ADA APA PADA NAMA

GUNA NAMA ALLAH : KHALID SETUJU KEPUTUSAN MAHKAMAH – harakah daily
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.
Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.
"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.
Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.
"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.
nota:
ada apa pada nama.
tuhan melayu namanya sang dewata mulia raya
tuhan melayu namanya yang maha esa
ada bernama yahwe
ada bernama zeus
ada bernama mitra
ada bernama krishna
ada bernama penunggu
ada bernama yang jehova
ada bernama jah
ada berana aluzza
ada bernama almanat
ada sembilan puluh sembilan nama
ada apa pada nama
yang wajib dilakukan ialah membuat kebaikkan
yang wajib dilakukan ialah membawa kebajikan untuk umat
yang wajib dilakukan ialah alrahman dan alrahim





