Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 27 Jun 2012

SYRIA DAN NEW WORLD ORDER













SYRIA DAN DEMOKRASI

Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah sadikit untuk difahami.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami. Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.

Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir.Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.

Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkan sikap ‘budaya wajib mendengar’ dari bengolan-bengolan yang dikatakan memiliki ‘authoriti’. Bengolan-bengolan yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untukbercakap. Bengolan-bengolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka mendengar. Sikap suka mendengar ini telah membunuh sikap ‘suka membaca’ dan ‘suka mengkaji dan menyelidik’.

Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen maka apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal.Kegersangan untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.
Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Shiah. Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan Kristian.

Memang saheh, wujudnya konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia ketiga. Mereka zalim, ganas, rasuah dan rakus merembat harta kekayaan negara. Kezaliman dan penyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.

Memang betul pada awalnya ada kumpulan yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syrian diperluaskan. Ini sama saperti tuntutan warga Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik. Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas pejuangan warga dari negara Dunia Ketiga.
Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ianya sama saperti oxygen ertinya kontradiski wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.

Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi. Dalam kontradiksi ada pergeseran. Pergeseran dan percanggahan inilah yang mengerakan alam kita ini.

Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fudumental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik ialah dalam sejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua. Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.

Tetiba Jepun datang menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental :penjajah Jepun.

Bagitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi ajenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Shia. Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara Presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.

Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini ialah diantara rakyat Syria dari semua mahzab agama dengan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.

Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun initelah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.

Justeru wajib disedari jika Iraq hanya pengekspot petai, jering dan cincalok pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petrolium dan gas maka Iran tidak akan diserang.
Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.

Bagitu juga Malaysia dan Berunai. Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia’kepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantar tentera ke Afghanistan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.

Tetapi Syria tidak memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.

Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.

Dari era Perang Dingin lagi Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama dengan USSR, kemudian dengan Russia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria yang digunakan untuk melawan zionis Isreal telah dibekalkan oleh Russia. Russia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Russia terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pengakalan tentera laut Russia di Tartus semenjak tahun 1971. Tartus ialah perlabuhan yang kedua terbesar di Syria.

Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.

Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.

Hari ini telah diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turkey dan rakyat dunia. Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi – saperti zaman Ottoman dauhulu –untuk dapat mempengaruhi Dunia Arab.Turkey memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul kerana Turkey memiliki viagra yang bernama Nato.

Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionis International.

Pada ketika ini kuasa dan pengaruh zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat– tahun pilihan raya - dimana tidak ada bakal Presiden Amerika yang berani bercanggah dengan Isreal.
Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal.Kita wajib sedar dan berwaspada kerana dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World Order – Satu Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan Amerika dan Nato.

Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi. Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.

Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya cadangkan agar mereka pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk bertanya bila piliharaya akan diadakan di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. (TT)

NOTA:
tulisan initelah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:03-22-72-40-45




30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudi Arabia adalah barua Amerika yg Amerika sendiri paling kurang yakin dan percaya.

Kerana sejak krisis minyak akibat embargo 1973, Saudi ini sendiri telah merancang projek imperialisme mereka sendiri untuk menjaga kepentingan ekonomi minyak mereka. Caranya mereka giat menyebarkan pengaruh melalui agama i.e arabisasi khususnya kepada Asia Tenggara.

Sejak jatuhnya Shah Pahlevi di Iran dan bermulanya rejim Ayatollah, Iran telah dijadikan "momok" untuk Amerika dan Saudi Arabia menakut2kan sesama sendiri dan dunia. Sejak 30 tahun, kita lihat dan dengar Iran ini bakal diserang.

Saya lihat Iran ini, seperti Israel akan terus digunakan sebagai momok untuk "tarik tali" dalam rundingan dan perebutan minyak antara dua pihak ini.

To some extent, walaupun bukan pasal minyak, perkara sama antara Amerika dan China berkenaan Korea Utara.

Tanpa Nama berkata...

lupa. sambungan tadi - point saya adalah, saya tak nampak Amerika akan serang Iran. Tapi ya, sekutu Iran yg "lemah", iaitu Syria akan diserang sebagai strategi menakut-nakutkan dan beri amaran. Bukan saja ditujukan kepada Iran tapi juga kepada barua Amerika sendiri, Saudi. Ini boleh difahami jika faham tentang kontradiksi macam Isham terangkan tu.

cikgu ilmu alam berkata...

Ayat mudah, bahasa yang senang difahami.. tapi aku berani potong ayam, ada yg tak akan faham

dan ada yang buat-buat tak faham :)

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dengan kau TT, mmg umat Islam di M'sia ni menganggap masalah di Syria tu masalah mazhab sebab sumber rujukan mereka adalah CNN, AP, Reuters, BBC dll - media dunia dah dicontrol oleh zionis dan USrael, jd mudah lah utk mereka yg menjadikan media zionis ni sebagai sumber rujukan, tu yang kadang2 buat demontrasi di depat kedutaan negara asing tanpa tahu hujung pangkal - jadi rajin-rajin lah membaca dan asahlah seni berfikir tu... Jangan hidup kita ni menjadi hamba tanpa kita sedari! AKU TAK INGIN MENJADI HAMBA LAGI, AKU TAK MAHU DI JAJAH LAGI... - LAGU M NASIR

Tanpa Nama berkata...

Betul, Malaysia budak suruhan Amerika. Kepada yang tak faham betul2, bukan saja United Malays National Organisation dan BN tapi PKR dan PR pun akan jalankan tugas yang sama kalau memerintah nanti.

Kena ingat, tak habis lagi dengan setakat tumbangkan BN dan ganti dengan PR. Jika itu saje niat kita, sama macam tak nak minum Coke tapi pilih Pepsi. Fahami konsep kontradiksi, fahami "rakan sampingan".

Penyokong tegar PR jangan marah komensaya ini. Ini hakikat.

pak-utih.blogspot.com berkata...

Jangan merepek dengan membawa faham sosialis yang pro Syria ko tu TT.

Tanpa Nama berkata...

yg saya kesal ialah ada pemimpin melayu islam yang termakan gula2 zionis ini. kononnya ini perang antara shiah dan sunni. otak cetek boleh jadi pemimpin. tak melihat perancangan musuh islam yang lebih besar.

Tanpa Nama berkata...

satu penulisan yg ilmia dan akedemicia berserta dengan fon huruf yg bergitu cantik dan bersih, syabas bro

Anti Teori Konspirasi berkata...

Syabas Isham tak sangka hang pun percaya teori konspirasi yang tak tentu hujung pangkalnya, pada hakikatnya kita sebenarnya memang telah dikuasai olah Amerika secara tak langsung contoh kerajaan kita tunduk pada amerika. Pakaian,makanan segera,muzik,filem,internet,komputer,laptop,iphone,tablet pc,forex semuanya datang dari amerika. Kalau tak suka Amerika janganlah guna semua benda alah tu. Sebab tu teori konspirasi new world order,illuminati,freemason,bohemian club,bone and skull dan tah apa-apa lagi semuanya mengarut. Tak sangka kat hang isham pun percaya benda karut ni ke. Baik hang bongkar pasal altantuya dan scorpene lagi baguih dok ada.

Tanpa Nama berkata...

yg melayu ulat taeeeiikk. yg muslim taeeiikkk palat. melayu dan Islam di negara ke tiga akan jadi barua sampai mampos. ada ideologi omputih punya. ada agama arab punya.ada reta badak punya janji asal bukan anuar ibrahim kah kah kah

ps nabi saw sendiri malu nak ngaku islam tu org arab punya. Allah turun Islam pd org arab sbb mereka ni bangsa paling jahil tapi org melayu gah sampai lentuk dek nasyid dan serban....akhirnya sama-sama jadi budak suruhan yankee. org melayu tak nampak dlm islam ada demokrasi, ada sosialisme, ada komunisme lagi global dan tulin. tak caye? tanya mat indera kah kah kah

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

mean taib erdorgan barua amerika ke? atau orang bwahan taib ada sebilngnnya pengkhianat?

Tanpa Nama berkata...

TT, saya suka tulisan tuan :)

Militia Buruh berkata...

Anon 3:08 pm, hang ni merapu apa??? Orang cite pasal isu Syria, ko citer pasal Melayu dan Islam. Dah keluar topik dah oii. Dasar Xenocentrism ko ni. Kutuk2 bangsa ko sendiri dan Mat Indera pun, ko tetap sebangsa dgn Mat Indera oii. Lantak pilah Melayu anut agama dari Arab iaitu Islam. Kalau agama tu ajar benda baik baik, anut jelah.

Melayu pun kuat gak oii. Kalau tak, siapa pulak Mat Indera, Abdullah C.D,Ahmad Boestamam, dan Rashid Maidin? Tangan2 merekalah yg dapat paksa British keluar dari Malaya (British keluar pun sebab takut dihalau secara hina spt Belanda di Indonesia). takkan diorg negro kot.

Manusia yang tak bangga dengan pejuang2 dari kalangan anak bangsa sendiri adalah manusia yg tak ada keyakinan diri, senang menjadi macai2 upahan asing. kahkahkah.

Bab Syria tu, memang ada kebenarannya, ada kemungkinan perjuangan rakyatnya bakal dirampas oleh Amerika. Bak kata pepatah bagai menangguk di air keruh. Jadi, kepada rakyat Syria, pilihlah pejuang2 yang betul2 memperjuangkan nasib rakyat bukan memilih barua Amerika.

Lebih baik rakyat Syria pilih kawan2 dari Ikhwanul Muslimin, demi Syria yang lebih baik. Tak pun kautim dgn Pari Baath Iraq (berpisah dgn Baath Syria) pimpinan Izzat Ibrahim al-Durri.Sekurang2nya, Baath Iraq dapat paksa Amerika keluar dari Iraq secara bersenjata. kahklahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 3:08 ptg bebal dan dungu. Org citer lain, dia citer lain. Ko jadi negrolah kalau tak nak jadi Melayu. Entah2, mat Negro pun tak terima kau jadi mat negro. Wahahahaha!!!!! >:p

dasar tak reti hormat sensitiviti masyarakat Malaysia langsung. Kahkahkah!!!!!!! >:p

Tanpa Nama berkata...

P cium pungkoq madey la tt oi..dia sama mcm bashar jgk..ang p cium kote najib la sebab us pun tgh nk jth kn dia..ang jgn sokong pakatan rakyat..sembang mcm banggang

Tanpa Nama berkata...

Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petrolium dan gas maka Iran tidak akan diserang

nasibbaik hj najib belom benarkan kelantan memiliki royalti petroleum, terpaksalah tgna dgn anak2 negeri dia berpuashati sebagai pemilik budu je setakat ni, jadi idak la kena serang dek imperial anglo-amereka! hukhik hukhik jgn mara haa!

-average joe-
klakka-la.blogspot

Tanpa Nama berkata...

Aku tak sangka, aku terkejut, aku terkedu yang ramai dari rakyat tak boleh hadam tak boleh terima apa yang TT utarakan. Ini termasuk orang2 di sekeliling aku, pak2 lebai, ustaz2 dan pemimpin2..aduhai, ini bermakna mereka yg sependapat dengan TT dalam isu Syria adalah golongan minoriti! Aduhai, betul2 aku tak sangka..Apa yang TT utarakan ini sama dengan apa yang Sheikh Imran Hosein utarakan. Cuma bezanya, TT menghala kepada sistem ekonomi etc, tapi Sheikh Imran menghala kepada isu2 yg berkaitan agama (Dajal, Imam Mahdi, etc)..Tapi isi kandungannya tetap sama, NWO dan Zionisme. Sedih aku melihat keadaan ini, dimana majoriti umat islam masih di dalam isu sunni dan syiah, masih terduduk kekenyangan mamai dalam keadaan dunia yg semakin tenat ni, walhal musuh utamanya ZIONIST terus melebarkan kuasa dan mereka terus bertelagah isu Sunni dan Syiah?? kahkahkahkah i dont know how to talk anymore warghhkahkahkah i'm sick!!!

northerner berkata...

tulisan yg ilmiah....
Ulasan .. mcm tu la org melayu.. tak pasal kita gaduh kerana hanya pada tulisan..
Profesional la .. kau setuju hak kau,, begitu juga kalau 'tak'... bebas,. demokrasi.. tak perlu kita menyuruh/memaksa org menerima pandangan kita ..
Salute to TT,.. terbuka dgn memasukkan ulasan pembaca walaupun tak setuju dgn pandangan beliau..
TAPI,,.. bila kita terlalu 'freedom'.. dan jika terlalu kebebasan diberi.. org ramai boleh bergaduh atas sebab yg mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya.
Sekadar nasihat..

Tanpa Nama berkata...

Erdogan barua us? Tt lupa ke dia bantai israel kes marmara? Byk kesilapan fakta. Pegi ngadap prof rezuan tu. Dia lama buat kajian. Jgn makan nwo tu. Itula gula2 tau tak. Percayalah. Mereka merancang. Tapi Allah maha hebat perancanganNya. Demi Allah. Bukan demi zeus lahhh

anti demokrasi berkata...

nwo da lama wujud broo..skg diorg dlm fasa terakhir utk persiakan haikal sulaiman di palestin...skg wa nak tgk apa jadi waktu temasya olimpik london nanti..x sbar gila...klu temsya olimpik tu nanti bertukar menjadi huru hara..confirm arus politk dunia berubah secara total..skg wa da x stim follow perkembangan politik demokrasi dlm negara sbb wa tau last2 x kira siapa pemimpin yang naik x kira anwar or najib or mat sembab semua tu ttp akan jadi balaci amerika,zionis selagi diorang percaya berpaut bergantung dengan demokrasi..
akhir zaman ni akan berlaku perang dunia ke3..perang dunia ke3 ni selalu digambarkan dengan perang agama..ini semua karut..sebenarnya perang dunia ke3 adalah perang antara manusia percaya/sembah tuhan versus manusia/golongan menyembah syaitan..sapa yang sembah syaitan...lu pun sendiri tau....apa2 pun wa respect lu punya tulisan kali ni...keep it up bro..!!!

binjai berkata...

aku rasa tt dah tulis cukup clear...kenapa ada lagi org faham ini antara syaih dan sunni.

matlamat menghancurkan negara arab adalah demi minyak bukannya untuk membantu demokrasi sbb arab saudi pun bukan negara demokrasi walauun arab spring bermula utk kebaikan. apajd pd libya sekarang? nak bunuh belalang pun tak mampu.

kenapa korea utara dibiar? sbb dia pengeluar tempoyak bukan minyak. sila pahami agenda selepas perang dingin.

Tanpa Nama berkata...

kalo PR pun kene sokong yahudi ngan amerika sama mcm umngok, ada beranik ka makhluk2 islam nak bangun berjihad? hahahaha lendir pun pakat2 takdak..

pasal ni musti ada jalan penyelesaiannya.. mcm sistem kapitalis yang boleh dilawan dan ditawan.. bukannya kita jadi pengikut sistem kapitalis.. dan menganut kapitalis islam..

nabi saw sudah ajar, pilih islam memang selamat.. zaman nabi, siap buleh juggling lagik ngan yahudi2 ni..yahudi sudah beberapa kali dihalau keluar dari madinah.. dihalau dari kampung halaman dan kampung asal mereka.. kenapa kita tak nak belajar cara diplomasi nabi hinggakan yahudi boleh dinyahkan dengan menggunakan undang2 yang mereka cekap dan menguasainya sendiri??.. cakap memang murak?? ternyata tektik lapuk nabi 1400 tahun dahulu cukup berkesan daripada kaedah teknologi dan kajian2 terbaru yang berbagai2, akhirnya kita juga yang dibodoh2kan oleh yahudi dan zionis.. yahudi=zionis=semiticism=atau apapun sebutan lunak2nya keatas makhluk yahudi baik atau jahat ini, sumernya tak boleh dipakai langsung.. BOLEH BLAH!!! 2x5=5x2 saja.. buka sirah rasullullah... lepak2 baca, tulis dan kaji..mereka2 ini adalah bangsa yang sudah rosak dan hidupnya merosakkan orang lain dan tiada manfaat langsung untuk kehidupan manusia lain.. hinggakan seluruh 99% nabi yang diturunkan dari bangsa mereka sendiri pun, mereka tak nak ikut.. inikan pulak kita bangsa cikai nak jadi pandu arah yahudi2 ini.. senaraikan saja apa2 teknologi2 yahudi yang memberikan impak besar kepada umat seluruh alam, akhirnya teknologi2 itu, membodohkan para pengikutnya sahaja.. tak perlulah kita terus bodoh sombong dalam hal ni.. beli saja buku sirah nabi, baca saja petang2..jangan lupa taruk kopi jangan bagi lena..

TT: Ingatkan juga pada umat manusia sumer, membaca sahaja tidak cukup untuk membuka minda dan menjadi pandai.. ingatkan juga pasal kene menulis.. rajin membaca + rajin menulis + rajin mengkaji = otak jadi cerah! katakuncinya ialah RAJIN.. menulis? apa dia menulis ni... gua tak nak surah lebih2 cara menulis ni.. nak tahu apa dia "menulis" ini.. samalah cara nak tahu camana kita melawan sistem kapitalis yang sedia ada untuk menjadi kaya dalam bentuk wang, kaya emas, bebas hutang, beli tanah sendiri, buat rumah sendiri hatta kita ni pemalas secara fizikal sekalipun.. kita tetap mampu dilihat rajin.. MISTERI kan? semisteri lahirnya nabi isa as tanpa bapa? tak la sampai tahap tu.. jumpa lagi dimasa akan datang.. -tabernacle,nottinghill.

TAKTIK SYAITAN-IBLIS DAN YAHUDI SAMA JE berkata...

WAHAI ORANG2 ISLAM SEMUA... SILA KAJI BALIK SEJARAH SIAM MENYERANG NEGERI2 MELAYU KEDAH, PATTANI, DAN NEGERI2 SEGENTING KRA (SKRG SUDAH LENYAP)PADA ABAD KE 17, 18, DAN 19 DAHULU...

TAKTIK YG SAMA... IAITU MENGHURU-HARAKAN DAHULU... LEPAS NI U.S DAN YAHUDI BOLEH MASUK DGN MUDAH..

UMAT ISLAM VS PENGIKUT IBLIS berkata...

CUBA KAJI MENGAPA ISLAM NI LAHIR DI KAWASAN NEGARA2 ARAB...

CUBA KAJI KENAPA, MINYAK TIBA2 BANYAK KELUAR DI BUMI ARAB-ISLAM SEDANGKAN PENGGUNA YG TERBESAR IALAH AMERIKA/YAHUDI ZIONIS...EH INIKAN MUSUH TERBESAR UMAT ISLAM...

PELIKKAN KAN CIPTAAN ALLAH... MUSUH BESAR PENDUDUK ISLAM, TERPAKSA BERGANTUNG KPD HASIL MAHSUL DR NEGARA MUSUH MEREKA... INILAH KUASA ALLAH, PERANCAGAN ALLAH... INILAH JUGA BAGI ORG YG BERFIKIR DPT TAHU SIAPA JAHAT, PENGIKUT SETAN YG SEGALA AMALAN/USAHA BERSUNGGUH2 MEREKA ATAS DUNIA NI SIA2 AJE (PEMERINTAH2 ARAB, U.S, YAHUDI LAKNATULLAH) MANAKALA UMAT ISLAM LAH SEBENARNYA GOLONGAN YG SEMEMANGNYA YG SENTIASA BERNASIB MALANG DI DUNIA (INSYA'ALLAH DI AKHIRAT PASTI MENDAPAT SYURGA-SBB SEMEMANGNYA HIDUP KITA YG ABADI IALAH DI AKHIRAT, DI SINI TEMPAT UJIAN)...

KAJI DLM KACA MATA BESAR..SEGALA PERANCANGAN ALLAH... MUSUH YG SAMA UMAT NABI MUHAMMAD SAW HADAPI SKRG ADALAH SAMA DGN UMAT NABI DULU2 HADAPI!!!! SEHINGGALAH HARI KIAMAT BENDA YG SAMA BERULANG2 BERLAKU, DAN TAKTIK PON SAMA JUGAK...

AKHIRNYA KITA SEMUA AKAN DI KEMBALIKAN KPD ALLAH UTK DI HITUNG AMALAN KITA...SETIAP ORG DI BERI PELUANG SEKALI HIDUP ATAS DUNIA... JADI PANDAI2LAH CARI PELUANG.

Tanpa Nama berkata...

trima kasih atas info yg boleh lah tahan tu...but kalau x memihak pada sapa2 ko x leh lah nak marah2 pada org yg x setuju pendapat ko...tu just penulisan dan sedikit kajian yg ko buat..TQ

ilham.dunia berkata...

artikel ini membela kekejaman tentera bassad,hizbullah,iran dan rakan sekongkol lain..

faisal berkata...

kalo perhatikn tactic us & nato (kuli zionists) baru2 ini mkn aggressive yakni trus menghatar jet pejuang mengebom kediaman presiden (libya). then lepas gaddafi mati it turns out he was a good leader n had done byk pembangunan kpd libya which before that the main stream medias had demonised him extremely n we all terpedaya. bank libya that once free of debt now nato dh ambil alih the first thing they did was issue a big loan from the world bank kononnya to repair the destruction that diorg sendr yg buat.

my point here is that the conspiracy theory ie new world order is really happening n terang2 disebut oleh presiden2 USA. do more research. n menjatuhkan syria is one of the initial step to menjatuhkn iran kelak. in which they will have full control in the middle east. full control over the petroleum reservoir of the world.

Tanpa Nama berkata...

kalo perhatikn tactic us & nato (kuli zionists) baru2 ini mkn aggressive yakni trus menghatar jet pejuang mengebom kediaman presiden (libya). then lepas gaddafi mati it turns out he was a good leader n had done byk pembangunan kpd libya which before that the main stream medias had demonised him extremely n we all terpedaya. bank libya that once free of debt now nato dh ambil alih the first thing they did was issue a big loan from the world bank kononnya to repair the destruction that diorg sendr yg buat.

my point here is that the conspiracy theory ie new world order is really happening n terang2 disebut oleh presiden2 USA. do more research. n menjatuhkan syria is one of the initial step to menjatuhkn iran kelak. in which they will have full control in the middle east. full control over the petroleum reservoir of the world.

Tanpa Nama berkata...

Hisham suwey la artikel ni...Basyar - Iran - hisbullah (sebut hisbullat) syiah totok la...depa sebenarnye tali barut yahudi..Nak faham senang - kenapa Israel atau US x serang2 Iran smp ke hari ni? Gebang je kuat tp x serang2...lu pk la sendiri Hisham..pose Nk solat x mau

Tanpa Nama berkata...

artikel bodoh..menyembunyikan fakta dan hakikat..kat syria iran,iraq,russia,china membantu basyar assad membunuh rakyatnya sendiri..jadi tak salah kalau rakyat syria bangkit lawan basyar dan sekutunya...artikel yg cuba alih fakta pembunuhan beramai2 rakyat syria..rakyat syria bukan bodoh macam penulis artikel ni..mereka akan menentukan masa depan negara mereka dan mereka tidak akan benarkan mana2 negara lain ambil kesempatan atas apa yg berlaku...mereka akan berperang dan membebasakan negara mereka...bukan macam penulis artikel ni yang bodoh dan menjadi pencacai kepada israel..