Barry) itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
KAH KAH KAH….KAH KAH KAH…
woit… INI BETUL BETUKL KAKI BODEK …kah kah kah…
woit… MASA DALAM SEMANGAT 46 MUNKEE INI KATA FIRAUN YANG ARAHKAN TEMBAK DAN BUNUH DI MEMALI…kah kah kah…
woit… MASA DALAM SEMANGAT 46 MUNKEE INI PANGGIL MADEY MAMAK KUTTY…. kah kah kah..
woit… SEKARANG SEMBAH MAMAK KUTTY… kah kah kah…
kah kah kah… SELAMA 22 TAHUN KUTTY SONGLAP DUIT… kah kah kah..
kah kah kah… LESAP 100 BILION RINGGIT….kah kah kah…
woit… TERHUTANG BUDI KEPALA BANA APA… kah kah kah….
kah kah kah…. TANGKAP DAN SERET KUTTY KE MAHKAMAH…kah kah kah…
woit… AJAR KUTTY INI… BIAR SATU MALAYSIA SEDAR…kah kah kah..
nota:
buku picisan?
biar betul
ini buku hard cover terlaris
di new york dan singapura
picisan ini macam mana?
yang dicetak di mana?
buku ke jelobak ke jolobu
bertimbun timbun tak laku
bagi percuma pun taraaaak orang angkat kah kah kah
BERITA LAWAK AKHIR TAHUN
KENA AIR ASID PUN PENYOKONG HINDRAF INI TAK TAKUT
POLIS AMBIL KETERANGAN ADUN SERI KEMBANGAN -melayau
Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar berkata, polis akan mengambil keterangan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.
"Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Beliau berkata, kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.
"Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng,” katanya kepada pemberita pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan di sini hari ini.
KAH KAH KAH…
woit… INI CUKUP LAWAK…. kah kah kah..
woit… SENANG NAK TAKUT TAKUT KAN POLIS…kah kah kah..
woit… TAK PERNAH TERJADI DALAM DUNIA.. POLIS TAKUT…kah kah kah…
kah kah kah… ADUN INI MINTA HENTIKAN SIASATAN … POLIS SUDAH TAKUT… kah kah kah..
kah kah kah… APA PUNYA TUUUUUUURRRRR…. kah kah kah…
PAS KEKURANGAN AHLI - SEDIH !
AHLI PAS YANG MALU KERANA JADI ANGGOTA PAS
PENYOKONG PAS SELANGOR DESAK KELUAR PAKATAN – melayau
Kira-kira 20 Pas Selangor hari ini berhimpun di sini bagi mendesak kepimpinan parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.
Kumpulan tersebut mendakwa, Pas perlu mengambil tindakan itu secepat mungkin ekoran terlalu banyak keadaan yang tidak memihak kepada parti tersebut sama ada dalam pentadbiran di Selangor dan perjuangan Pas.
Malah kumpulan tersebut yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas (GKPPNS) itu turut menyatakan Pas sejak akhir-akhir ini dilihat menjadi boneka kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Keadaan itu kata mereka, boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu dan Islam yang dikhuatiri akan terus menggadaikan maruah parti itu.
Menurut jurucakap GKPPNS, Wan Hilman Wan Ibrahim, desakan yang dilakukan oleh pihaknya tercetus daripada kesedaran yang mahukan Pas terus kekal sebagai sebuah parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan PKR dan DAP yang menolak konsep negara Islam yang
Kumpulan Desak PAS Tinggal Pakatan Pembangkang Bukan Anggota Parti, Kata Salahuddin mstar
KAH KAH KAH…
woit… KESIAN PAS… ADA AHLI HANYA 20 ORANG… kah kah kah..
woit…. SEDEH MELIHAT PENYOKONG PARTI INI… kah kah kah…
kah kah kah…AMBIL GAMBAR TUTUP MUKA… kah kah kah…
kah kah kah… MALU KERANA JADI AHLI PAS KE?.... kah kah kah..
woit… BAWA LAH BERIBU RIBU TURUN KE JALAN RAYA… kah kah kah…
woit… MINTA TOLONG DENGAN ABANG MAT SABU…kah kah kah..
woit… 20 ORANG INI LEBIH BAIK PERGI MAIN GALAH HADANG… CUKUP DUA PASUKAN…. kah kah
KUMPULAN DESAK PAS TINGGAL PAKATAN BUKAN ANGGOTA PARTI: SALAHUDDIN - mStar
PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.
KAH KAH KAH…
woit… INI PELIK… KALAU BUKAN PAS SIAPA MANGKOK MANGKOK INI?... kah kah kah…
woit…KALAU BUKAN PAS… INI MESTI MAT BANGLA YANG DIUPAH..kah kah kah..
nota:
sila tanya hasan ali
munkin dia tahu kah kah kah.