PERMINTAAN KEPADA SEMUA
sila jangan hina masyarakat katak
suila jangan gunakan bangsa kami sebagai bandingan
sila jangan samakan masyrakat dan kaum kerabat kami
dengan datuk ibrahim ali
tolong hentikan penghinaan keatas kaum keluarga kami
wahai bani melayu
tidak kah kamum tahu
bahawa kaum keluraga kami
telah menyelamatkan banyak kaum kerabat kamu
dari mati diserang oleh nyamukl aedes
sup daging kami
bersama peria pahit kami
adalah paling mujarab untuk menaikan pelet darah
yang turun akibat serangan nyamuk aedes
berterima kasehlah kepada kami
Ahli Umno Jangan Jadi Seperti ‘Katak’ – Wakil Selangor
Ahli Umno disaran agar menetapkan pendirian mereka dan tidak menjadi seperti katak yang suka melompat sekiranya tidak mendapat tempat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Perwakilan Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, sebagai ahli Umno mereka harus melaksanakan arahan dan mendengar nasihat daripada pucuk pimpinan.
"Kalau kita tak mendengar nasihat dan cakap, mati katak. Ada beberapa falsafah `katak' yang boleh menjadi ikutan dan larangan yang saya ingin perkenalkan di sini, agar ia menjadi renungan semua pihak,' katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Jumaat.
Abdul Shukur berkata, falsafah larangan itu adalah; Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan; Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa dan Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang.
"Falsafah yang menjadi ikutan adalah Kena Akur Tunjuk Ajar Ketua; Kita Amalkan Toleransi Amanah Kesederhaan dan Kejayaan Akan Tercapai Apabila Kerjasama.
"Seandainya kita tidak mempunyai idea bagi menjana kecemerlangan pilihan raya kali ini, kita harus mencontohi cara Perdana Menteri bekerja," katanya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor berkata cara yang dibawa oleh Najib, yang membawa pelbagai perubahan akhirnya berjaya mengembalikan sokongan golongan muda kembali menyokong Barisan Nasional (BN).
Jelasnya, ahli parti seharusnya berjanji untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam pelbagai sudut dan dimensi agar Umno tidak kecundang serta berjaya merampas semula negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.
“Saya mahu menyeru semua perwakilan Selangor yang ada dalam dewan ini supaya tanamkan azam dan tekad berjuang habis-habisan. Sebagai menghargai jasa presiden kita, kita akan hadiahkan kerajaan Selangor pada PRU13.
“Umno Selangor akan bantu BN rampas semula Selangor dari tangan pembangkang,” katanya.
-------
dapat perak pun sbb katak, lagi mau cakap besar. piiiiraaah
BalasPadamcakaplah apa pun.....ia tidak akn mengubah apa apa....katak ker,aedes ke,aes ker,amalan ke,...apa ingat cakap sekarang dapat ubat hatiku yang luka ini....aku dari dulu mengidam katak taiwan...dan dari kecil sampai la ni...aku tidak pernah pakai SELUAR KATAK.......cakaplah sampai berbuih kawan uiii...aku tetap pakatan voter.......khalas.
BalasPadamSaudara Hishamuddin Rais,
BalasPadamBila Pakatan Rakyat menang, saya sarankan awak menubuhkan parti yang baru kerana UMNO & Bee End tidak mampu menjadi pembangkang yang baik. Untuk mencegah penyelewengan dari parti pemerintah, kita perlukan satu parti pembangkang yang baik seperti Pakatan Rakyat. Tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah, sudah tentu ramai katak UMNO akan melompat menyertai Pakatan Rakyat. 10 tahun kemudian, Pakatan Rakyat akan menjadi macam UMNO. Jadi saya harap saudara Hisham pertimbangkan cadangan saya.
Berat brahim klau umno kta gtu. Jem r group katak 1malaysia. UBN pun x nk. Xleh cri mkn r lps ni... Kih.kih.kih...
BalasPadam