Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA




BERPUASA LAH KAMU SEBELUM KAMU DI PUASAKAN !




nota:
sidang pengarang dan tim tukar tiub
mengucapkan selamat berpuasa kepada
sesiapa sahaja yang nak berpuasa

kepada umat islam ini adalah
rukun agama - selamat menjalan
rukun agama - jangan ingatkan bidadari

sila tanya diri kalau jantan dapat bidadari
kalau perempuan dapat apa?

kepada yang tak nak berpuasa
pergi main tepi jalan
orang nak kuruskan badan
jangan buat sibuk


JENG JENG JENG




GEROMBOPAN SEDANG BEREBUT HARTA PERANG





HUBUNGAN DENGAN NAJIB BAIK – MUHYIDDIN - mStar

Muhyiddin Yassin pada Selasa menolak dakwaan hubungannya dengan Najib Tun Razak renggang.

Menurutnya, perkara tersebut adalah tidak benar kerana hubungan beliau dan Najib berjalan baik seperti sediakala.

"Tak ada pihak yang harus meragui hubungan saya dengan Najibi. Saya tahu batas saya sebagai orang nombor dua dan boss saya adalah Perdana Menteri," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAAH KAH KAH


Woit.. INGAT MACAM MANA BACA MEDIA DI MALAYSIA… kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU LAPORAN BELUM KAHWIN ERTINYA SUDAH BUNTING… kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU LAPORAN KATA SUDAH SELESAI.. ERTINYA BELUM SELESAI MASIH BERGADUH.. kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU KATA MACAM BIASA ERTINYA SEDANG BERTIKAM DAN CANTAS MENCANTAS..kah kah kah..

Woit… KALAU KATA ADA HUBUNGAN BAIK ERTINNYA DUA PUAK SUDAH MULA ASAH PARANG …kah kah kah..

Kah kah kah… INI HANYA DECOY UNTUK LALAIKAN MUSUH… kah kah.kah

nota :
tak caya?
sila tanya kepala sprm
dia yang baca buku the art of war
yang ditulis oleh sun tzu
kah kah kah


nota:
petua ornag tua tua
petua tok batin orang asal
kalau nak saheh lagi sila tengok
leher muhyiddin - sembab lagi atau tidak
kemudian tengok leher rosmah
kalau dua dua tak ada leher
ertinya perang akan bermula kah kah kah

JADI KULI DI KEDAI JUAL BANGKAI




INI KEDAI JUAL BANGKAI AYAM





INI KEDAI JUAL BANGKAI LEMBU




MALAYSIA WUJUD MODEL GAJI MINIMUM , KATA SUBRAMANIAM -minsider

Malaysia akan mewujudkan model gaji minimum tersendiri berdasarkan kepada kedudukan ekonomi negara serta mengambil kira kepentingan pekerja dan majikan, kata Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata cadangan model gaji minimum itu yang mengambil kira faktor sektor pekerjaan nasional dan serantau akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri akhir Oktober ini bagi mendapat arahan selanjutnya.

“Pungutan data mengenai gaji minimum di setiap sektor pekerjaan di Negara ini sudahpun dibuat dan kementerian akan berjumpa dengan wakil setiap sektor untuk bincang (cadangan mewujudkan model gaji minimum) sebelum kertas Kabinet bagi tujuan itu disediakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ke arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi Melalui Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) di sini.

Nota:
macam macam cara nak tipu orang ramai
sedang buat kajianlaaa
universiti sedang memyediakan rujukanlaaa
yang penting tuntutan kaum buruh – mereka mahu gaji minima
tuntutan mereka ialah 1500 ringgit untuk satu bulan. ini asas gaji:
inilah yang dipanggil gaji minima –

atau kalau kerja bukan sepenuh masa :
seperti kerja di kedai jual daging ayam mati
atau daging lembu mati – mesti ada nilai minima –
berapa ringgit untuk satu jam – kalau tidak jadi kuli batak
hidup memburuh untuk mengkayakan orang kaya.
jangan jadi bodoh – jangan jadi kuli batak – jangan jadi hamba kerja

BETUL KE BERITA INI ?




MAK MALU LAAA BANG ..MAK MARAH NYAH TAK DAPAT PASIR




HASAN ALI : NOH OMAR HANYA ALIM ALIM KUCING KETIKA RAMADAN - minsider

Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali membidas Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan, yang dijangka bermula esok, sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai “alim-alim kucing.”

“Bagi kita setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja.

“Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin Umno.

“Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim? Itu alim-alim kucing,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Minggu lalu, Noh mencabar kerajaan negeri Selangor supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu.

KAH KAH KAH…


Woit… GEROMBOLAN MAKIN JADI KOLOT … kah kah kah..

Kah kah kah… NAK TUTUP KELAB HIBURAN… kah kah kah..

Woit… KALAU TUTUP AZEEEEZ NAK PERGI MANA CARI AWEK?.... kah kah kah..

Kah kah kah… DI PASARAN N TERBUKA TAK LAKU …kah kah kah..

Woit… RUPA …DARK DARK FAT FAT SHORT SHORT TAK ADA PUTERI NAK LAYAN…kah kah kah..

Kah kah kah… KENA CARI DIPASARAN GELAP… kah kah kah..

nota:
lupalakan lah kerja bodoh untuk
menjaga punai orang
jaga punai sendiri cukuplah
tak perlu jaga moral orang
jaga moral sendiri cukuplah

kita masuk kubur bukan berkumpul kumpul
tapi sendiri sendiri

buka puasa makan tauhu
sendiri masuk kubur
sendiri mahu tahu kah kah kah

nota:
hanya mutu yang kenal maniam kah kah kah


SENYUM PETANG LEPAS MAKAN





MALAYSIA UNG UNIK LAGI CHUNIK




nota:
malayasia boleeeeh kah kah kah

ANTARA DUA BERITA




INI KEDAI YANG WAJIB DI LANGGAN




ANTARA DUA BERITA

nota:
sila baca laporan ini.
satu menadapat laporan muka hadapan melayau
ini kerana berita sepeti ini memburukkan
kerajaan pakatan rakyat di pulau pinang.

tidak ada pula dilaporkan bagaiamana kerjaan
pulau pinang berunding dan menyediakan tempat
gantian.

satu lagi di putrajaya - langsung tidak ada
laporan diakbar dan media - peniaga ini akan
di singkir untuk memberi laluan kepada
sayarikat luar negara

seluruh rakyat malaysia wajib sedar
cara terbaik untuk deriat rakyat
dilapor dalam akhbar ialah dengan mendirikan
kerajaan pakatan di negeri sembilan, melaka,
johor, pahang dan terangganu - kalau negeri
di bawah kerajaan pakatan - pasti berita derita
rakyat akan tersiar.

kalau masih bodoh dan memileh gerombolan
maka hidup akan terus derita tanpa ada
laporan berita.

kurang kurang dapat tengok muka dalam tv kah kah kah


PENIAGA NEKAD TERUSKAN OPERASI - melayau

PULAU PINANG 9 Ogos - Meskipun dihalang beroperasi, para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan di lokasi itu kerana percaya mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Tanpa mengendahkan petugas keselamatan yang mengawal tapak berkenaan hari ini, mereka membawa masuk segala barangan jualan ke dalam gerai masing-masing walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Dalam keadaan cahaya samar-samar kerana ketiadaan lampu, ia langsung tidak menjejaskan semangat para peniaga terbabit yang hanya mahu mencari peluang menambah pendapatan di bazar yang telah 20 tahun beroperasi setiap kali tibanya Ramadan itu.

Peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48, berkata, dia telah membayar sewa gerai sebanyak RM1,800 kepada Dewan Perniagaan Komtar selaku penganjur Bazar Ramadan untuk tempoh sebulan selepas permohonannya diluluskan.

Justeru, jelasnya, beliau berhak menjalankan perniagaan di situ kerana telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Ini hak kami (peniaga), kami bukan beri rasuah untuk berniaga di sini, kami guna saluran yang betul. Kenapa pula kami tidak dibenarkan berniaga?

PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN AKHIRNYA DITENDANG

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?
Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.
Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH
Dengkil


( surat ini diterima oleh TT)

INI DIA ZIONIS TEMPATAN




KAMPONG BEREMBANG INI GAZALAAA - BANGANG !





PENDUDUK ADALAH UPACARA ‘MIRING’ PERTAHAN TANAH ADAT – berita hairan

MIRI: Enam puluh keluarga dari Rumah Panjang Umpur Anak Lunsa, yang bimbang kehilangan tanah hak adat Bumiputera (NCR) diambil sebuah syarikat perladangan kelapa sawit yang beroperasi di kawasan Sungai Kebulu, dekat Niah, mengadakan upacara 'miring' bagi mempertahankan tanah itu.

Upacara ‘miring’ untuk mendapat restu ‘petara’ (Tuhan) mereka diadakan di pekarangan Mahkamah Miri, di sini semalam, sebelum perbicaraan membabitkan tuntutan hak terhadap tanah NCR itu yang mereka dakwa cuba dirampas syarikat perladangan kelapa sawit, Medan Mustika Sdn Bhd, bermula.


nota:
mana dia ngo yang heboh heboh tentang gaza?
mana dia pejuang islam yang heboh heboh tentang gaza?
mana dia sasterawan yang bersajak sajak tentang gaza?
mana dia politikus yang heboh hebioh tentang gaza?

mana dia artis yng goyang goyang bontot tentang gaza?
mana dia nashieed tentang gaza?

POOOORAH!

ini lah dia pejuangan yang betul
jangan nampak masalah orang
masalah sendiri buat buat tak tahu

tanah yang di rampas di palestin
tanah di rampas di miri
rumah di roboh di gaza
folet di roboh di kerinchi
adalah sama

jangan jadi bangang buat buat tak reti
jangan jadi buat buat buat tak nampak
nanti terpijak tentek lanjut bik mama kah kah kah..


PADAN MUKA !




PADAN MUKA !




TEMPOH JELAS SAMAN EKOR DIKAJI - melayau

Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji semula tempoh yang bersesuaian bagi pesalah trafik menjelaskan notis saman ekor bagi memastikan undang-undang jalan raya terus dipatuhi semua pihak.

Hishammuddin Hussein berkata, selain itu pihaknya juga sedang meneliti dua aspek penting berkaitan saman ekor iaitu jumlah kompaun yang tidak boleh dikurangkan dan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka tidak bersalah dalam hal saman ekor.

"Aspek-aspek ini penting dan inilah masa yang sesuai untuk mengkajinya. Mesej kita ialah untuk tidak memberi ruang selama-lamanya kepada orang yang melanggar undang-undang," katanya.

KAH KAH KAH

Woit… INI MATA PENCARIAN NEGARA LAAAA… kah kah kah..

Kah kah kah… INI INDUSTRI YANG MAKIN BERKEMBANG…kah kah kah..

Kah kah kah… ADA NUMBOR EKOR… ITU INDUSTRI LAMA…kah kah kah..

Kah kah kah… SAMAN EKOR TAK AKAN DI HAPUSKAN…kah kah kah..

Kah kah kah… IANYA AKAN DI SWASTAKAN … kah kah kah..

Woit..TAK PERCAYA TUNGGU DAN LIHAT… kah kah kah

Nota:
padan muka undi gerombolan
sekarang baru sedar kah kah kah