Selasa, 3 Januari 2012
TUMPAS KAN BADAK BERENDAM INI
BANGUN DAN LAWAN
NOTA:
anak anak muda
para pelajar
para mahasiswa
genggam tangan kamu
ancungkan ke langit
laungkan suara demokrasi
jika kamu bangun seluruh negara
esok kita bukan saja ada naib cancelor baru
kita semua akan masuk ke dunia baru
malaysia yang merdeka
malaysia yang menolak bendera uncle sam]
malaysia yang menolak lagu terang bulan
yakinlah
dunia ini akhirnya
adalah milik anak muda!
HANYA SAEKOR BADAK BERENDAM
DEMO UPS: MAHASISWI DISINGKIR DARI KOLEJ KEDIAMAN – mkini
Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.
Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.
Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.
Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.
SATU LAGI DATANG MENYOKONG
BN PADANG SERAI DAN NGO BUAT LAPORAN POLIS – berita hairan
KULIM: Barisan Nasional (BN) Bahagian Padang Serai dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, membuat laporan polis bagi membantah kumpulan yang cuba mengganggu perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901.
Kumpulan lebih 100 individu itu turut berhimpun secara aman bagi membuktikan kepada Kementerian Dalam Negeri bahawa berhimpun secara aman ialah satu hak dan tidak perlu diganggu gugat.
Bantahan diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Asmadi Abdul Mutalib bersama pemimpin NGO, mereka membuat laporan di Balai Polis Kulim di sini, petang semalam. - TIEWNAMA
SUNNAH WAL RASUAH
KURSUS YANG TEPAT
JABATAN PENJARA WUJUDKAN PROGRAM PENTERNAKAN LEMBU UNTUK BANDUAN – berita hiaran
KLUANG: Jabatan Penjara mewujudkan program penternakan lembu berskala besar yang akan diusahakan oleh banduan menerusi program pemulihan melalui latihan yang sekaligus dapat meningkatkan hasil penternakan negara.
Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara, Hassan Sakimon berkata program dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu bertujuan memberi persediaan kepada banduan untuk berdikari seterusnya membekalkan keperluan bekalan daging dalam penjara dan dikomersialkan.
"Program perintis penternakan lembu ini sudah dimulakan tahun ini di beberapa penjara dan pusat tahanan termasuk Penjara Kluang, di sini, Penjara Pokok Sena, Kedah; Pusat Tahanan dan Perlindungan Taiping, Perak; Institut Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan dan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan 102 lembu betina baka Zebu Myanmar oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di Penjara Kluang, dekat Kahang, di sini, hari ini.
Hassan berkata, program penternakan berskala besar itu selaras dengan fokus keempat Pelan Induk Jabatan Penjara dengan penghuni yang dipilih untuk mengikuti latihan itu akan diberikan bimbingan secukupnya bagi membolehkan mereka memiliki kemahiran dalam bidang penternakan.
Beliau berkata, program penternakan itu akan diperluaskan ke penjara lain di negara ini sekiranya program perintis berkenaan berjaya dilaksanakan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit..... INI PROGRAM PENJARA CUKUP TEPAT.... kah kah kah..
kah kah kah...JABATAN PENJARA INI MACAM DAH TAHU TAHU AJE..... kah kah kah..
kah kah kah....MENYEDIAKAN KURSUS MENTERNAK LEMBU .... kah kah kah...
kah kah kah... MEMANG BANYAK BAKAL BADUAN YANG ADA PENGALAMAN MENTERNAK LEMBAU.... kah kah kah..
kah kah kah....BAGUS BAGUS BAGUS..... kah kah kah
BAKAL MENJALANI KURSUS
PROGRAM MELAWAN - ROCK AND ROOL - ROCK ON
MINTA BANTUAN DARI PEMBACA
BUNUH DIRI ATAU DIBUNUH?
DITEMUI MATI PAGI INI
saekor lembu yang akan menjadi saksi
dalam kes pembelian kondo di bangsar
telah ditemui mati pagi ini
lembu betina yang bernama siti shahrizat ini
adalah saksi utama telah dipanggil oleh sprm
awal petang kelmarin
adalah dimaklumkan bahawa lembu ini
telah pergi dengan sukarela
lembu ini telah disoalsiasat ke tingkat 14 bangunan sprm
mengikut keyataan pegawai perubatan hkl
siti shahrizat telah didapati mati kerna tecekek
ada kesan tarikan tali di perut shahrizat
dr gurbak singh gill juga telah mengesahkan
bahawa lembu ini mati tercekik
hingga ke saat ini sprm belum membuat apa-apa kenyataan
pihak polis sedang mencari saudara siti shahrizat
pihak polis juga meminta sesiapa ada maklumat
sila hubungi pihak rumah pasong jalan travers
atau pergi terus ke parlimen untuk menghubungi
dato seri sharizat jalil menteri lembu
yang menjaga lembu-lembu - (tukartiub)
INI BETUL BETUL HAIRAN
TINDAKAN HASUT SERTAI PERHIMPUNAN 9 JANUARI GUGAT KETENTERAM AWAM : KHALID – mstar
KUALA LUMPUR: Tindakan menghasut orang ramai untuk berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Jan ini boleh menggugat ketenteraman awam selain menghina pentadbiran sistem keadilan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara i Khalid Abu Bakar.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin membawa masalah mereka ke jalanan dan seterusnya menghuru-harakan negara.
"Banyak kain rentang yang digantung di tempat awam, serta mesej-mesej melalui media sosial yang mengajak dan menghasut orang ramai supaya berkumpul di perkarangan mahkamah pada hari mahkamah membuat keputusan kes perbicaraan (ketua pembangkang) Anwar Ibrahim 9 Jan ini.
"Ini adalah menghairankan kerana mahkamah masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai kes tersebut," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mohmad Salleh berkata setakat ini, 168 laporan polis diterima di seluruh negara daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam sebagai membantah kempen mengadakan perhimpunan itu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...BETUL CAKAP POLIS INI...kah kah kah...
kah kah kah....MEMANG BETUL CAKAP POLIS INI...MEMANG MENGHAIRANKAN.... kah kah kah..
kah kah kah...HAIRAN MAHKAMAH BELUM BUAT APA APA KEPUTUSAN LAGI...kah kah kah..
woit... ADA SATU YANG PALING MENGHAIRANKAN....kah kah kah...
kah kah kah... ORANG BELUM KELUAR BERDEMO LAGI... MACAM MANA POLIS TAHU INI GANGGU KETENTERAM AWAM?..... kah kah kah...
kah kah kah.... LAGI SATU ... 168 BUAT LAPORN POLIS.... PASAL APA?.... kah kah kah..
kah kah kah... MANA ADA ORANG BERDEMO.... INI YANG JUGA MENGHAIRANKAN.... kah kah kah...
kah kah kah..... BENDA BELUM BERLAKU... MEREKA INI NABI KE ATAU NUJUM?....kah kah kah
JEMPUTAN 901 DARI PAKATAN RAKYAT
KETERDESAKAN MELAMPAU UMNO/BN SEMAKIN TERSERLAH
Dalam pada rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru 2012 dengan pelbagai cara dan keraian tersendiri yang rata-ratanya disuburi semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, UMNO dan Barisan Nasional masih terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan bahawa rakyat negara ini sangat mudah diperdaya dan sewenang diperbodoh.
Keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi. Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang UMNO dan Barisan Nasional.
Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan UMNO dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.
Terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik UMNO yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing. Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan UMNO’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.
Fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari 2012 ini. Terdesaknya UMNO adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara. Harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat. Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya. Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara. Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut. Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita.
Nyata keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal. UMNO dan Barisan Nasional kini umpama ‘telur di hujung tanduk’. Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka. Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya. Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.
Rakyat sudah semakin jelek dan bosan dengan cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membohongi dan mengabui mata rakyat. Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan. Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan. Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis. Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan.
Saya ingin menyeru dan berpesan kepada rakyat dan pengundi negara ini untuk terus menolak UMNO dan Barisan Nasional yang semakin nyata dalam keadaan keterdesakan yang melampau.
Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
2 JANUARI 2012