Shah Alam: Kerajaan Selangor semalam memutuskan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu ditutup mulai esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangannya.