Isnin, 27 September 2010

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA !!!






AL-FATIHAH !





















MARI KITA BERPESTA DI GALAS






TERKINI PERTAMA MEMECAH BERITA
- jam 5.06

Pada jam 4.30 petang ini
Ahli Dewan Undangan Galas Che Hashim Sulaiman
telah meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia di rumah sakit
Al-Islam Kuala Lumpur.

Beliau dilaporkan mengidap barah usus.

nota:
dun galas dalam parlimen gua musang
yb gua musang ialah ku li
ku li tak minat mat mongol
jamin pilihanraya ini
hebat dan hebat


nota:
perkasam akan meletakkan
calon bebas untuk 'test market'
atau untuk 'pau' cari modal sikit kah kah kah




jam 4.45 petang

PILIHANRAYA KECIL ?



tunggu dan nanti

kah kah kah

hello galas !

alfatihah cik hashim sulaiman

BERBANGGA LAH DENGAN KEBANGANGAN MELAYU !




VIRGIN AIRLINES





IKLIM PERLABURAN: RICHARD BRANSON SELAR SIKAP ANWAR
- melayau

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.

Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan


BRANSON SAYS ANWAR TRAIL DAMAGES MALAYSIA -minsioder

Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Anwar Ibrahim’s sodomy trial, calling the issue “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation.


“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he said today at the “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” conference here.

“This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas.”

While Branson did not think Anwar’s Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.

He added that it was incumbent on the prime minister to address the “damaging” trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI LAH BAHAYA KALAU JADI WARTAWAN TAK FAHAM BI…. kah kah kah..

kah kah kah… ORANG CAKAP LAIN… MALAON INI TULIS LAIN… kah kah kah..

kah kah kah…. ORANG NAIK KAPAL TERBANG…. DIA NAIK UNTA…. kah kah kah..

kah kah kah… ORANG CERITA HAL DUNIA… DIA CERITA KARIPAP BINI…. kah kah kah..

woit… PATUTLAAA MELAYU BODOH… kah kah kah..

kah kah kah… PENULIS AKHBAR TERBUKTI BODOH… PEMBACA LAGI BODOH… kah kah kah…

nota:
telah mula ada desas desus
tidak lama lagi akan diluluskan
di parlimen satu akta untuk memastikan
setiap warga membeli akhbar melayu
inilah satu satu cara untuk memajukan
media melayu kah kah kah


nota:
wartawan media ini telah
menterjemah virgin airlines company
sebagai : syarikat kapal terbang yang belum pernah bersetubuh kah kah kah

BILA EEEE MULA BERFATWA !




INI GAMBAR JOHN KUPUSAMY



AZAHAR :LIM TIPU, GUNA WANG JUDI BAYAR WARGA EMAS - mkini

Ketua pembangkang Pulau Pinang, Azhar Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

Azhar berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali 'memutar-belitkan katan-kata' sehingga bukti dikemukakan.

Katanya, apabila ketua penerangan Umno negeri itu, Reezal Merican Naina Merican memberikan bukti bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber perjudian untuk program membasmi kemiskinan, Lim secara tergesa-gesa mengakuinya tetapi mendakwa wang berkenaan hanya disalurkan kepada penduduk bukan Melayu.

baca ini:

DR ASRI : RAKYAT TERIMA BANTUAN KERAJAAN GUNA HASIL JUDI TIDAK HARAM - minsider

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH…


woit…. NAK TANYA SIKIT… kah kah kah..

kah kah kah… PAKAI EEE KE PAKAI UUU …. kah kah kah..

kah kah kah… EEEELAMAK ATAU UUUULAMAK?.... kah kah kah

nota:
sila pastikan
orang asing menyamar
untuk kacau orang melayu kah kah kah

SELMAT HARI LAHIR




HARI ULANG TAHUN LEBAI GOOGLE




nota:
dunia tanpa lebai google adalah dunia yang tempang
dunia tanpa lebai google adalah dunia yang tak penuh
selamat hari lahir cik lebai
selamat panjang umur
murah kanlah rezeki
banyak mengumpul
data data
dan imej!


hidup di pandu lebai google adalah hidup penuh kebenaran!
aku bergoogle maka aku wujud !

bergoogle ke hulu bergoogle ke hilir
bergoogle dibulu bergoogle dipelir
jangan lupa memakai kondom kah kah kah




BUKAN ISLAMPHOBIA TAPI CARTOON PHOBIA




TUAN PENGERUSI !



TERKARTON SELURUH MALAYSIA


nota:
mari kita ketawa
sebelum obama ketawa dulu kah kah kah

SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU




HILANG DI MANA ?





MELAYU MESTI TERAJUI NEGARA INI, WAKIL BTN BERITAHU PUTERI UMNO
- minsider

Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin berkata orang Melayu mempunyai mandat penuh untuk memerintah negara ini dan oleh itu mereka harus bersatu menghadapi sebarang ancaman.

Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini hari ini.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

nota:
yang memimpin seharusnya
yang jujur
yang ikhlas
yang berbudi
yang berbahasa
yang berilmu

jadi melayu sahaja tidak menjamin kebaikkan
selama 53 tahun ini dikatakan ketuanan melayu
lihat apa hasilnya :

rasuah
bangunan runtuh rantah
kezaliman di lembagakan melalui undang undang zalim
orang melayu di bodohkan
orang melayu di takut kan
orang china di jadikan musuh
orang india di jadikan seteru
orang serawak di rampas tanah
orang sabah jadi orang asing di sabah sendiri
berapa ramai mati di rumah pasong?
berapa ramai di tembak polis

jadi melayu tidak menjamin apa-apa

betul ada melayu ada bukan melayu yang sokong
idea melayu mesti jadi pemerintah kerana:

1 – orang ini dapat projek. dapat cari makan dengan lumayan dengan dasar
ketuanan melayu. dapat meniaga atas angin. dapat jadi kontrektor jual projek.

2 - ada juga orang china dan india yang sokong dasar ketuanan melayu.
mereka sokong kerana mereka tahu dasar ini membodohkan melayu.

china dan india jenis ini tak mahu melayu pandai befikir.
kalau melayu rajin befikir
nak buat klcc kena keluar duit sendiri
kalau melayu pandai befikir
hakim melayu tak boleh kena rasuah
kalau melayu befikir
tanah tudm kekal sebagai harta negara
kalau melayu berfikir air, leterik, hopital
akan terus jadi milik awam.

kerana itu ada china/ dan india suka melayu terus jadi
bodoh. bila melayu jadi bodoh – senang mereka sokong pemimpim melayu yang bodoh.

3 – melayu di takut takut kan – bila melayu takut - melayu jadi bodoh.
bila melayu jadi bodoh - senang mereka di kawal untuk terus dibodohkan kah kah kah

nota:
kalau melayu cerdik
tak mungkin orang
yang ada kes bunuh
boleh jadi pemimpim mereka kah kah kah

hanya yang bodoh

PERTANDINGAN MENULIS HAIKU - PUISI JEPUN




HANYA UNTUK RUJUKAN





KENALI PUSI LEBIH DEKAT – RAIS YATIM
–melayau

Program Jiwa Merdeka 2010 yang berteraskan transformasi puisi oleh generasi muda perlu diteruskan sehingga ke peringkat negeri pada masa depan.

Rais Yatim berkata, ia bagi membolehkan generasi baru mengenali puisi dengan lebih dekat lagi.

"Kita akan namakan program ini sebagai Jelajah Seni Budaya satu Malaysia selaras usaha untuk merakyatkan seni terutama di kalangan generasi muda.

"Saya percaya program ini pastinya melibatkan sedikit kos. Justeru, kementerian sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan perkara tersebut mampu direalisasikan," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


HAIKU UNTUK PEMBODEK

ada puisi ada puising
putar putar macam gasing
kaki bodek buat bising

ada puisi ada puitang
jangan cakap besar
suka bakar jambatang

ada puisi ada perigi
tolong jaga anak sendiri
jangan sudah entot entot kemudian lari

yang ini puisi
yang siap terkini
semua orang tahu
malaon ini takut pada bini kah kah kah

nota:
i budak uitm ni …
you ni gatalaaa ….bagi i kamera
lepas tu nak raba raba
you nak cipap i ke kah kah kah

nanti i report pada bini you
baru you tahu... kah kah kah…




CIAO MON AMIE




PERJUANGAN YANG TIDAK LUPA LUPA




KEMBALINYA YUNUS ALI : BEKAS TAHANAN ISA OPEERASI LALANG 1988

Semalam 25 hb September 2010 kira-kira jam 4.20 petang seorang sahabat karibku telah meninggal dunia. Dia telah meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya. Namanya ialah Yunus bin Lebai Ali, dan lebih dikenali dengan panggilan Yunus Ali. Mungkin tak ramai orang kenal Yunus Ali kerana low profile yang dibawa oleh tubuh peribadinya. Ramai orang tentu kenal Hishamudin Rais. Yunus Ali adalah rakan karib dan generasi seangkatan Hishamudin Rais dalam kebangkitan pelajar pada era awal tahun 70-an dulu. Nama-nama lain dalam generasi tersebut ialah Ahmad Zahid Hamidi, Ibrahim Ali, Anuar Musa setakat menyebut beberapa nama pemimpin pelajar ketika itu.

DI TAHAN DALAM ISU TASEK UTARA

Tetapi Yunus Ali bukan sekadar bekas pemimpin pelajar. Dia lebih dari itu. Sebagai seorang sahabat karibnya aku berasa bertanggungjawab memperkisahkan secarik lembaran kehidupannya untuk tatapan umum khususnya generasi muda kini. Yunus anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak adalah satu dari sekian ramai anak-anak muda generasi kami yang telah mencuba untuk membawa perubahan ke arah yang lebih sejahtera dan baik bagi rakyat dan tanahair kita ini. Seperti yang lain-lain, Yunus juga telah mengorbankan dirinya untuk membawa perubahan itu sehingga dua kali beliau dipenjara. Semasa menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, Yunus dipenjara di Penjara Ayer Molek Johor Bahru bersama-sama Hishamuddin Rais dan Syed Hamid Ali kerana terlibat menyokong perjuangan setinggan-setinggan miskin di Tasek Utara, Johor Bahru pada bulan September 1974. Pada tahun 1988, tidak lama selepas pulang dari London, Yunus sekali lagi ditahan. Kali ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)di bawah Operasi Lalang. Dia ditahan di Pusat Tahanan Politik di Kamunting, Taiping, Perak. Aku tidak pasti berapa lama Yunus ditahan di sana.

DEMONSTARSI PELAJAR-PELAJAR DI KUALA LUMPUR

Pada 3 Disember 1974 berlaku demonstrasi pelajar secara besar-besaran di Kuala Lumpur. Ketika itu Yunus adalah salah seorang pemimpin penting dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Demonstrasi pelajar-pelajar itu bagi menyokong perjuangan rakyat miskin di Baling, Kedah. Beberapa orang pensyarah, pemimpin pelajar serta belia telah ditahan di bawah ISA lanjutan dari demonstrasi tersebut. Antara yang ditahan ialah Prof Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim. Kemudian Polis Diraja Malaysia telah menggempur kampus Universiti Malaya di bawah satu operasi yang dikenali sebagai Operasi Mayang. Beberapa orang pemimpin pelajar seperti Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM) dan Adi Satria Ahmad (Timbalan Setiausaha Agung PMUM) telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Penjara Kamunting untuk menyertai Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim. Ibrahim Ali Presiden Perkasa kini, turut sama ditahan waktu itu. Beliau adalah Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM) ketika itu.

USMAN AWANG TOLONG SELAMATKAN YUNUS

Hishamudin Rais dan Yunus Ali terletak dalam senarai teratas nama-nama pemimpin pelajar yang jadi buruan polis. Kedua-duanya terlepas dari tangkapan polis apabila polis-polis hutan atau Field Force (kini dipanggil PGA) menyerbu kampus Universiti Malaya. Yunus dan Hishamudin dapat meloloskan diri masing-masing. Tahukah di manakah dua pemimpin pelajar ini berlindung dari tangkapan polis untuk beberapa bulan?

Di sinilah hebatnya Sastrawan Negara Usman Awang. Di rumah Usman Awang yang kami panggil dengan mesra sebagai Abang Tongkat tempat Yunus dan Hishamudin Rais berlindung. Usman Awang tidak sahaja bercakap dan berpuisi soal keadilan, hak asasi dan kemanusiaan. Tetapi beliau buktikan dengan perbuatan. Ketika keselamatan diri dua orang pemimpin pelajar yang pro-rakyat ini diancam oleh ISA, Usman tampil secara senyap-senyap memberi perlindungan kepada kedua-dua mereka. Beliau mempertaruhkan nasibnya sendiri demi membela dua orang pemimpin pelajar ini yang menjunjung perjuangan untuk keadilan rakyat.

DI PERSIMPANGAN JALAN
Pada ketika itu aktivis-aktivis pelajar kiri yang belum ditahan dibawah ISA seperti Yunus dan Hishamudian, mereka ada tiga pilihan. Pertama bergerak seperti biasa, meneruskan pengajian di universiti dan bersedia untuk ditahan di bawah ISA, soalnya sama ada cepat atau lambat. Kedua, masuk ke hutan mengangkat senjata dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Ketiga, melarikan diri ke luar negeri sebagai pelarian politik.

Yunus mengambil pilihan yang ketiga ini. Selepas isu demonstrasi pelajar-pelajar pada Disember 1974 reda, keadaan di kampus beransur tenang. Yunus kemudian menyambung semula pengajiannya di Fakulti Pertanian Universiti Malaya.

KONVENSI HAK ASASI MANUSIA

Pada tahun 1975 Usman Awang dan beberapa orang tokoh lain dari kalangan intelektual telah menganjurkan satu persidangan yang dipanggil Konvensi Hak Asasi Manusia yang bertujuan untuk mendapatkan pembebasan tahanan-tahanan politik ketika itu, antaranya Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim di penjara Kamunting, Perak serta Syed Zahari, bekas ketua Pengarang Utusan Melayu yang telah ditahan selama lebih 12 tahun ketika itu di Penjara Changi, Singapura.Yunuslah orang muda yang banyak menolong Usman Awang dalam menjayakan Konvensi tersebut. Ketika itu kami tidak ada badan-badan NGO hak asasi seperti SUARAM atau HAKAM, seperti sekarang ini.

MELARIKAN DIRI KE HONG KONG
Pada suatu petang Yunus menemuiku di tempat kediaman aku menumpang dan memberitahuku bahawa dia hendak meminjam baju kot. “Hendak buat apa ?” tanyaku. Aku juga aktivis pelajar yang miskin melarat, macam Yunus. Jadi mana aku ada baju kot. “Aku hendak ke Hong Kong,” kata Yunus. “Buat apa ke sana?” Ada persidangan Persatuan Pelajar-Pelajar Asia (ASA) di Hong Kong, jawab Yunus.Aku berasa sedih tidak dapat meminjamkan baju kot kerana akupun tak ada benda itu. Itulah pertemuan terakhir aku dengan Yunus ketika itu.

Pelajar-pelajar lain pulang ke tanahair selepas persidangan di Hong Kong berakhir tetapi Yunus tidak. Mulai saat itu Yunus memulakan kembara panjangnya di beberapa benua sebagai pelarian politik. Ini berlaku sekitar tahun 1976 di mana pada ketika itu terdapat gelombang kedua tangkapan di bawah ISA. Tangkapan ISA pada tahun 1976 ini menyaksikan nama-nama besar seperti A Samad Ismail, Kassim Ahmad, Datuk Abdullah Ahmad dan Datuk Abdullah Majid dipenjarakan di Penjara Kamunting. Perdana Menteri Tun Abd Razak baru sahaja meninggal dunia dan perebutan kuasa berlaku di dalam Umno. Dalam suasana sedemikianlah Yunus yang tidak lagi rasa selamat akan kebebasan dirinya mengambil keputusan meninggalkan tanahair.

MEENYERTAI PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN
Aku kemudiannya dihubungi. Sebagai teman dan sahabat karib akulah tempat Yunus berhubung dan menjadi jambatan hubungannya dengan sanak saudaranya. Selepas di Hong Kong aku tidak pasti ke mana Yunus berkelana. Aku hanya diberitahu bahawa dia kemudian berada di Karachi, Paksitan menumpang di rumah Duta PLO (Plaestin) di Paksitan ketika itu, iaitu Abu Yaakub namanya. Ini tidak pelik, Abu Yaakub pernah bertahun-tahun jadi Duta PLO di Kuala Lumpur dan kami pemimpin-pemimpin pelajar khususnya dari Universiti Malaya amat rapat dengannya. Abu Yaakub sama seperti Usman Awang, orang yang baik hati. Dia sanggup membenarkan Yunus menumpang di rumahnya sehinggalah kediaman Duta PLO itu diserang oleh musuh-musuh PLO.

Aku tidak tahu apa yang berlaku terhadap Yunus selepas itu. Tetapi Yunus seorang yang cekap untuk terus hidup, selagi belum sampai ajal. Aleh-aleh aku dengar Yunus sudah berada di Beirut, Lubnan menyertai paskukan bersenjata dalam komando PLO. Yunus yang bersuara perlahan, sederhana tingginya telah mendapat latihan ketenteraan dari pejuang-pejuang PLO.

Aku mula kenal Yunus semasa kami di Fakulti Pertanian Universiti Malaya. Dia pandai ilmu bersilat. Ketika kami sama-sama menjalani latihan praktikal pertanian di sebuah ladang di pinggir hutan di Pucong, Selangor pada tahun 1972, aku sempat belajar silat dengan Yunus dan Yunus pula belajar politik dari buku-buku politik kiri yang aku bawa ke bangsal tempat kami menginap di pinggi hutan Puchong itu.

DARI LUBNAN KE UNITED KINGDOM
Dari Timur Tengah yang bergolak itu, Yunus itu kemudiannya berhijrah ke Eropah dan bermastautin di London. Ketika itu sekitar tahun 1981. Dulu, Yunus tidak tamat pengajiannya sebagai siswa pertanian di Universiti Malaya. Kini, di United Kingdom Yunus menyambung pengajian di salah sebuah universiti di London dalam bidang Sosiologi. Pada tahun 1982 Yunus menjemput aku datang ke London. Ketika itu keadaan Yunus agak selesa dan dia bergerak di dalam Fuemso, iaitu persatuan pelajar-pelajar Malaysia di tanah Inggeris itu.

Aku pun pergi ke London beberapa hari sebelum Hariraya AidilAdha tahun 1982. Aku berhariraya Korban di London. Sekitar dua minggu aku di sana dan Yunus dengan rendah hati bertindak menjadi tourist guide kepadaku. Seperti pelancong-pelancong lain juga, tanpa aku minta Yunus telah membawa aku melawat lokasi-lokasi biasa pelancongan seperti Trafalgar Square untuk melihat burung-burung merpati, Istana Buckingham, London Tower dan banyak lagi. Pada suatu hari Yunus mengajak aku pergi melawat ke pusara Karl Marx di suatu kawasan tanah perkuburaan di London yang namanya mungkin Hillgates. Aku kurang pasti nama itu. Yunus merakamkan dengan kameranya –gambar aku berdiri di sebelah pusara Karl Marx. Gambar itu hilang dalam sibuk-sibuk aku menyelamatkan diri semasa Operasi Lalang 1988.

PULANG KE TANAHAIR
Lebih kurang pada tahun 1986 Yunus pulang ke tanahair selepas pengajiannya selesai dan keadaan politik di Malaysia tidak begitu bergolak. Aku menyambut Yunus di Lapangan Terbang Subang. Untuk beberapa bulan, Yunus tinggal menumpang di Markas Pusat Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) di Kelana Jaya, Selangor. Ketika itu aku menjadi Setiausaha Agung PSRM (kemudian nama PSRM ditukar kepada nama asalnya Parti Rakyat Malaysia (PRM), pada tahun 1990).

Pada suatu pagi beberapa hari selepas kepulangannya dari London,aku menghanatar Yunus ke Universiti Malaya. Dia berjaya mendaftarkan diri di universiti itu untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di bidang sosiologi.

OPERASI LALANG:YUNUS DITAHAN

Tetapi dua tahun kemudian tiba-tiba keadaan politik negara bergolak. Ketegangan politik yang melibatkan isu-isu sensitive perkauman muncul, melibatkan UMNO dan MCA sendiri- dua komponen parti perkauman di dalam gabungan Barisan Nasional. Gajah sama gajah berperang, ada pelandok yang mati di tengah-tengah. Ketua Pemuda UMNO waktu itu yang kini Perdana Menteri dan Presiden Umno dengan slogan 1 Malaysia berperang isu perkauman dengan Lee Kim Sai, Ketua Pemuda MCA. Tetapi yang jadi mangsa keadaan dan ditahan dibawah ISA ialah berpuluh-puluh pemimpin politik pembangkang dan aktivis-aktivis NGO. Antara yang ramai ditahan itu termasuk Yunus Ali.

Yunus sempat menyelesaikan ijazah sarjananya walaupun ditahan dibawah ISA. Selepas bebas, Yunus menumpu kepada kerjanya sebagai pensyarah. Kemudian dia berkahwin dan membina keluarganya. Sesekali aku ternampak gambarnya di akhbar atau tv dalam isu-isu yang dia terlibat. Ertinya dia tidak mendiamkan diri. Yunus masih bergerak.

YUNUS SAKIT
Hanya pada bulan Julai 2010 yang lalu Hishamudin Rais memberitahuku Yunus sakit dan terlantar di Hospital Selayang, Selangor. Aku sempat menziarahinya. Aku tidak sangka itulah pertemuan kami yang terakhir. Kami bercakap soal kesihatan, soal anak-anak. Kami tidak cakap soal politik petang itu.Yunus begitu bertenaga untuk hidup dan bertekad melawan penyakitnya. Dia tidak mengeluh, tidak putus asa, tidak minta simpati. Semangat komando Palestin bersama PLO membina jatidiri Yunus yang tabah. Banyak kali dia bercakap bahawa dia redha dengan sakitnya. Perkataan redha yang dilafazkannya itu sarat dengan pengertian tauhid keimanan sebagai seorang Islam.

PULANG KE RAHMATULLAH

Kini Yunus telah kembali menemui Tuhannya, iaitu satu tempat yang sebaik-baik dituju Dia telah menjalani hidupnya dengan berani tanpa menyerah kalah kepada kezaliman dan kemungkaran. Bagaimanapun, dia akhirnya tewas juga apabila ajalnya sampai. Aku berdoa semalam agar Yunus dapat bertahan melawan sakitnya. Tetapi ajal dan maut di tangan Tuhan. Aku percaya Yunus telah bersedia untuk detik perpisahan itu.
Sebagai sahabatnya aku mendoakan Yunus dirahmati Allah dan ditempatkan di syurga. Kepada isteri, anak-anak dan keluarga Yunus aku pohon doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka dan berharap mereka tabah menempuh saat yang sedih ini atas pemergian orang yang mereka sayangi. Al-Fatihah, Amin.

Yang benar,

HASSAN KARIM
Saya boleh dihubungi di
No. talian 012-7931148, e-mail:hakarim2001@yahoo.com
Beralamat Hassan Karim & Co.
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor
Tel:07-6881839 Fax:07-6882369

Inilah kehidupan. Ada permulaan dan ada titik akhirnya.


BERI SOKONGAN PADA YANG BERANI !






nota:

ini kes empat orang anak muda
dari ukm yang telah dikenakan
tindakan oleh universiti ukm
melalui auku74.

mereka di tuduh terlibat dalam
pilihanraya kechil hulu selangor

anak anak muda ini datang ke hulu
selangor untuk melihat dan mengkaji
proses pilihanraya kechil.

buat kajian pun tak boleh
ini betul betul dasar bodoh
dasar telor lanjut kah kah kah




DATANG KE MAHKAMAH JALAN DUTA



ANAK MUDA BANGUN MELAWAN !


GAGAH PERKASAM




SAEKOR EE MEMBAWA LUMPUR




WIRA PERKASA CADANG ADAKAN RUNDINGAN MEJA BULAT DENGAN PEMUDA UMNO, PAS DAN PKR - minsider

Wira Perkasa Kedah hari ini mencadangkan supaya diadakan Rundingan Meja Bulat melibatkan Pemuda Umno, Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan dan pertubuhan itu bagi membincangkan beberapa isu yang menyebabkan perpecahan Melayu.

Ketuanya Shaharol Niza Omar berkata tujuan rundingan itu diadakan bagi merungkai permasalahan dan pertelingkahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini antara Perkasa dan parti-parti politik itu.

“Saya berharap apabila rundingan ini dibuat, semua parti politik berasaskan Melayu ini dapat membuang ego (masing-masing) demi melihat agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu terus dihormati,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata walaupun semua parti berbeza ideologi politik, tetapi beliau mengajak semua parti bersatu hati dalam tiga perkara asas itu iaitu agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu.


KAH KAH KAH

woit… BERUNDING DI MEJA BULAT?.... kah kah kah..

kah kah kah…. PASAL APA MEJA BULAT?..... kah kah kah….

kah kah kah…. BERUNDING AGENDA APA?.... kah kah kah…

kah kah kah…. MELAYU BERPECAH?..... kah kah kah…

kah kah kah….. PECAH MACAM MANA?... MELAYU BUKAN PERAHU.. kah kah kah…

kah kah kah…. PKR DAN PAS MEMANG NAK PECAH KAN GEROMBOLAN…. kah kah kah…

kah kah kah….. RAJA RAJA GOPAL?.... NAK BUAT GAPO?... kah kah kah..

woit… TAK SEDAR KE… PKR DAN PAS NAK MENIBAI GEROMBOLAN …. kah kah kah….

kah kah kah…. MENGHUMBANKAN GEROMBOLAN KE DALAM TONG SAMPAH SEJARAH ADALAH AKIDAH PAKATAN RAKYAT….. kah kah kah….

nota:
kalau meja empat persegi
lagi baik – boleh buat mahjong


HIGH NOON !




HIGH NOON - TAK LAMA LAGI BERTEMBAK







MIC YOUTH DEMANDS ACTION ON RACIST PRINCIPALS IN TWO WEEKS – minsider

MIC Youth is set to give the Chief Secretary to the Government Sidek Hassan a two-week deadline to deal with school principals accused of making racial slurs.
The movement’s chief T. Mohan said today Sidek will receive the memorandum stating this demand on Wednesday.

He said that the wing will consider legal action, if there is no response within the deadline.

“In the Johor case, the accusations were clear. Police reports have been lodged, but there has been no action,” he said when asked about the purpose of the memorandum.
Mohan explained that they decided to apply pressure on the person running the civil service since the education minister Muhyiddin Yassin declared disciplining civil servants was not in his jurisdiction.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI BAHAYA… MIC ADA BERI AMARAN…. kah kah kah…

kah kah kah…. NASIB BAIK AMARAN BUKAN DALAM TEMPOH 48 JAM… kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU BERI 24JAM…. MANA NAK CARI ALASAN …. kah kah kah

woit…. MALIKUL SEMBAB TAK ADA KUASA PULAK… kah kah kah….

woit… SATU SATUNYA TPM YANG TAK ADA KUASA….kah kah kah…

nota:
kalau malikul tak ada kuasa
siapa yang ada kuasa?
yang berkuasa barak o katak


nota:
kita tunggu apa jawapan
pemuda gerombolan
atau pemuda gerombolan
hanya sanggup rebus telor kah kah kah