Selasa, 13 Mac 2012
DI RUMAH SIAPA AHMAD MAZLAN TIDOR UJUNG MINGGU LALU?
KENYATAAN MEDIA: Wan Azizah dan Shahrizat bagaikan langit dan bumi
Saya merujuk kenyataan Timbalan Menteri Ahmad Maslan bahawa Dr.Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden Keadilan kerana Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999. Kenyataan ini mendedahkan hipokrasi UMNO. Umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa UMNO yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak. Tuduhan dan hukuman terhadap Anwar mengejutkan rakyat Malaysia dan mengundang kritikan antarabangsa.
Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil. Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor UMNO? Sebaliknya, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan. Selama 13 tahun beliau telah berjaya memimpin perjuangan ini dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar. Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi.
Hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan dan rakyat Shahrizat mengumumkan bahawa beliau melepaskan jawatan menterinya pada bulan hadapan. Ini bukannya tindakan sukarela. Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan UMNO lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah 'mengorbankan' dirinya.
Malah, pimpinan UMNO dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka. Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik. Kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan UMNO tersebut.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN
CAKAP NUMBER 19 ? TIGA BERITA MUKA DEPAN UTUSAN MELOYA
UNTUK INGATAN SEJARAH
DARI MUKA HADAPAN MELOYA HARI INI
Didakwa pecah amanah RM49.7j
KUALA LUMPUR 12 Mac - Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan...
Nurul Nadirah dibunuh, dibakar
JOHOR BAHRU 12 Mac - Teka-teki kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang sejak awal bulan ini akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka manusia rentung yang...
Kenapa kasi mati anak aku! - Roselyn
JOHOR BAHRU 12 Mac - "Kenapa kasi mati anak aku!" Kata-kata itu sudah cukup menggambarkan betapa remuk redam hati seorang ibu setelah mendapat tahu kematian adalah pengakhiran kepada penantian ke atas anak...
Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara Dan Ke-19 Dunia - TIEWNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata ia juga sekaligus membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerja keras semua pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.
“Ia termasuklah komitmen sukarelawan polis terlatih dari Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
Selain itu katanya pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.
Sementara indeks jenayah jalanan pula mencatat penurunan sebanyak 40 peratus berbanding tahun 2009, iaitu selari dengan sasaran yang ditetapkan.TIEWNAMA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...MACAM MANA AGAKNYA NEGARA NUMBER 20?.... kah kah kah..
kah kah kah...I REST MY CASE YANG ARIFF..... kah kah klah
YBSATION DAN LEBAISATAION
DUA PERKATAAN BARU
ybsation
lebaisation
ada dua perkataan baru
yang lahir di malaysia
ybsation muncul sesudah 8 march
manakala lebaisation telah muncul agak lama
fenomena ini wujud
fenomena ini dilihat ramai
warga tahu
cuma belum diistilahkan
dengan ini secara bangga tukar tiub
mengistilahkan dua perkataan ini
sila toton klip ini
untuk memahami makna dan pensejarahan
dua perkataan ini
SILA SOKONG PROGRAM ANAK MUDA INI
UNTUK ANAK MUDA BUAT INI
KENALI SIAPA MUSUH SIAPA KAWAN
KOMENTAR TUKAR TIUB
ini satu dasar yang tepat
ini satu dasar yang bijak
inilah contohnya rakyat didahulukan
inilah contoh anak dirumah disusukan
kera di hutan biar dia cari sendiri makan
dasar ini wujud apabila indonesia mencapai merdeka
di zaman bung karno
inilah dasarnya
inilah yang membuatkan pemodal luar marah
inilah yang menyebabkan kaum pemodal membuat rampasan kuasa
INI MUSUH RAKYAT DUNIA
INDONESIA HARAMKAN WARGA ASINGH JADI CEO SYARIKAT TEMPATAN - meloya
JAKARTA 12 Mac — Indonesia telah mengharamkan orang asing daripada memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan jawatan berkaitan dengan sumber manusia (HR) di syarikat-syarikat tempatan, berkuat kuasa 29 Februari.
Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, melaporkan bahawa di bawah peraturan Kementerian Sumber Manusia dan Transmigrasi, orang asing diharamkan daripada memegang 19 jawatan berbeza di dalam syarikat-syarikat tempatan.
Bagaimana pun, peraturan itu tidak mengkhususkan mana-mana syarikat akan menerima kesannya kata, akhbar harian itu di dalam laporan muka depannya, Isnin.
Seorang pegawai kementerian itu berkata, peraturan itu akan terhad kepada syarikat tempatan milik penuh dan tidak terpakai bagi syarikat milik asing.
"Dasar itu tidak boleh diretroaktifkan, jadi kemungkinan tiada syarikat akan menerima kesan dasar itu," kata Ketua Bahagian Pekerja Asing di Kementerian Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Titin Supenti kepada the Jakarta Post.
Jawatan CEO berbeza dengan jawatan Presiden Pengarah kata Titin sambil mengenepikan kebimbangan bahawa peraturan baharu itu akan memaksa dilakukan penstrukturan korporat besar-besaran.
Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar berkata, peraturan itu bertujuan membuka lebih banyak peluang bagi membangunkan sumber manusia tempatan, terutama sekali jawatan peringkat pertengahan.— TIEWNAMA
PROGRAM MELAWAN DISANA SINI
DEWAN CHINA KHAMIS INI
ANALISIS ARAH POLITIK MALAYSIA
PASCA PRU-13
Tarikh: 15 / 3 / 2012 (Khamis)
Masa: Jam 8 hingga 11 malam
Tempat: K.L. Selangor Chinese Assembly Hall
Anjuran: Strategic Information and Research Development Centre &
Free Public Forum Malaysia
PANELIS:
1. Dato' Saifuddin Abdullah (Timb Menteri Pengajian Tinggi)
2. Dr Dzulkefly Ahmad (AJK Pas Pusat)
3. Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan Malaysia)
Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi
Chong Ton Sin 016-379 7231, Shake Omar 013-296 5724
PULAU PINANG SABTU INI
NOTA:
sila melamar mendaftar
untuk mengikuti bengkel
media baru pada sabtu in
di pulau pinang
di city bayview hotel
george town pulau pinang
dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang
BERSARKOT UNTUK KESELAMATAN KITA BERSAMA
INI SENYUMAN SARKOT
PENCERAHAN DARI PEMBACA
Setuju sangat dengan pencerahan saudara di atas, nak nikah kt mesia ni susah macam lahanat!! Klu x caya tanya la org yg dah kawen terutama sekali kepada yg kawen di zaman yg serba canggih skarang ni.... Harap zaman ja moden, tp urusan nikah kawen ssh nak mampos, klu tgh berahi mmg terpaksa pancot dulu...xsempat nk tggu akad nikah dah... Bygkan berapa kali kena apply cuti sbb nk naik turun majlis agama "menyembah" geng2 ustaz/haji/imam/kadi semata2 nk ISI BORANG saja pon!!!!
Klu kahwen xsama negeri lagi teruk, dah tu ada hiv test la, interview la... Apa ingt ank muda boleh tahan ka dgn prosedure bangang mcm2 ni? Dah la akad nikah mkn dkt dua jam, ntah apa jadah lagi borang kena isi time tuh, pastu kena upah pulak rm100+ dekat jurunikah tuuu...perghh mmg dasar Cari mkn betul! Fuck off la Jabatan Agama!!
By Anonymous on BERSARKOT LAH KAMU UNTUK KESELAMATAN on 3/12/12
SENYUM PAGI INI
JAUHKAN DARI MALAPETAKA
wahai penjaga hutan
wahai penjaga gunung
wahai penjaga laut
wahai penjaga padang pasir
wahai penjaga alam semesta
jauhkanlah anak cucu cicit kami
dari memiliki cita rasa sehodoh ini
wahai penjaga segala cerekawala
selamatkan lah anak cucu cicit kami
dari memandang kehodohan ini
demi segala bintang
demi segala bulan
demi segala udara
janganlah ada sesiapa
dalam dunia ini
yang memiliki taste sebagini
ya ampoon ya tuanku
ya ampoon ya pemaisuri
bukanlah niat hendak menghina
bukanlah niat hendak memburuk
janganlah sekali lagi
merendahkan martabat diri
bergambar dengan makhlok ini
hinalah sehina hinanya
hodohlah sehodohnya
tidaklah yang hodoh melainkan hodoh belaka
kah kah kah
BIK MAMA
NOTA:
kalau di zaman kerajaan louise ke 14
pereka baju ini akan di penggal lehernya
kalau dizaman firaun
pereka fesheh ini akan dibenamkan ke dlam sungai nil
kalau di zaman mongol memerintah china
pereka ini akan dicincang halus-halus
kalau baju sabagini muncul di paris
semua rakyat paris akan bunuh diri
kah kah kah
YA AMPOON APA SUDAH JADI?