Rabu, 28 September 2011

SILA BACA DAN RENUNGKAN!




JEMPUTAN MALAM INI

















RUMAH TERBUKA – RUMAH TERKANGKANG

Di hujung minggu diakhir bulan September ini jalan-jalan di Kuala Lumpur macet lebih dari biasa. Inilah hujung minggu paling sibuk untuk jamuan ‘rumah terbuka’ – minggu terakhir dibulan Shawal. Bila melihatkan kereta yang berasak-asak lalu aku teringat akan surah yang telah diturunkan oleh datuk nenek moyang kita beratus-ratus tahun dahulu. Surah ini wajib diulang baca agar kita tahu dari mana asal kita dan hendak ke mana arah kita.

Yang buta datang bertongkat
Yang capek datang berensot
Yang kurap membawa buluh
Yang pekak membakar meriam


Inilah gambaran rakyat jelata yang datang ke perkarangan Istana ketika Sang Raja mengadakan kenduri kendara atau pesta perkahwinan putera atau puterinya. Sekali sekala Sang Raja akan ‘berolek’ atau berkenduri. Surah ini bukan surah setan kerana aku sendiri pernah berpesta di Bukit Chandan ketika merayakan hari ulang tahun keputeraan al-Marhum Sultan Idris Shah di Kuala Kangasar pada tahun 1970 dahulu. Pesta ini berlangsung selama 40 hari 40 malam. Memang hebat.

Yang berjoget dipentas joget
Yang berwayang melihat Pak Dalang
Yang bertikam teka menikam
Yang berloto di dewan lotto
Yang berwiski di bilik wiski
Yang berendut dibilik gelap


Aku juga tidak akan lupa ketika aku membesar di Jelebu aku pernah melihat bagaimana al-Marhum Tunku Munawir telah datang ke Jelebu saban tahun untuk berpesta memburu selama sebulan. Tempat yang dipilih ialah Kenaboi wilayah yang paling ulu yang dipenuhi oleh binatang liar. Di pesta memburu ini para towkay China dan amoi-amoi genit akan datang bersuka ria. Mereka berjudi dalam hutan sambil minum-minum dan berpoya-poya. Inilah tanda mercu kebanggan raja-raja Melayu kita.

Sekarang semuanya telah berubah. Iklim politik telah berubah. Tetapi berjudi dan berpoya-poya masih ada. Tetapi para Sultan tidak lagi berjudi di Hutan Kenaboi atau Hutan Kongkoi. Mereka beralih ke Ritz di London atau berkapal di Laut Tengah. ‘Enjoy de menjoy’ masih diteruskan kalau tidak mereka bukan lagi sosok yang beraja dimata dan bersultan di hati.

Lalu timbul soalan – apa yang akan terjadi kepada Si Melayu yang buta, yang capek , pekak dan yang berkurap dan rakyat biasa?

Jangan risau peranan ‘ raja’ ini telah diambil alih oleh para politikus. Manusia Melayu yang tebal sikap feudalnya wajib terus difeudal dan dibangangkan. Jika manusia Melayu ini cekap berilmu dan meninggalkan sikap dan budaya feudal maka ramai politikus kita hari ini terpaksa bekerja membawa teksi atau pun menjadi bouncer kelab malam di Bukit Bintang.

Sebenarnya biar aku terangkan disini – ini adalah kali kedua aku menuliskan padangan aku tentang budaya ‘rumah terbuka’ ini. Mungkin ramai akan menganggap aku ini pembawa ayat-ayat setan. Ayat-ayat potong stim yang memperlekehkan perjuangan para politikus. Memang betul yang aku surahkan ini adalah ayat-ayat potong stim dan ayat-ayat setan tetapi semua ini adalah ayat-ayat setan yang jujur.

Aku masih ingat lagi – kali pertama aku menulis tentang ‘rumah terbuka’ ketika Parti Keadilan Rakyat hanya memiliki satu kerusi Parlimen. Ketika itu aku melihat PKR mengada-ngada. PKR yang kekurangan dana telah membuat pesta rumah terbuka walhal sebuah pejabat pun tidak dapat diuruskan. Juga, ketika itu hanya ‘orang kaya’ dalam PKR sahaja yang berkeupayaan membuat pesta-pestaan rumah terbuka. Orang kaya ini dengan ajendanya mencari pengaruh untuk terus berkuasa.

Hari ini aku perhatikan budaya rumah terbuka ini semakin lucah lagi melucahkan. Penglucahan budaya rumah terbuka semakin menjadi-jadi apabila demam pemilihan parti atau desas desus pelihanraya hampir tiba. Aku perhatikan dengan mata yang jujur, kini para politikus dengan perlahan-lahan telah mengambil alih peranan Raja. Sama ada mereka sedar atau tidak manusia Melayu yang feudal ini terus difeudalkan. Jiwa manusia Melayu terus dihambakan.

Dari kitab-kita kuno Melayu – aku diberitahu tentang pesta dan kenduri Raja Raja Melayu dimana orang biasa telah datang berduyun-duyun untuk menerima habuan makanan dari Sang Raja. Kenduri kendara Raja ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh orang kampong. Jika bernasib baik ada yang akan mendapat satu persalinan anugerah Sultan. Maka dapatlah si buta dan si capek bertukar pakaian. Setahun sekali atau seumur hidup – rakyat biasa ini akan dapat menjengok muka untuk melihat Istana Raja dan melihat betapa rajanya Raja mereka.

Kepala lembu timbun membukit
Kepala kerbau naik mengunung
Kepala kambing susah dihitung
Nasi mendideh menganak sungai
Kerak nasi membusut jantan
Hampas kepala melebar padang
Maka berjamulah rakyat saentero negeri


Apa yang datuk nenek moyang kita surahkan dahulu, kini jelas berulang lagi. Kalau dulu Raja dan Sultan berkenduri di perkarangan Istana. Kini pesta rumah terbuka para politikus diadakan di dewan atau di hotel. Tetapi lebih afdal kalau pesta rumah terbuka ini diadakan di kawasan yang berhampiran dengan pejabat parti atau dikawasan perumahan para pengundi.

Rakyat dijemput – tetapi bukan lagi dijemput dengan pukulan tabuh dan canang. Kini jemputan diiklan di akhbar, radio, tv dan kain rentang. Rakyat terutama yang bakal menjadi pengundi berbondong bondong dibawa datang. Setiap politikus dengan angkuh dan gah akan cuba membuat rumah terbuka yang terhebat dan terbesar. Lagi tinggi angka yang datang lagi hebat dan gah si politikus ini. Lagi terjamin kerusi politik yang ingin dimenangi.

Kalau dulu Raja dan Sultan memberi persalinan. Kini di pesta rumah terbuka – ada juga pemberian dan anugerah. Ianya disampaikan oleh Sang Politikus. Kanak-kanak berbaris untuk mendapat angpow duit raya. Warga emas yang uzur dan miskin akan mendapat sedekah - sekampit beras sebungkus gula bersama dengan sampul surat berisi duit. Masjid dan surau juga akan mendapat dana sokongan. Pada tahun 2011 ini tangan yang dicium ialah tangan Menteri dan para YB . Inilah yang aku nampak sedang berlaku.

Disini aku akan meneruskan ayat-ayat setan yang pasti akan memotong stim para politikus. Aku lakukan ini kerana secara sedar aku melihat pesta rumah terbuka yang kita bersama budayakan ini ialah amalan rasuah dan politik wang. Bezanya –politik wang dipesta rumah terbuka ini kita lunakkan dengan kopiah, baju Melayu dan Baju Kurung, dengan salaman dan maafan, sambil bertanya khabar dan kita akhiri dengan mengucap alhamdulilah - bersyukur dan berdoa agar kita dipanjangkan umur untuk sama-sama berpesta di tahun hadapan.

Aku juga terbaca dari akhbar arus perdana tentang 30 ribu orang tetamu Najib Razak hadir makan makan di pesta rumah terbukanya di Permatang Pauh. Betul. Memang betul Permatang Pauh yang aku tulis. Permatang Pauh tempat pesta rumah terbuka Najib. Rumah terbuka Najib bukan di Pekan di kampong halaman Najib sendiri. Memilih Permatang Pauh ini memperlihatkan jelas wujudnya niat politik di sebalik serban yang hijau yang berkibar.

Dari Haji Desas bin Lebai Desus aku juga mendengar kesah bagaimana seorang Menteri di Wilayah Kuala Lumpur telah mengadakann pesta rumah terbuka dengan 25,000 tamu jemputan. Tidak cukup dengan makan dan minum – para tamu ini juga mendapat oleh-oleh untuk dibawa pulang.

Aku merasa amat sangsi kerana belanja pesta rumah terbuka ini bukan satu yang murah. Kalau seribu yang datang berapa agaknya perbelanjaanya? Kalau tiga, empat atau lima ribu tamu yang datang berapa puluh ribu ongkos yang wajib dibayar? Aku tidak dapat menghitung kerana aku bukan politikus yang mencari undi. Perbelanjaanya pastilah lebih dari jumlah duit yang pernah aku lihat seumur hidup aku. Dari mana datangnya duit ini? Ini permainan politik wang a.k.a RASUAH. Inilah persoalan yang ingin aku timbulkan.

Untuk seorang Menteri atau YB dari United Malay National Organsiation aku tidak hairan. Mereka memiliki dana khusus. Malah kenduri kendara ini adalah mondus operandi politik mereka. United Malay National Organisation tidak ada keupayan untuk membuat kerja politik selain dari makan, berkenduri dan menyampaikan dana.

Apa yang membingongkan aku ialah pesta rumah terbuka dari para YB Parti Keadilan Rakyat. Dari mana agaknya mereka mencekau duit perbelanjaan untuk pesta ini. Aku amat gusar dan risau kerana disinilah para towkay dan ‘funder’ – seperti Datuk Lim dari Jelebu yang membayar semua perbelanjaan pesta memburu al-Marhum Tunku Munawir dahulu - akhirnya banyak hutan balak di Negeri Sembilan bertukar tangan. Menerima budi dari ‘funder’ ini bukan hanya akhirnya terjual ‘body’ tetapi lebih dari itu.

Ada lagi satu pekara yang ingin aku surahkan disini. Mungkin tepat dan mungkin juga tergelincir pandangan ini. Ketika Perang Dingin antara Russia dan kuasa imperialis Amerika dahulu - yang menjadi kiraan ialah kekuatan senjata. Russia ada senapang Klashinkov - Amerika ada M16 . Amerika membuat peluru berpandu – Russia juga membuat peluru berpandu. Russia ada kereta kebal T90 – Amerika membuat M1 Abrams. Amerika naik ke bulan – Russia menuju ke bintang Marikh.

Amerika mendirikan NATO – North Altantic Treaty Organisation – Russia mendirikan Warsaw Pact. CIA menjemput para akademik atas nama East West Center – Russia menjemput pelajar Dunia Ketiga ke Patrice Lumumba Universiti. Dua negara super ini berlawan dan berlumba-lumba mencari pengaruh.

Lalu aku terfikir – bukan selalu aku berfikir – kalaulah aku ini United Malay National Organisation – aku akan buat lagi banyak pesta-pestaan dan kenduri kendara. Aku akan hadiahkan lagi banyak hamper dan bungkusan. Aku akan bersedekah bukan hanya pada bulan puasa tetapi disetiap hari Jumaat. Kalau kerjaan Selangor beri khariat kematian aku akan beri khariat untuk anak yang belum dibuat. Aku akan lakukan ini seolah-olah ini adalah kerja politik.

Aku jamin pasti ada pemimpin, ahli dan aktivis PKR yang akan membotot sama. Mereka menganggap ini kerja dan tugas politik. Mereka terpaksa mencari Doktor Ayam. Atau mencari satu dua cukong atau ‘funder’ untuk menggantikan Datuk Soh Chee Wen. Pas akan mengekor dari belakang menumpang basikal PKR macam hantu bonceng.

Aku berani berkata sedemikian kerana aku cukup sedar bahawa United Malay National Organsiation tidak ada kekuatan politik untuk membuat kerja politik. Mereka hanya sanggup berkenduri kendara dan berpesta-pestan. Tetapi awas ! Mereka akan berjaya kerana mereka memiliki kuasa daulah. Dengan kuasa ini mereka boleh mengarahkan Bank Negara mencetak duit. Samalah macam Amerika ketika Perang Dingin dahulu mengarahkan Federal Reserve mencetak dolar – akhirnya Russia terbarai muflis.

Apa yang aku tulis bukan aku menentang budaya baik rumah terbuka. Tetapi yang aku tulis ini bukan budaya rumah terbuka tetapi ‘ budaya rumah terkangkang’ dimana Haji Funder, Lebai Cukong dan Lebai Rasuah akan menerbus masuk.

Amalan budaya pesta-pestaan - budaya rumah terkangkang - ini adalah budaya feudal. Budaya feudal ini akan terus membodohkan orang Melayu. Budaya feudal ini akan terus membangangkan manusia Melayu. Manusia Melayu akan terus berjiwa hamba. Manusia Melayu terus di patronise. Manusia Melayu terus dijadikan angka dalam kiraan kuasa dan undi politik.

Yang papa jalan kaki
Yang tak berduit naik lrt
Yang okay naik Kancil
Yang kaya naik Mercedez
Berbondong datang untuk mencium tangan YB


p/s: aku hampir terlupa
kerja yang paling bodoh dalam dunia ini
ialah meniru kerja dan perangai musuh kita (TT)

NOTA:
tulisan ini telah dipanjangkan isi
dari yang keluar diakhbar mingguan
SUARA KEADILAN yang terbaru.

sesiapa yang ingin melangan akhbar
ini sila pukul talipon
03-22-72-40-45

JANGAN LUPA MALAM JUMAAT


MEMAHAMI TANDA DAN MAKNA



NOTA:

sila baca berita di bawah ini
hujan tidak ribut tidak
tetiba orang jahat ini buat kenyataan

untuk siapa kenyataan ini ?
apa makna kenyataan ini ?

kalau pembaca cekap memahami politik
para permbaca tidak akan dihudud oleh lee kuan yew


PERJUMPAAN DUA PERDANA MENTERI














TIDAK MUNGKIN SINGAPURA , MALAYSIA BERDCANTUM. PUJI USAHA NAJIB TINGAKAT HUBUNGAN LEE KUAN YEW


2011/09/23
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, berkata tidak mungkin Singapura dan Malaysia akan bercantum pada masa depan.

Bagaimanapun, beliau memuji usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meningkatkan hubungan dua hala antara kedua buah negara berjiran.

Lee bercakap pada dialog Meja Bulat Sentosa yang diadakan di sebuah hotel di sini petang semalam. Dialog itu dihadiri 400 peserta dari seluruh dunia.

Beliau ditanya oleh seorang rakyat Malaysia jika beliau melihat kedua buah negara boleh menjalin penyatuan dalam soal politik atau ekonomi pada masa depan, memandangkan pertumbuhan Indonesia yang memberangsangkan, lapor sebuah saluran televisyen tempatan Channel NewsAsia.

Lee, yang juga bekas Menteri mentor Singapura berkata, langkah sedemikian tidak mungkin berlaku selepas melalui pengalaman percantuman yang gagal pada 1960-an.

Tetapi beliau memberikan pandangan yang positif berhubung hubungan dua hala dengan merujuk kepada usaha Najib.

Ini termasuk membangunkan wilayah Iskandar di selatan Johor, yang akan menjadi pelengkap kepada pertumbuhan ekonomi Singapura.
"Najib mengutarakan pandangan positif berhubung hubungan dua hala dan keinginan untuk membangunkan selatan Johor, wilayah Iskandar, menggunakan Singapura seakan Shenzhen. Ini bermakna satu set pelengkap tenaga akan dilepaskan, yang akan menyebabkan ia tidak menguntungkan mana-mana pihak jika merenggangkan hubungan," kata Lee.

"Anda mahu pelaburan kami, kami mahu melabur. Dengan melabur, kami tidak mahu timbul sebarang masalah dengan Malaysia dan Malaysia yang mahukan lebih banyak pelaburan tidak akan memberikan masalah kepada kami. Jadi ianya satu kemajuan yang positif," katanya. - BERNAMA



JEMPUTAN MALAM JUMAAT




MAT MONGOL AKAN DITENDANG KELUAR





POLITIK KELENTONG










nota:
berapa kali nak tipu daaaa
kah kah kah







AZMIN: PAKATAM TOLAK UNDANG-UNDANG GANTI ISA - mkini

Pakatan Rakyat tidak akan menerima sebarang undang-undang untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mahu dimansuhkan oleh kerajaan, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Pendirian Pakatan, tegasnya, adalah jelas, iaitu mansuhkan ISA sepenuhnya dan tiada undang-undang baru menggantikannya.

Bercakap selepas satu forum awam malam tadi, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, Pakatan bersedia untuk membantu kerajaan dalam mendraf rangka kerja pasca-ISA.

Azmin berkata pihaknya akan menunggu respon kerajaan terhadap tawaran kerjasama tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MAT MONGOL INI BUKAN SAJA KAKI ENTOT... kah kah kah..

kah kah kah... MAT MONGOL INI BUKAN SAJA TAKUT BINI... kah kah kah...

kah kah kah... MAT MONGOL INI MEMANG TOP KAKI KELENTONG... KALAH SAMI VELOO...kah kah kah


JANGAN LUPA JUMAAT INI




MANA HILANGNYA PERKASA?



PELIK TETAPI BENAR?




NOTA:
cuba fikirkan
jumlah warga melayu dan bumiputera 60 peratus
tetapi kenapa minta hak ekonomi 30 peratus

kenapa melayu tak pernah timbulkan peratus ini
kah kah kah




KOUTA BUMIPUTERA : UMNO TERUS KHIANATI MELAYU – harakah daily

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.

“Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.

Katanya, jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja.

Menurutnya, rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.

Katanya, demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) Kuota Bumiputera dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MANA PERGINYA PERKASA?.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA PERGHI GABIM?.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA PERGINYA NGO MELAYU?.... kah kah kah..

woit..TOK BRAHENG MANA GI?.... kah kah kah..

kah kah kah..NATANG BEWOK KOUTA INI GAPO?.... kah kah kah

kah kah kah...PELIK TETAPAI BENAR.... SEMUANYA HILANG DAN SENYAP.... kah kah kah..

NOTA:
satu nak tanya
bila pulak masanya parti pas heboh pasal kouta
rakyat diberi tahu islam ini universal
selalu dengar parti pas ini berjuang untuk kesejehteraan ummah
nampaknya sekalai ini carik serban hijau
terkoyak kulit melayu kah kah kah



JEMPUTAN MALAM ESOK





MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK





AMPOOOON TUAN KU






SIAPA SEBENARNYA RAJA PERAK?

KUALA LUMPUR – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman.

Beliau dengan tegas menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Menurut Raja Noor Jan, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, dicatatkan Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

“Bagaimanapun, terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak,” kata Raja Noor Jan.


PANDANGAN PEMBACA MENIBAI RAJA GOPAL

woit...bangsa Yahudi sebut nama Tuhan 'Ellah' dalam bahasa ibunda mereka Hebrew...yang bunyi sebutan sama dengan sebutan arab 'Allah'...tak buat laporan polis ka??? kah kah kah woit...adakah dalam koran perkataan 'Allah' hak eksklusif mana-mana bangsa?!...
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/28/11

Rakyat juga ingin mengetahui adat istiadat perlantikan sultan kelantan yg baru yg disokong oleh Tn guru. Apa telah jadi kpd sultan ismail.rakyat ingin tahu kesihatan sultan Ismail krn tiada satu photo dipaparkan sultan baru bersama bapa
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/28/11

Pengemis terhormat dah mula berkokok apabila hampir PRU13. Kalau setakat nak minta sedekah kat UMNO, tak payahlah nak tunjuk intelektual yang tahap budak belum baliq tu. Istilah yang lebih sesuai diguna pakai ialah hanya "Altantunya yang mengenal Gamuda", atau hanya "Tok Uban yang mengenal Mamak Bendahara". Kalau masih tak faham, maknanya kamu masih tak banyak membaca dan karat UMNO dah melekat di kepala otak.....
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/28/11

Makna pada lencana PDRM: Kalimah Allah dan Muhammad melambangkan unsur keimanan sabagai wadah kedaulatan Islam. Mahkota mencerminkan bahawa pasukan PDRM sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah. Lencana ini ada di baju, di topi dan di tali pinggang. Rasanya dibawa ke mana saja.
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/28/11

kadang tu aku terpikir, dalam ajaran Islam ada ke kene ada sultan? Rasulullah yg jadi kekasih Allah tu pun tak jadi sultan/raja. negeri aku mmg sultan dah lama lari, takut. Nabi dulu pun xhidup mewah. yg jaga Islam kat tanah melayu nie je yg bermewah melampau. wahai bani melayu, ketahuilah bahawasanya tanpa sultan pun kita tetap hidup.

yg penting pewaris Nabi ada iaitu para ulamak yg benar2 mengikuti jejak langkah dan sirah nabi. ikut dan taati pewaris Nabi kerana mereka nie la pemimpin yg Nabi suruh taati. bukannye pemimpin atau raja yg goyang kaki. kembali semula kepada perjuangan aqidah. sultan biarkan dia cari kerja kat mana2 kilang, cuba jadi operator pulak.
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/28/11

What are you talking about?Pening..Kalau Allah bukan God Almighty then who is Allah then. Pls do not confuse us the Rakyats as Rakyat is not kindergarden kids.
By ImNeO on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/28/11

raja dihilir raja dihulu raja kiri raja kanan raja tepi raja tengah... poraahhhh...... BUANG KARAN
By Rajamenikam s/o rajamenepis on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/28/11

YA AMPOOOOON!



Suruh Sultan tu pi main jauh-jauh. Sultan Perek yg sebenar adalah Baginda Sultan Abdullah yg dibuang oleh pak tiri depa ka pulau Sicilis.
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

So...Nazrin, mulai sekarang perkataan Duli Yang Maha Mulia dah tak boleh pakailah....sebab...Allah Yang Maha Mulia....kau orang...yang ada...Maha Judi....Maha Arak...Nak cakap pasal Islam konon....bini sendiri pun tak pakai tudong....kahkahkah Lagi satu TT....kenapa kerajaan nak naikkan umur persaraan kakitangan swasta dari 55tahun ke 60tahun...sebab EPF lah....duit EPF dah habis dijoli tak?...mampus macam ni...biol punya kerajaan...
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

tak bersabit ngan tajuk tapi nak kongsi..arap2 TT dapat la bg pencerahan kat budak ni..akaun fb.. : Helmi Syamsuri : Tun Dr Mahathir Mohammad adalah Umara..Khalifah yg hanya muncul setiap seratus tahun sekali..ini diakui sendiri oleh beberapa cendiakawan Islam dari beberapa institusi Islam seperti dari Al Azhar dan beberapa pusat pengajian Islam di timur tengah..alhamdulillah..semoga akan muncul pengganti beliau dari kalangan umat melayu selepas ini..insyallah.. mace-mace....
By jahil on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

Halo Bro.mana ada pusingan lagi Sultan dan anak nya sekarang melompat dan yang berhak putih mata serta melijis air lior. Tak heran bila Tuanku perkenan empat katak yang melompat maka kerajaan PR tumbang.
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

nazrin takut tak sempat jadi raja.. kalau tak jadi raja nanti kena kerja. ko boleh bayangkan tak mamat tu menoreh getah?? mesti comel :)
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

biar betik raja kapur? 99 nama tuhan xde pun kalimah Allah?
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

Ini Fax yang dihantar keluar, From: Beruk Ketawa To : Burger King " Kalau nak jadi Burger Muda, kena jadi Burger di Hilir dulu. Macam mana boleh jadi Burger Muda kalau tak pernah jadi Burger di Hilir?...kah kah kah kah kah "
By Beruk Ketawa...kahkahkah on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

Alamamak! "Allah" dalam Surah pertama ("Al Fatihah"), ayat pertama ("Alhamdulillah Hi Rabbil Alamin") yg dibaca setiap rakaat tiap2 hari adalah 'Rabb' kepada sekelian alam termasuk & tidak terhad kepada mineral, tumbuhan, haiwan (termasuk babi & anjing), manusia (termasuk yg. bukan Islam) dan juga makhluk lain2 termasuk jin & setan.

"Allah" bukannya nama 'khas' seperti Nazrin atau Hisham dimana ianya terhad kepada sempadan fizikal sesuatu objek tertentu termasuk kertas yg ditulis dgn kalimahNya seperti diatas. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).

Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." (Surah An-Nisaa' 4:48) "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan See more...
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

daulat tunku adapun amat betul lagi benar titah YANG MAHA MULIA TUANKU itu, seperti cetakan ALLAH dan MUHAMMAD pada LENCANA POLIS DIRAJA MALAYSIA.
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

Ini semua perancangan Azlan Shahhhhh....alasan kerabat raja Perak yang lain tak boleh pakai. Yang boleh pakai hanya seorang ni saja...kahkahkah.
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

woit, mujurla jugak idup dapat jadi anak raja.. sudahla bapak pun potong line abang jadi sultan, skrg anak pulak potong line orang lain.. adakah islam suruh umatnya memilih raja, dan raja pulak kene wariskan kedudukannya kepada anak beranak dia? untung sungguh.. makan tanggung berak cangkung jer.. untung jadi anak raja..

ada elaun bulanan kerajaan bangang bagi dekat dia.. kalo tak, entah2 kita boleh jumpa bawah jambatan yang makan siput babi dulu ker hapa pun aku tatau.. tu la pasal.. menoreh pun tak reti.. mujur idup jadi anak raja.. entot2 pun free.. sumer rakyat tanggung.. bodoh sungguh orang melayu ni..

gah ada raja saja.. apa raja tu bagi duit seposen sehari ka nak jaga jawatan raja kehulu kehilir siang malam? apakah raja menjaga kepentingan rakyatnya dengan merembat projek2 rakyat hinggakan rakyat nak mentekendarah pun susah..
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

sultan ni baik diam jer, lagi bnyk ckp lagi bodo..
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

in Islam where got royal blood nor dymm? the only king for all creatures is Allah. we'd have a caliph by ulama standing who champion Islam without any compromise. ps. they who lead to bidaah are worst of than a kuffar.

now where are we to put up our faith as moslems? a mere rajagopal no problem la but tt....... if tt cannot accept by socialism nor is by Islam. we hold by the uli amri which we cannot understand. so better keep quiet la kah kah kah
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11

ini rancangan grombolan umno laknatullah...
By Anonymous on MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK on 9/27/11



TOK PENGUHULU CAKAP: DONT TALK ##2@uiw #@2798



JANGAN LUPA JUMAAT INI


JEMPUATAN MALAM ESOK - DEWAN PERHIMPUNAN CHINA




NOTA:

semua anak muda
semua mat rempit
semua nak selalu kena pau
semua yang bengang

sila datang malam esok
di dewan perhimpuanan china
forum pencerahan dari peguam
nasehat dan pandangan dari peguam

berjumpa di sana
di dewan perhimpunan china
dihadapan monorail maharajalela


JEMPUTAN UNTUK SEMUA MALAM ESOK


































JUMAAT PELANCANRAN BERSIH




BERAKHIRLAH KETUANAN MELAYU





PEJUANG KOUTA MELAYU




NAJIB: KUOTA AKAN DIBUANG , TAPI BUMIPUTERA TETAP DIBANTU - minsider

Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.

Najib berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan “kita harus menggalakan hak Bumiputera.”

Katanya, penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonimi dan menguburkan bakat Bumiputera.

“Apa yang kita lakukan pada masa lalu ialah kita tidak menggalakkan mereka yang sesuai.

“Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju,” katanya.



“Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka,” katanya lagi.
Najib berkata sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing.

Katanya, kini kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang “baik, teruji dan berdedikasi”, dan menyokong mereka untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing.

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KITA TUNGGU APA KATA IBRAHIM ALI.... kah kah kah...

kah kah kah...HABIS LAAAA KETUANAN MELAYU..... kah kah kah...

kah kah kah... MACAM MANA NANTI MUTHU DAN AH SOO MASUK UITM.... kah kah kah

kah kah kah...PAK MISAI UITM MACAM MANA?.... kah kah kah...

kah kah kah...TAK KAN TAK NAK BERDEMO...kah kah kah

kah kah kah... DULU MB SELNGOR KATA UITM BUKAN MELAYU BOLEH MASUK... BUAT DEMO...kah kah kah...

kah kah kah...LECEH LAAA TAK ADA DEMO... NAMPAK MELAYU KECUT TELOOO...kah kah kah

kah kah kah...TAK KAN IBRAHIM ALI SENYAP... kah kah kah..

kah kah kah..IBRAHIM ALI SENYAP... ABISSSS LAAA MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah....KALAU PERKASA SENYAP.... NAMPAK HARI HARI AKHIR KETUAN MELAYU...kah kah jkah...

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN GABIM... KETUANYA RAHIM TAMBI CIK?.... kah kah kah..

kah kah kah...SENYAP JUGA KE?.... kah kah kah

kah kah kah... AKHIRNYA GABUNGAN PENIAGA BUMIPUTERA INI AKAN JADI KELAB BUDAK SEKOLAH...kah kah kah..


NOTA:
kalau braheng senyap
bermakna selepas demo bersih
braheng ilang pengaruh kah kah kah


JANGAN LUPA JUMAAT INI


MEMANG BERITA PELIK




TIGA SEKAWAN KE TALI GANTUNG






BERITA HAIRAN

TIGA sahabat, Jaffri Ja'afar, 39, Mohd Naziezul Ibrahim, 31 dan Wan Muhammad Hanisan Wan Ismail, 27 dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 18.77 gram pada kejadian 31 May 2008 di perkarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu. - Foto Zaman Huri Isa

NOTA:
berita ini amat pelik
hanya dengan 18.77 gram dadah
tiga orang warga ini ke tali gantung

pelik

memang pelik kerana kita telah membaca
berpuluh puluh warga iran
berbelas bel;as warga afrika
memabwa dadah berkilo-kilo
tetapi
hinnga ke hari ini semua senyap

malah tt telah diberitahu
duta iran cukup marah kerana
yang ditangkap atau ditahan
ada warga iran yang memang penyuludup profesional
memang tokan besar

pak duta marah kerana semua lepas tali gantung

ini yang hairan
yang 18.77 gram kena gantung
yang berkilo-kilo
ada saje salah teknikal di mahkamah
kah kah kah



JANGAN LUPA JUMAAT INI