Rabu, 30 November 2011

MEMAHAMI APA DIA REALPOLITIK YANG BUKAN MIMPI




INI DIA REALPOLITIK




PRU13 INI APA MAKNYANYA

Pada satu ketika yang agak lama dahulu keluarga kami duduk jauh di pendalaman. Di wilayah ini tidak ada akhbar harian. Untuk berita dan hiburan kami ada radio yang menggunakan bateri kering. Sebuku bateri kering ini boleh menghidupkan radio kami untuk sebulan. Bila akhir bulan sampai radio kami mula bersuara rendah atau hilang terus bunyinya kerana kekurangan bateri. Untuk menyelamatkan keadaan Sang Kakak akan menjemur bateri ini. Hasilnya - untuk dua tiga hari kami sekularga akan dapat mendengar Radio Malaya sekali lagi.

Untuk saya kongres Parti Keadilan yang baru berlangsung di Pulai minggu lalu samalah seperti kakak saya menjemur bateri kering. Tiga hari berkongres adalah tiga hari bateri dijemur. Hasilnya, sesiapa yang datang ke kongres akan mendapat tenaga baru. Akan mendapat suntikan tenaga apabila mendengar ucapan-ucapan berapi-api dari pelbagai bentuk mulut naga.

Berita dari Pulai dan ucapan pemimpin PKR telah jelas menunjukan bahawa PKR telah bersedia untuk menghadapi PRU13. Setiausaha Agung PKR telah beberapa kali membuat kenyataan menerangkan bahawa persedian kali ini lebih mantap dari tahun 2008. Berita saperti ini adalah cahaya matahari yang terik untuk bateri yang telah lemau.

Tetapi sebelum memasuki PRU13 ini biar saya membuat surah agar ahli parti dan juga aktivis PKR akan memiliki satu lagi bentuk pandangan. Naratif yang hendak saya surahkan ini agak jarang dijaja. Kenapa pandangan ini jarang dijaja? Mengikut istilah anak anak muda hari ini – pandangan ini adalah ‘pandangan potong stim’.

Mana mungkin ketika ahli dan para aktivis PKR berjemur untuk mendapat tenaga baru saya cuba menjaja pandangan ini. Pasti ianya akan dilihat kurang sopan. Pandangan ini bukan pandangan terantuk baru nak tengadah. Pandangan ini bertujuan untuk membuka mata agar kita semua agar tidak akan terantuk di tiang atau tersepak tunggul dijalan. Inilah tujuan saya membuka surah.

Bagini kesahnya: Pilihanraya ini telah disediakan semenjak tahun 1955 lagi. Pada awalnya sistem pilihanraya peningalan British ini memiliki ciri-ciri yang agak demokratik. Contohnya : di zaman Tunku parti-parti politik dibenarkan berkempen lebih dari satu bulan.

Tetapi apabila parti yang melawan United Malay National Organisation mendapat kejayaan maka telah dilakukan perubahan. Contoh yang jelas ialah masa berkempen ini semakin dipendekkan. Pada PRU 2004 yang lalu para pengundi hanya diberi 8 hari untuk membuat keputusan memilih wakil mereka.

Membuat peraturan baru ini cuba di viagrakan dengan pelbagai hujah. Pada tahun 1974 Parti Komunis Malaya telah dijadikan alasan untuk memendekkan masa berkempen. Menurut lojik SPR ketika itu – jika waktu berkempen panjang maka ianya akan memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk berkempen sama. Dalam suasana Perang Dingin ketika itu ramai orang telah menerima hujah palat ini.

Kempen - 8 hari – pada tahun 2004 tidak ada apa-apa alasan yang diberi. Mungkin SPR malu untuk memberi tahu orang ramai bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi ketika itu mahukan masa kempen disingkatkan agar tidak menggangu masa dia hendak tidur.

Sayugia dingati bahawa ditahun tahun sesudah Merdeka dahulu pilihanraya ini dilihat sebagai satu permainan yang menyoronokkan. Ini kerana pada ketika itu harta kekayaan - rial dan dinar - belum lagi memainkan peranan sepenting hari ini. Sistem ekonomi kapitalis belum lagi menjalar ke semua pelusuk. Hari ini sistem ekonomi kapitalis ini telah menyerap ke semua cabang pembudayaan. Dalam masyarakat Melayu sendiri - dari kenduri kahwin hinggalah ke tanah perkuburan – ekonomi kapitalis telah diterima sebagai pemandu.

Apa yang ingin saya hebahkan disini ialah piliharaya ini sengaja dibuat berat sebelah. Tahun demi tahun undang-undang dan akta baru diwujudkan untuk memastikan pilihanraya ini akan terus menyebelahi parti yang sedang memerintah. Pelbagai peraturan diwujudkan semuanya untuk menyusahkan parti yang cuba memecahkan kuasa monopoli United Malay National Organisation.

PRU12 dahulu telah mengubah semua illusi tentang pilihanraya. Pilihanraya yang sebelumnya dilihat sebagai satu pesta olok-olok dimana rakyat digula-gulakan untuk memilih wakil mereka. Sesudah PR12 dengan jelas dilihat bahawa United Malay National Organisation boleh disingkirkan dari tampok kuasa. Kemungkinan kehilangan kuasa ini telah dan sedang melahirkan satu suasana politik yang belum pernah dirasakan di Tanah Melayu ini.

Apa yang saya maksudkan – dipilihanraya yang lepas-lepas lembaga-lembaga daulah telah digunakan untuk membantu kemenangan United Malay National Organisation. Pengunaan lembaga-lembaga daulah ini telah lama diketahui umum dan bukan satu rahsia lagi. Justeru apa pula yang baru?

Apa yang baru disini ialah lembaga-lembaga daulah ini – polis, tentera, special branch, BTN, Kemas dan lain lain – sedang merasa ancaman datang keatas diri mereka. Lembaga-lembaga daulah ini bukan satu yang abstrak. Di belakang lembaga-lembaga ini ialah sosok sosok dan individu yang telah membuat harta kekayaan dan dapat ‘cari makan’ kerana menyokong United Malay National Organisation.

Justeru jika PRU13 ini akan membawa kemenangan untuk Pakatan Rakyat maka disinilah ayat potong stim saya diperlukan. Saya ingin membawa ahli dan aktivis PKR keluar dari berjemur untuk memahami pilihanraya berpandukan realpolitik. Keluar dari berjemur dengan ilusi pilihanraya dan melihat politik terkini dengan berpandukan realpolitik.

Untuk memahami realpolitik ini saya menjemput para pembaca untuk menyelami otak para jeneral yang selama ini telah gemok dengan kontrek-kontrek pembelian senjata. Selama beberapa dekad ini para jeneral kita telah berlagak sebagai pakar rujuk membantu Pak Menteri membuat keputusan - sama ada hendak membeli kapal selama dari Sepanyol atau dari Peranchis.

Kemudian cuba selami apa pula agakanya dalam kepala ketua-ketua polis yang selama ini ‘kenyang’ dengan duit lendir China Doll. Atau kenyang bergendut perut dengan duit hadiah dari tokan penyeludup dadah Iran. Apakah bentuk ancaman yang akan datang kepada mereka ini jika di PRU13 nanti Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan?

Ancaman PRU13 ini juga sedang dirasakan oleh kaum pemodal yang besar-besar. Cuba bayangkan apa agaknya yang sedang difikirkan oleh Ananda Krishnan, Lim Kok Thay anak Lim Goh Tong, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay atau Daim Zainuddin. Selama puluhan tahun ini orang-orang kaya ini telah merembat harta kekayaan negara kerana mereka rapat, kenal dan memiliki talian perniagaan dengan para pemimpin United Malay National Organisation. Jika United Malay National Organisation tewas apa yang akan terjadi kepada mereka?

Bayangkan juga apa yang akan terjadi kepada Sami Veloo dan anak lelakinya Vell Pari yang terlibat dalam pembunuhan seorang pelakon drama Tamil. Apa pula yang akan terjadi kepada VK Lingam, Musa Hassan, Ghani Patail yang selama ini mengunakan polis dan mahkamah untuk membuat jenayah.

Jika United Malay National Organisation disingkirkan dari kuasa pada PRU13 ini - cuba bayangkan apa yang terjadi kepada Mahathir Muhamad. Untuk ini saya meminta para pembaca mengingati kembali sidang akhbar Mahathir Muhamad pada petang 2 September 2004 dahulu bilamana Anwar Ibrahim dibebaskan dari Sungai Buluh. Ingatkan kembali bagaimana saya telah menulis dan menggambarkan Mahathir Muhamad bersendirian dan hanya diiringi oleh isteri dan Mukhriz anaknya. Pada petang itu saya melihat Mahathir Muhamad seperti seperti saekor tikus basah - lokoi dan mengigil takut.

Apakah mereka yang saya sebutkan diatas akan berdiam diri? Apakah mereka duduk lena menunggu rakyat meneranjang mereka masuk ke dalam penjara? Apakah mereka tidak merancang untuk memastikan Pakatan Rakyat akan gagal?

Justeru, apa yang saya surahkan ialah gambaran jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 nanti. Kemenangan Pakatan ialah ancaman untuk Barisan. Justeru kerana ancaman yang kelihatan semakin hampir maka Najib Razak kini sedang bekerja siang dan malam untuk membuat undang-undang baru sebagai tembok pertahanan. Contohnya: Rang undang undang Hak Berhimpunan Aman yang sedang dibaca di Parlimen bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation terus berkuasa.

Biar saya jelaskan disini : Pada ketika ini warga Indon, warga Bangla telah diberi kad pengenalan untuk membolehkann mereka mengundi dalam PRU13 nanti. Dalam masa yang sama Rela, Tentera dan Wataniah telah dipasang dibeberapa kawasan stratejik untuk memastikan calon United Malay National Organisation akan menang.

Semua perancangan bertujuan memastikan United Malay National Organisation menang dan terus berkuasa sesudah PRU13. Rancangan ini mendapat sokongan dari SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan PDRM. Telah terjalin kerjasama yang intim antara kuasa yang memerentah dengan kaki tangan kerajaan. Ini kerana ketua-ketua atau pegawai tinggi dari jabatan-jabatan kerajaan ini semuanya dikepalai oleh sosok yang telah kenyang dengan projek atau mereka kenyang kerana memasang lukah disetiap projek.

Semua lembaga-lembaga daulah yang sekarang merasa terancam ini akan memastikan Rosmah dan Najib terus berkusasa sesudah PRU13. Orang ramai akan merasa tertipu. Pakatan Rakyat dikalahkan kerana penipuan. Rakyat marah. Anak muda ingin turun membantah ke jalan raya sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Mesir. Sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Tehran. Disini Najib telah sedia dengan undang-undang baru.

Bayangkan merompak kedai Mamak dendanya lebih ringan dari turun ke jalan raya berdemo. Denda kesalahan menunjuk perasaan dinaikan mem jadi 20 ribu ringgit. Jika ada YB dari Pakatan Rakyat yang ditangkap dan didenda lebih dari 2000 ringgit pasti mereka akan kehilangan kerusi.

Saya membawa surah ini bukan ingin melembikkan Semangat Pulai yang sedang berkobar-kobar satelah tiga hari panas berjemur. Saya hanya ingin membawa satu pandangan untuk membukakan mata melihat realpolitik. Saya berharap kita semua ada menyimpan bateri sebagai persediaan jika penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat ditipu dalam PRU13 ini. Saya juga berharap ketika kita menyimpan bateri ini ditempat yang selamat cuba bayangkan apakah Rosmah Mansor akan menerima kekalahan di PRU13 dan meninggalkan ratusan beg-beg tangan Birkinnya di Putrajaya?TT

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45




SATU MALAYSIA KELUAR DAN LAWAN




HANYA INI JAWAPAN







PRU LUAR BIASA – PEMUDA PAS INGATKAN STRATEJI KOTOR UMNO
– keadilan daily

KUALA LUMPUR 30 Nov: Jentera pilihan raya Pas diminta meningkatkan kewaspadaan terhadap Umno-Barisan Nasional yang akan menggunakan strategi kotor untuk menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan mengulas kenyataan presiden Umno yang menyeru pimpinan parti itu supaya bertindak ‘luar biasa’ dalam PRU kali ini.

“Kenyataan Datuk Seri Najib bahawa pilihanraya ke 13 akan datang ini akan menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ menunjukkan Umno dan Barisan Nasional akan melakukan strategi yang ‘kotor dan hina’ untuk memastikan kemenangan berada di pihak mereka,” kata Mohd Sany.

Najib sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan akan mempertahankan Putrajaya ‘walau dengan cara apa sekalipun’.

Mohd Sany dalam pada itu turut mengulas kenyataan bersifat perkauman oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Persidangan Tahunan Putri dan Pemuda Umno semalam.

NOTA:
semua telah dirancang untuk memastikan
united malay national organisation terus berkuasa

1 – mat bangla telah diberi kad pengenalan
2 – mat indon telah diberi kad pengenalan
3 – mat pilipina telah diberi kad pengenalan
4 – rela telah ditubuh di kawasan yang hendak dirampas kembali
5 – polis telah dialih tempat memgundi
6 – wataniah telah ditambah di kawasan yang perlu di rampas kembali
7 - askar telah alih alih untuk membantu undi pos
8 – isteri rela, wataniah , polis dan askar kini mengundi pos
9 – satu pun dari 8 tuntutan bersih tidak ditunaikan

ini bukan luar dari biasa
ini semua orang ramai tahu
apabila orang ramnai marah
apabilla orang ramai keluar tunjukkan perasaan marah
rosmah dan najib telah memyediakan undang undang baru
untuk menagkap dan memukul
para penunjuk perasaan
ini juga bukan luar biasa

apa yang luar biasa sekarang ini
ialah rakyat satu malaysdia telah
bersedia menunggu bersih 3.0
ini yang amat amat luar biasa




INI TUNTUTAN RAKYAT


FRUS MENONGGENG



NOTA:


dari sumber dalaman
telah diketahui bahawa
memang ada cita cita pas
untuk bergabung dengan
united malay national organisation
tetapi rancangan ini gagal
apabila diadakan pertemuan
antara pemuda pas dengan pemuda gerombolan

wakil pemuda gerombolan
yang datang dari pulau pinang
ini memeranjatkan pemuda pas
kah kah kah

tak caya?
lihat gambar muka
ketua pemuda gerombolan dari pulau pinang ini
kah kah kah

persoalan timbul
bukan kerana warna kulit
atau bentuk muka

yang ditanya :
apa sudah jadi dengan ketuanan melayu!



KETUA PEMUDA GEROMBOLAN





SELEPAS GAGAL PUIKET , MUHYIDDIN TEGAS PAS TAK BOLEH GANTI UMNO
– minsider

Muhyiddin Yassin berkata PAS tidak boleh menggantikan Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu atas alasan “Umno tiada galang-ganti” walaupun sejak tiga lalu parti teras BN itu mempelawa agak ia membentuk kerjasama politik.

Sebelum ini Umno berulang kali mengajak PAS agar membentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan termasuk menyertai Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.

“Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja,” kata Timbalan Presiden Umno ini ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di sini hari ini.

Muhyiddin mendakwa “DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?”

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...SATU LAGI PROJEK GAGAL.... kah kah kah..

kah kah kah.... PINANG PINANG TAK DAPAT... kah kah kah..

kah kah kah..PUJUK PUJUK PUN TAK DAPAT.... kah kayh kah..

kah kah kah.... AJEN 007 HASAN ALI ADA...kah kah kah..

kah kah kah... AJEN 008 NASARUDIN ISA ADA.... kah kah kah...

woit... AJEN SUDAH ADA.... TAPI APA AJEN INIBUAT.... kah kah kah..

kah kah kah...FULUS SUDAH MASUK.... kah kah kah...

kah kah kah..TAPI JOB NOT DELIVER.... kah kah kah..

cisssws....YOU JI... YOU JI .... kah kah kah


BERSEDIA BERSIH 3.0


SENYUMAN DARI DUA EKOR BADAK




INI ANAK BADAK TERSENYUM














INI ROSMAH TERSENYUM










SEMANGAT NASI MERDEKA UMNO MAKIN LUNTUR : VETERAN PERLIS - meloya

KANGAR - Sekalipun bangga dengan kematangan UMNO sekarang, beberapa ahli veteran di negeri ini bimbang dengan masa depan parti itu apabila melihat semangat perjuangan asal semakin luntur pada kalangan anggota.

Menyamakan perjuangan itu sebagai semangat “nasi merdeka”, mereka melihat anggota sekarang sudah leka dengan kejayaan yang dicapai parti sehingga mengetepikan kepentingan pengorbanan diri demi keutuhan UMNO.

Bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Perlis, Selamat Saad berkata ”orang dulu” menjual nasi lemak dan hasilnya disalur kepada tabung perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi merundingkan kemerdekaan negara.

"Kami bekerja dengan semangat yang satu iaitu berkorban untuk parti demi negara,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...TAK PERNAH DENGAR PUN NASI MERDEKA?..kah kah kah...

kah kah kah...MANA ADA NASI MERDEKA UNTUK GEROMBOLAN... kah kah kah..

woit... YANG ADA NASI KANG KANG ROSMAH.... kah kah kah

kah kah kah..NASI KANG KANG INI MEMANG BAGI LUNTUR.... kah kah kah..

kah kah kah...BUKAN SAJE LUNTUR.... JADI LEMBIK.... kah kah kah


BANGUN DAN LAWAN


NASEHAT ANAK MUDA UNTUK LEMBU SHAHRIZAT




SHAHRIZAT LEMBU TUA







PELAJAR USAH GHAIRAH BERPOLITIK – berita hairan

KETUA Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan generasi muda terutama pelajar universiti supaya tidak ghairah berpolitik di kampus, sebaliknya menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran.

Katanya, walaupun kerajaan bercadang meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pelajar perlu berpegang kepada matlamat asal mereka memasuki universiti.
Beliau berkata, kemahuan berpolitik sesuatu yang digalakkan, namun pelajar perlu mencapai impian dalam bidang itu dengan cara yang jujur.

“Belajar daripada awal untuk mencapai impian dalam politik, matlamat itu tidak boleh menghalalkan cara terutama melalui cara yang kotor.

“Jika anak muda kita mahu masuk dalam politik selepas lulus pengajian nanti, cara mereka mencapainya adalah sama mustahak,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Nadi Negara 2011 kepada 20 penerima di sini, semalam.

Shahrizat berkata, kerajaan sentiasa peka dan berusaha memberikan yang terbaik kepada generasi muda dan oleh itu mereka perlu memainkan peranan membela agama dan bangsa.

“Jangan biarkan pihak lain menghina Islam dan memecah belahkan kita,” katanya dan menambah Wanita UMNO akan turun padang mendampingi generasi muda bagi membimbing dan nasihat.



LEMBU LEMBU USAH GHAIRAH BERPOLITIK – tukar tiub

Ketua Lembu Lembu Betina, Shahrizat Abdul Jalil telah diberi ingatan. Saranan yang datangnya dari generasi muda terutama pelajar universiti mengingatkan lembu lembu tua ini supaya tidak ghairah berpolitik di padang kampus, sebaliknya menumpukan perhatian penuh kepada rumput rumput di tepi jalan.

Anak anak muda ini berkata, walaupun kerajaan bercadang meminda Akta Rumput Tepi Jalan Raya dan Longkang Tepi Jalan Raya (ATJR), lembu lembu tua ini perlu berpegang kepada matlamat asal : betetek besar untuk mengeluarkan susu dan terberak banyak untuk menghasilkan baja beerkualiti..

Lembu tua ini diingatkan lagi, kemahuan untuk meninggalkan kandang dan berpindah ke kondo adalah sesuatu yang digalakkan , namun lembu lembu perlu mencapai impian dalam bidang bertetek besar dan terberak banyak dengan cara yang jujur.

“Makan rumput dari awal pagi pagi untuk mencapai impian dalam mengeluarkan susu, matlamat itu tidak boleh menghalalkan cara terutama melalui cara yang kotor seperti membeli susu dari Australia.

Anak anak muda terus berkata bahawa mereka sentiasa peka dan berusaha memberikan yang terbaik kepada lembu lembu ini agar tetek mereka besar dan lanjut untuk bersusu dengan banyak demi peranan membela agama dan bangsa.

“Jangan biarkan pihak lain menghina kopek dan tetek kita atau memecah belahkan kondo kita,” nasehat dari anak muda yang mahu lembu lembu Wanita UMNO turun padang mendampingi longkang dan denai. Anak anak muda ini cuba membimbing dan memberi nasihat tentang cara terbaik makan rumput.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



SHAHRIZAT LEMBU





HARI HARI AKHIR SAEKOR GEROMBOLAN




TABUNG CERMA DI LANCAR




NOTA:
adalah diumumkan
satu tabung dana cerma akan dilancar minggu inio
untuk membantu united malay national organisation

NOTA:
sapa tak tahu cerma?
cerma ialah : cepatlah mati
kah kah kah




MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA : SATU JIHAD – meloya

KUASA POLITIK MELAYU GOYAH,FITNAH TERHADAP UMNO: MUHYIDDIN

Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihan Raya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan landskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional tidak sekuat dahulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO antidemokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na'uzubillahi min zalik.

Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan kehenin

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit.... KESIAN.... GOYAH ...GOYAH... kah kah kah..

kah kah kah... MACAM GIGI TUA... DAH GOYAH.... kah kah kah...

kah kah kah...MACAM TIANG REPUT .... DAH GOYAH.... kah kahb kah...

kah kah kah.... KESIAN... KESIAN... kah kah kah..

nota:
bergumbiralaaa
dengan lagu ini
kah kah kah


LAGI GOYAH GOYAH CIK MINAH GOYAH


MASANYA TELAH TIBA UNTUK TURUN SEKALI LAGI




GANDAKAN SEJUTA KALI







MP PAKATAN KELUAR PARLIMEN PROTEST RUU PERHIMPUNAN AMAN - minsider


KUALA LUMPUR, 29 Nov — Wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas Barisan Nasional (BN), dipimpin Najib Razak, enggan menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman hari ini.

Speaker Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan tiga Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu dengan kesemua mereka meminta agar ia ditarik balik dan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas.

“Ini cara kami menolak rang undang-undang ini sehingga kami ada satu jawatankuasa pilihan khas,” kata Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa kepada The Malaysian Insiderketika mereka meninggalkan Parlimen.

PEGUAM BERDEMO PAGI KELMARIN



“Rang undang-undang ini tidak melindungi keselamatan nasional, hanya keselamatan pemimpin-pemimpin BN,” kata Presiden PAS Dat Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang dan wakil rakyat terakhir pembangkang dibenarkan bercakap.

Banyak pihak mengkritik rang undang-undang itu termasuk pembangkang yang menyifatkan Malaysia ketinggalan di belakang berbanding Myanmar dalam menyediakan undang-undang sedemikian.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...KATA NAJIB INI UNDANG UNDANG REVULISINER... kah kah kah..

kah kah kah..MEMANG BETUL.... RAKYAT ADA HAK BERKUMPUL... kah kah kah..

kah kah kah...UNDANG UNDANG INI TIDAK MELARANG ORANG RAMAI BERKUMPUL.... kah kah kah...



INI BUKTINYA HAK BERHIMPUN DAN MENUNJUK PERASAAN MASIH ADA:


1 – orang ramai dibenarkan berhimpun dikawasan yang tidak ada oxygen
2 – orang ramai dibenarkan berhimpun didalam air
3 – orang ramai dibenarkan menunjuk perasaan di depan ibu pejabat PKR
4 – orang ramai dibenarkan menunjuk perasaan di hadapan ibu pejabar PAS
5 – orang ramai dibenarkan menunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat DAP
6 – orang ramai dibenarkan menunjuk perasaan di hadapan disemua pejabat
kerajaan Pakatan Rakyat


nota:
sapa kata hak berhimpun tak ada
sapa kata hak tunjuk perasaan tak ada
kah kah kah
kah kah kah


TUNAIKAN INI DULU