Selasa, 24 Mei 2011
MACAM MACAM CARA NAK MENIPU PILIHANRAYA
BILA LAPORAN AKAN KELUAR
nota:
kes mati ini pun nak tipu lagi
tak habis habos nak menipu
tak sedar sekarang maklumat
tak boleh disimpan kah kah kah
SATU LAGI TAKTIK NAK TIPU RAKYAT
masih ku ingat lagi. sekitar tahun 1990-an aku dilantik oleh SPR sebagai salah seorang petugas pilihan raya umum negeri Sabah di sebuah pusat pembuangan undi. sebelum bertugas kami diberikan taklimat oleh pegawai SPR.
yang aku paling ingat ialah kami diingatkan supaya menerima sesiapa sahaja yang datang untuk membuang undi ASALKAN nama mereka ada dalam daftar pemilih dan mereka menunjukkan kad pengenalan. kami sangat-sangat diingatkan supaya tidak mempertikaikan kesahihan kad pengenalan mereka yang datang hendak membuang undi.
kami diingatkan lagi bahawa tugas kami hanyalah membantu mengendalikan pilihan raya - bukan menentukan kesahihan kad pengenalan para pengundinya .
kami diingatkan lagi bahawa tugas menentukan kesahihan sesuatu kad pengenalan ialah tugas Jabatan Pendaftaran Negara - bukan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya. aku masih ingat lagi semasa hari pengundian. memang tak ada pendatang asing dalam daftar pemilih. yang datang mengundi pun semua ada kad pengenalan. tetapi aku dapat melihat muka-muka asing datang mengundi. di antaranya muka Indon, Filipino dan Pakistan!!!
takkanlah aku begitu bodoh untuk mengenali mereka. malangnya aku dan rakan-rakan setugas tak leh buat apa-apa. sebab kami sudah dingatkan dan diingatkan. lagipun kami sedar diri bahawa kami hanyalah petugas yang membantu mengendalikan pilihanraya. ironinya, BN tak juga menang dan tak dapat mengalahkan PBS dalam pilihan raya itu. hanya selepas beberapa orang ADUN PBS melompat masuk UMNO barulah kerajaan PBS tumbang dan BN menubuhkan kerajaan di Sabah.
Oleh Tanpa Nama pada SATU LAGI PROJEK NAK TIPU MELAYU pada 11/05/24
SPR TIMBANG 3 OPSYEN ELAK KEPUTUSAMN TIDAK RASMI DI HEBAHKAN – berita hairan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.
Katanya, perkara tersebut akan diputuskan bulan depan.
"Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menghebahkannya tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya memenangi pilihan raya tersebut.
"Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Justeru, kita mungkin nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada jam 5 petang, tidak ada kira awal walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… SATU LAGI PROJEK NAK TIPU RAKYAT…. kah kah kah..
kah kah kah…TAK NAK BAGI RAKYAT TAHU KEPUTUSAN.... kah kah kah
woit…. INI NIAT TAK BAIK…. kah kah kah…
kah kah kah…. SEKALI TENGOK DAH TAHU…. ADA NIAT BUSUK…. kah kah kah..
kah kah kah…NAT NAK ALIH KEPUTUSAN…. kah kah kah..
kah kah kah…NIAT NAK PASTI KAN GEROMBOLAN MENANG…. kah kah kah…
kah kah kah...NAK PASTIKAN GEROMBOLAN KIRA SAMPAI MENANG…. kah kah kah
nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
sudah lama pilihanraya di haramkan!!!
KENAPA LAPORAN TAK KELUAR?
BILA LAPORAN AKAN DI UMUM
DARI ARKIB – 6hb April 2001
Pegawai Kastam mati jatuh bangunan SPRM
2011/04/06
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.
Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.
Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.
Pengarah Penyiasatan SPRM, Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.
Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.
Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.
NOTA
punya lama menunggu laporan
apa punya tuuur
takkan nak tunggu lepas pilihanraya ke 13
atau nak tunngu saampi 9 julai
kah kah kah
KETAWA JANGAN TAK KETAWA
KETAWA BELUM DIHARAMKAN
KARTUNIS ZUNAR TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA – keadilan daily
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque menerima anugerah antarabangsa daripada Cartoonists Rights Network International (CRNI).
CRNI merupakan satu badan NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Badan itu mewakili ratusan editorial kartunis seluruh dunia yang berperanan melindungi kartunis yang ditekan kerana karya mereka.
“SAYA bersyukur kerana telah dipilih untuk memenangi sebuah award untuk kartunis editorial antarabangsa dari sebuah badan yang mewakili kartunis-kartunis editorial sedunia, Cartoonists Rights Network International (CRNI).
“Award tersebut ialah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning,” kata Zunar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Menurut Zunar, beliau akan hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika Syarikat pada 7 Julai depan.
TAHNIAH!
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
FATWA SAEKOR MANDUR
BODEK JANGAN TAK BODEK
PERTAHAN UTUSAN MALAYSIA : MIC - meloya
BALING 23 Mei – Rakyat pelbagai kaum perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang kini menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana telah terbukti akhbar itu juga memainkan peranan penting dalam penyatuan masyarakat di negara ini.
Pengerusi Perhubungan MIC negeri, S. Ananthan berkata, walaupun sesetengah pihak menganggap akhbar itu hanya suara orang Melayu, sejarah membuktikan Utusan Malaysia amat ketara menyumbang kepada perpaduan nasional.
“Saya hairan kenapa ada pihak yang cuba memburukkan imej akhbar yang telah lama bertapak dan berjasa kepada negara ini serta menjadi penghubung antara kerajaan dan semua kaum.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah…. GILA INI ADA MACAM MACAM…. kah kah kah..
woit… BODEK PUN ADA MACAM MACAM JENIS…. kah kah kah…
kah kah kah… INI BODEK PALING LOOOOO…. kah kaha kah..
kah kah kah….MANDUR INI BODEK MELOYA…. kah kah kah..
kah kah kah… HANYA DENGAN BODEK INI MANDOR INI DAPAT LAPORAN AKHBAR….. kah kah kah..
kah kah kah…. CIIIT…. TERE MARE PUTI WEI…. kah kah kaj..
kah kah kah…PANDE MUCHO…. kah kah kah..
nota:
untuk tahu makna ayat yang akhir itu
sila rujuk kepada mahasiswa UM tahun 70’an
ini adalah ucapan selamat untuk pelajar
sebelum turun berdemo kah kah kah
KASI BERSIH
BERITA BAIK UNTUK PAKATAN RAKYAT
SIMPAN MARAH DALAM HATI!
AMRESEARCH : RON95 DIJANGKA NAIK 20 SEN BULAN DEPAN - minsider
Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch.
Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.
Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
NOTA:
tak perlu banyak cakap
tak perlu banyak soal
jawabnya ialah sembilan julai!!!
BAGI BERSIH
KAPIR LEBIH MULIA LAGI
MAMAT KAPIR INI LEBIH SEDAR DARI MB MELAYU ISLAM
nota:
dengar dan lihat
kapir yang makan babi
dan minum arak ini
hatinya lebih mulia
dari menteri besar pahang
yang tunggang tunggit
dan mulut berbuih buih berdoa
dan tiap tahu pergi umarah
pooorah... panddy kutty!!!
SATU LAGI PROJEK NAK TIPU MELAYU
9/7 AKAN DATANG
TIDAK ADA PENDATANG ASING DAFTAR SEBAGAI PEMILIH :ABDUL AZIZ - mStar
PUTRAJAYA: Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata semasa proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan 'Agency Link-Up System' (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.
Bercakap dalam satu dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini baru-baru ini beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.. JANGAN LAH NAK CUBA TIPU DENGAN CAKAP BERBELIT BELIT… kah kah kah..
kah kah kah… E IKAN SEPAT KE….JPN ..JEPUN KE… TAK PENTING…. kah kah kah…
kah kah kah…E ALIS LENTIK KE … TAK PENTING…. JANGAN PUTAR… kah kah kah…
woit…MEMANG LAH TAK DAPAT DAFTAR KALAU TAK ADA KAD PENGENALAN…. kah kah kah…
woit… NAK DAFTAR MENGUNDI WAJIB ADA KAD PENGENALAN…kah kah kah..
kah kah kah… WAJIB ADA KAD PENGENALAN INI SEMUA ORANG TAHU…. kah kah kah..
kah kah kah…KAD PENGENALAN INILAH YANG MENJADI PENGUNDI HANTUNYA…. kah kah kah..
woit… SOALANNYA IALAH MACAM MANA BURUH ASING INI DAPAT KAD PENGENALAN…. klah ah kah
kah kah kah…. INI KERJA GEROMBOLAN … kah kah kah..
kah kah kah…. MEMBERI KAD PENGENALAN PADA PENDATANG BURUH ASING…. kah kah kah…
nota:
semua nak tipu
buat buat tak tahu masalah ini
ok kita tunggu 9 julai
kita dobrak spr ini
BAGI BERSIH
KENYATAAN RASMI
KENYATAAN MEDIA
23 MEI 2011
Khairy bersandiwara, sokong kenaikan harga barang ketika Abdullah jadi PM
Saya merujuk ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh media. Antara lain, Khairy menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat, mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.
Secara luarannya ucapan beliau dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.
Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.
Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini.
Saya menyemak ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".
Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.
Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif. Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.
Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun.
Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan
Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?
Saya percaya ini, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN
23 Mei 2011