Isnin, 26 April 2010
SEJARAH HULU SELANGOR
PENJAJAH MEMANGGIL KAUM PATRIOT DI TANAH JAJAHAN BANDITS !
SALUT PADA PEJUANG – SEJARAN HULU SELANGOR
Kempen politik sedang berjalan rancak di Hulu Selangor. Petang itu suhu alam di Kuala Kubu Baru agak panas lalu aku mencelah ke lereng bukit menuju ke arah Bukit Frazer. Wilayah yang sejarahnya dimiliki oleh budaya kiri.
Sesiapa yang ada yang membaca buku sejarah pasti akan bertemu dengan ‘babak’ selekoh Bukit Frazer - Henry Gurney, Ulu Yam dan Batang Kali.
Batang Kali, sejarahnya samalah seperti My Lai Massacre di Vietnam – dimana orang-orang kampong telah disusun berbaris kemudian di tembak mati seorang demi seorang kerana menyokong perjuangan anti kolonial.
Warga di sekitar kawasan lereng pergunungan ini kebanyakan menyokong perjuangan kiri – Kelumpang, KKB, Behrang, Slim River – semuanya memiliki sejarah kiri yang merah. Hanya kolonial British meletakan kawasan ini sebagai kawasan hitam – hitam untuk penjajah – merah untuk rakyat.
Manakala, disalah satu selekoh di jalan Bukit Frazer ialah tempat terkuburnya Henry Gurney. Henry Gurney ini adalah orang jahat. Di Palestine, susuk ini menjadi setiausaha kerajaan kolonial British Mandate ( 1946-1948 ). Orang jahat ini juga pernah bertugas di Afrika sebelum menjadi wakil kolonial British di Tanah Melayu.
Di lereng Bukit Frazer orang jahat ini telah di tembak mati oleh Gerila Pembebasan Rakyat Malaya dibawah pimpian Parti Komunis Malaya. Justeru setiap kali aku melintasi lereng Bukit Frazer aku akan bersurah kepada sesiapa sahaja yang duduk disebelah aku tentang babak bersejarah yang amat membanggakan ini.
Pada tahun 1971 bila aku mula berkenalan dan jatuh cinta dengan perjuangan rakyat Palestin aku terbaca bagaimana gembiranya rakyat Palestin apabila mendapat tahu yang Sir Henry Gurney telah ditembak mati. Ertinya ada pertalian darah yang amat intim antara Palestine dan Tanah Melayu.
Bukit Frazer di kaki banjaran Titiwangasa sebelah barat - pergununagn ini bersambung ke Pahang – ke Temerloh dan Lubuk Kawah. Lubuk Kawah adalah wilayah kelahiran Regimen Ke 10 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Gunung ganang ini tidak dapat memisahkan setiakawan dan solidariti kaum tani progresif Melayu di Temerloh dengan kaum kiri buruh China di Batang Kali. Justeru bila aku datang ke KKB – aku hanya mengulangi pejalanan sejarah kiri yang gilang gemilang itu.
Setiakawan bangsa-bangsa amat ketara di wilayah ini. Solidariti ini berjalan dari awal lagi – dibakar – dicair dan di pahat di zaman menentang kolonial. Hulu Selangor adalah wilayah Ahmad Boestaman, wilayah Pak Sako. Di awal permulaam Perang Kolonial 20 Jun 1948 – ratusan Melayu Kiri di tahan di wilayah ini. Baca kembali sejarah – maka kita aka berbangga dengan warga Hulu Selangor.
Tyahun 2010 sejarah berulang lagi. Kali aku di Kuala Kubu Baru untuk menerangkan kepada warga Hulu Selangor bahawa ejen ejen Zionis Isreal telah mula meresap sekali lagi ke tanah air kita. Kalau dulu ejen zionis menyerap masuk melalui susuk Henry Gurney – kali ini ianya meresap dan merayap masuk diatas jemputan United Malays National Organisation.
Zionis Isreal sekarang telah memasang jerangkap yang bertahan lama bukan sahaja dalam pentabiran kerajaan malah ianya meresap hingga ke struktur pertahanan dalaman negara kita.
Justeru sesiapa yang hadir dan bekerja di PRK Hulu Selangor minggu lalu sebenarnya kita sedang meneruskan tradsisi melawan penjajah. Kalau dulu PKM membunuh dan membasmi Henry Gurney yang menjajah Palestin - kali ini kita berjuang untuk membasmi – APCO-UMNO – zionis international dan zionis tempatan.
Petang itu aku ingin ke Pertak untuk merendamkan badan dicelah celah limpahan sejuk air gunung yang kini menjadi tadahan empangan besar. Meninggalkan pekan KKB – aku memasuk wilayah hutan yang redup. Kemudian di kaki bukit kereta kami ditahan oleh satu pasokan polis yang lengkap bersenjata. Ini mengingatkan aku kepada apa yang terjadi di Isreal di mana saban hari warga Gaza akan dihantui oleh pelbagai bentuk ‘road block ’.
Road Block ini adalah senjata yang telah digunakan oleh British untuk memagar anak-anak negeri di tanah tanah jajahan dari bebas bergerak. Di zaman perang Kolonial Anti-British di Tanah Melayu dahulu bukan sahaja road block diwujudkan malah pekan pekan kecil dan kampong kampong baru juga dipagar dengan kawat berduri.
Jentera kolonial British sesudah perang dunia kedua telah menggunakan pelbagai teknik untuk menundukkan rakyat Palestine agar menerima kewujudan Zionist Isreal untuk menduduki tanah Palestin pada tahun 1948. Penjajah British telah mengumpulkan pengalaman menjajah Arab di Palestine kemudian membawa teknik menjajah ini ke Tanah Melayu.
Dalam tahun 1948 yang sama , kolonial British telah melancarkan Perang Kolonial di Tanah Melayu. Lihat bagaimana pegawai kolonial British yang telah pernah bertugas di Palestine telah membawa pengalaman mereka menindas warga Arab untuk menindas orang Melayu. Kerana itu apabila Henry Gurney di bunuh di Bukit Frazer, warga Palestine bersyukur gembira.
Sejarah berulang sekali lagi. Hari ini APCO adalah badan zionist yang diupah untuk menasehatkan pentabiran regime Najib Rosmah. Tidak dapat tidak APCO ini memiliki strateji bejangka lama. Waspada ! Gerakan Zionist antarabangsa adalah anai-anai - licik dan tersusun.
Kereta yang aku tumpangi – satelah dipereksa – dibenarkan begerak. Kami terus meluncur mendaki jalan berliku-liku ke arah pegunungan Bukit Frazer.
( bersambung esok )
MALAYSIA PERLU PERUBAHAN
SENAT MEMERLUKAN PERUBAHAN
Kami, semua Senator dari PAKATAN RAKYAT ingin melihat dan akan mengambil langkah-langkah yang sesuai serta perlu agar Senat menjadi sebuah institusi yang berkesan dalam amalan demokrasi di Negara Malaysia dan tidak akan dianggap sebagai “rubber stamp” atau “tong sampah”.
Pertama, kami akan mengambil bahagian dalam semua debat, sama ada mengenai dasar atau undang-undang baru, dengan aktif dan rasional. Untuk tujuan ini kami telah membahagi-bahagikan tugas supaya tiap-tiap Senator PAKATAN bertanggungjawab ke atas dasar-dasar dan kementerian tertentu.
Kedua, kami ingin mengembalikan peranan Senat kepada yang asalnya, iaitu bagi wakil-wakil Negeri mengutarakan kepentingan Negerinya dan mengimbangi Pusat. Pada asalnya, bilangan wakil yang dipilih dari Negeri lebih ramai dari yang dilantik oleh Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, iaitu dengan kadar 22:16. Akan tetapi sekarang ini, setelah beberapa pindaan, kadarnya ialah 26:44. Sehubungan ini sebagai permulaan, sesuai dengan kehendak Fasal 45(4a) Perlembagaan Malaysia, kami akan mengusulkan kelak supaya wakil dari tiap-tiap Negeri ditambah dari 2 menjadi tiga, menjadikan jumlahanya 39.
Ketiga, kami akan mengambil langkah-langkah yang sesuai dan perlu agar akhirnya majoriti ahli-ahli Senat hendaklah dipilih oleh pengundi-pengundi dalam pilihanraya, dan bukan dipilih oleh Dewan Undangan atau dilantik oleh Agong, selaras dengan kuasa yang diberi oleh Fasal (4b) dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai permulaan, kami mendesak supaya seorang yang ditambah dari tiap-tiap Negeri nanti hendaklah dipilih melalui satu pemilihan umum di Negeri masing-masing.
Akhir sekali, sesuai dengan Fasal 45(2) Perlembagaan Malaysia, ahli-ahli Senat yang dilantik oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri hendaklah benar-benar merupakan mereka yang “telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam pelbagai bidang …… atau yang mewakili ras minoriti atau yang berkebolehan mewakili kepentingan orang asli”. Pada peringkat akhirnya, kami juga berharap supaya mereka ini dipilih oleh dan dari kalangan golongan yang berkenaan.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR
PULANG LEWAT PAGI
dari kkb aku bergerak lewat untuk tidak tersangkut. hujan renyai – sama sedih.
warga kkb turit sedih - mereka kurang sedar – bahawa jika pilihan raya umum kota kkb telah jatuh ke tangan pakatan.
aku kembali ke restoran 98 – smabil minum the china sambil berlabong dan beseloroh.
KUALA LUMPUR
sampai melebehi jam dua pagi – kota ini senyap. sang pelacur dan tukang ragut juga telah lama tidor hanya kami yang melintasi kota untuk mencari bubur ikan di jalan pudu.
KE RUMAH
tidak ada yang berubah – hanya kucing datang merapati segala ‘tis tud ‘ yang aku bawa pulang. aku yakin sang kucing tidak akan dpat membaca sega;a literatur/propaganda yang aku bawa pulang.
BANGUN LEWAT
esok aku aku pasti bangun lewat – menjalar di katil – tapi aku ingin menulis sesuatu – untuk mengingati apa yang telah aku lakukan seminggu ini. kemudian mungkin aku wajib memasukan susuk aku ke dalam air garam. seudah air kaki gunung maka air garam aku rasa amat wajib.
APA YANG INGIN AKU TULIS
apa yang ingin aku tulis ialah analisa dan ingatan ingatan aku tentang kkb. aku rasa satu revolusi telah berlaku – satu ledakan yang amat besar dan mengelora - pembaca tt tunggukan.