Sabtu, 24 April 2010
LAGI DARI HULU SELANGOR
PETANG LEPAS MAGHRIB
masjid penuh musafir.
kereta berasak asak masuk ke kkb.
semua kawasan lapang di penuhi dengan kereta.
kawasan stadium mini kkb telah jadi kawasan pesta
dari nasi ayam, ubat tegang urat, tongkat harun, tongkat kassim semua ada.
makan serba macam - beratus ratus bahan dari CCL - cheap chinese labour
sedang dijual.
DATARAN
disimpang - DATARAN - ini macam petaling jalan masjid india/petaling st/bb
semua sekali - petang sabtu bawa anak lihat orang sibuk - tapi agak kecewa
tak ramai minah cun dan mat kacak - yang ramai sito obese dan din boroi kah kah kah.
ini tempat gerombolan - ramai yang boroi kah kah kah.
PERTAK EMPANG DAN AIR TERJUN
petang tadi untuk membunuh masa aku telah ke kampong pertak. ini kampong orang asli.
ada sesuatu yang sedang berlaku di kawasan perkampongan orang asli - apa nak buat. akan menulis panjang lebar tentang hal bagaimana masyrakat orang asli menjadi mangsa moderniti.
PANAS PETANG INI DI KKB
memang agak panas petang ini di kkb
air dalam botol dan air dalam tin - amat laris.
hanya dua pekara yang tidak ada : sangria dan matador.
jika tidak pesta prk kita ini sama seperti SAN FERMIN di pamplona.
rioh dan seronok.
MAKAN MALAM
petang ini pulang dari pertak
singgah restauran tepi jalan di kampong baru.
makan itik panggang dan rusa goreng -
itik panggang dengan sambal agak manis.
daging rusa dimasak dengan lada hitam - enak enak -
sesiapa datang ke kkb jangan lupa ke restauran ini !
NUJUM
dari laporan - masih belum menentu
antara pkr dengan mic.
tapi yang diyakini pkr semakin naik sokongan
hingga petang ini.
telah mula didengar jika pkr menang muhyiddin akan
kena tendang.
BARU BARU JAM 3.59 PETANG
SILA DATANG KE KKB MALAM UNTUK MENDENGAR APA YANG BERLAKU DI MAHKAMAH PARIS
TERKINI DARI KKB
kempen barisan nasional macam koyak. najib ambil
alih dari muhyiddin. muhyiddin lesap. najib tak
mahu dilihat mengekor muhyiddin. kalau kamalnathan
menang najib tak mahu muhyiddin 100 peratus dapaty glamour.
bik mama berkempen hingggakan bergegar felda suharto.
FELDA
Ini penenetu undi prk hulu selangor.
china memberi sokongan solid paka pakatyan.
indian memberikan 50 peratus sokongan
melayu ? masih belum jelas -
MALAM INI MALAM INI
UNTUK PELANCUNG POLITIK DAN CERAMAH JUNKIES
7.00 Tman Koskan - Jamuan Masyarakt Indfia - Anwar Ibrahim
7.00 Kerling, Kg Ayer Jernih, Ampang Pecah dan KKB - Zaib Ibrahim berjalan berkenal suai.
CERAMAH PERDANA :
8.00 maklam - PUSAT KOMUNITI SERENDAH - Anwar Ibrahim dan Nik Aziz
8.00 malam - BUKIT BERUNTUNG - Anwar Ibrahim
CERAMAH AKHIR PRK HULU SELANGOR MALAM INI DI MINI STADIUM KKB
JAM 9.00 Anwar Ibrahim
Nik Aziz
Lim Kit Sinag
Zaid Ibrahim
PROGRAM AKHIR UNTUK KAMALNATHAN
Jam 9.00 malam - CERAMAH AKHIR DI BATANG KALI (depan kedai todi)
PENCERAMAH
- Muhyiddin
- Najib
- Kamal nathan
- Chua Soi Lek
- Samy Velluu
Atas pemintaan ramai :
Khir toyo dan Mat Taison yang selama ini di gam dari muncul di hulu selangor.
KKB PANAS
KKB petang ini panas. besar kemungkinan
tim yang suka memanggil hujan telah hilang tenggelam
atau semua dimakan ular kah kah kah
PESATA FIESTA PESAT DI HULU SELANGOR
BERITA BERITA
Pagi ini kkb agak senyap. Pekerja politik letih.
bangun lewat. aku pergi ambil baju kedai dobi .
jalan tak sibuk tapi petang akan berubah.
BERCUKUR LAGI
masuk kedai gunting klasik macam dalam filem godfather atau
filem mafia d new york. kerusi telentang. pipi penuh dengan buih sabun.
tukang gunting mengasah piisau - ngeri - sebelum khalkum di potong.
ini kedai baru aku jumpa - harga sama -tapi lebih enak - tukang gunting di import
dari madras - jadi leher aku selamat.
kalau datang ke kkb - tak berdandan dan bercukur tak sah - macam makan nasi
melayu tanpa petai atu jering.
MAKAN
tengah hari aku makan kedai cik ros - dia ini asik nak tanya aku
nak sup atau tidak. jangan beli daging - ini daging dalam kotak -
cuba ikan. tapi hari ini rasanya agak merosot mungkin kerana terlalu ramai
pelanggan.
PELANCUNG POLITIK
beribu pelancung politik telah mula sampai. banyak yang datang tidoo
di masjid. d kkb tidak banyak hotel jadi kena carilaa cara sendiri.
aku terserempak dengan seorang mamat dai kedah. dan seorang
mamat dari jb ( ini spesial nanti aku cerita)
PESATA FIESTA PESTA
prk adalah fiesat hebat. tapai kalau yang menyokong pakatan datang
ke hulu selangor tolong lah datang ke bilik gerakan. bantu. ambil
untuk apa sahaja bahan edaran - ini last kopek.
jangan buang masa bincang hal bik mama atau malikul sembab - tak guna.
ambil poster dan risdalah pergi rumah ke rumah. kalau lapar berhenti di pondok gerombolan - ada makanan sepanjang masa -.
HANTU DAN HANTU
macam macam jenis hantu sudah sampai - semuanya nak menyusahkan
kemenangan pakatan rakyat. hantu hantu ini tak ada kerja lain melainkan menyusahkan
kerja kerja kempen pakatan. polis cari lesen. buat road blok dan bikin huru hara.
ini semua akan di ubah apabila pakatan rakyat memerintah.
JALAN RAYA
gila punya gerombolan. waktu ini lah nak menurap jalan di kkb.
52 tahunh tak buat apa apa - dua hari ini bukan maian aktif menurap jalan.
lancau buat jam lagi terok!
MCA MCA
kesian - semua bilik gerakan MCA tutup kedai.
nak buat macam mana orang china belangkong MCA.
aktor porn pun tak dapat menjadi tarikan kah kah kah.
LIDAH KONTOT
melintas pagi tadi d kkb - entah cari apa. semua orang buat tak tahu.
tak ada sapa ambil pot. kesian... nasib baik ada dua tiga orang pengikut -
ini yang dibayar - kalau tidak berjalan sorang - macam orang turki jual hokah.
BEER BEER
kah kah kah... kempen beer ini di jalankan oleh sembab.
nak duku najib, kontot dan kj. sudah makan tuan. semua simpati pada zaid.
kamala minum todi macam mana?
kenpen beer ini menjadikan madey marah kerana anak dia ada saham besar
dalam san miguel beer cooperation di pilipina. cilaka kantyoi lagi.
DUIT DUIT DUIT
banyak duit ditabur. kelmarin orang china yang buat sibuk ikut
najib dapat 2 ratus ringgit. waktu malam kalau datang temgok muka sembab dapat seratus ringgit. ini nothing - ada lagi malam ini.
siapa nak duit sila datang dan jumpa gerombolan. jangan lewat.
ahli ahli pkr yang nak tarik diri lepas ni tak ada nilai kah kah kah.
PAMIRAN LUKISAN DI KKB
satu kumpulan seniman avan garde sedang memperagakan lukisan mereka
disekitar kkb. perhatikan betul betul - di antara sepanduk dan bantying akan
kelihatan kerja seni mereka.
KESAH CINTA DI KKB
ini kesah benar - kesah cinta yang gagal.
bagini ceritanya:
tiap petang aku turun minum tea. selari dengan kedai tea
ada kedai kek. ini bukan kek industri. ini kek buat di belakang kedai.
jamin sedap.
kerana kkb pekan kecil maka aku dilihat sebagai pendatang baru.
satu petang tiga hari dahulu amoi yang menjul kueh bercakap dengan aku.
' dari mana.. nama ni siapa?'
wow! kalau di london atau di paris ini signal yang malam ini kita
boleh bertemu. amoi ini cantik bagitu berani dia bertanya dengan aku.
esoknya aku datang lagi. kali ini aku pula yang bercakap. dailok ini dialok
original. untuk yang belajar menulis skrip dialok ini boleh di jadikan panduan.
aku: kek ini buat dimana ( mata aku menoleh ke dapor)
amoi: belakang...kita sendiri buatlaaaa...
aku: wow... best... sedap...awk ni cantikkk laaa... dah ada boyfriend ke?
amoi: aiyoooo... sudah ada anak satu laaaa....
(kah kah kah )
aku letak 3 ringgit dan beredar. tapi tak putus asa.
nota:
petang ini akan menguang sekali lagi.
jangan putus asa. gunung everest wajib di daki dua kali kah kah kah.
RAHSIA TERBONGKAR
PESTA FIESTA PESTA
PETANG JUMAAT
FIESTA telah bermula di hulu selangor petang tadi pelancong politik
telah berduyun dutun datang. kereta besar d berlaran kecil masuk berasak asak
ke kkb.
kkb jadi sibuk dan macet.
cheramah junkie berlari-lari mencari jadual ceramah.
gig cheramah ada yang gig besar ada gig kecil - ada star A class
dan ada B grade.
A GRADE
nik aziz
anwar ibrahim
lim kit siang
lim guan eng
tian chua
B GRADE
cik gu bard
jonah
shamsul iskandar
amir shaari
nurul izzah
Petang tadi pertama kali dengan tuan speaker
pulau pinang. macam mana mamat ini jadi speaker
aku pun tak tahu. dalam ceramah di stadium mini
kkb - mamat ini bukan cerita tentang kempen pilihanraya
tapi nak tunjuk 'action' tentang kepala bana sistem
wesminister - pelik - hairan - macam mana mamat ini
jadi tuan speaker !
mamat ini penceramah kelas D - banyak perlu diperbaiki
wajib tahu - orang datang ke hulu selangor nak belasah
gerombolan - bukan nak dengar muzium di tepi sungai thames.
gig ini okay - tapi kalau mamat ini tak ada lagi ok.
PENGUMUMAN
kalau pelancong politik yang pro pakatan yang jumlah beribu2
datang ke bilik gerakan ambil poster dan risalah taburkan
dibatang kali - adalah kerja yang baik.
tak guna melangok dan menebeng - datang buat sibuk.
datang ke hulu selagor patut buat kerja. kalau tidak jangan
datang -baik rebus telor di rumah.
FELDA
ini kunci kemenangan -
siapa dapat undi felda akan dapat hulu selangor.
pengundi india 50/50
pengundi china - 70 ke pakatan 30 ke mic
pengundi melayu ?
PENGUNDI MELAYU
senang kena tipu
senang kena kelentong
esok kita lihat!