Jumaat, 3 Disember 2010
MACAM MACAM CARA NAK TIPU MELAYU
TERLAMPAU BANYAK GULA
nota:
bersenam macam bik mama
boleh kurangkan dia betes tak?
kah kah kah
DIABETES MENINGKAT MENDADAK DI ASIA – ISMAIL MERICAN - melayau
Kawasan Asia-Oseania mengalami peningkatan mendadak penyakit diabetes dengan kira-kira 138 juta penduduk Asia, termasuk 14.9 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu pada masa ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Mohd Ismail Merican berkata, kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes dengan 20 peratus daripadanya menguruskan penyakit itu menggunakan terapi insulin di pusat-pusat kesihatan Kementerian Kesihatan.
"Kadar obesiti yang tinggi menyumbang secara langsung kepada peningkatan jumlah pesakit diabetes, manakala kurangnya kefahaman di kalangan kakitangan kesihatan yang merawat diabetes jenis 2 merencatkan pengurusan penyakit itu,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran Panduan Praktikal Untuk Terapi Insulin di Kongres Endokrinologi Asia-Oseania ke-14 anjuran kementerian di sini.
Kongres dua hari itu mulai semalam disertai 30 pakar perubatan rawatan asas di seluruh negara bagi melatih mereka memperbaiki pengurusan pesakit diabetes jenis 2 iaitu penyakit progresif yang dicirikan oleh rintangan insulin dan kurang insulin.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
POOOOOOOOOOOOOOORAAAAAAAAAAAAAh !
KAH KAH KAH KAH
POOOOOOOOOOOOORAAAAAAAAAAH !
KAH KAH KAH
woit.. BARUA INI LAGI… kah kah kah..
woit .. BARUA… DIA BETES NAK SAPA?..... kah kah kah..
woit… KENAPA BANYAK DIA BETES…. KERANA GULA MURAH KE?..... kah kah kah..
kah kah kah… DI SWEDEN TAK ADA DIA BETES ..KERANA GULA MAHAL…. kah kah kah…
kah kah kah…. DI SWEDEN MINYAK MAHAL…. PASAL ITU TAK ADA MATI DI JALAN RAYA… kah kah kah..
kah kah kah… DI SWEDEN…. AIR LAGI MAHAL….ORANG TAK DEMO PUN… kah kah kah
woit… DI SWEDEN ADA KETUANAN SWEDISH …. TU PASAL TAK ADA DIA BETES…. kah kah kah..
woit... BIK MAMA MACAM BADAJ TU... ADA DIA BETES KE?.... kah kah kah..
kah kah kah.. MACAM MANA NAK KURUS DAN SELAMATKAN BIK MAMA DARI DIA BETES... kah kah kah..
woit... BIK MAMA SUKA MAKAN ICE KRIM BATANG KE?.... kah kah kah
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA
BERITA BELUM SAHEH
minyak r0n95 dan diesel mungkin
naik malam ini !
kah kah kah... padan muka... kah kah kah..
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA !!!!
AIR ADALAH HAK ASASI
PECAH BERITA TIPU MELAYU
Pekerja di syarikat Syabas dan Jalur Cahaya
telah dipaksa untuk menanda tangani petisen.
Pekerja dari dua syarikat ini juga telah juga dipaksa
untuk datang ke Masjid Shah Alam Jumaat hari ini .
Mereka di wajibkan berada di pekarangan Masjid Shah Alam
dario jam 12.00 hingga jam 1.00 tengah hari untuk menunjukkan
bantahan ke atas usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
yang mengambil kembali air untuk dijadikan hak rakyat.
Jika engkar mereka akan kehilangan pekerjaan.
CONTOH SMS YANG SEDANG BERLIGAR:
die siap sruh sume staf jgn pkai bju jc or syabas.
Jgn bwk kete jc or syabas. Bgi nmpk msm org luar.
Kdtgn wajib.ad org amek attndnce..
KEMBALIKAN HAK RAKYAT
NOTA:
penswastaan adalah projek merompak
harta orang ramai untuk diberikan
kepada kroni, anak beranak, kawan kawan
dan anak bini dan penyedap waktu sejuk !
TAK PERCAYA MEREKA PENYAMUN - LIHAT INI !
SATU LAGI PERKATAAN TIPU MELAYU
SERAGAM BUKAN TIPU MELAYU
nota:
macam macam dijalan kan
macam macam diusahakan
semuanya untuk menipu melayu
HARGA DIESEL MUNGKIN DISERAGAMKAN - melayau
Jawatankuasa Bersama Bagi Membanteras Penyelewengan Diesel Bersubsidi sedang mengkaji kemungkinan diseragamkan harga bahan api untuk semua sektor bagi mengelak penyelewengan berterusan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sekarang wujud perbezaan harga yang ketara apabila diesel untuk industri dijual sebanyak RM2.05 seliter berbanding harga yang telah disubsidi kepada nelayan sebanyak (RM1.25) dan kenderaan pengangkutan darat (RM1.48).
''Perbezaan harga antara diesel yang dijual kepada nelayan dan industri adalah sebanyak 80 sen dan kalau ada yang nakal untuk menjual bahan api bersubsidi kepada pihak industri lebih tinggi 50 sen pun, banyak yang mereka boleh jual.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit…. INGAT TAK PERKATAAN SELARAS…. kah kah kah..
kah kah kah… SELARASKAN HARGA GULA… kah kah kah..
kah kah kah.. SELARASKAN HARGA IKAN…. kah kah kah…
woit… KALI INI ZIONIS APCO TELAH BERI NASEHAT... kah kah kah..
kah kah kah.... MENCADANGKAN PERKATAAN DI SERAGAMKAN… kah kah kah..
kah kah kah… KENAPA GUNAKAN PERKATAAN DISERAGAMKAN?.... kah kah kah..
kah kah kah.. APA MAKNA DI SERRAGAMKAN?...kah kah kah..
kah kah kah…. DISERAGAMKAM MAKNANYA DI SAMAKAN…. kah kah kah..
woit.. INI BETUL BETUL TIPU MELAYU…. kah kah kah..
woit… CAKAPLAH MINYAK NAK NAIK HARGA…. kah kah kah..
kah kah kah… DISERAGAMKAN KEPALA BANA APA?.... kah kah kah..
woit... BILA NAK SERAGAMKAN GAJI MAT MONGOL DENGAN GAJI TUKANG SAPU... kah kah kah..
woit… APA PUNYA TUUUUUR…. PROJEK TIPU MELAYU…. kah kah kah..
nota:
boleh kah berat badan bik mama
di seragamkan dengan berat badan ziana zain kah kah kah
JEMPUTAN UNTUK ESOK
DI i-CITY SHAH ALAM
JEMPUTAN KE PEKAN FRINJAN - HAK ASASI MANUSIA
Pekan Frinjan 16 penutup tahun 2010 membawakan tema HAM: singkatan kepada Hak Asasi Manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada tanggal 10
Disember setiap tahun.
4hb Disember 2010, hari Sabtu
jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam
bertempat di i-City Amphitheater, Seksyen 7 Shah Alam Selangor
SUSUNAN PROGRAM
5.00pm - gerai-gerai anak muda dan NGO dibuka
8.30pm - tayangan filem, persembahan muzik, puisi, teater dan naskhah dimulakan
12.00am - tamat
TENTANG PEKAN FRINJAN
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.
Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas. Matlamatnya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
013-299 0192 : Farhan Azahan
010 512 6836 : Zulhabri
JANGAN LUPA AHAD TENGAH HARI
BERSAMA MB KE ISTANA NEGARA
KENYATAAN MEDIA
3 Disember 2010
POTONG GAJI PENGERUSI SYABAS UNTUK TAMPUNG OPERASI
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan maklumat bahawa pendapatan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan dengan RM 425,000.00 sebulan.
DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air. DPPWP tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.
Tetapi nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat. Apakah SYABAS mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat? Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah swt untuk manusia?
Air adalah keperluan asas penduduk. Tanpa air, tiadalah kehidupan. DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat. DPPWP juga melihat mungkin inilah faktor SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.
Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat. Rakyat baru mendapat hadiah dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi.
SYABAS perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat. DPPWP menyokong sekiranya ada usaha kerajaan Selangor mahupun SYABAS sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi mereka atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.
DPPWP juga menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember 2010 sebagai membantah kenaikan harga air oleh SYABAS.
Disediakan oleh;
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
SEMUA DIAJAK DALAM PESTA MERAJ 5 DISEMBER – harakah daily
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan anak muda non structural yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji Ketua Pengawai Eksekutif, Tan Sri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan.
Itu, katanya belum masuk perbagai elaun keistimewaan hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.
Tambahnya, bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.
Menurutnya, himpunan aman Ahad ini merupakan hak rakyat.
nota:
mari kita meramaikan
mari kita merayakan
mari kita bersama menyokong warga selangor!
JADI BODOH PATUT DIKENAKAN CUKAI
BILA TAK PAKAI SONGKOK
nota:
minah lurah memang hebat
bersama mamat bersongkok tinggi
NAFI KETUANAN MELAYU PERBUATAN JENAYAH KATA KETUA PERKASA - minsider
Ibrahim Ali mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu “jenayah” kepada orang Melayu.
Presiden Perkasa ini juga menegaskan “Ketuanan Melayu” konsep yang lahir daripada evolusi sejarah Malaysia berasal daripada empayar Kesultanan Melayu, meskipun istilah “Ketuanan Melayu” hanya dicipta ketika 1980-an.
“Ketuanan Melayu tidak gugur daripada langit... ia adalah hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan kita. Ketika Kesultanan Melayu, undang-undang (ketika itu) memperkukuhkan hak bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah ‘Tuan’ Tanah Melayu.
“Malangnya, slogan itu kini disalah faham oleh sesetengah pihak sebagai hubungan ‘Tuan dan hamba’,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam kenyataan yang dilihat merujuk kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin PKR yang lain, Ibrahim berkata, orang Melayu tidak harus apologetik jika menekankan keperluan ataupun menggalakkan penggunaan ungkapan “Ketuanan Melayu”.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… DI MALAYSIA INI MACAM MACAM BOLEH JADI JENAYAH… kah kah kah
kah kah kah… BERKUMPUL TIGA ORANG BOLEH JADI JENAYAH… kah kah kah..
kah kah kah…. TAK BERI RASUAH BOLEH JADI JENAYAH…. kah kah kah..
kah kah kah… YANG TERBARU : TAK NAK JADI TUAN PUN SATU JENAYAH… kah kah kah
woit… KALAU ADA ORANG TAK NAK JADI TUAN… APA BISING BISING… kah kah kah..
kah kah kah… LANTAK DIA LAAA…. kah kah kah…
woit…YANG PELIK NYA…. ADA YANG NAK JADI TUAN…. kah kah kah
kah kah kah… TAPI TAK ADA ORANG YANG NAK JADI HAMBA… kah kah kah
nota:
gerombolan sudah susah
braheng beri banyak undi
orang bukan melayu kepada pakatan rakyat
kalau lawan braheng - hilang undi melayu
kalau sokong braheng - hilang undi bukan melayu
pelok slah
tak pelok salah
anak badak
tidooor di sebelah kah kah kah
KETUANAN RAKYAT PUKUL MATI KETUANAN MELAYU
OMBAK RAKYAT AKAN MEMUKUL GEROMBOLAN
KETUANAN RAKYAT LEBIH DEMOKRATIK, KATA MB SELANGOR - minsider
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan konsep “Ketuanan Rakyat” dengan menyifatkan ungkapan itu lebih mencerminkan prinsip demokratik.
Nazri Aziz sebelum ini berkata “Ketuanan Rakyat” yang diperjuangkan pemimpin PKR tidak membenarkan kuasa mutlak rakyat untuk memilih pemimpin kerajaan sambil mengingatkan mereka bahawa orang Melayu masih menjadi pemerintah tertinggi di Malaysia dalam sistem Perlembagaan.
“Ketuanan Rakyat adalah satu proses demokratik,” kata Khalid yang juga pemimpin PKR.
“Perlembagaan pula melindungi hak-hak dan kuasa-kuasa pemerintahan beraja, tetapi dalam proses pentadbiran rakyat masih menentukan kepimpinan (negara),” tambah beliau.
nota:
hanya yang bebal sahaja tak faham
apa dia makna ketuanan rakyat
atau sengaja tidak mahu faham
ketuanan raja ertinya raja berkuasa kita jadi hamba
ketuanan tuan punya kilang ertinya tuan punya kilang berkusas kita jadi buruh
ketuanan estate ertinya tuan empunaya estate yang kaya kita jadi buruh
maka ketuanan rakyat ertinya rakyat berkuasa
yang mals nak cari kontrek dan projek pergi mampoooslah
HILANG KUASA UNTUK MENIPU
PENJIHAD ISLAM
JAKIM JUMPA MUFTI DIPERCAYAI BERHUBUNG ISU BUKAN ISLAM GUNA AYAT AL-QURAN –minsider
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memanggil satu mesyuarat khas malam esok bagi membincangkan penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh perwakilan bukan Islam pada Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.
Pertemuan itu yang akan dihadiri oleh mufti-mufti dijangka diadakan di Putrajaya.
Difahamkan Jakim akan mengeluarkan garis panduan hasil mesyuarat itu, tetapi tidak dipastikan sama ada akan ada fatwa khas kemudian.
Mufti Pulau Pinang Hassan Ahmad mengesahkan mengenai mesyuarat itu tetapi tidak menjelaskan agenda pertemuan itu.
The Malaysian Insider difahamkan Jakim menghubungi pejabat-pejabat mufti hari ini bagi memaklumkan mesyuarat tersebut.
“Esok malam, kita memang akan ada mesyuarat khas bersama Jakim tetapi tidak dimaklumkan apa agendanya.
“Saya masih belum dapat maklumat mengenai agenda mesyuarat khas esok,” kata beliau ketka dihubungi The Malaysian Insider sambil berkata, kemungkinan besar tidak akan dapat menghadiri mesyuarat khas itu kerana ada urusan lain.
Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan perkembangan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam ketika Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah… HEGEMONI GEROMBOLAN TERHADAP AGAMA TELAH PECAH… kah kah kah..
kah kah kah… GEROMBOLAN ABIS MODAL…. kah kah kah..
kah kah kah… SELAMA INI GEROMBOLAN ADA MONOPOLI HAL AGAMA… kah kah kah..
kah kah kah… MONOPOLI INI SUDAH PECAH…. kah kah kah…
kah kah kah... BUKAN SAHAJA HILANG KUASA DI EMPAT NEGERI... kah kah kah..
kah kah kah.... KUASA NAK MENIPU PUN MAKIN KURANG... kah kah kah...'
nota:
kalau kita tahu makna dan ajaran agama
yang kita anuti maka tak mungkin kita ditipu
tak mungkin kita dapat dicucuk hidung
kalau kita sedar hak kita
tak mungkin kita dibuli
kalau kita tahu hak kita
tak mungkin kita jadi oak turut kah kah kah