INI BUKANG PERSEDIAAN NAK PERGI MAIN BOLANG - INI KESAN RADIO AKTIF

INI BAHAYAG NYAG

INI BUKANG ANAK IKANG - TAPI INI ANAK ORANG

INI KESANG KEPALANG JADI DUANG

BANGUNAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN JAKAR DI SIMPAN RADIO AKTIF – berita hairan
CHUKAI: Penduduk yang tinggal berhampiran sebuah bangunan untuk menyimpan dan melupuskan sisa bahan radio aktif di Kawasan Perindustrian Jakar Dua di sini, bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas akibat bahan berkenaan.
Abu Bakar Othman, 40-an, berkata tindakan pihak terbabit yang membina bangunan dan menjadikannya sebagai tempat menyimpan serta melupus bahan sisa radio aktif dianggap mengabaikan keselamatan penduduk setempat.
“Kita berharap Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) dapat melihat perkara ini demi keselamatan penduduk di kawasan berhampiran, terutamanya kanak-kanak yang tidak mengetahui bahaya di depan mereka,” katanya.
Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Osman berkata, sejak menyedari kewujudan bangunan tempat penyimpanan bahan berkenaan dia berasa bimbang dan takut memikirkan kesan bahaya bahan itu kepada kesihatan.
"Kita berharap pihak berkuasa peka dengan masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Ia kerana bahan radio aktif diketahui boleh memberi kesan kepada kesihatan, apatah lagi premis melupuskan bahan berbahaya itu sangat hampir dengan kawasan kediaman," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), A Rahman Yahya, berkata pihaknya sudah mengambil tindakan segera selepas menerima maklumat daripada penduduk terbabit.
“Kita memeriksa bangunan ini bersama dengan Pegawai JAS dan LPTA serta Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti).
"Hasil siasatan mendapati, memang wujud sebuah bangunan yang dijadikan tempat menyimpan dan melupuskan bahan berkenaan, namun kami dapati ia tidak membahayakan penduduk serta tidak mengeluarkan sebarang bau.
"Siasatan Mosti juga mendapati pihak berkenaan mendapat kelulusan daripada LPTA untuk menyimpan serta melupuskan sisa bahan berkenaan di situ,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau menambah, pihak berkuasa juga mengesahkan kawasan berkenaan serta sekitarnya selamat dan tidak berbahaya kepada orang awam kerana kerja pelupusan bahan radio aktif itu dilakukan dalam sebuah bengkel yang tertutup.
Namun, katanya bangunan yang didirikan bagi tujuan pelupusan sisa bahan radio aktif di atas tanah itu tidak mendapat kebenaran serta kelulusan MPK kerana tidak mempunyai pelan yang disahkan.
“MPK akan memanggil pemilik bangunan berkenaan untuk mengemukakan pelan dan mengarahkan mereka mengemukakan permohonan mengikut undang-undang yang ditetapkan MPK untuk mendapat kebenaran bagi tujuan pelupusan bahan radio aktif berkenaan,” katanya.
“Dalam hal ini, keselamatan orang ramai lebih diutamakan dan pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan atau melupuskan sisa bahan radio aktif secara sesuka hati,” katanya.
nota:
macam mana dengan tiba tiba
industri bersihkan radio aktif ini sampai?
bersihkan radio aktif ?
pasti menggunakan air.
air masuk ke laut.
dilaut ada ikang
dilaut ada kerang
kalau dimakan kita berak kerang
muka macam muka ikang
cucu cicit jalang terkangkang kangkang kah kah kah



