SIAPA JANTAN INI ?

nota:
sila teka siapa jantan ini ?
hadiah petang raya
siapa berjaya dapat ekor unta kah kah kah
JUNTA BERI AMARAN JANGAN PERTIKAI PILIHANRAYA MYAMAR – berita hairan
YANGON: Kerajaan tentera Junta semalam memberi amaran terhadap mereka yang mempertikaikan kesahihan pilihan raya yang diadakan 7 November lalu, dilihat memberi tekanan baru kepada pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi yang mahu penyelewangan undi disiasat.
Amaran itu menyaksikan Suu Kyi meletakkan dirinya dalam pertembungan dengan jeneral tentera memerintah, beberapa hari selepas beliau dibebaskan daripada tahanan di rumah.
Pemerhati politik berkata, pemimpin berusia 65 tahun yang juga pemenang Anugerah Nobel Keamanan itu mesti mengimbangi antara gerakan prodemokrasi pimpinannya dengan kedudukan regim tentera itu.
KETUA PEMILIHAN : MUSTAFFA BELUM BUKTI KEPINCANGAN, APA NAK PKR LAKUKAN - minsider
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sekali lagi menegaskan pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghampiri penghujungnya tetapi terus dipertikaikan integriti dan didakwa masih cacat, tetap akan diteruskan.
Sebaliknya, jawatankuasa itu mendakwa pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang bukti susulan dijanjikan oleh calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub, yang petang semalam - buat kali kedua dalam seminggu ini - mendesak agar proses pengundian dibatalkan.
Pengerusi JPP Dr Molly Cheah menegaskan, pihaknya tidak akan membatalkan pemilihan dan baki sesi pengundian yang dijadual untuk diadakan hujung minggu ini.
KETUA PEMUDA PKR AKUI JADI PENGUNDI HANTU, JPP NAFI TIADA TINDAKAN - minsider
Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, yang mengaku ditangkap sebagai ‘pengundi hantu’ awal bulan ini, terus mempertikaikan integriti proses pemilihan atas alasan perbuatannya itu tidak dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga kini.
Ketua AMK Rasah Zamri Vinoth yang ditangkap di pusat pengundian Rembau berkata, beliau ‘sengaja’ membiarkan dirinya ditangkap JPP kerana mahu mengetahui tentang tindakan lanjut diambil oleh jawatankuasa berkenaan, yang diamanahkan menguruskan pemilihan parti secara langsung bersejarah.
Dalam reaksi segera, sekretariat ibu pejabat hari ini menafikan dakwaan tersebut.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


