Jumaat, 30 April 2010
TER BARU TERKINI
BERKUMPUL DI BUKIT AMAN JAM 3.00 PETANG
SEMUA DI JEMPUT DATANG KE BUKIT AMAN JAM 3 PETANG
PEMIMPIN –PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT
AKAN BERHIMPUN DI BUKIT AMAN JAM 3 PETANG INI.
MEREKA MEMBANTAH KENYATAAN KPN YANG UGUT
UNTUK UNDUR KAN POLIS JIKA ORANG RAMAI TIDAK
HENTIKAN KRITIKAN TERHADAP POLIS:
DALAM KES PENEMBAKAN MATI AMINULRASHID
RANCANGAN ZIONIS
SEJARAH HULU SELANGOR
TASEK PERTAK YANG BERGELORA DENGAN PERJUANGAN
MENGHALA KE SUNGAI PERTAK ( Bahagian 2)
Kereta tua kami merenget mendaki bukit. Jalan aspal di lereng gunung kosong – tepinya belukar, pohonan subur, rendang indah dan hijau. Hutan dara di gunung ganang - jauh - kelihatan biru mententeramkan jiwa yang resah. Petang itu cukup lunak.
Aku ingat-ingat lupa wilayah ini. Kali akhir aku melinatsi wilayah ini pada tahun 1972 – ketika aku bersama satu kumpulan anak anak mahasiswa Universiti Malaya dijemput bercuti dan berbincang dengan Tun Sambanthan. Tepat - nama Jalan Tun Sambanthan di Brickfield itu adalah nama jalan untuk mengingati susuk ini.
Ketika itu, Sambanthan seorang vegeterian yang suka memakai dhoti , sedang menjadi kepala MIC dan bekerja sebagai Menteri Perpaduan. Kami aktivis dan pembuat pandangan di Universiti Malaya telah dijemput untuk mengeluarkan pandangan. Mencari dan menguji cara terbaik untuk melahirkan perpaduan dikalangan pelajar. Hampir dua minggu kami di Bukit Frazer berbincang dan berlabon ( lebih tepat bersantai ) untuk memberi pendapat kepada Pak Menteri. Kementerian Perpaduan ini diwujudkan sesudah Perikatan kalah besar pada tahun 1969. Sekarang kementerian ini telah dimansuhkan.
Aku ingat lagi petang itu : aku menumpang kereta pegawai dari Kementerian Perpaduan untuk ke Bukit Frazer. Bersama dalam kereta ialah Hamzah Zainuddin dari PMIUM. Pegawai kementerian ini telah menunjukkan selekoh di mana Henry Gurney telah dibedil. Pegawai ini bagitu yakin tentang selekoh ini. Aku yang baru memasuki 21 tahun terpaksa akur dan menerima pegawai Tun Sambantahn ini sebagai perawi membawa hadis saheh.
Aku teringat kembali si Hamzah Zainudin : apabila mendengar surah tentang Sir Henry Gurney dia kurang sedar bahawa yang dibunuh mati ialah musuh rakyat Tanah Melayu. Tapi aku ingat lagi , si Hamzah ini agak kagum dengan taktik gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dapat membasmi wakil ratu Elizebeth di Tanah Melayu.
Tiba-tiba dihadapan aku ternampak Tembok Besar China – melintang luas. Rupa-rupanya ini sebahagian dari tembok empangan. Disebelah kiri gaung dan lembah yang dahulunya perkampongan Orang Asal kini telah ditenggelami air. Muncul tasek yang maha luas diatara celah kangkang banjaran ini. Ini tasik buatan manusia.
Aku amat sedar yang tasik disebelah kiri aku ini memiliki sejarah. Tasek ini adalah medan perjuangan anak anak muda pada satu ketika dahulu. Perjuangan SOS – Save Our Sungai – menentang pembinaan empangan ini. SOS - satu gerakan anak-anak muda dari kota yang memiliki kesedaran alam sekitar telah bangun menentang pembuatan empangan air ini.
Anak-anak muda ini bukan orang jahat tetapi mereka tidak memiliki analisa kelas dalam perjuangan mereka. Akhirnya mereka gagal seperti banyak perjuangan yang tidak memiliki pemahaman tengan modal, kapital dan kelas. Perhatikan pula - nama gerakan mereka - SOS – nama ini langsung tidak ada pertalian budaya dengan warga yang ingin dibantu. Bayangkan warga yang ingin diselamatkan ialah Orang Asal yang mi no spik inglis.
Akhirnya tanah wakaf , tanah buah buahan dan tanah kuburan Orang Asal ini tenggelam. Yang tinggal untuk aku lihat di petang itu hanyalah kocakan air yang indah. Dibawah ketenangan tasik ini adalah satu sejarah perjuangan yang bergelora.
Kadang-kadang Ngo di Malaysia ini suka buat lawak seram. Justeru, satu kesilapan yang selalu mereka lakukan – mereka menggunakan bahasa Inggeris. Mereka lupa 60 peratus dari warga yang ingin mereka sedarkan berucap dan menggunakan Bahasa Melayu. Kerana itu aku selalu ‘ketawakan’ ngo-ngo ini. Mereka tidak memiliki pertalian budaya dengan warga yang ingin mereka sedarkan.
Akhirnya aku sampai ke tempat yang dituju. Dari jauh aku ternampak deretan rumah banglow di atas bukit yang tersususun indah. Sekali pandang seperti projek cepat kaya Vincent Tan - membuat chalet di atas gunung. Aku silap. Ini adalah kampong perumaham Orang Asal – Kampong Pertak. Ini adalah rumah rumah baru. Aku difahamkan ini adalah rumah ganti rugi terhadap tanah tanah mereka yang hilang untuk selama-lamanya. Dari rumah kayu dan buluh – kini mereka menjadi moden – duduk dalam banglow.
Aku ngelencong memasuki kawasan perumahan ini. Kelihatan kereta kereta mewah tersadai dilereng bukit. Bendera gambar dacing bertaburan disana sini. Di bawah bukit ada satu dewan yang penuh dengan orang. Aku ternampak banyak lelaki berperut gendut , boroi dan memakai pakaian orang kota sambil mengibar bendera dacing. Orang Asal kelihatan berserabai , berseluar katuk dan ada yang tidak memakai baju. Nah! Dari pemerhatian aku satu ceramah sedang berjalan untuk meyakinkan Orang Asal kenapa mereka wajib mengundi dacing kerana muka calon langsung tidak ditunjukkan.
Kereta kami melintasi dewan dan kami terus masuk ke kawasan kampong. Lalu kami meletakan kereta di hadapan sebuah rumah yang ada terkibar bendera Pas, Dap dan PKR. Kami memilih hadapan rumah ini kerana merasakan tuan rumah ini orang baik – kereta kami pasti akan selamat. Kemudian kami menapak ke bawah bukit menuju ke sungai. Belum pun sampai ke tebing sungai telah aku dengari deraman air.
Aku ingin menyejukkan badan dengan air dari gunung. Jadi aku datang ke sungai berbatu batu ini untuk merasakan sejuk yang mengecutkan bandan. Aku ingat lagi ketika aku di London , satu malam aku terdengar dari radio ceramah seorang doktor yang mengatakan bahawa adalah amat baik untuk dijadikan amalan : jika kita semua mandi air sejuk dan menenggelamkan badan kita satu atau dua minit dalam tab mandi yang dipenuhi air sejuk.
Aku terus terpengaruh. Esoknya paginya aku mencuba. Kali pertama ianya betul satu perjuangan. Aku memasukkan kaki perlahan lahan ke dalam tab dan mencelupkan badan aku secepat mungkin ke dalam air sejuk. Dan bingkas keluar dari tab. Aduh ! Air kota London cukup sejuk sehinggakan telor aku hilang entah kemana. Setelah berminggu aku mengamalkan maka aku mula berjaya merendamkan badan seminit dua di dalam tab mandi. Amalan ini cukup baik untuk kesehatan – warga Nordic, Russia dan Tiongkok – di musim sejuk mengamalkannya dengan berenang dalam cairan air salju.
Bila aku mencecahkan kaki aku ke dalam air Sungai Pertak – rasanya memang sejuk – sesejuk air digunung. Tetapi aku yang telah biasa mandi ayer yang lebih sejuk merasakan air di lereng gunung ini biasa sahaja. Telor aku tidak hilang pada petang itu.
Ketika terlentang merendam badan dalam air aku ternampak dua orang anak muda Orang Asal. Mereka bermoto ke tepi sungai – kemudian mereka mandi tidak jauh dari lubuk aku sedang berendam. Kemudian mereka mandi tergesa-gesa dan terus beredar. Mungkin aku telah datang menggangu ketenangan wilayah mereka. Selalunya – kita lah – orang luar yang menghuru harakan kehidupan Orang Asal.
Kita datang ke kampong mereka dengan teori halal haram kita. Kita datang dengan konsep syurga dan neraka. Kita bawa dan tekanan nilai budaya kita kepada mereka. Dan dengan angkuh kita chap mereka sebagai ‘orang lain’. Dan kita merasa selamat bila berhadapan dengan ‘orang lain’ ini kerana kita merasa nilai yang kita pengang lebih molek dari nilai hidup mereka yang chumpang champing.
Aku amat sedar Orang Asal di Hulu Selangor telah menjadi bagitu stratejik. Undi mereka adalah dilihat sebagai undi penentu. Aku di beritahu ada seribu lebih Orang Asal yang layak mengundi di Hulu Selangor. Kemana arah undi Orang Asal Hulu Selangor akan menentukan siapa yang akan menjadi ahli Parlimen.
Walau pun di tempat aku berendam tidak ada air terjun tapi deraman ait cukup kuat. Air deras yang melanggar batu batu ini melahirkan bunyi menderam yang tidak putus-putus. Berapa juta tahun agaknya sungai ini telah mengalir tanpa ganguan empangan dan tembok. Berapa ribu tahun agaknya Orang Asal ini telah merayau di Hulu Selangor sebelum mereka bertemu dengan Harimau, Anjing dan Sauh. TT
(Bersambung)
KALAU IJAZAH TIPU - CAKAP PUN TAK BETUL
PESANAN KETUA POLIS NEGARA
Tan Seri Musa Hassan berkata berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.
(dipungut dari malaysian insider)
PALING MERBAHAYA MACAM KERETA
MERBAHAYA MACAM KERETA
INI SEPETOL - AMAT BAHAYA
INI BAHAYA - PEMBUNUH
KAH KAH KAH
KALAU IJAZAH TIPU LAGI MERBAHAYA DARI KERETA
MANA DIA FUTWI FUTWA DARI MUFTI INI
CAKAP KETUANAN MELAYU - KENAPA ADA JUDI
ARB LABOR DALAM MAGNUM; HARUSSANI DIMINTA BERI PANDANGAN – harakahdaily
Para mufti khasnya Mufti Perak, Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.
Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.
"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.
KAH KAH KAH
woit… INI SUDAH KANTOI BIN MANTOI….kah kah kah..
kah kah kah…. TAK SANGKA… ADA ULAT DALAM NAGKA…. kah kah kah..
kah kah kah…. PERGI MINTA TOLONG DARI RAJA GOPAL…kah kah kah..
kah kah kah… KATAKAN PEMUDA PASA DUUUUURRRKA KA…kah kah kah.
woit.. FATWAKAN MANGUM INI KETUANAN MELAYU... kah kah kah..
woit… APA PUNYA TUUUUR PUNYA MUFTI…. kah kah kah…
BIAR BETUL - SAMAN KERANA NAMA BAIK?
IBRAHIM ALI MENYAMAN AKHBAR THE SUN – minsider
Claims in the suit contend that the article was libellous, and that the alleged accusations contained within were baseless.
The suit further stated that the article was malicious in nature and had damaged the plaintiff personally, along with his career, character, moral standing, good name and reputation.
TERJEMAHAN UNTUK MEREKA AYNG TIDAK AMBIL MATHS DAN SIANS DALAM BI
saman ini seterus kan menyatakan bahawa artikle yang ditulis bersifat jahat dan boleh disaman, dan merosakkan susuk penyaman, kerjaya penyaman, watak si penyaman, kedudukan moral si penyaman, nama baik penyaman dan harga diri penyaman.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... NAMA BAIK?.... kah kah kah..
woit... WATAK DAN PERANGAI... kah jkah kah..
woit.... ADA HARGA DIRI... kah kah kah...
I REST MY CASE… kah kah kah….. kah kah kah
BILA SUDAH INSAF BOLEH BERTAUBAT
INSAFLAH , KATA IBRAHIM ALI KEPADA PENGUNDI CHINA
Ibrahim Ali hari ini meminta pengundi-pengundi Cina di Hulu Selangor agar insaf dengan tindakan mereka selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji beri bantuan RM3 juta untuk pembangunan sekolah rendah Cina di Rasa, semalam.
Presiden Perkasa ini berkata demikian selepas beberapa pihak termasuk Perdana Menteri sendiri dan pemimpin-pemimpin Umno dan MCA menolak gesaan agar masyarakat Cina dihukum kerana sokongan mereka kepada Barisan Nasional di Hulu Selangor bukan sahaja tidak memihak, malah merosot berbanding Mac 2008.
KAH KAH KAH
woit… CHINA INI BILA LAGI NAK INSAF…. kah kah kah..
woit… CHINA INI…ADA PROJEK ULUR.. ULUR LAAAA… kah kah kah..
woit… CHINA NI … BAGILAH SAHAM SIKIT…kah kah kah..
woit…CHINA NI…. ADA CHINA DOLL TU… BUKA BUKA COLI SIKIT…kah kah kah
kah kah kah... KITA ABANG ADIK... kah kah kah..