Selasa, 1 Februari 2011

BASUH KAKI SEBELUM TIDOR



SILA HINDARI KANAK KANAK DARI MENONTON





AMARAN UNTUK IBU BAPA

nota:
adalah dinasehatkan
ibu bapa agar lebih
bertanggung jawab
dengan anak-anak
jangan biarkan anak anak
menonton tv sepanjang masa !

JANGAN BUAT FITNAH



INI FITNAH




nota:
tolong jangan buat fitnah dan tohmah
adakah tidak betul
adalah amat salah
berita yang melaporkan
bahawa siling ini jatuh
kerana bik mama buat pole dance

ini fitnah
sila jangan buat fitnah






KARAT PUNCA SILING HOSPITAL SERDANG RUNTUH
- meloya

Struktur siling yang berkarat dikatakan menjadi punca siling lobi utama Hospital Serdang dekat sini runtuh secara tiba-tiba malam tadi.

Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai berkata, hasil siasatan awal mendapati selain struktur siling yang berkarat, terdapat juga kesan keretakan pada bahagian itu.
"Pihak kami akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar. Tindakan segera akan diambil bagi memastikan keselamatan kakitangan hospital dan orang ramai terjamin," katanya.

Siling berukuran 10 meter itu runtuh di bahagian lobi utama hospital berkenaan tengah malam tadi dan hampir mengenai dua keluarga yang sedang duduk di lokasi tersebut.

Dalam pada itu Tiong Lai memberitahu, beliau akan mengarahkan pihak hospital dan Bahagian Kejuruteraan Jabatan Kesihatan untuk segera membaiki runtuhan itu kerana bimbang runtuhan akan berulang yang boleh membahayakan nyawa pengunjung.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. KARAT PULAK DI SALAH KAN…. kah kah kah..

kah kah kah… MACAM MACAM NAK MENIPU…. kah kah kah..

kah kah kah… KENAPA TAK SIASAT DALAM DALAM…. kah kah kah…

kah kah kah… BESI KARAT KERANA APA?.... kah kah kah..

kah kah kah… KERANA PAKAI BESI MURAH KE?... kah kah kah..

kah kah kah… KERANA APA PAKAI BESI MURAH…. kah kah kah…

kah kah kah… KERANA MAIN CON TELAH REMBAT BANYAK…. kah kah kah..

kah kah kah…. MAKA SUB CON KENA PAKAI BARANG MURAH…. kah kah kah..

woit… CAKAP MENTERI… APA PUNYA JENIS MUNKEE... kah kah kah..

kah kah kah....TAK KAN INI PUN TAK TAHU… kah kah kah..’

kah kah kah… TAK KAN TAK TAHU CARA KONTREKTOR BUMIPUTERA BUAT KERJA… kah kah kah


RAMALAN TEPAT DARI TUKAR TIUB




RAKYAT MESIR NAIK MINYAK



nota:
bila harga minyak naik di mesir
rakyat mesir naik minyak

bila harga gamdun naik di mesir
rakyat mesir masih naik minyak






HARGA PETROL RON97 NAIK 10 SEN
- meloya

Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL TAK… TEPAT RAMALAN TIKAR TIUB ….kah kah kah

kah kah kah… YANG MENGUMUMKAN BUKAN MENTERI TAPI TOWKAY KEDAI MINYAK… kah kah kah..

woit… TAK KAN TAK FAHAM FAHAM…. kah kah kah..

kah kah kah…..GEROMBOLAN NAK LARI DARI TANGGUNG JAWAB… kah kah kah..

ALASAN:
1 – ini harga pasaran
2 – harga minyak naik
3 – harga minyak di sweden lagi mahal
4 – harga minyak di malaysia termurah di asean
kah kah kah


woit… ESOK BILA HARGA MINYAK MENTAH TURUN…. HARGA MINYAK TURUN TAK?... kah kah kah..kah kah kah





MAK CIK DAN PAK CIK FELDA KENA LEBONG LAGI!!!





nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


LIHAT DAN FAHAMI



PERTEMPURAN ANAK MUDA KE DATARAN MERDEKA




nota:
dipukul
undur
dipukul - berkumpul lagi
mara ke hadapan

di pukul
lalu undur
kemudian mara ke hadapan
mara hingga menang



DENGAR DAN BELAJAR




nota:
dengar penernagan anak muda mesir ini
bagaiman akum buruh telah lebih awal
bergerak melancarkan mogok terhadap
mahafiraun. apa yng berlaku hari ini
adalah sambungan perjuangan yang belum selesai


PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHANRAYA





SILA TEKA FAT LADY DARI MANA?



SATU LAGI FAT LADY


nota:
fat fat lady ini
semua ada satu kesukaan
mereka suka bershopping
kah kah kah





FAT LADIES FROM BANGLA DAN MESIR


FAT LADY OF MALAYSIA


RAKYAT MESIR PILIH JALAN RAYA BUKAN PILIHANRAYA

kebencian rakyat mesir terhadap mahafiraun dan para kroni telah memuncak

kebencian rakyat mesit terhadap first lady baru pulang bershopping telah memuncak

kebencian rakyat mesut terhadao anak mahafiraun telah memuncak

hari ini BERHIMPUNAN SATU JUTA

rakyat telah bangun
rakyat tidak mahu dibodoh bodohkan dengan pilihazn raya
rakyat memilieh jalan raya

tentera telah membuat kenyataan
tentera tidak mahu jadi barua mahafiraun
yang mengganas ialah polis
yang mengganas ialah mukhabarat

minggu lalu mahafiraun telah melantik timbilan presiden baru
ini dengan harapan rakyat akan tertipu

malam tadi ketika kita di malaysia tidoor
mahafiraun telah membuat rombakan kabinet
kah kah kah

first lady mesir dikata telah mula
mengumpul barang barang rompakan untuk diterbangkan ke luar

ke mana?
paris?
malta?
kuwait?

hantarkan keluarga ini ke falujah
tau ke kandahar kah kah kah



HARI KE TUJUH

EGYPT SET FOR MASS PROTEST ASD ARMY RULES OUT FORCE
– guardian london


Egypt's army gave a powerful boost to the country's opposition last night by announcing that it would not use force to silence "legitimate" demands for democratic reforms in the Arab world's largest nation.

On the eve of a million-strong protest planned for today and amid multiplying signs that the US is moving steadily closer to ditching its long-standing ally, Egypt's president, Hosni Mubarak, now has few options left.

Last night, in an apparent attempt to soften popular anger, the Egyptian vice-president said Mubarak had asked him to start a dialogue with all the country's political parties. According to state TV, Omar Suleiman said it would involve constitutional and legislative reforms.


HARI HARI AKHIR FIRST LADY MESIR





WASPADA MUKA INI



RAKYAT MESIR

masuk hari ke enam - 150 warga mesir telah gugur.

mahafiraun masih bertahta. isreal sedang menyokong
mahafiraun. israel takut jika mahafirain jatuh maka
penjanjian damai mesir/israel akan dibatalkan.

amerika masih memainkan peranan untuk memperlukuh mahafiraun

tidak ada berita tentang first lady mesir.
minggu lalu bershoping di dubai.
firaun kecil awal lagi telah diberitakan lari

mahafiraun cuba membuat taktik sengan melantik omar sulaiman sebagai
timbalan presiden. ini taktik lama. telah digunakan oleh madey. madey menarik
diri dan merlantik mat zzzz. kalau tidak gerombolan bungkus.

anak anak mda mesir telah bangun
mereka telah berjaya menduduki Tahrir Square/Dataran Merdeka
dan mereka tidak akan meningalkan dataran ini.

mahafiraun juga telah menggunakan taktik lama:
1 – para mukabharat/sb telah membunuh 11 orang kampong
2 - mukhabarat memakai topeng dan merompak
3 – mukhabharat memakai topeng dan bersenjata merompak kereta di jalan raya
4 – merompak kawasan perumahan
5 – memecah muzium mesir

semua ini dilakukan dengan niat jahat
ini agar orang ramai akan ketakutan dan menuduh para
demonstran sebagai punca semua ini

dengan menggunakan taktik ini maka mahafiraun dan para sb nya
berharap warga mesir akan membenci demonstrasi
kerana menggangu jalan raya dan warung dan kedai ditutup



INI BERITA EKONOMI DUNIA KECAR KACIR – SAHAM DUNIA JATUH KERANA MESIR
- guardian london

The political protests in Egypt have sent world stock markets falling and pushed up the oil price again.

In London, the FTSE fell by 37 points to 0.6% to 5843 this morning, a seven-week low. International Airlines Group, formed by the merger of British Airways and Iberia, fell by nearly 4%, and holiday firms including Tui Travel and Thomas Cook also dropped.

The Japanese stock market had earlier fallen by 1.18% to close at its lowest level in a month. There were also losses in Hong Kong and South Korea as the prospect of widespread disruption hit the markets.

Gary Jenkins, head of fixed income research at Evolution Securities, believes the Middle East has now replaced the eurozone debt crisis as the primary concern in investors' minds.

BERITA BERGAMBAR PERJUANGAN WARGA MESIR











SELAMAT KAN MALAYSIA DARI FLOM




TOLAK SEKATAN INTERNET, MANSUH AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITA , AKTA HASUTAN


Kami merupakan kumpulan masyarakat madani yang amat bimbang mengenai niat kerajaan persekutuan untuk menyekat Internet, mengikut laporan akhbar baru-baru ini yang mengungkap pegawai kanan kementerian berkenaan “peraturan hasutan siber” dan perluasan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk meliputi media dalam talian.

Kami membantah sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya memansuhkan akta ini berserta Akta Hasutan dan undang-undang lain yang terlalu menyekat dan yang tiada tempatnya dalam masyarakat moden dan demokratik yang menjadi cita-cita negara kita.

Keberkesanan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dalam membelenggui akhbar selama berdekad-dekad begitu nyata, amat mengerikan jika peruntukan drastiknya dikenakan terhadap penerbitan dalam talian, justeru menyebarkan kesan 'seram' yang sama kepada ruang Internet.

Tidak mustahil bahawa permit disyaratkan untuk laman sesawang berita, seperti yang berlaku di negara China. Dan melihat kepada jumlah buku yang diharamkan setiap tahun di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, besar kemungkinan penulisan dan bahan multimedia yang tertentu dalam Internet dicop 'penerbitan yang tidak diingini', manakala pengguna Facebook dan Twitter pula dituduh menyebarkan 'berita palsu'.

Ciri Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang paling membimbangkan ialah kekurangan sekatan dan imbangan – terutamanya peruntukan yang menyatakan keputusan Menteri adalah muktamad, berbanding dengan Akta Komunikasi dan Multimedia yang sekurang-kurangnya mengandungi rujukan penghakiman.

Jika Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikenakan kepada Internet, ruang siber kita akan menjadi lembab dan ia mungkin meradikalkan pendapat yang berbeza.

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata pindaan tersebut masih di tahap perbincangan dan masih 'terlalu awal' untuk dipersoal oleh pihak media dan orang awam. Namun bagi kami, kekurangan ketelusan dan rundingan awam juga merupakan sebahagian daripada masalahnya. Kami membantah sekeras-kerasnya pendekatan kerajaan yang tidak telus dalam memperkenalkan undang-undang dan pindaan dengan mendedahkan sedikit sahaja maklumat mengenai intipatinya, justeru menimbulkan kerunsingan orang awam. Ketiadaan rundingan awam dalam perkara-perkara yang memberi kesan yang besar terhadap masyarakat menunjukkan bahawa hal-hal ini besar kemungkinannya bermasalah, namun kerajaan masih berkeras mahu meneruskannya tanpa mengendahkan pendapat orang awam.

Justeru, kami percaya bahawa ancaman kawalan Internet memang wujud, seperti yang nyata dengan tertubuhnya kumpulan merentasi kementerian – yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim; Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz; and Peguam Negara Abdul Gani Patail – yang menumpu kepada sekatan kebebasan ekspresi dalam talian.

Tujuannya ketara – untuk mengawal media bebas yang terakhir.

Kebangkitan isu ini ketika seluruh negara menanti-nanti pilihanraya umum yang dijangka pada tahun ini menunjukkan motivasi politik wujud di sebaliknya kerana Internet dikatakan faktor penyumbang kepada keputusan pilihanraya kerajaan persekutuan yang paling teruk dalam empat dekad pada tahun 2008. Malah, kerajaan persekutuan nampaknya mencontohi negera jiran seberang selat, di mana kerajaan yang dipimpini Parti Tindakan Rakyat meningkatkan gangguan dan kawalan terhadap media dalam talian menjelang pilihanraya.

Kami ingin memperingatkan kerajaan bahawa sebarang pelanggaran jaminan “tiada sekatan Internet”, yang diwar-warkan kepada pelabur asing supaya mereka menyertai projek Koridor Raya Multimedia sejak ia dilancarkan pada tahun 1996, akan memburukkan nama Malaysia dan memudaratkan pelaburan.

Sebarang percubaan untuk menyekat kebebasan Internet akan mendesak kumpulan masyarakat madani dan orang awam untuk membawa isu ini ke pilihanraya. Kami menyeru masyarakat, yang sudah lama dikekang dari segi kebebasan akhbar, berpersatuan dan berhimpun, untuk bangkit dan mempertahankan sempadan terakhir untuk kebebasan ekspresi – pastikan suara anda didengari dalam ruang bebas yang masih ada atau tunjukkan bantahan anda di peti undi.

Kenyataan bersama ini diusahakan oleh:
Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (Centre for Independent Journalism)
Charter 2000-Aliran
Writers Alliance for Media Independence
1 Muted Malaysia


Dan disokong oleh:
1. All Women's Action Society (AWAM)
2. Civil Rights Committe of KL-Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
3. Civil Society Committee of Lim Lian Giok Cultural Development Centre
4. Coalition of Anti-Genetically Modified Mosquitoes
5. Community Action Network
6. Community Development Centre (CDC)
7. Gabungan NGO Kelantan(Coalition Of NGOs Of Kelantan)
8. Health Equity Initiatives
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Lawyers for Liberty
11. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
12. Pekan Frinjan
13. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
14. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
15. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
16. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM
17. Women's Aid Organisation (WAO)