KES KEGANASAN EEE DITUTUP
Imigresen Melaka Tahan 21 Rakyat Asing Dalam OperasiMELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan 20 wanita warga asing dan seorang lelaki Bangladesh dalam satu operasi selama enam jam di dua kawasan berasingan di sekitar Melaka Tengah.
Kes Kehilangan Nurul: Polis Johor Tahan Seorang Lagi LelakiJOHOR BAHARU: Polis Johor menahan seorang lagi lelaki untuk membantu menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak perempuan Nurul Nadirah Abdullah, sejak 1 Mac lepas.
Lelaki Berjumpa Kawan Ditemui Mati Terapung Di LautGEORGE TOWN: Polis Gerakan Marin menemui mayat lelaki yang sebelum itu dikatakan pergi menemui kawannya, terapung di perairan Pantai Macalum di sini, Jumaat.
Tiga Sekeluarga Maut Dalam Nahas Di Lebuhraya Pantai TimurKUANTAN: Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dikatakan merempuh belakang sebuah treler di Km 210.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang awal pagi Jumaat.
Polis Rampas 221 Keping Cek Kembara Palsu Dari Dua Pelancong AsingKUALA LUMPUR: Polis menahan dua pelancong warga asing serta merampas 221 keping cek kembara bernilai RM82,000 dalam mata wang dolar Amerika (USD), pound British dan Euro yang dipalsukan, Ahad lalu.
Tiga Beranak Rentung Di Seri KembanganKUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga rentung dalam keadaan berpelukan setelah terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni mereka di Jalan Aman, Seri Kembangan dekat sini awal pagi Jumaat.
Dua Adik-Beradik Ditahan Miliki Pistol, PeluruSUBANG JAYA: Dua adik-beradik ditahan polis kerana meiliki pistol dan lima peluru hidup.
Warga Afrika Maut Cuba Larikan Diri Daripada PolisSUBANG JAYA: Seorang warganegara Afrika maut ketika cuba melarikan diri dari serbuan polis di sebuah apartmen 12 tingkat dekat sini.
Polis Pecaya Nurul Nadihah Masih HidupJOHOR BARU: Pihak polis mempercayai kanak-kanak berusia lima tahun yang dilaporkan hilang, Nurul Nadirah Abdullah masih hidup.
Lima Ditahan, Polis Temui Dadah Bernilai RM50,000SEREMBAN: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di dua lokasi termasuk sebuah hotel di sini semalam dan menemui dadah jenis heroin dan syabu yang dianggarkan bernilai RM50,000.
Dua Lelaki Ditahan, Pistol, Parang Dan Dadah DirampasPASIR MAS: Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol, dua bilah parang dan dadah setelah kereta mereka terbabas semasa dikejar kereta peronda polis di Jalan Teliar, Bunut Susu, dekat sini, pagi Khamis.
Pengawal Keselamatan Maut Digilis TrelerKOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan, yang baru pulang membeli ubat di sebuah farmasi, maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler di Bulatan Tuan Padang di sini, Khamis.
Bekas Pramugari Dan Kekasih Ditahan Disyaki Miliki GanjaSUNGAI PETANI: Seorang bekas pramugari dan kekasihnya ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah inap desa di Persiaran Cinta Sayang, di sini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
MALAYSIA NEGARA KE -19 PALING SELAMAT – berita hairan
KUALA LUMPUR: Walaupun ada pihak sentiasa cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran iaitu daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH KAH....
i rest my case my lord.... kah kah kah