KITA RAYAKAN 9 JULAI

LAGI LAPORAN POLIS BANTAH DEMO BERSIH –tiewnama
BUKIT MERTAJAM: Dua buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Pertubuhan yang dikenali sebagai Wira Perkasa Pulau Pinang (Perkasa) dan Penawar Malaysia itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dan mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur iaitu Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS.
Ketua Penerangan Perkasa Norhalim Abdul berkata polis harus mengambil tindakan segera kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adalah berunsur menghasut rakyat dan mempunyai niat untuk mengganggu ketenteraman awam.
"Penganjuran perhimpunan itu, hanya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat kepada pelabur-pelabur asing," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Di KELANTAN, penduduk Kampung Wakaf Baharu, Tumpat meminta pihak berkuasa bertindak tegas ke atas Bersih yang merancang mengadakan demonstrasi itu.
Ketua Kampung Wakaf Baharu, Mat Yusoff Mat Musa,60, berkata tindakan menghimpunkan orang ramai dengan tujuan mengadakan demonstrasi membantah kerajaan boleh menyebabkan huru hara.
"Kalau perkara itu dibiarkan dan keganasan berlaku, rakyat akan hidup dalam ketakutan berpanjangan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Wakaf Baharu, di sini.
Dalam laporan media 7 Jun lepas, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengumumkan harat kumpulan itu mengajak rakyat negara ini turut serta dalam perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 9 Julai depan.
Katanya ia adalah untuk menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. TIEWNAMA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… NASIB BAIK ADA LAPORAN POLIS…. kah kah kah..
kah kah kah…MAK CIK PAK CIK YANG TAK ADA INTERNET MULA TAHU…. kah kah kah..
kah kah kah…. ABANG KAKAK DI FELDA PUN TAK TAHU…. kah kah kah..
kah kah kah…MAT REMPIT DAN MINAH REMPIT PUN DAH TAHU…. kah kah kah
kah kah kah....BUKAN MURAH NAK BELI IKLAN…. kah kah kah
woit… BUAT LAAA LAPORAN POLIS TIAP HARI…. kah kah kah..
kah kah kah…TERUS MENERUS ADA BERITA TENTANG BERSIH…. kah kah kah…
kah kah kah… TAK PAYAH BERSIH BELI IKLAN…. kah kah kah
ANAK MUDA AKAN TURUN

nota untuk anak muda:
sebelum ke sekolah
kita ke ba ta dulu
sebelum ke ba ta
kita ke alif dulu
sebelum pilihnaraya
kita ke jalan raya dulu







