Ahad, 28 Ogos 2011

MALAPETA 31 OGOS




MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA
- meloya

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.



“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.


WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA




KOMENTAR TUKAR TIUB


Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu



Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.



Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.

SENYUM PETANG AHAD



NOTA:


paling susah dalam dunia ini
ialah mencari di mana letaknya
sentral bik mama
dimana punat bik mama tersepit
di celah celah berkilo kilo daging
mana sentralnya kah kah kah



LAGU NEGARA KU ADALAH LAGU CIPLAK




DENGAR LAGU MEMULA MOON INI





nota:
lagu ini diciplak
bagimana lagi kebangsaan pun diciplak?


ADA DUA EKOR HSSAN ALI




UNTUK YANG BEBAL







nota:
sila perhatikan logo dikain rentang
untuk yang bebal dan tidak faham makna dan erti logo
warna hijau dan ada bulat puteh ditengah tengah
ialah lambang parti pas

sila ambil perhatian!


SURAT KEMARAHAN PEMBACA

i dedicated the above foto to dr che rosli and pemimpin pas yang bersikap terhegeh2 untuk bertindak dan masih nak simpan tong ug.
By hussin on HANYA JAWAB PERTANYAAN INI on 8/27/11

Dimanakah Che Rosli Sewaktu Trajedi Bukit Merah? TV3 suku menyiarkan kenyataan seorang MP PAS bernama Che Rosli yg mendakwa kilang yang bakal di bina di Kuantan itu selamat untuk semua orang. Merujuk kepada biodata Che Rosli di Facebook, tertera: AHLI JAWATANKUASA PERLINDUNGAN SINARAN. LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, MALAYSIA, 1984-1999 Ini bererti Dr. Che Rosli adalah antara yang memberi khidmat kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(LPTA) sewaktu berlakunya trajedi keracunan radioaktif di Bukit Merah sekitar 1984 hingga sekarang.

Keracunan radioaktif (antara lain)akibat stor simpanan bahan buangan kilang nadir bumi milik Mitsubishi Chemicals, Tabung Haji serta beberapa syarikat bumiputra yang lain. Mengapa LPTA disebut? Ini adalah kerana sewaktu berlaku keracunan radioaktif ini, LPTA telah mengeluarkan lesen bagi kilang tersebut untuk beroperasi. Di dalam ombak protes dari penduduk2 tempatan, LPTA terus memberi lesen.

LPTA terus memberi lesen kerana mereka berkata kilang tersebut selamat dan tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat. Dan dari biodata Dr. Che Rosli, beliau berkhidmat dengan LPTA sepanjang skandal/trajedi Bukit Merah yang meragut nyawa itu. Maka, Tulang Besi tidak boleh menerima jaminan Dr Che Rosli bahawa kilang Lynas itu bakal selamat.

Ini kerana LPTA juga telah memberi jaminan kepada penduduk Bukit Merah bahawa kilang nadir bumi Mitsubishi itu selamat. Malangnya, jaminan LPTA satu masa dahulu adalah pembohongan semata-mata dan 9 penduduk tempatan telah menghadapi penyakit leukemia, anak2 lahir cacat dsbnya. Dan oleh kerana Dr Che Rosli berkhidmat dengan LPTA sewaktu trajedi Bukit Merah berlaku, maka Tulang Besi beranggapan apa-apa jaminan yang datang dari alumni LPTA tidak boleh dipercayai angkara trajedi Bukit Merah.

Tulang Besi juga rasa, kalau benarlah dakwaan Che Rosli ni, Tulang Besi cadang kilang RARE EARTH ini dibina di sebelah rumah Che Rosli. Tulang Besi nak tengok berani atau tidak? Tidak hairanlah walaupun diberi jaminan berulang-ulang kali oleh LTAP dan beberapa pakar, penduduk Kuantan dan Gebeng tetap menolak kilang Lynas. Mereka belajar dari pengalaman rakyat Bukit Merah. Dari Blog Tulang Besi
By Monkey Shooter on SAEKOR LAGI HASAN ALI on 8/26/11

MAT BEBAL


nota:
perhatikan muka mat bebal ini betul betul
ada selera tak?
kalau tak ada selera bagus
puasa diteruskan
kah kah kah




TANAH TUDM SIAPA REMBAT?




INI KERJA GEROMBOLAN




nota:
bagaimana tanah tudm kena rembat?
bagaimana tanah tapak penjara pudu kena rembat?
kenapa tak ada laporan?





KAMPUNG MELAYU TERGADAI
– berita hairan

Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah.

Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah.

Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini.

Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan.

Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH KAH

woit...TAK PAYAH LAH BUAT TEATER.... kah kah kah....

kah kah kah...NAK LAPOR HAL KAMPONG MELAYU TERGADAI... kah kah kah..

kah kah kah...BERAPA HEKTAR?... jkah kah kah..

kah kah kah...BERAPA UMUR KAMPONG INI ?.... kah kah kah...

woit... KAMPONG BARU DI KUALA LUMPUR INI LAGI TUA.... kah kah kah..

kah kah kah..KG BARU LUASNYA PULUHAN HEKTAR.... kah kah kah..

kah kah kah..KG BANDA DALAM DEKAT GOMBAK LAGI TUA.... kah kah kah....

kah kah kaH...200 TAHUN.. TUJUH BUAH KAMPONG...3000 KELUARGA.... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA GEROMBOLAN NAK GADAIKAN.... kah kah kah...

woit...NAPA TAK ADA LOPORAN DALAM MEDIA...kah kah kah..

woit...APAKAH KERANA INI DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN...kah kah kah...

kah kah kah...TAK SAMPAI DUA HEKTAR PUN HEBOH.... kah kah kah...

kah kah kah...YANG LIM GOH TONG REMBAT SATU GUNUNG ... KENAPA TAK HEBOH.... kah kah kah...

kah kah kah...YANG TAIK TERJULUR JULUR REMBAT TANAH TUDM TAK HEBOH...kah kah kah..

kah kah kah...YTL... REMBAT TANAH SENTUL NAPA TAK HEBOH... kah kah kah..

woit... INI BUKAN BERJUANG HAK TANAH...INI KERANA KERAJAAN PAKATAN...kah kah kah...




BERJAGA JAGA DI JALAN RAYA




BALIK KAMPONG


tim tukar tiub
berharapkan kepada
semua pembaca
dan pengutuk tt

agar

dalam perjalanan balik kampong
berhati hati dan berjaga jaga
awas dan waspada

jika memandu
pandu berhati hati

jika bermotor
jaga tangan dan kaki

jika memboceng
pegang rapat rapat

paling selamat naik pengangkutan awam
amat jarang keretapi berlanggar dengan kapal laut
jarang sekali bas berlanggar dengan kereta api