Isnin, 7 Februari 2011
INGATAN UNTUK KITA SEMUA
WO WOH WOIT
Guruh bergema gegak gempita. Alam menjadi gelap gelita. Tiupan angin makin lama makin kencang. Seolah-olah ada Wali yang terus meniupkan angin Sangka Kala. Ini disambut pula oleh petir sabung menyabung. Sesekali bunyi halilintar memecah bumi. Air sungai semakin deras. Ombak laut mula bergelora. Maka turunlah hujan seperti seperti gajah terkencing berdiri. Ini lah tanda sebuah negera yang sedang dilanggar bencana.
Maka tabuh dipalu. Beduk diketuk. Maka segala bala tentera, soldadu jantan dan betina semuanya dipanggil datang mengadap ke Balai Rung. Di Balai kelihatan seorang jantan gemok pendek dan hitam sedang mengarahkan soldadu dan laskar untuk tegak berdiri. Tidak berapa juah dari pintu kelihatan seorang jantan kepala botak berambut sejemput berperut gendut, tidak berbaju , mamakai cawat berwarna kuning sedang membakar kemenyan.
Maka gong pun dipalu lagi. Semua senyap dan sepi macam Mat Pet baru selesai berasap. Disaat dan ketikanya maka muncul Tok Seri dan terus masuk ke Balai Rong. Tok Seri diikuti oleh segala para menteri. Apit di kiri Menteri Dalam, apit di kanan Menteri Luar. Kemudian di bontoti oleh Menteri Beras, Menteri Duit dan Menteri Heboh. Di belakang semua ini ialah juak dan sida, dayang , hamba sahaya , tok penggawa, tok penghulu, tukang kipas dan tukang bodek.
Para soldadu, panglima dan laskar semuanya siap siaga tegak berdiri. Tuduk memandang ke bumi takut untuk melihat muka muka sang menteri. Maka Tok Seri pun duduklah ditilam pandak untuk menerima semua laporan dan sembah tentang kedudukan negara.
Maka Menteri Dalam membuka kesah yang negara sedang kelam lagi resah. Kini negeri sedang di serang bertalu-talu. Hinggakan saham Bas Mini jatuh mendadak. Hinggakan akhbar Meloya betimbun-timbun tidak laku. Menteri Heboh pun turut menyampok dan menerangkan yang Jabatan Pengheboh dan para juruheboh upahan sedang cuba mengenal segala angkara.
Menteri Duit membuat hitungan jika serangan ini berterusan maka negara ini akan bangkrap dalam masa yang tidak lama. Pelabur luar telah ramai lari. Kilang akan ditutup. Dan paling ngeri sekali ialah duit rasuah sudah tidak masuk lagi. Ini amat amat menyusahkan Tengku Adnan yang pada ketika ini sedang mengumpul dana sebagai persediaan untuk membuat pilihanraya ke 13.
Menteri Beras memberi tahu jika keadaan ini berterusan maka besar kemungkinan negara ini terpaksa makan keladi hutan. Ini kerana nilai wang jatuh dan tidak ada modal untuk mengimpot beras.
Bila mendengar laporan ini semakin banyak rambut Tok Seri yang gugur. Tok Seri mengetok-ngetok kepalanya yang botak dan dia bertempik marah ‘ Siapa yang berani menyerang kita? Pakatan siapa yang berani menyerang kita. Kita akan bertahan hingga hingus kita kering. Jangan siapa berani mencabar ’ .
‘ Musuh baru melanggar kita Tok Seri. Nak katakan geruda bukan geruda. Nak kata unggas bukan unggas. Tapi musuh ini berkepak. Nak kata hantu bukan hantu. Tapi sekejap hilang sekejap muncul. Nak kata bini puaka pun bukan. Bila nak ditangkap dia hilang. Kita lari dia datang. Kuman pun bukan hama pun bukan. Bukan ulat bukan binatang. Ada kecik ada besar. Boleh dilihat tapi tak dapat dipegang. Kadang kadang ramai… kadang kadang sedikit….” sahut Menteri Dalam.
‘ Musuh jenis apa ni... jangan buat silap mata dengan aku…’ Tok Seri bertanya marah dengan penuh kehairan.
‘ Ada ekornya bergulung gulung.. … ada kepak macam tiga ekor garuda… macam rupa bentuk kereta pun ada… selalu datang dengan kawannya bila menyerang… ‘ penjelasan Menteri Dalam lagi. Semua dalam Balai Rong senyap. Tidak ada sesiapa yang berani berkata apa-apa. Mereka semua amat sedar yang negara ini sedang diserang oleh sejenis musuh yang baru.
‘ Apakah ini garuda menyerang kita… ada kepak…ada ekor bergulung-gulung…Kenapa pulak rupa macam jenis kereta? Mana Guru Ji Bomoh Negara yang kita impot dari Bombay … datang kesini…’ arahan Tok Seri.
Maka jantan kepala botak berambut sejemput berperut gendut tidak berbaju dan hanya mamakai cawat berwarna kuning terkedik kedik datang ke hadapan Tok Seri. Dia menonggeng dan kemudian mencium buku lali Tok Seri. Guru Ji terus terkumat kamit mulutnya sambil membakar kemenyan didalam batil. Semua menunggu apakah yang akan ditemui oleh Guru Ji.
‘ Wahai Tok Seri Jantan Mongoli …ada pun musuh ini datang dari negeri atas angin. Ada yang datang mengikut jalan laut. Ada yang datang mengikut jalan udara. Mereka halus tapi bukan polong. Mereka halimunan tapi bukan hantu. Mereka bahaya tetapi bukan kuman…. mereka ini macam polong tak bertuan. Berkepak bersayap tapi bukan garuda. Mereka telah dilepas bebas oleh Ronald Reagan….’ penerangan Bomoh Negara.
‘ Berkepak macam mana?’ Tanya Tok Seri dengan penuh kehairanan. Yang lain pun turut sama hairan.
‘ Musuh ini ialah bernama W.W.W yang berkepak macam tiga ekor burung enggang terbang jauh diawan…. kawan dia ekornya bergulung. Nak kata A bukan A .. nak kata C bukan C inilah rupanya @... inilah musuh yang sedang menyerang negeri kita. W.W.W ini bukan kereta Wok Wigan dari Jerman wahai Tok Seri Jantan Mongoli ‘. Guru Ji menerankan dan kemudian terus berundur pergi.
‘ Menteri Dalam… kalau bagitu tangkap segera W.W.W dan kawan dia yang bernama @.... kita haramkan W.W.W…kita tangkap W.W.W… tangkap dan bunuh dengan senjata beracun kita… apa jadi dengan Akta Mesin Cetak kita? Kita boleh hapuskan W.W.W dengan akta ini...’ perintah To Seri dengan bengis.
Maka semenjak petang itu diketahui oleh para menteri siapa sebenarnya musuh negara ini. Maka segala bala tentera, soldadu dan jantan dan betina telah di kerah untuk mencari dan menangkap W.W.W. dan kawanya yang berekor-ekor yang bernama @. Jika sesiapa ada menemui W.W.W dan tidak melaporkan kepada polis maka orang ini akan di tahan untuk disoal siasat di tingkat 14 oleh SPRM.
Tabuh dipukul canang dipalu. Menteri Heboh masuk kampong keluar kampong sambil menerangkan kepada sesiapa yang masih dalam gelap tentang siapa sebenarnya musuh negara ini. Manakala Menteri Dalam dengan tergesa-gesa, belum pun sempat berfikir panjang telah meluluskan satu akta baru untuk mengketatkan lagi Akta Mesin Cetak.
Akta dan undang undang baru telah diluluskan tanpa bantahan dalam parlimen. Maka dengan akta baru ini sesiapa sahaja yang kenal, yang tahu, yang melihat, yang ternampak, yang membaca, yang menghidu, yang menggunakan atau yang berfikir tentang W.W.W atau dengan kawan W.W.W yang bernama @ maka orang ini akan ditangkap. Sesiapa sahaja tidak kira jantan atau betina – tua atau muda jika dituduh oleh Utusuan Malaysia sebagai pengikut jaran sesat dan boleh ditangkap. W.W.W secara resmi telah dinobatkan sebagai musuh negara numero uno.
Sepurnama setelah akta ini diheboh-hebohkan kelihatan serangan agak kendur dan mula reda. Tetapi yang menjadikan suasana bertambah pelik ialah apabila serangan berkurangan rakyat seantero negeri kelihatan resah, sugul dan gelisah macam Mat Pet gian dadah. Tidak diketahui kenapa rakyat satu negara suka negeri mereka diserang. Bila musuh menyerang rakyat jadi gumbira. Ada sesutu yang amat pelik sedang berlaku di negeri ini.
Tiga purnama satelah akta baru dijalankan maka sekali halilintar memecah bumi. Hujan turun bergantang gantang. Angin punting beliong datang manyapu. Kali ini berita baru diterima oleh Menteri Dalam bahawa rupa-rupanya W.W.W ada seorang lagi kawan yang wujudnya dahulu tidak disedari. Tok Seri menyinga marah. Dia memanggil Menteri Heboh dan Menteri Dalam datang mengadap.
Menurut laporan tiga badan risikan negara - Jawi, Jakim dan Juwie - kawan kepada W.W.W ini lebih ganas lagi. Kawan W.W.W ini agak muda umurnya dan tugasnya hanyalah meracun kepala anak anak muda seluruh negara untuk membenci kerajaan Tok Seri. Guru Ji dipanggil sekali lagi untuk menentukan siapakh kawan baru W.W.W ini.
Dari tilikan Guru Ji ditemui musuh baru yang meracun anak anak muda ini bernama FB. Jangn silap dan jangan salah sangka FB ini bukan jenama sabun yang boleh membersihkan pakaian. FB ini cukup lincah dan cukup licik. Dari satu FB boleh menjadi seratus FB, dari seratus FB boleh menjadi seribu dan FB ini terus berganda ganda. Amatlah susah hendak dikalahkan. Apabila Menteri Dalam sedar hal ini maka akta Mesin Cetak dipinda dan dimasukkan sama FB sebagai musuh negara.
Mengikut tuan empunya cerita apabila rakyat mengetahui adanya serangan baru dari FB maka sekali lagi rakyat bergumbira. Anak anak muda bukan membantu kerajan menumpaskan FB malah mereka merayakan kesampaian FB. Bila berita kegumbiraan anak-anak muda ini diketahui oleh Menteri Dalam maka satu persidangan sulit telah diadakan.
Ketika mesyuarat sulit para menteri sedang berjalan – untuk menyedapkan cerita - ada satu lagi musuh baru akan datang. Musuh ini juga adalah suku sakat kepada W.W.W. Musuh baru ini lagi amat merbahaya kerana tidak diketahui letupan apa yang akan dibawanya.
Musuh baru ini bernama www. wikileaks yang rupanya adalah sepupu kepada W.W.W. dan ada pertalian sudara juga dengan @. Ketika riwayat ini di turunkan dari mulut ke mulut menyuarat sulit para menteri masih lagi berjalan. Dari berita yang didengar belum ditemui lagi satu senjata untuk mengalahkan W.W.W dan suku sakatnya.
Kerana itu, walau pun hujan turun macam gajah kencing berdiri, guruh berbunyi memekak telinga dan petir berdentam dentum – rakyat satu negara masih bergumbira.(TT)
MARI KITA KETAWA
YA AMPOOOON YAAAA POLOOOONG
nota:
adalah diberitahu
bahawa rais yatim
bukan seorang perogol amah
berita tentang rais yatim
merogol amah adalah fitnah
nota:
ummi masih cun slim begetah
dan bukan mak janda yang
gila nak jadi flom
kah kah kah
SIAPA CURI DUIT SUBSIDI MINYAK
TANGAN SIAPA INI ?
nota:
kalau tangan ini diperah
berapa tong minyak akan
akan keluar? kah kah kah
KERAJAAN BELUM CADANG NAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL : ISMAIL SABRI - mStar
Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah dunia kini telah mencecah USD$100 setong.
Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata kabinet juga belum membincangkan mengenai kenaikan harga bahan tersebut.
"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya.
Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.
nota:
lihat dan ingat akan kenyatan ini
ini satu kenyataan yang amat jelas bahawa
yang bertanggung jawab menaikkan harga minyak
bukan tuan kedai pam minyak tetapi kerajaan.
kenyataan ini membuktikan bahawa harga minyak
boleh dinaikan oleh kerajaan
jika boleh dinaikan maka ianya
juga boleh diturunkan.
alasan naik kerana harga minyak mentah 100 dolar satu tong
kita tunggu bila harga jatuh
apakah harga akan diturunkan?
jika tidak ertinya gerombolan tipu orang kampong.
kita lihat dan tunggu bila harga naik lagi
siapa yan buat kenyatan
kalau masih lagi presiden tuan empunya kedai minyak maka
jelas ini hanyalah untuk menipu rakyat.
duit subsidi minyak telah dibawa lari entah kemana?
MARI KETAWA LAGI INI
SATU HABUK PUN TARAAK
nota:
bila rakyat masuk ke dalam istana
first lady - semuanya berselerak
yang ditemui hanyalah coli dan seluar
gajut.
sayang nya coli dan seluar gajut ini
besais XXXXXX4496 kah kah kah
PARTI BEN ALI DIGANTUNG, SEMUA PEJABATNYA DITUTUP - ajensi
TUNIS 7 Feb. - Menteri Dalam Negeri Tunisia semalam mengumumkan penggantungan ke atas parti pemerintah yang digulingkan, bekas presiden Zine El Abidine Ben Ali dari semua aktiviti politik dan menutup semua pejabatnya. - AFP
MAT BISUL JUMPA MAT BISING
GENG OF TREE
nota:
mat bising mat tikus mat bisul
tiga orang sahabat yang sealiran
ini lah gang of tree
yang menceriakan hati yang duka
sama sama bangang
sama sama bodoh
tapai mat tikus lebih bpodoh sikit
kerana bukan yb kah kah kah
PENGUNDI DESAK GOBALA LETAK JAWATAN – harakah daily
Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi tadi.
Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.
"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.
"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… KESIAN LAAA PADA GOBALA…. kah kah kah..
kah kah kah… KALAU LETAK JAWATAN… APA GOBALA NAK BUAT…. kah kah kah..
kah kah kah…SIAPA NAK BAYAR HUTANG KERETA BARU BELI…. kah kah kah…
kah kah kah…PARTI PUNDEK PUNDEK PUNDEK PUN TAK TERIMA…. kah kah kah…
kah kah kah….NAK MASUK MIC… LAGI KENA TENDANG…. kah kah kah…
kah kah kah... NAK MASUK PARTI KITA... DAH RAMAI ORANG TUA... kah kah kah
nota:
lihatlah persamaan antara gobala dengan pahlwan jihad
dua dua mulut besar
dua dua kaki heboh
jumpa zul nordin
jumpa gobala
ketuk dua dua sekali kah kah kah
REVOLUSI SUNGAI NIL - HARI KE EMPAT BELAS
MUBARAK JADI HITLER
nota:
berpuluh ribu masih turun berdemo
kali ini kumpulan koptik kristian
telah turun beramai-ramai
tahun lalu ada perselisehan antara
extremis islam dengan kristian koptik
bom telah meletup di dalam gereja
banyak nyawa tercabut
tapi kali ini kelihatan setiakawan
antara islam /kristian cukup intim
DEMONSTRASI DITERUSKAN HINGGA MUBARAK TURUN TAHTHA
TUJUH PULUH BILION DOLLAR
hari ke 14 revolusi sungai nil
berpuluh ribu masih lagi berkumpul di dataran tahrir
tidak ada sesiapa ambil pot tentang perintah berkurung
ASKAR SOLDADU
askar telah membuat kenyataan yang
mereka tidak akan berlaku ganas terhadap
semua warga mesir.
sepandok tentang harta mubarak telah muncul di dataran tahrir
sepandok tentang harta kekayaan first lady telah muncul di dataran tahrir
hari ini semua warga mesir mula berbincang dan berlabon tentang
harta kekayaan mubarak dan anak isterinya.
jumlah harta mubarak ini dibocorkan oleh media barat
ini adalah cara barat memberi tekanan agar mubarak mengundur
selama 30 tahun tidak ada apa apa kritikan terhadap mubarak
hanya minggu ini sahaja kritikan ini mula didengar – ini pun
kerana berjuta warga mesir telah berdemo.
MUBARAK MASIH BERDEGIL
hingga ke saat ini mubarak masih berdegil
dia tidak mahu berundur.
amerika telah bersedia dengan barua baru bernama omar suleiman
omar suleiman menteri dalan negri bertanggung jawab menyeksa
banyak tahanan politik.
dokumen yang baru keluar melalaui wikileaks telah menunjukkan
perana omar menyeksa sesiapa sahaja yang ditangkap oleh amerika
di afghanistan. jihadis atau orang biasa yang ditangkap akan di hantar
ke mesir secara rahsia olerh amerika.
orang yang bertanggung jawab mewnguruskan
semua ini ialah omar suleiman. setelah diseksa/soal siasat
barulah tanhan ini diterbangkan ke guantanamo bay di cuba.
kerana ini amerika amat suka dengan omar suleiman
israel juga suka dengan omar suleiman
SIAPA BUNUH ALTANUYA?
SIAPA BERI ARAHAN BUNUH?
nota:
kes bunuh altantuya ini
masih belum selesai
di peranchis kes ini
masih dalam siasatan
kita tunggu dan lihat
wikileaks belum
buka lagi kes altantuya
masih ada 999 muka
surat tentang malaysia
yang belum diumumkan!
tiga hari dulu ada 1000 muka surat
satu dibuka kelmarin
tentang wakil hindraf yang jumpa
wakil amerika di london
TOLAK PIHAK YANG CUBA HURU-HARAKAN MALAYSIA:PM - meloya
Rakyat Malaysia perlu menolak hasutan mana-mana pihak yang cuba mengaitkan pergolakan di negara-negara lain dengan keadaan di Malaysia, Najib Razak di sini, malam ini.
Beliau berkata, keadaan tidak stabil yang berlaku di beberapa buah negara lain ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia yang selama ini ditegakkan oleh semangat satu keluarga yang besar.
Katanya, Malaysia dibina dengan berpaksikan dasar yang adil dan saksama bagi membolehkan peluang yang seluas-luasnya dapat diberikan kepada setiap rakyat untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… INI CAKAP PALING MENIPU….. kah kah kah..
kah kah kah… SIAPA YANG ENTOT ENTOT ALTANTUYA…. kah kah kah..
kah kah kah… SIAPA YANG BUNUH ALATANTUYA…. kah kah kah…
kah kah kah…. SUAMI SAPA YANG REMBAT DUIT NEGARA…. kah kah kah..
woit.. SUAMI SIAPA JADI FLOM....kah kah kah
kah kah kah… SIAPA DAPAT DUIT KOMISEN BELI KAPAL SELAM… kah kah ka..
woit… JANGAN LAH NAK TIPU MELAYU…. kah kah kah..
woit… JANGAN LAH NAK BODOHKAN MELAYU…. kah kah kah…
woit… CUKUP LAH …MELAYU DAH RAMAI BODOH…. kah kah kah
woit... TAIKLAA KELUARGA BESAR.... kah kah kah..
woit... YANG BESAR MEMBADAK SUMBU ITU ROSMAH MANSOR.... kah kah kah..
nota:
raMai rakyat tak tahu
balai polis brickfeild tutup
pindah entah ke mana?
soalannnya?
siapa ambil tanak kerajaan ini ?
cukong mana?
towkay mana?
siapa dibelakang semua ini?
ini bukan huru hara
ini harta rakyat kena rembat!!!