Rabu, 9 Jun 2010

BUTA BUDAYA BUTA SEJARAH



PARLIMEN AKAN BERPINDAH KE PUTRAJAYA


Jemaah menteri telah memutuskan bahawa bangunan parlimen baru akan dibina di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan bangunan warisan.

Menurut jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Mohd Nazri Abdul Aziz berkata perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri baru-baru ini.

Nazri bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut berhubung pemindahan itu kerana perkara itu masih dalam kajian awal oleh Jabatan Kerja Raya.

nota:
inilah projek
projek untuk mereka yang tidak tahu nilai sejarah
bangunan 100 tahun diruntuhkan
rumah beratus ratus tahun dirobohkan
semua kerana ada cadangan projek

tapi ini ada sikit beza
bangunan parlimen ini dipindah
untuk jauh dari rakyat
untuk jauh dari orang ramai


nota:
pakatan rakyat wajib berjanji kepada. rakyat
masukkan ajenda ke dalam manifesto:

1 - projek runtuh bangunan lama akan dihentikan
projek parlimen baru akan di hentikan
2 - madey, najib dan rosmah akan dihadapkan
ke mahkamah
3 – bukit genting akan dijadikan kawasan hospital\
jika ini janji pakatan rakyat jamin gerombolan tumbang kah kah kah

INGATAN
ingat tak madey nak runtuhkan stadium merdeka
dolah badawi akan diingat sampai dunia kiamat
yang menyelamat tapak bersejarah dimana

launghan MERDEKA didengar pada 31 Ogos 1957

inilah kerja jahat ayng ingin dilakukan oleh madey


PADAN MUKA




KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS TIDAK BOLEH ,TEGAS NIK AZIZ
–minsider


Isu idea kerajaan perpaduan yang mendominasi muktamar tahunan PAS lalu dua tahun berturut-turut kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat kali sambil Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan, pihaknua tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut.

“Tidak,” kata Nik Aziz dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

KAH KAH KAH..

woit… ADA LAGI NAK BERPADU PADU… kah kah kah..

woit…TAK HABIS HABIS NAK IKUT BONTOT GEROMBOLAN…kah kah kah..

woit… INI MESTI JANTAN BERPERUT GENDUT MEMAKAI BATIK LENGAN PANJANG… kah kah kah..

kah kah kah… PEHATIKAN PERANGAI JANTAN JANTAN INI DALAM PARTI PAS…kah kah kah..

nota:
mat sabu janji
tak akan pakai baju batik lagi
dan akan kurangkan gendut peutnya


MINTA MAAF DARI TIM TUKAR TIUB




TUKAR TIUB TERGENDALA


tim dam wartawan tt
minta maaf kerana
pada hari ini talian
sambungan tt terputus

pihak talipon telah dilamar
tetapi tak kunjung sampai

kini tim tt sedang menumpang
di tempat lain dan
tidak deengan keselesaan

segala kekecewaan pembaca
amat amat dialu-alukan

kecewalah selalu
dengan kekecewaan
kita akan menjadi lebih dewasa kah kah kah

MALAM INI JAM 8.00 MALAM DI DEWAN SIVIK PETALING JAYA




MALAM PALESTINE




SILA DATANG MALAM INI DI DEWAN SIVIK PETALING JAYA


JAM 8.00 Malam

nota:

bawah ini adalah sebahagian dari sajak
yang ditulis dan akan dibacakan oleh tt
pada malam ini.

siapa hendak dengar live
sila datang -

sajak ini bergenre wajib didengar
hidup-hidup





MEREKA PUN DATANG LAH


mereka pun datang lah
siapa siaga
senjata di tangan
berdiri tecegak
jentolak besar mula bergerak
sebatang demi sebatang
jatuhlah pohon pohon zaiton

ha ha ha
maka gugur bertaburan buah buah zaiton
bertaburan seperti terputusnya tali tasbih

mereka pun datang lah
soldadu soldadu gagah berdiri
berselendang besi
berseligi di tangan
siapa siaga
membedil siapa sahaja

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak peluru getah
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu ditembak peluru hidup