Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 30 Mac 2011

SELAK KAIN NAMPAK NANGKA




FILEM TIGA MAT BOROI


Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana ‘ world premier – pembukaan sedunia’ filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa bagitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menalipon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak aku tak sabar sabar nak menengok Tiga Mat Boroi. Cepat cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80’an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal buat anak dan kanak-kanak. Dari apa yang aku difahamkan filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap ‘engaging’ atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah di jemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Ini tayangan bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif – Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Commonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak anak muda. Amat amat ditakuti kalau kalau anak muda akan pergi beramai ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa aku telah disambut oleh lelaki gelap berbaju lengkap hitam termasuk dengan kaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakun dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti gengster India filem Tamil – bangang tapi lawak.

Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan para wartawan yang telah datang lebih awal. Mereka semuanya kelihatan resah dan gelisah - duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit filem berputar telah mula kedengaran orang berdengkor. Dalam minit ke tujuh dua orang penonton telah bangun untuk ke tandas. Untuk aku ini petanda yang kurang sehat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adigan yang sedang bergerak dihadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi filem ini adalah filem drama politik yang serious. Tetapi bila aku lihat filem ini adalah filem komidi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk filem sebagini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serious. Filem genre politik yang serious untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman. Filem inilah yang membantu… oops.. maaf lupa huruf t…. perkembangan fikrah negara.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi telah juga berkata bahawa adigan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut digambari tanpa ada potongan. Lapan buah kamera ini cukup hebat malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adigan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi !

Menurut Le Petit Tambi filem ini mengesahkan seorang Negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang Gadis Siam. Si Gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari - yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adigan ranjang ini air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adigan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarong tangan jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu aku tahu apa yang wajib aku lakukan.

Tup! Tup! Apabila adigan ranjang bermula aku terperanjat besar. Aku merasa diri aku tertipu. Walau pun ada lapan kamera yang digunakan dari pelbagai sudut – semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menggambari dari jarak dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun ‘reverse angle’ untuk memperlihatkan reaksi muka Negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si Negarawan ini sahaja. Macam si Negarawan sedang membuat tumbok ketampi. Punggung turun naik untuk aku bukan memberahikan malah memualkan terutama bila punggung itu berbulu.

Adigan ranjang ini adalah adigan ranjang yang paling tidak ranjang yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi Negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa – mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak berlaku.

Mengikut istilah Nyah badan pelakon utama ini: Cukup Mak Tak Taste.

Biar aku berkata jujur disini bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroian nya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihantan gendut. Malah apabila dia bangun aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boseh boroi dan bergoyang goyang.

Mengambil pelakun berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem amat penting pemegang imej watak utama untuk dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt sekurang kurangnya pilihlah muka macam kacak seperti muka Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahan ketawa dari terbarai. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke dalam perut.

Bayangkan siapa pun akan ketawa apabila melihat imej Negarawan ini – bukan sahaja boroi - pungungnya tonggek pulak. Oh la la… dimana silapnya tuan pengarah ini. Mata aku mencari cari dalam gelap itu dimanakah Le Petit Tambi. Pada ketika itu aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.

Kemudian si Negarawan bangun untuk memakai baju. Nah sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapai aku amat yakin pelakon ini cukup baik untuk berlakun dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika di Gillette -kan

Bila lampu dibuka aku terperanjat sekali lagi. Kami hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi Pembantu Pengarah. Bila aku lihat muka Pembantu Pengarah ini aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan poyo walau pun mereka kelihatan bangga kerana telah berjaya membuat filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke Pesta Filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata dari Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini kalau YouTube adakan syarat piyawan sudah pasti filem ini tidak akan dibenarkan masuk.

Bila sampai ke rumah aku termenong dan lalu membuka internet. Aku terperanjat berok apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengasan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi. Inilah bahayanya kalau kueh karipab tersimpan lama dalam seluar dalam dan tidak dimakan. Air basi karipap ini menyerang naik ke kepala.

Lalu aku terfikir – apa sudah jadi? Lalu aku bertanya kemana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas desus yang aku dengar bahawa Finas kini menjadi lubuk rasuah itu betul?

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN edisi
terbaru. sekarang dalam pasaran
untuk mendapat akhbar minggun
ini sila pukul talipon: 03-22-72-40-45

41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...mmg best la tukartiub...kompom filem bangang ni gagal di laman sengsawang...wakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Kalau filem hitam putih pon gagal kalau HD/warna lagi kantoi la..

bajet rendah sangat neh, dah cctv wayar berselirat kah kah kah
zaman sekarang orang pakai wireless ja.. :D

Nampaknya teknologi dan ilmu pengarah ini jauh ketingalan zaman.. dari filem charlie chaplin..

Lau Tze berkata...

kahkahkah lawak gile.. Lagi gila tulisan ni dari video mat boroi tu.. Nak terbarai perut aku baca. TT the best.

Tanpa Nama berkata...

"Inilah bahayanya kalau kueh karipab tersimpan lama dalam seluar dalam dan tidak dimakan. Air basi karipap ini menyerang naik ke kepala."

HAHAHHAHAHAHHAHAHHA........BAIT2 YANG AKAN BERTAHAN SAMPAI 2000 TAHUN LAGI...CAYA LA TT..LU MEMANG BEST...!!!!

MAGGOTS SOULS

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkah....TT, lu peminat pun peminat Stanley Kubrick mcm gua.

Tapi bab terkencing berdiri yg buat ketawa sampai pecah pusat perut.....kahakhakhakhakah.

Tanpa Nama berkata...

macam cerita parpukari jer abang TT.. punyerlah bangang si salim parpukari tu, orang2 UMNO BN tetap sukakan dia.. apa boleh buat?

lelakiy berkata...

part paling bodo ialah polis akan menjurus siasatan kepada adakah pilem lawak ini diedit atau tak.. padahal mmg x diedit sbb ia lakunan.. bodoo... baghal... kelabu asap... xhabis2 membodokan melayu... siap suruh yusry kru pulak tu.. sedangkan pix atas sofa tu pun dia xboleh sahkan authenticitynya inikan pilem nih.. aduyai

pariah le yg tonggek dan berbulu mcm kutty berkata...

tangan berbulu bontot tonggek tu sejenis dgn orang pariah macam kutty.perut boroi tu kuat togok arak mcm tun kutty jugak.tengok le perut dia kan boroi sikit.

Anti TELAN berkata...

Sebelum filem diputar Le Petit Tambi...baca SELAWAT NABI & ALFATIHAH...kah kah kah kah

teganu kite berkata...

hisamudeng tukor tiut,

sedap mung berkesoh, walau pong mung nnawok tapi kene atas tong, bile dikaitkang dengan cerite wayang oleh 3 ekor polong.
menatang bewok sungguh 3 ekor ni..

hok aku kenal mase aku budok2 dulu cerita "Mat Bond, Mat Tiga Suku, Mat Karung Guni - tentunya ole Mat Sentul.
Tiga Mat Boroi sebenornya orang teganu dok berape cang/kenal. sepatutnya mung datang lah ke teganu, royat cerita hal2 semase, biar geng2 nelayang & orang kapong buleh pahang. Tapi mung ni sombong isamudeng, mung hanye bagi ceramoh kat orang kl & pj saje.

kat teganu memang banyok ceramoh - ade ceramoh oleh serbang besor/kopioh - bace ayat bace hadis, & hok pakaa sokok tinggi ceramoh jugok - baca projek.

geng nelayang seberang takir tanya aku pasal Mat Boroi, wayang di Perkosa sri negara,Le Petit Tambi, air basi karipap Ummi - aku dok leh nok jawab, aku garu kepale atas garu kepalu bawoh, garu setiap celoh yang dok gatal - memang susoh aku nok jawab.

Nanti aku nok tanyo Mat Said Kemamang tapi dia bukang Mat Boroi, walau pong muke die macang muke Pol Pot regim Khmer Rough mase mude - tapi die dok jahat macang 3 jahanang Mat Boroi tu.

tengok bewok ingat Mat Boroi. jangang lupe mari jjalang ke teganu.

Tanpa Nama berkata...

Kah.. kah... kah....... memang bes lah cerita u TT .
Yang best tu ialah :

"Inilah bahayanya kalau kueh karipab tersimpan lama dalam seluar dalam dan tidak dimakan. Air basi karipap ini menyerang naik ke kepala."

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
bro ini adalah artikel yg ada nilai sejarah sama taraf dengan 10 wasiat raja melayu dan buku interlok....

jai berkata...

Malam ini aku amat bertuah kerana berjaya memiliki dirimu setelah seminggu kita tak bertemu. Aku terlalu rindu padamu. Ku belai dan ku kucup dirimu sepuas-puasnya. Dengan nakal aku selak kainmu perlahan-lahan sehingga nampak bulu2 mu yang tebal. Ku usap dan ku tarik bulu2 mu satu-persatu dengan jari-jemariku. Maka terlihatlah olehku akan bijimu yang mengghairahkan. Aduh!!! Aku tak dapat menahan nafsu serakah ku untuk menjamah bijimu sekadar segera. Lantas aku menjilat dan menggigit bijimu dengan rakus. Arghhh... Enaknya!!! Hanya itu yang dapat ku ungkapkan bila bijimu masuk ke dalam mulutku. Keenakan terasa, begitulah enaknya "JAGUNG MANIS REBUS" di pasar malam. Kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

satu lagi gaya penulisan kreatif dari tukar tiub..salute..
itu tambi memang balaci mahathir...

Tanpa Nama berkata...

Sure mencecah RM 60Juta di seluruh pawagam Malaysia

Tanpa Nama berkata...

kelas la lu beb

Tanpa Nama berkata...

mat, ko dah menghina golongan raja mat
ko kata permaisuri elizabeth kencing berdiri kat La Carosa
ko memang nak kena ni mat

Stupid University berkata...

Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Saya hampir terkencing ketwata bila terbaca tulisan ini! Syabas TT! Kah! Kah! Kah! Kah!

p.kuatkuat berkata...

kuih karipab.....kakakaka
bahaya tak makan...akakakak

Tanpa Nama berkata...

Best siut kau hurai.. bru xboring.. Star utk hang

Tanpa Nama berkata...

aku memang suka tt ...ko lebih bagus dr le petit tambi kecik...

Tanpa Nama berkata...

tt pegi turun sarawak...harap anwar mcm-mcm kena halang...aku geramnya nape orang umngok taknak menilai setiap tulisan dan renung apa yang di tulis..tak nampak apa dah terjadi dengan tipu laknat yang dibuat...ya allah tunjukkanlah keadilan mu pada puak2 umngok..

duanegara berkata...

kat youtube pun tak lepas ke??? heheheehee.. kesian tuan pengarah!

yes berkata...

Lepas ni Tiara boleh buat film suspense ni pula. Pasti meletop.

PeminatFlom berkata...

oit sham,
awatnya blog hang ni takleh nak access hari ni aaa?? kena guna proxy baru boleh. mangkuk ayun mana la gi sabotaj web hang ni.stress aku.

Tanpa Nama berkata...

TAMBI CIT!!!!!!! POOOOOOOOORAH!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah. Woit, TT. walaupun aku menyampah kat ko, tapi yang ini aku bagi tabik spring. Bravo! Tiga Mat Boroi. Aku tunggu filem-filem genre ini dari Ummi Hafilda pulak. Pastinya ada three-some dan sixty-nine. Tak sabo aku ...

mat lendir berkata...

selak toyo nampak tempenya
selak bung nampak gambirnya

sambung bai

Raymond Abdul berkata...

petang tadi tertengok berita RTM, rakyat kelantan buat demonstrasi pasal video seks. ada seorang lelaki dikatakan dari NGO, tapi pakai baju UMNO. Bongok celaka punya UMNO> BODOH!

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah
satu pelem/filem dari pengarah paling bodoh dalam sejarah peradaban manusia sejak zaman paleolitik.


oleh
bawah umor

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. lawak2...adoi..

Tanpa Nama berkata...

Umi + Rahing Tambi + Laim >>>>> BALACHEEE >>>>> Madeyy + Mukhriz + Moideen + Nazri + Lais VS Najib + Isham usin + Gani seman Dll.....(gamai orghang JOHOR!)

bideo biru ni madeyy nak test Najib dan Isham....ada berani nak lawan Madeyyy????

Nazri sudah cover rahing.....Najib dan Isham nak buat apa?

Kalo polis Isham nak dakwa rahing, POWN akan di cover oleh Gani petai (budak madeyyy!)

macamamana anak razak dan anak usin nak selamatkan diri dari madeyyy?????

The MIND!!!

Tanpa Nama berkata...

Najib belom bersedia nak buat PRU 13....dia nak delay....dia nak perkukuhkan kedudukan dia dalam umno....TAPI madeyyy sudah tak mahu tunggu lama2.....

tengoklah wayang Madeyyy VS Najib....tapi madeyyy guna banyak balachee....

balachee madeyyy pun Isham usin takowt nak sentuh!.....

The MIND!!!

P/s - aku kesian kat anak2 razak dan usin ni....dua sepupu yang bakal kena main!

Tanpa Nama berkata...

Meraban la lu TT..kah..kah..kah

Budak Baik berkata...

bang isham,
salute utk ummi ada 18 video lg
harap2 vivid ent atau privat v tak nego ngan ummi la.
saya rasa kalau keluar semua video ni. menangis rocco sifredi ngan peter north.
saya harap dlm 18 video nanti adala jenna j atau alanah rae baru ngang.
ummi pun ok lagi leh jadi guest MILF.
syabas ummi telah buktikan malaysia boleh.
taib mahmud dah setanding hugh hef.
kini anwar lbh hbt dr rocco dan pete.

Tanpa Nama berkata...

Gila punya Tukar Tiub. Macam-macam idea. Tapi hebat.

Tanpa Nama berkata...

Cis! Baik aku tengok Merong Mahawangsa. Karut punya blue film oleh Rahim Thamby Kechikk.

momotarosan berkata...

yaaa ammmpoooonnnnn

geng2 sintok pun baca blog kau isham.
ada yang sokong.
ada yang bangang jgak.
apa boleh buat

negara demokrasi membenarkan kebangangan dikalangan rakyad...

Tanpa Nama berkata...

mereka bajet sorang ngaku datuk T.
cukup la kat carcosa.
tp bile johari abdul ngan badrul dah pecah lobang..
ngaku la tiga orang datuk.
itu pun time ngaku dua je yang hadir.

apa kesahehan yang nak periksa.
video mmg saheh.
pelakon pun saheh belakon

perangkapnya datuk t pun hanya kata
pemimpin kanan pembangkang.
dia tak brani sebut nama
yang sebut nama ni media n orang ramai je
3rd 4th party own thought

yang penting isu bahan DNA anwar dah diterima
canang cerita movie selak kain nampak nangka.

itu je matlamat jangka pendek

Tanpa Nama berkata...

karipap???? kahkahkah....

tembam tu bro.....tapi wa takut bau bacin lah....kahkahkah....

buang spender dalam tasik....ikan toman boleh mati lerrr....kahkahkah

rupa2 nya....uncle TT pon dah terlibat sama....kahkahkah....

cuma belom buat press statement jer....kahkahkah

uncle TT, wa ada jam OMEGA replika...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

"Inilah bahayanya kalau kueh karipab tersimpan lama dalam seluar dalam dan tidak dimakan. Air basi karipap ini menyerang naik ke kepala."

kalau ayat ni ada kat FB dah lama aku click 'like'