Khamis, 22 Julai 2010
RAMALAN KAJI CUACA SEKALI LAGI
HASSAN ALI BERCITA- CITA TINGGI MENGGALI PASIR DI SELANGOR
HASAN AKI DIKAITAN DENGAN ISU UMNO –PAS – malaysiakini
Hasan Ali tidak pernah lekang dirundung kontroversi dan kali ini pesuruhjaya PAS Selangor dan pakar motivasi itu, dikaitkan lagi dengan isu kerjasama Umno-PAS.
Selepas selamat daripada diheret ke muktamar khas seperti cadangan awal Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat tahun lalu, tersebar pula khabar angin Dr Hasan menemui mufti Perak Harussani Zakaria - yang menawarkan diri sebagai pengantara - bagi membincangkan perkara itu.
Semuanya bermula apabila Harussani baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua yang bermusuh itu.
Bagaimanapun, ekoran pendirian Harussani yang enggan mendedahkan nama pihak terbabit, telah menimbulkan lebih banyak spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbinya parti Islam itu sendiri.
Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Dr Hasan.
"Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali)," katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota: sila lihat kembali tulisan tt
tiga hari dahulu – tak caya ada orang
bemimpi siang dan malam untuk dapat
kuasa – jangan terpengaruh dengan janggut
dan serban – dalam realpolitik agendanya
ialah kuasa bukan janggut dan serban kah kah kah
(United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.
United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.)
SENYUM HARI KHAMIS
DALAM GUA KASSIM BABA
COMING SOON - MIDNIGHT SHOW
KERANA PASIR UMNO SELANGOR PECAH - mkini
Persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor dalam mengutarakan isu pasir kini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Khir Toyo dan Noh Omar.
Kedua pihak dilihat saling ke hadapan dalam mengutarakan isu kecurian pasir yang kian membelenggu pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat, namun usaha ini berlangsung secara berasingan dan tidak secara bersepadu.
Pada 11 Julai lalu, Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor, bertindak membawa media ke kawasan melombong pasir di kawasan Kampung Bukit Changgang di daerah Dengkil.
Kemudiannya, pada 14 Julai pula, Noh pula memberi kenyataan kepada media selepas meninjau aktiviti pengeluaran pasir, dengan menaiki helikopter di sekitar Dengkil, Kuala Langat dan Batang Berjuntai.
nota:
retak retak makin jelas
ini bukan kerana pasir
ini pertarungan garis politik melayu
satu kem di kepali oleh sembab
satu kem di kepalai oleh mat mongol
apa yang mereka rebutkan?
mereka sedang berebut ghanimah a.k.a harta rampasan perang
bukan berebut hal melayu atau islam
ini realpolitik
1 – sungai besi ini projek daim – rosmah sudah rembat
2 – jalan peel – ini projek daim – rosmah sudah rembat
3 – plus highway – daim nak balik – mat mongol buat tak layan
tunggu dan lihat
lihat dan nanti
pasir pasir ini
hanya nak rabun kan mata kah kah kah
BERITA KITA TAK TAHU
AKHIRNYA MENJADI LALAT DAN LANGAU
NAJIB : JANGAN BUAT ANDAIAN RAKYAT MELUAT DENGAN UMNO – minsider
Najib Razak menafikan rakyat sudah meluat dengan parti itu, sebaliknya menegaskan komponen utama Barisan Nasional tersebut mempunyai lebih daripada tiga juta ahli.
“Tak betul, tak betul (andaian meluat)... kita adalah parti yang terbesar mewakili orang Melayu, mempunyai 3.1 juta ahli,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.
Sehubungan itu Perdana Menteri dan Pengerusi BN meminta jangan membuat andaian yang “bukan-bukan”.
KAH KAH KAH…
woit… SIAPA BUAT ANDAIAN INI ?..... kah kah kah..
kah kah kah… BIJAK ORANG INI…. kah kah kah…
woit… TAPI ANDAIAN INI BELUM CUKUP …. kah kah kah…
kah kah kah… YEOP DI PERAK KATA: GETIK YEOP GETIK… kah kah kah..
kah kah kah… AWEEE DI KB KATA: NATANG BEWOK …kah kah kah..
kah kah kah…. UJANG PILAH KATA: BINCAT NI POII MAMPOIS LA…kah kah kah…
kah kah kah…. TAMBI MELAKA KATA: KALAU UNDER 13 OK…. kah kah kah..
woit.. . ORANG KL KATA : SETELAH DIPUKUL HEBAT DI PILIHANRAYA YANG LALU GEROMBOLAN TIDAK AKAN SELARAS LAGI…. kah kah kah..
kah kah kah… AHLI AHLI GEROMBOLAN TIDAK BERTENAGA UNTUK MENYELARASKAN SEMANGAT…kah kah kah…
nota:
bangkai kerbau itu sedang
dihurung oleh berjuta ulat taik
ulat ulat ini sedang memakan bangkai
akhirnya akan terbang sebagai lalat
dan langau kah kah kah
nota:
bagus juga berita ini
mana yang belum buat andaian
akan mula buat andaian kah kah kah
OGHANG TEGANU KATE : umno-barisang sonal happok kohong, busuk bbangor macang ikang burok peng llalak, hok dok sokong umno bukang perjuangang untok melayu & islang tapi mengenyangkan perot bodo yang kohong dengang tahik. puok2 barisang sonal teganu dari besut, kuale teganu, ddungung, kemamang sapaa ke ulu, tadok kerje lain bergomol berbaloh berebuk jawatang kerane nok cari projek. ( ini ori dari ikang baru diterima)
PROGRAM HUJUNG MINGGU UNTUK DIIKUTI
MALAM SENI TANPA BICARA BERSAMA TUKAR TIUB
SABTU 24 Julai 2010
JAM 8.00 malam
Dewan Serbaguna MBPJ
Jalan Nuri, Seksyen 7
KOTA DAMANSARA
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN - AUKU BERSAMA TUKAR TIUB
SABTU 24 Julai 2010
Chai House
No 6 Jalan 6/3
Section 6 off Jalan Templer
Petaling JAYA
JAMUAN MAKAN MALAM PKR DI BATU PAHAT
(sila klik banner untuk besarkan imej)
SENYUM KITA LAGI PAGI INI
SATU LAGI BAHAN BUKTI UNTUK LUBANG SAIFOOL
POLIS BATAL LAGI GELEDAH IBU PEJABAT PKR - mkini
Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.
Ketua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".
Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.
Kelihatan sekurang-kurangnya tujuh polis lengkap berpakaian seragam berada di ibu pejabat parti itu tengah hari tadi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
komputer telah dilihat melarikan diri
apabila polis menyerbu masuk kah kah kah
BACA BERITA INI BETUL BETUL
AKHBAR PENYAPU MINDA RAKYAT
LEBIH BAIK BERPECAH DARI DERHAKA KEPADA ALLAH – harakah daily
Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.
Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.
Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.
KAH KAH KAH…
woit… INI SATU KENYAATAAN YANG AMAT TEGAS… kah kah kah…
woit…INI SATU KENYAATAAN YANG AMAT JELAS…. kah kah kah..
nota:
sila baca yang bawah ini
JANGAN TERPERANGKAP MAIANAN MEDIA – harakah daily
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengajak pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat tidak terjerumus dalam mainan media Umno berhubung isu kerjasama Umno-PAS
Peringatan itu dilontarkan bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kenyataan balas pemimpin yang sering diputar belit media arus perdana.
"Saya selaku Timbalan Presiden PAS ingin menegaskan bahawa semua ahli dan pimpinan PAS supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana.
"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media-media arus perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.
Malah, pihak media telah mendapatkan beberapa pandangan daripada pemimpin-pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.
PAS, katanya sangat percaya media-media pro-Umno ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman PAS sendiri.
"PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamar-muktamar yang lalu.
"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya lagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi terutama diperingkat cawangan dan kawasan serta menambahkan keahlian baru PAS semaksimum mungkin.
Isu kerjasama PAS-Umno terus dimainkan Umno dan juga media pro mereka dalam usaha memancing PAS dan mahu melihat PAS berpecah.
Terbaru, akhbar Utusan Malaysia hari ini sekali lagi memutarbelitkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sehingga menggambarkan beliau pro-kerjasama PAS-Umno.
Akhbar itu kononnya memetik tulisan dari blog Nasrudin namun secara jelas beberapa perkataan diubah bagi kepentingan politik Umno-BN.
Nasruddin ketika mengulas perkara itu berkata, beliau kesal dengan sikap akhbar tersebut yang cuba memesongkan maksud sebenar tulisannya dalam blog http://episodeperjuangan.blogspot.com.
"Tulisan saya diambil secara tidak beramanah dan Utusan telah menjatuhkan etika kewartawanan.
"Saya memberi peringatan kepada pihak akhbar tersebut dan minta supaya membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya ahli dan penyokong PAS merujuk senduri tulisan asal di blog beliau dan tidak mudah menerima bulat-bulat laporan Utusan yang juga alat propaganda Umno BN.
KAH KAH KAH…
woit… BUKAN MAINAN MEDIA…. kah kah kah..
woit… JANGAN KUNTAU MUNTAU…. kah kah kah..
woit…JANGAN KELINTAU KELINTAU…. kah kah kah..
kah kah kah…. INI BUKAN MAIANAN MEDIA…. INI RACANGAN GEROMBOLAN… kah kah kah..
woit…. INI STRATEJI GEROMBOLAN UNTUK PECAH KAN PAS DARI PAKATAN… kah kah kah..
woit… INI PERANCANGAN …. BUKAN PERMAINAN…. kah kah kah…
nota:
ini berita lengkap dari harakah daily
lihat:
"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya lagi.
tidak ada disebut untuk bekerjasama dalam pakatan untuk membentuk
kerajaan pesekutuan yang baru.
tidak ada kutukan terhadap gerombolan
yang diingatkan hanya mainan media
sekali katak melompat
sudah dikenali zahrin
atau pun zul kah kah kah
KEBENCIAN TERHADAP YANG ZALIM
YANG ZALIM WAJIB DILAWAN
NAJIB DI DAKWA TERDESAK GUNA ULAMA TEKAN LEMAHKAN PAS - minsider
Najib Razak terdesak sehingga terpaksa menggunakan ulama dan mufti dalam isu syor kerjasama Umno-PAS, sekali gus mencetuskan persepsi negatif tentang PAS, dakwa pemimpin-pemimpin parti Islam itu.
Naib Presiden PAS uan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno menggunakan ulama dan mufti juga kelihatan mahu mengenakan tekanan ke atas PAS dalam isu kerjasama kedua-dua parti.
“Apabila PAS tolak Umno, ia akan memberikan gambaran negatif di kalangan masyarakat bahawa PAS tidak mahukan perpaduan.
“Jadi Najib sengaja menggunakan ulama dan mufti untuk menaikkan semula kredibiliti Umno selepas ia mula hilang kepercayaan di kalangan orang Melayu.
“Bagi saya ia hanya satu kaedah lapuk yang digunakan untuk menjatuhkan pihak pembangkang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.
Beliau juga berkata soal rundingan Umno dan PAS yang dibangkitkan sebelum ini juga adalah untuk mengalihkan perhatian dan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
“Sebelum ini banyak perkara yang telah membangkitkan kemarahan rakyat termasuk pemotongan subsidi, rasuah, judi dan sebagainya, jadi Perdana Menteri sengaja mengalihkan perkara ini.
KAH KAH KAH…
woit… LIHAT KENYATAAN INI…. kah kah kah..
woit… DALAM KENYATAAN INI ADA KUTUKAN TERHADAP GEROMBOLAN…. kah kah kah..
kah kah kah…ADA KEBENCIAN TERHADAP GEROMBOLAN…. kah kah kah..
woit… BANDINGKAN DENGAN KENYATAAN DIATAS ….kah kah kah..
kah kah kah…. TIDAK ADA KEBENCIAN TERHADAP GEROMBOLAN…. kah kah kah..
kah kah kah…HANYA JAGA JAGA PERMAINAN MEDIA…. kah kah kah
KUNCI RAHSIA
KALAU TAK NAK - KUTUK LAH SAMPAI MERABAN
MUFTI PERAK : PM MAHU RUNDINGAN PERPADUAN UMNO PAS DISEGERAKAN – minsider
Harussani Zakaria berkata Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.
Harussani berkata keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam semalam bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu.
“Najib setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.
“Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini.
“Tapi Najib minta supaya PAS jangan berdolak-dalik dalam perkara ini, kejap kata mahu, kejap kata tidak mahu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
“Kalau nak berbincang janganlah kutuk antara satu sama lain,” katanya.
KAH KAH KAH…
woit…. BETUL KE PAS DOLAK DALIK…. kah kah kah..
kah kah kah… DULU NAK SEKARANG TAK NAK?..... kah kah kah..
woit… LIHAT APA MALOAN INI KATA…. kah kah kah…
kah kah kah… JANGAN KUTUK SATU SAMA LAIN…. kah kah kah..
woit… INI KUNCINYA….PERKATAAN KUTUK…kah kah kah..
nota:
kalau tak kutuk
kalau tak benci
ertinya ku cinta pada mu
oh gerombolan ku kah kah kah