Sabtu, 24 Mac 2012
BERITA HUTANG UNTUK MAHASISWA DAN ANAK MUDA
KOMENTAR DARI TUKAR TIUB
anak anak muda
anak anak mahasiswa
wajib mengetahui kes hutang ini
lihat dan saksikan
hutang beratus juta
boleh dilupus
tetapi hutang PTPTN
mereka desak bayar
ada yang kena saman
ada yang kena tahan di lapangan terbang
inilah dia rejim zalim
makan pada 28 april ini
kita turun ramai ramai
ke dataran merdeka
kita ke jalan raya
sebelum ke pilihanraya
HUTANG RM589 JUAT TAJUDDIN DILUPUS - mkini
Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.
"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.
LAGI AJENDA PENCERAHAN DARI PEMBACA
GUNAKAN GUA - JANGAN BUNUH BAYI
AMAT SETUJU
aku setuju dengan mamat ni . aku pun duduk uk tapi sekitar bayswater . orang putih kat sini memang la kapir laknat , tapi soal kemanusiaan mereka amat tinggi . mereka kalau mengentot akan bertanggungjawab . kalau ikutkan agama Kristian sudah tentu la salah . tapi atas sebab moral , mereka tidak akan buang anak sesuka hati . orang melayu yang lahirnya Islam tapi bila soal moral biasanya punah . nak benda sedap tapi tak mahu bertanggungjawab .
memanglah bukan pak lebai yang mengentot , tapi apa kerja pak lebai ? gomen bayar gaji takkan semata-mata sekodeng jer ? kesimpulannya , melayu Islam di Malaysia sudah tidak ada moral . mereka ada ugama tapi bila soal moral semuanya terbarai . mengentot ni bukan sebab agama atau ape kejadah bende .
mengentot ni sebab rasa sedap , ghairah dan stim . itu pasal anak muda nak rasa . nak try . so ini bukan soal ugama . ini soal moral . orang Melayu bila orang cakap pedas sikit mula la cakap kapir . murtad . keluar daripada Islam la . aku naik See more...
By Anonymous on GUNAKAN SARKOT UNTUK KESELAMTAN BAYI on 3/23/12
MELAYU ISLAM
Aku dah lama perhati ramai yang komen kat blog tt ni mesti nak mengaitkan keburukan dengan Islam contoh kat Malaysia penduduknya semayang tunggang tunggit tapi banyak buang bayi, untuk pengetahuan anda yang macam tak suka dengan Islam ni, Islam takde suruh umatnya melakukan perbuatan terkutuk itu, sekarang ni yang banyak terlibat dengan pembuangan ataupun pembunuhan bayi ni adalah orang melayu yang dilahirkan Islam tetapi tidak mengamalkan Islam dalam kehidupannya.
Disebabkan itu mereka telah terjebak dalam perbuatan zina yang akhirnya menyebabkan kehamilan luar nikah seterusnya menyebabkan berlakunya pembuang atau pembunuhan bayi yang tidak berdosa ini. Sekiranya mereka ini iaitu orang melayu yang islamnya hanya kerana pada ICnya ada tulis Islam betul-betul mempelajari, menghayati serta mengamalkan Islam saya yankin musibah ini tidak akan berlaku ataupun berlaku pun hanyalah kes-kes terpencil yang terjadi sekali-sekala.
Satu lagi orang melayu ni seolah-olahnya menjadi pantang besar sekiranya anak perempuan mereka terlibat dalam kehamilan luar nikah dan melahirkan anak luar nikah seolah-olah ibu bapa dijatuhkan hukuman mati. Perkara ini harus kita sebagai orang melayu dan islam ubah kerana tindakan seperti mengusir,memukul,tidak mengaku anak dan sebagainya yang dibuat terhadap anak-anak gadis ini hanya menambahkan tekanan yang mereka hadapi dan ini antara sebabnya berlakunya gejala buang dan bunuh bayi ini.
Sememangnya perbuatan zina itu satu kesalahan dan dosa yang besar tetapi menyelamatkan nyawa adalah lebih penting lagi. Kita kena buka minda dan ubah cara kita berfikir dan bertindak. Oleh itu ingin ditegaskan sekali lagi gejala buruk tidak ada kaitan dengan islam
By Death to agnostic,atheist,free thinker on GUNAKAN SARKOT UNTUK KESELAMTAN BAYI on 3/23/12
RASUL TAK PAKAI KONDOM
Saya tidak setuju dengan penggunaan kondom kerana menurut seorang ulama ianya tak patut digunakan. Saya pernah tanya ustaz saya tentang penggunaan kondom. Beliau ialah seorang Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Menurutnya kondom adalah haram sebab Rasul dan para sahabat tidak pakai kondom.
Bila saya tanya dia bagaimana pula dengan alat-alat moden seperti kereta dan komputer yang tidak digunakan oleh para sahabat, dia tunjukkan kepada saya bukti daripada Hadis Muslim yang cukup jelas menunjukkan bahawa kondom itu adalah haram untuk dipakai oleh umat Islam. Ustaz saya suruh saya rujuk kepada Hadis Muslim no 3371 dan 3373 di dalam Kitab al Nikah bagi menunjukkan kepada saya bukti bahawa Rasul Allah melarang umat Islam daripada memakai kondom.
Jika tak percaya sila rujuk kepada Hadis tersebut di laman web Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di http://www.iium.edu.my/deed/hadith/muslim/008_smt.html Baca Hadis Muslim no. 3371 dan 3373 di dalam Kitab al Nikah. Jadi saya berharap Tukar Tiub tidak akan lagi menggalakkan anak muda menggunakan kondom kerana ia boleh mengakibatkan anak muda berdosa besar menggunakan sesuatu yang dilarang Nabi.
By Rosnah on GUNAKAN SARKOT UNTUK KESELAMTAN BAYI on 3/23/12
SATU LAGI PENCERAHAN - YAHUDI DAN ZIONIS
KOMENTAR TUKAR TIUB
akhirnya pencerahan berjaya
akhhirnya ramai warga yang sedar
bahawa yahudi itu bangsa
bahawa judaisma itu agama
bahawa zionisma inilah
sebenarnya musuh rakyat dunia
maka warga pun tahu bahawa
nabi juga pernah berkahwin dengan wanita yahudi
ketika fakta ini ditimbulkan
oleh faris nor 4 tahun dahulu
bukan main lagi kutukan sampai
tapi nabi kahwin dengan
wanita yahudi ini adalah fakta
fakta yang ditemui
melalui hasil kajian
melalui pembacaan
melalui pencerahan
bukan hanya melopong mendengar khutubah
zionisma adalah gerakan politik
zionisma percaya bahawa palestine hak yahudi
zionisma bekerja rapat dengan kapitalsima antarabngsa
zionisma adalah sebahagian dari imperialisma
bukan semua zionis yahudi
bukan semua yahudi zionis
di kuala lumpur ini
ada zionis tempatan
PERNIAGAAN : PAS HANYA KECAM ZIONIS-harakah daily
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.
“PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam,” kata beliau.
Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.
BERITA LEMBU KENCING LEMBU
UNTUK ANAK MUDA - BERSEDIA!
KOMENTAR TUKAR TIUB
lembu no 2 ini lembu berani
ini krisis lembu terbaik
tapi apa makna krisis ini?
berita ini dimunculkan
oleh akhbar star
ini akhbar cukong
ertinya para cukong sedar
bahaya yang akan timbul
jika lembu shahrizat terus jadi lembu no 1
bila cerita dua ekor lembu ini muncul
ada satu lagi ceriat tenggelam
kenapa wartawan tak tanya
kenapa wartawqan kecut
tanya mat mongol
siapa yang akan jadi menteri
siapa ganti lembu shahrizat?
bila lembu shahrizat letak jawatan
ada kerusi menteri lembu kosong
ini juga akan jadi gaduh besar
lagi ramai lembu akan gaduh!
SEDANG GADUH BESAR
WANITA NO 2 IKRAR SETIA, ENGGAN TARIK GESAAN AWAL – mkini
Naib Ketua Wanita Umno Kamilia Ibrahim akhirnya berikrar untuk bekerjasama dengan ketuanya Shahrizat Jalil tetapi enggan menarik balik gesaan berundur yang disuarakannya sebelum ini.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan kepimpinan pergerakan itu sentiasa utuh di semua peringkat untuk memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebagai pemimpin nombor dua dalam Wanita Umno, menjadi kewajipan baginya untuk memastikan kemenangan BN, kata Kamilia.
Akhbar The Star kelmarin melaporkan Kamilia sebagai menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.
Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.
BERSAMA SOKONG PENEROKA
JANGAN KENA TIPU LAGI
BERSAMA SOKONG PENEROKA
ADAKAH SESI PENERANGAN 1CARE HANYA DIFIKIRKAN SELEPAS KRITIKAN RAKYAT?
Kami mengambil maklum jawapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa rancangan system kesihatan 1Care hanya akan siap dalam masa dua tahun.
Beliau juga telah berjanji melancarkan satu sesi penerangan seluruh negara bagi menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat tentang 1Care.
Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas.
Juga amat mengejutkan bahawa Menteri Kesihatan hanya bercakap tentang menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat sekarang, selepas 1Care mendapat tentangan daripada rakyat. Seperti pengumuman BN yang lain contohnya SBPA, proses perundingan nampaknya dilakukan selepas mendapat kritikan rakyat.
Kami juga menerima aduan-aduan daripada doktor-doktor yang terlibat di dalam perbincangan mengenai 1Care sebelum ini bahawa tiada proses rundingan dan dialog sebenar. Kerajaan nampaknya akan meneruskan 1Care.
Kami juga berharap Menteri Kesihatan akan member respons terhadap cadangan kami bagi langkah-langkah segera bagi menambahbaik system kesihatan Negara. Sebagaimana disebut di dalam kenyataan saya sebelum ini, perbelanjaan kesihatan kerajaan sebanyak 2.2 peratus daripada KDNK pada 2008 adalah lebih rendah daripada cadangan WHO sebanyak 5 hingga 6 peratus. WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.
Justeru memperkenalkan 1Care tanpa mengatasi ketidakcekapan ini hanya akan membuka ruang untuk meningkatkan rasuah yang membebankan sistem kesihatan negara. Coraknya sama seperti penswastaan pelbagai sektor sistem kesihatan negara sepanjang dua dekad ini yang sepatutnya meningkatkan kecekapan tetapi sebaliknya hanya meningkatkan ketirisan.
Ini termasuklah penswastaan Stor Perubatan Kerajaan, Hospital-Hospital University, Jabatan Kardiologi dan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah membawa peningkatan kos yang tinggi tanpa meningkatkan kecekapan.
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
DATARAN MERDEKA 28 APRIL