Ahad, 1 Ogos 2010
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA -TERKINI ! TERNOW !
AHAD JAM : 11.03 TERKINI
Dua dari tujuh yang ditahan pagi ini
ekoran ceramah Anwar Ibrahim yang dibatalkan
akan membuat laporan polis hari ini kerana mereka
mengakui telah dipukul.
Stor markas Pas Batu Pahat telah dipecahkan
dan barang-barang telah dirampas.
LAPORAN PEGUAM DARI BATU PAHAT
Tangkapan pertama 3 lelaki.
Mereka akan dihadapan kan ke mahkamah
pada 13 Ogos hadapan.
Tangkapan ke dua 4 lelaki.
Mereka akan dihadapankan ke mahkamah
pada 1 September hadapan.
Mereka telah dibebaskan jam 3 pagi tadi
waktu Batau Pahat. Semua dibebas dengan
jaminan bond oleh 5 penjamin.
Semkua perbicaraan akan diadakan di mahkamah
majistret Batu Pahat.
HANYA TUKAR TIUB PEMECAH BERITA
SIAPA YANG MULA MENGGANAS?
SIAPA YANG MULA MENGGANAS ?
LAPORAN DARI WARTAWAN SELATAN
12.05 malam
Enam lagi ditahan
kini jumlah 9 orang – awal tadi 3 orang
12.00 malam
Ada 2 buah kereta penyembur beracun
dan 6 buah trak FRU
12.00 malam
Fru telah mula memukul pak cik dan mak cik yang enggan
meninggalkan tempat ceramah.
Orang ramai tidak mahu beredar. Kini mereka berkumpul
depan bali polis rengit dan melaungkan : HIDUP RAKYAT
dan HANCUR UMNO !
11.41 malam
Ceramah Anwar Ibrahim telah dibatalkan.
4000 warga johor telah datang berkumpul. semua menunggu.
PA sistem telah dirampas.
Di balai polis rengit adea Syed Husin Ali dan Latifah Koya
mereka ingin membuat jaminan mulut terhadap yang ditangkap.
TANGKAPAN :
Shukri bin Yusoff – 32 tahun
Khairul Nurrashid - 26 tahun
Syed Hussin bin Syed Abdullah - 43 tahun
mereka ada penyokong dan petugas Pakatan Rakyat untuk ceramah malam ini.
10.18 malam
ceramah munkin dibatalkan
polis berkawal ketal. ceramah belum bermula.
10.09 malam
seorang ditangkap kerana lipat tikar –
ceramah tidak bermula
10.00 malam
bendera dan kain rentang semua direntap.
9.57 malam
banner kena koyak
9.57 malam
Kecoh. Fru masuk. seorang kena tahan.
Ada pergelutan
8.29 malam
seluruh kawasan ceramah anwar ibrahim telah dipenuhi
oleh polis, sb dan fru.
ada jalan dirintang – ada lori polis, ada jip polis,
ada meriam kimia.
Fru ditempatkan dihadapan masjid.
di simpang masuk ke kawasan ceramah dipasang
penghadang bertulis no parking – halangan ini lebih dari
satu kilometer.
nota:
terima kaseh pada wartawan tt
yang menghantar laporan - tanpa
mereka kita dalam gelap
INI SATU LAGI CERITA
FRU KAWAL JALAN MASUK KE PERHIMPUNAN WARGA FELDA - harakahdaily
Anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berpakaian biasa mulai mengawal jalan masuk ke tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, sejak kira-kira jam 8.30 malam ini.
Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu.
Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman dijangka akan menyampaikan ceramah di situ.
MELEBONG TAK HABIS HABIS
POSKAD DARI LAN CHOW
KETUA SPRM SEDIA LETAK JAWATAN JIKA ADUAN TIDAK SIASAT - minsider
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed berkata beliau akan meletakkan jawatan jika mana-mana aduan kepada suruhanjaya itu termasuk terhadap menteri kabinet tidak disiasat.
“Jika tidak ada siasatan dijalankan mengenai mana-mana laporan, walaupun terhadap menteri kabinet, saya sedia meletak jawatan,” katanya semasa sesi soal jawab pada hari terakhir Persidangan Undang-undang Malaysia selama tiga hari di sini hari ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah…. LAN CHOW….kah kah kah
PERSURUHJAYA SPRM IKRAR SIASAT SEMUA ADUAN - melayau
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abu Kassim Mohamed berkata, beliau akan meletakkan jawatan jika mana-mana aduan kepada suruhanjaya itu termasuk terhadap menteri kabinet tidak disiasat.
"Jika tidak ada siasatan dijalankan mengenai mana-mana laporan, walaupun terhadap menteri kabinet, saya sedia meletak jawatan,” katanya semasa sesi soal jawab pada hari terakhir Persidangan Undang-undang Malaysia selama tiga hari di sini hari ini.
Katanya, beliau bersedia menerima aduan terus daripada orang ramai atau melalui Jawatankuasa Aduan SPRM yang diketuai oleh bekas seorang hakim.
Terdapat 119 aduan diterima oleh jawatankuasa itu pada tahun lepas sahaja, kata beliau.
"Kita tidak akan menyembunyikan apa-apa. Jika kita salah, kita salah, atau jika kita tidak bagus bagi tugas tersebut, kita akan bekerja keras untuk memperbaiki diri kita,” kata Abu Kassim, yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Januari tahun ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah…. SEBATANG LAN CHOW LAGI…. kah kah kah
nota:
madey rembat 100 bilion ringgit
buat tak nampak
berpuluh ratus laporan tentang
madey tak kan buta kut kah kah kah
HANTARKAN BEREHAT KE FALUJAH
UMNO: BEREHATLAH KAMU DAHULU SEBELUM KAMU DI REHATKAN
UMNO PERLU DIREHATKAN – harakah daily
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Husam Musa menyeru rakyat merehatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada bergelumang dengan politik tanahair kerana banyak kesalahan telah dilakukan sehingga ekonomi, keselamatan, kehakiman dan politik negara tidak lagi stabil.
Umpamanya, kata beliau, apabila pemain bola sepak mendapat kad merah kerana melakukan kesalahan yang berulang, dia terpaksa dikeluarkan atau direhatkan untuk beberapa kali perlawanan.
Begitu juga, ujarnya dengan Umno dan BN perlu dihukum sebab terlalu banyak melakukan penyelewengan, pembohongan dan campur tangan tangan sehingga menyulitkan sesuatu keputusan diadili dengan adil.
KAH KAH KAH..
woit… BIAR BETUL HUSSAM NI?.... kah kah kah..
woit... REHAT KE TALKIN ?... kah kah kah
kah kah kah… REHAT KE MANA ?.... kah kah kah…
kah kah kah…. INI BIK MAMA DAN ISTERI…. DAH CELAH DULU…. kah kah kah..
woit…. INI TANDA MEREKA PERGI BOOKING HOTEL KE?.... kah kah kah..
woit... NAK REHAT KAT MANA... EROPAH TAK LEH GI.... kah kah kah
nota:
sampai gempa bumi berlaku
bila bik mama berjogging kah kah kah
SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU
MAT NGANTUK PART TOO
FDI: KU LI DAKWA MENTERI TAK CAKAP BENAR - mkini
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.
"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.
Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.
Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.
Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.
"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.
"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya.
KAH KAH KAH..
kah kah kah… TAK CAKAP BENAR ITU ERTINYA MENIPU…. kah kah kah..
kah kah kah…. KELMARIN SEORANG TUN MENIPU… kah kah kah..
kah kah kah… HARI INI LAGI ….kah kah kah..
woit… TAK CAYA TIPU?.... kah kah kah…
woit… ORANG KELATAN MESTI TAHU ORANG KELANTAN MENIPU…. kah kah kah…