Khamis, 15 Julai 2010

BERITA BAIK UNTUK KAPITALIS




SIAPA MINAH CUN INI ?






HARGA PETROL, DIESEL ,GULA DAN GAS NAIK
-malaysoakini

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

KAH KAH KAH


nota:
yang turun hanya seluar dalam koyak kah kah kah


TENGOK ESOK INI AKAN BERLAKU:

1 - gula tidak baik untuk kesehatan
2 - minyak tidak baik untuk kesehatan
3 - gas tidak baik untuk kesehatan

PERBANDINGAN

1 - haarga minyak lebih mahal di sweden
2 - harga gas ;ebih mahal di norway
3 - harga gula lebih mahal di canada

SUBSIDI

1 - kerajaan masih memberi subsidi
2 - kerajaan jaga harga jangan naik
3 - kerajaan pastikan semua harga betul

MAKA AKAN DI PENTASKAN DRAMA SWASTA


1 - drama pekedai runcit di tangkap kerana jual mahal
2 - drama menteri pasar ayam
3 - drama menteri duduk minum teh kureen gula kah kah kah

NOTA:
nak tahu kenapa naik malam ini
kerana parlimen sudah habis bdersidang
kalau parlimen ada panas jubo kah kah kah

MARI KITA KETAWA PETANG KHAMIS




BERBANGGA LAH DENGAN BUDAYA POLITIK BANGSA



nota:
tolong jangan hina mereka
tolong jangan ketawa
mereka adalah masa depan lepas puasa kah kah kah

MI NO UNDERSTAND




NATANG GAPO TRANSFORMASI NI?




UMNO PERLUKAN LAKUKAN PROSES PEMBAHRUAN POLITIK DENGAN SEGERA : MUHYIDDIN-berita hairan

Muhyiddin Yassin, berkata UMNO perlu melakukan proses pembaharuan politik dengan segera bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat.

Beliau berkata, proses pembaharuan politik Umno masih perlahan dan sekiranya parti tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu, ia mungkin akan menjadi ancaman kepada parti pada pilihan raya umum akan datang.

"Proses transformasi politik (UMNO) agak lambat sedikit. Kita harus usahakan apa saja kehendak rakyat supaya keperluan yang hendak dilihat masyarakat dilaksanakan.

"Ia perlu dibuat segera. Satu proses pembaharuan perlu dibuat segera," katanya.


KAH KAH KAH


woit… PEMBAHARUAN APA NI?.... kah kah kah…

kah kah kah…. APA YANG NAK DI PEM…. kah kah kah..

woit… APA YANG NAK DI HARU … kah kah kah…

woit… HARUAN APA?.... kah kah kah…

kah kah kah…. HARUAN SUKA MAKAN IBRAHIM ALI?.... kah kah kah….

woit… RAKYAT SELURUH MALAYSIA KATA SEMUA OKAY?... kah kah kah..

woit….TAPI MAK CIK FELDA TAK PAHAM APA NATANG GAPO PROSES…kah kah kah..

woit… MAK CIK FELDA TAK PAHAM AM NATANG GAPO TRANSFORMASI… kah kah kah…

nota:
transformasi ini wayang gapo?
kah kah kah


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



INI BUDAYA POLITIK KITA




DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA KITA: DR M

KUALA LUMPUR: Pembangkang, yang hilang kuasa mentadbir kerajaan Perak, perlu sedar demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia dan menunjuk kekuatan seperti ini boleh berlaku erhadap mereka pada masa depan, kata Mahathir Mohamad.

"Ia (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri.

"Jika anda bertindak di jalan raya setiap kali ada masalah, maka jika dan bila anda membentuk kerajaan, orang lain akan melakukan yang sama," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park, di sini, semalam.

Dr Mahathir diminta mengulas demonstrasi jalanan oleh penyokong Pakatan Rakyat ketika upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru kira-kira satu kilometer dari Istana Kuala Kangsar kelmarin.

Kerajaan PR yang belum berusia setahun tumbang selepas empat anggota dewan undangannya melompat ke Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir berkata "tindakan melompat" itu seharusnya mengakibatkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) tetapi oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihan raya, keputusan itu harus dihormati.

Katanya, Menteri Besar pembangkang harus dibenarkan memanggil mesyuarat DUN dan undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap kerajaan berkenaan.

"Tetapi jika Menteri Besar tidak mahu mengadakan sidang DUN, jadi bagaimana kita boleh paksa beliau berbuat demikian. Undang-undang menyatakan undi tidak percaya mesti diluluskan sebelum ada pertukaran kerajaan.

"Sekalipun mereka terus memerintah negeri itu, mereka bertindak sebagai kerajaan minoriti. Bagaimana kerajaan minoriti hendak mentadbir negeri, bila ia tidak punya sokongan," katanya.

Mengenai laporan bahawa pembangkang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan berhubung keputusannya, Dr Mahathir berkata walaupun tindakan pembangkang itu tidak beretika, undang-undang membolehkan tindakan itu diambil.

Bagaimanapun, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, pihaknya tidak akan memfail saman terhadap Sultan.

Sumber: Berita Harian


BERDEMONSTRASI BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA
- Wdnesday, 04 February 2009 08:16AM
©Utusan Malaysia

PADA 31 Januari lalu ketenangan di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara
terganggu dengan kemunculan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Memansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) atau GMP yang rata-ratanya orang Melayu.

Demonstrasi oleh GMP ini kemudiannya dengan cepat diulas dan sorot oleh pihak media cetak dan media elektronik.

Daripada satu segi berdemonstrasi boleh dianggap baik kerana dapat menarik massa untuk lebih mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu isu dan mendapat publisiti serta simpati. Walaupun begitu jikalau kita memperhalusinya, demonstrasi bukan budaya kita.

Apakah sudah muncul budaya baru di kalangan orang Malaysia yang bijak pandai bahawa jika pemerintah lambat akur dengan kehendak mereka, maka mereka akan buat riuh di jalanan?


ISU PASIR : UMNO, PERKASA BERDEMO DI SUK
– mkini

Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan anggota polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir di negeri itu.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.

Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai. Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu.

Anggota polis membentuk barisan tersebut untuk memisah antara penyokong Umno dan kira-kira 50 anggota pasukan komunikasi kerajaan negeri yang mendapat tahu tentang demonstari tersebut dan menunggu untuk 'menyambut' mereka.


KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH..


woit... SYABAS ! SALUT !...kah kah kah..

woit… MENGALU ALUKAN UMNO DAN BERKASA KERANA BERDEMO…. kah kah kah..

kah kah kah…. MARI KITA RAYAKAN DEMONSTRASI SEBAGAI SATU BUDAYA POLITIK…. kah kah kah

woit… TAK KIRA PARTI APA…. PAKATAN ATAU GEROMBOLAN… KALAU RAKYAT TAK SUKA… MARI KELUAR BERDEMO….kah kah kah…

kah kah kah… JADIKAN JALAN RAYA PARLIMEN RAKYAT…. kah kah kah..

woit… KALAU MADEY KATA DEMO BUKAN BUDAYA KITA …KATAKAN POOORAH !!!!.... kah kah kah…

woit… DEMO SEMAKIN MENJADI DARAH DAGING BUDAYA POLITIK MALAYSIA…kah kah kah…

woit… PADAN MUKA MADEY!..... kah kah kah

CERITA HANTU BERTAMBAH SERAM





MUKA DUA BANTAL BARU




BALA DEDAH KETERANGAN DI PARIS , NAMAKAN DUA MUKA BARU
- minsider

Detektif persendirian P Balasubramaniam mengeluarkan intipati 19 perkara berkaitan keterangannya yang diberikan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung komisen pembelian kapal selam oleh Malaysia, yang pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia.

Antara lain Balasubramaniam menimbulkan dua nama baru dalam keterangannya Isnin lalu iaitu Major Rahim dan Abdul Rahim Saad.

Balasubramaniam yang kini berada di luar negara sejak dua tahun lalu memberikan keterangan kepada polis Perancis selama tiga di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini Balasubramaniam walaupun minggu lalu menyifatkan penganalsis politik Abdul Razak Baginda sebagai tidak bersalah tetapi dilihat menjelaskan secara mendalam peranan beliau dalam urusan pembelian kapal selam ini.

“Hubungan Razak Baginda dengan Perdana Menteri sekarang, maklumat dan kejadian-kejadian yang dimaklumkan oleh Razak Baginda kepada saya termasuk SMS yang dihantar oleh Perdana Menteri kepada Razak ketika ditahan berhubung pembunuhan (wanita Mongolia) Altantunya,” kata Balasubramaniam dalam kenyataannya.

KAH KAH KAH…

woit…. ADA LAGI MUKA BARU?.... kah kah kah..

woit…. INI BARU LAHIR KE…. ATAU BARU BERSALIN KULIT?.... kah kah kah..

CUBA LIHAT BERITA INI





PROJEK PEMBODOHAN MELAYU




KOLEJ KOMUNITI : TPM UMUM TEMPOH PEMBELAJARAN DISINGKATKAN – mstar

Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pengukuhan Kolej Komuniti yang antara lain menggariskan tempoh pembelajaran bagi sembilan sektor terpilih disingkatkan daripada dua tahun kepada tiga ke enam bulan mulai tahun ini.

Program jangka pendek Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan adalah antara inisiatif yang dirangka untuk pengukuhan institusi Kolej Komuniti selain melaksanakan program memperkasakan program pembelajaran sepanjang hayat dan mempergiatkan program perantisan.

Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang merangka Program Pemindahan Ilmu antara Kolej Komuniti dan universiti bagi membolehkan hasil penyelidikan di universiti dapat dinikmati masyarakat setempat melalui Kolej Komuniti.

KAH KAH KAH

nota:
pa makna berita ini ?
berita ini memberi makna bahawa fulus telah kureeng
beria ini beri makna bahawa ini tanda tanda pemotongan beljawan
berita ini beri makana akan ada lagi pemontongan belanjawan

berita ini memaksa kita semua berfikir :
beri pelajaran kepada warga atau beli kapal selam



cuba baca betul betul
amat susah untuk difahami berita ini
masuk akal kah kalau kursus dipendek kan
maka ilmu akan datang lebih banyak

persoalan timbul bagaimana memendekkan kursus
akan memperkukuhkan proses pembelajaran
lebih singkat belajar
akan jadi lebih cerdik

ini cara berita diolah untuk menipu
orang melayu hah kah kah

ENCULEZ VOUS !!!




LIHAT SENYUMAN BALA GUMBIRA DAN BERPUAS HATI





POLIS PERANCHIS SEBUT NAJIB-ROSMAH KETIKA SOAL BALA
– merdeka review

"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.

Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam (gambar kanan) yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.

Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu.

KAH KAH KAH…

woit…. SELAMAT TINGGAL PARIS KU…. kah kah kah..

woit… TAK DAPAT BESHOPPING LAGI DI SITU…. kah kah kah..

kah kah kah… PADAN MUKA…. 27 BUAH NEGARA EROPAH TAK BOLEH MASUK… kah kah kah..

kah kah kah... KALAU MASUK JAMIN KENA TANGKAP... kah kah kah..

kah kah kah…. PENYOKONG PAKATAN DI LONDON….. TOLONG BUAT PROGRAM DI PARIS…. kah kah kah..

kah kah kah…..PROGRAM BERTAJUK : UNE MALAYSIE POUR TOUT MALAYSIEN.. kah kah kah..

kah kah kah…. JEMPUT ISTERI ROSMAH RESMI KAN SEMINAR INI… kah kah kah..

kah kah kah… JEMPUT RAZAK BAGINDA SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA….kah kah kah..

kah kah kah… KERTAS YANG BERTAJUK : JE SUIS FOU - ENCULEZ VOUS …. kah kah kah

kah kah kah …. JEMPUT CHIEF POLIS PARIS SEBAGAI TETAMU KEHORMAT…. kah kah kah

KETUANAN CAP AYAM





KETUANAN APA PULAK INI ?




NIZ AZIZ CABAR UMNO TUKAR NAMA DAN DASAR – minsider

Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu.

“Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

woit…. CAKAP KETUANAN MELAYU…. kah kah kah kah

woit….NAMA :UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION… kah kah kah..

woit… KETUANAN MELAYU MACAM MANA… kah kah kah…

kah kah kah…. BILA NAK TUKAR NAMA…. kah kah kah…

woit… PATUT LAH ADA KLCC… PRICINT… KL CENTRAL..BUJET..… kah kah kah…

woit… KEPALA BANA INI NAMA NYA PUN BUKAN MELAYU… kah kah kah…

nota:
berapa ramai agaknya orang melayu
tertipu dengan nama umno
pasti ramai orang melayu tidak tahu
apa ertinya umno
generasi muda pasti tidak tahu langsung

inilah dia parti ketuanan melayu tapi
nama parti pun buan melayu

bila nak perkembar kembar kah kah kah


NATANG BEWOK




HANTAR TERUS KE TANJUNG RAMBUTAN



MAHFIZ : UMNO DEMAM , TUDUH SESAT TAPI PELAWA - mkini

PAS hari ini bersedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan timbalan presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno meskipun parti Islam itu secara jelas menolak pelawaan Umno itu, kata naib presiden PAS, Mahfuz Omar.

Hakahdaily memetik Mahfuz ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

"Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak.

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya.

KAH KAH KAH…

woit…. APALAH MAHFUZ NI…BOCORKAN RAHSIA SEMBAB….. kah kah kah…

kah kah kah…. MALIKUL SEMBAB SUDAH LAMA MERENG …kah kah kah..

woit... KEPALA DI BALUT DAGING... MERENG JADINYA... kah kah kah...

woit… NAK HANTAR WAD LIMA UNIVERSITI HOSPITAL?... kah kah kah..

kah kah kah… ATAU TERUS KE TANJUNG RAMBUTAN ATAU TAMPOI..kah kah kah..

kah kah kah… SAHEH MEMIKUL BIAWAK HIDUP???… kah kah kah..

kah kah kah… KALAU MEMUKUL IBRAHIM ALI RINGAN JUGA… INI NATANG BEWOK… kah kah kah…

kah kah kah... NATANG BEWOK INI MENCAKAR... kah kah kah

INGAT PAS BODOH NAK PIKUL NATANG BEWOK



SATU SELANGOR NAK TAHU BERAPA UBAH CABUT SEBATANG GIGI





BERAPA BATANG GIGI DICABUT BARU BOLEH BUAT ISTANA INI




AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT UNTUK KETUANAN RAKYAT
– harakah daily

Kerajaan negeri Selangor membentangkan Akta Kebebasan Maklumat dalam sidang DUN Selangor dan berharap ia akan diikuti oleh negeri-negeri lain termasuk kerajaan pusat.

Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong ketika membentangkan usul itu berkata, akta ini bertujuan untuk memberikan hak kepada rakyat mendapatkan maklumat dan seterusnya menegakkan prinsip ketuanan rakyat.

"Semenjak pembentukan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pada bulan Mac 2008, ketuanan rakyat dijadikan prinsip tunjang yang mempengaruhi segala tindakan dan keputusan yang diambil," kata beliau ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama.

Katanya, prinsip ketuanan rakyat inilah yang menjadi pendorong kepada segala usaha Kerajaan Negeri untuk mereformasikan, memperbaiki dan mempertingkatkan pentadbiran negeri Selangor.

"Sepertimana yang Ahli-Ahli Yang Berhormat ini fahami, rakyatlah yang memberi peluang kepada kita semua untuk berkhidmat. Dan rakyat juga yang akan merampas balik peluang tersebut jika kita lupa hakikat ini," katanya.

Katanya, ketelusan merupakan salah satu aspek utama yang cuba diketengahkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kesetiaan Pakatan Rakyat terhadap prinsip pentadbiran yang terbuka merupakan salah satu sebab utama mengapa rakyat telah memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lalu, tambah beliau.

Pendirian Kerajaan Negeri terhadap ketelusan telah dibuktikan dengan jelas sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat. Misalnya, sidang Dewan Negeri Selangor ini disiarkan sepenuhnya melalui Internet, tambah beliau dalam nucapannya.

nota:
inilah cotoh kerajaan rakyat
dengan adanya akta kebebasan maklumat
maka semua rakyat selangor boleh
meminta apa sahaja maklumat yang mereka mahu

nak tengok bil toyo pergi disneyland – boleh
nak tengok bil tiket toyo anak beranak pergi tokyo – boleh
nak tengok geran tanah 200 hektar yang di beri toyo pada pemandunya – boleh
nak tengok duit siapa dipakai khalid untuk beli lembu – boleh
nak tengok duit siapa dipakai khalid untuk beli kereta sendiri – boleh

nak tengok semua surat penjanjian kontrek pasir boleh-
nak tengok semua bil jamuan makan mb – boleh


inilah contoh ketuanan rakyat

hairan kenapa puak gerombolan menentang akta ini
puak gerombolan kata melanggar perlembagaan
melanggar perlembagaan kepala bana sapa?

rakyat nak tahu dimana toyo amabil duit
buat ramuh 23 juta ringgit
rakyat satu selangor nak tahu berapa batang gigi yang telah di cabut oleh toyo
rakyat satu selangor nak tahu berapa upah cabut sebatang gigi kah kah kah