Selasa, 10 April 2012
SILA BACA DAN FAHAMI BEDERITA INI
KOMENTAR TUKAR TIUB
inilah negara kita malaysia
perdana menterinya terlibat dalam kes bunuh
menteri penerangan merogol amah
ketua pemudanya merogol kanak kanak
ketua menteri kaya berbilion bilion
menteri peremopuan songlap 250 juta ringgit
huntang kroni 580 juta ringgut dilupus
duit lesap berbilion ringgit senyap
anak menterin pukul orang
anak raja pukul orang
semua ini tidak didakwa
tapi kes rasuah 50 rinngit
dakwa sampai ke liang lahad
ini rasuah50RM kena 10,000 ringgit
atau 10 bulan penjara
kenapa?
kerana yan dituduh bukan anak nazri
kerana yang di tuduh bukan kroni yang bernama tajuddin ramlee
kerana yang dituduh bukan shahrizat jalil
kerana yang dituduh bukan rais yatim
kerana yang dituduh bukan tambi kecik
kerana yang dituduh hanya pemandu lori
orang ramai tak ada jalan lain
pilihan raya mereka tipu
kira undi kita kena tipu
duit negara mereka songlap
jadi sila turun beramai ramai
pada 28 april ini kita
tunjukan kemarahan kita!
SUAPAN RM5o ,PEMANDU LORI DIDENDA RM10,000 - malaysiakini
Gara-gara memberi suapan RM50 kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang pemandu lori hari ini didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan hari ini.
Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mat Nasir Dullah, 48, selepas dia mengaku bersalah dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun Mat Nasir membayar denda itu.
Mat Nasir didakwa memberi suapan itu kepada Ketua Penguat kuasa JPJ KLIA, Azlee Ahmad sebagai dorongan tidak menyaman tertuduh di atas kesalahan memandu kenderaan WGU 7392 yang lesennya telah tamat tempoh di Km 12 Jalan Kuantan-Cherating pada 9.40 pagi, 27 Mei, 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Mat Nasir yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shabudin.- TIEWNAMA
500 RIBU TURUN KE DATARAN MERDEKA
JEMPUTAN UNTUK MALAM ESOK
PEMBELAJARAN PERCUMA
Salam,
Dijemput rakan2 untuk hadir ke Pidato Politik Pendidikan Percuma, Mansuh PTPTN: Adakah Satu Mimpi?
Butiran adalah seperti berikut:
Panel :
Sdr Anwar Ibrahim (KU PKR)
Sdr Ir Nizar Jamaluddin (ADUN Pasir Panjang)
Sdr Safwan Anang (Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia
Sdr Akram Taib Azamuddin (Presiden GAMIS)
Sdr Syahid Zaini (Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional)
Tarikh : 11 April 2012 (Rabu)
Masa: 8.30 - 11.30 Malam
Tempat: Dewan Kiambang,
Seksyen 7 Shah Alam
(Belakang Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor)
Penganjur: Malaysia Bangkit, Solidariti Mahasiswa Malaysia
Sebarang pertanyaan boleh hubungi sdr Saifullah 0133005461, sdr syahid 0148404924. Mohon kerjasama semua untuk sebarkan jemputan ini.
28 APRIL JEMPUTAN 500 RIBU UNTUK BERDEMO
AYAH ALTANTUYA ADA SIMPAN GAMBAR NAJIB DAN ANAKNYA DI ULAN BATOR
NOTA:
ini bukan kes entot entot cabut lari
ini kes entot entot
upah orang bunuh
saheh kalau bapa mentua sudah kata
pernah tengok gambar menantu
nak tipu apa lagi
takkan nak minta shaaribu ini
bersumpah laknat di masjid sentul
KES ENTOT ENTOT - LEPAS TU BUNUH
SHAARIIBUU: ALTANTUYA PERNAH TUNJUKAN GAMBAR BERSAMA NAJIB - meredeka review
Shaariibuu Setev mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia. Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.
Shaariibuu Setev (gambar kiri, kiri) yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.
"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ. Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel, di Petaling Jaya, tadi.
Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya. Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis.
BACA SERERUSNYA DISINI:
http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12939
BERITA TERKINI:
gambar najib dan altantuya ini
akan dibawa ke mahkamah peranchis
500 RIBU KITA BERDEMO DI DATARAN MERDEKA
ESOK TUKAR TIUB DI SHAH ALAM
SATU JUMPUTAN UNTUK ANAK MUDA
ESOK LEPAK DAN SEMBANG POLITIK DISHAH ALAM
anak muda
pelajar dan mahasiswa
dijemput datang untuk sembang politik
dengan tukar tiub bersama exco belia selangor
anak muda
pelajar dan mahasiswa
boleh tanya
boleh soal
exco belia selangor Dr: Yunus
tanya dia kenapa shah alam
jadi bandar skema
kah kah kah
tempat:
syed bistro
depan quality hotel shah alaam
waktu:
5.50 petang - sampai kenyang
dan letih
kalau tak tahu jalan sila hubung:
wan ji - 019 - 348-34-78
isma - 019 - 282-57-16
BERAPA HARGA NASI CAMPUR?
HARGA NASI CAMPUR SEMAKIN NAIK
TULISAN TUKAR TIUB DISINI:
http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/berapa-harga-nasi-campur-032702703.html
NOTA:
selamat tengah hari
orang peranchis kata" bon appetit
orang melayu kata - selamat makan
WARONG RAMADAN DI KOTA BARU
NOTA:
makan di pekan kecil
mungkin ada yang murah
ini gambar di kb
bayangkan pula
berapa tambang bas
berapa duit minyak
untuk dapat beli
3 ringgit sebungkus nasi kerabu
tak berbaloi!
SELAMAT HARI LAHIR PAK SAMAD JANGGUT
SELAMAT HARI LAHIR
tujuh puluh tujuh tahun dahulu
kau dilahirkan
kalau aku menulis
kau lebih awal menulis
kalau aku menentang penjajah
kau lebih awal menentang penjajah
kalau aku melawan penindasan
kau lebih awal melawan penindasan
lalu hari ini kita bertemu
lalu hari ini kita bertemu
lalu hari ini kita bertemu di jalan raya
pertemuan paling indah
pertemuan dalam kancah
bangun melawan
NOTA:
tim tukar tiub
mengucapkan selamat ulang tahun
kelahiran pak samad
NOTA:
kepada anak anak muda
kepada pelajar dan mahasiswa
ucapan terbaik
untuk hari lahir ini
ialah datang ke dataran merdeka
pada 28 april ini
PERSEDIAAN UNTUK 500 RIBU KE DATARAN MERDEKA
500 RIBU - KITA TURUN
PENGUMUMAN
sila ambil cuti dari sekarang
sila datang ke kuala lumpur sehari awal
sila tempah tiket kereta api
warga dari utara
warga dari pantai timur
warga dari selatan
sila datang dengan keretapi
ini bertujuan:
untuk tidak gagal sampai
dari pengalaman ramai
yang tersangut di lubang tol gombak
tersangkut di lubang tol sungai besai
tersangut di lubang tol jalan duta
elakkan dari digagalkan oleh kesilapan sendiri
elakan dari di gagaalkan oleh polis
jadi cerdik
belajar dari pengalaman
datang sehari awal
sila tempat bilik penginapan
sila cari tempat untuk bermalam
sial cari kawan dan sanak saudara
saudara mara
kawan kawan
yang ada tempat bermalam di kuala lumpur
sila jemput warga luar kota
untukdatng bertandang
500 ribu wajib hadir
pada ketika ini jelas
tidak ada apa bentuk ganguan
justeru lagi ramai kiat datang
lagi meriah
ini ibu segala demo
ini ibu segalan protest
ini ibu segala bantahan
sekali dalam seumur hidup
kitya akan membuat sejarah
kita TIDAK mahu ditipu!
RAPAT RAKYAT COUNTDOWN 10 HARI MENJELANG BERSIH 3.0
Tarikh : 17 April 2012
Masa : 8.00 malam
Tempat : Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, K.Lumpur
Hadir dan turut berucap :
Hj Mohamad Sabu (Penggerak demokrasi)
Tian Chua (KEADILAN)
Nurul Izzah (KEADILAN)
Antony Loke (DAP)
Teressa Kok (DAP)
Pak Samad Said (BERSIH)
Maria Chin (BERSIH)
Husam Musa (PAS)
Tukar Tiub (Hishamuddin Rais) - NGI
Aziz Bari (bekas Prof. UIA)
Dr. Nasir (PSM)
TS Kadir Sheikh Fadzir
Nyanyian lagu baru "Mentari Kuning Menyalalah" oleh BLACK (Amin Iskandar) - NGI
Kemunculan khas Aisyah
che'GuBard (SAMM)
Adam Adli dan wakil2 mahasiswa
Elizabeth Wong (PKR)
dan ramai lagi pimpinan dan wakil - wakil organisasi massa
Anjuran SAMM, SMM dan 13 organisasi anak muda dan mahasiswa Malaysia.
Semua dijemput hadir beramai - ramai.
KENAPA 500 RIBU WAJIB TURUN KE DATARM MERDEKA!
KOMENTAR TUKAR TIUB
penipuan sedang berjalan
angka pengundi baru makin bertambah
satu demi satu bukti di paparkan
sokongan terhadap pakatan rakyat kukuk
ralyat makin sokong pakatan rakyat
tapi
selangor akan jatuh
kedah akan jatuh
kalau rakyat sokong kenapa selangor jatuh?
kalau rakyat sokong kenapa kedah jatuh?
jawabnya : kerana undi tipu
justeru untuk tidak ditipu
pada 28 april wajib turun ke dataran merdeka
kita mahu 500 ribu rakyat datang ke dataran merdeka
kita mahu duduk bantah
masa telah sampai untuk bertindak !
NOTA:
tunjukkan kemarahan
terhadap penipuan
400,00 PENGUNDI MERAGUKAN MUNGKIN PENENTU 35 KERUSI - minsider
KUALA LUMPUR, 10 April — Lebih 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu untuk mengubah 35 kerusi bagi menentukan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau Barisan Nasional (BN) kembali memperolehi dua pertiga majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air.
Penganalisis bebas Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100,000 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan “menjadi 400,000 pengundi meragukan”.
Membersihkan daftar penfundi adalah tuntutan utama pembangkang. Dan kumpulan aktivis walaupun BN menegaskan kemenangan PR di lima negeri membuktikan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap daftar berkenaan.
Ong berkata kepada The Malaysian Insider, perkara itu “hanyalah sebahagian masalah kecil” daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pastileh kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta.
KENAPA 500 RIBU WAJIB TURUN KE DATARN MERDEKA
SURAT DARI PELAJAR - KENAPA WAJIB KE JALAN RAYA
SEMUA PELAJAR WAJIB TURUN 14/4
BILA PENDIDIAN JADI SAYUR DAN AYAM
Adam Adli | Apr 09, 2012
Sebelum saya dan anda tenggelam lebih jauh dalam tulisan ini, biarlah saya tekankan terlebih dahulu tujuan dan matlamat akhir perkataan dan ayat-ayat dalam tulisan ini disusun. Saya sedang cuba untuk mengolah kembali persetujuan dari semua orang bahawa pendidikan percuma adalah penting, relevan, dan tentu sekali perlu dituntut oleh semua orang tanpa perlu mengambil kira di mana letaknya diri anda dalam sistem masyarakat dan sosial hari ini. Di akhir tulisan ini juga, tidak keterlaluan jika saya katakan objektifnya adalah untuk mengajak anda bersama-sama untuk turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 14 April yang akan datang bagi menggenggam hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma. Mesej utamanya; pendidikan bukan barang dagangan.
Umum ketahui, pendidikan adalah elemen penting dalam pembentukan insan dan Negara. Tanpa pendidikan dan kemahiran, kita akan terus mundur dalam pembangunan, tidak mampu bersaing dengan arus dunia, terpaksa bergantung dengan kemahiran orang lain, merencatkan rencana-rencana masa depan Negara, serta yang lebih penting melahirkan lebih ramai golongan yang tidak berfungsi. Rakyat yang tidak mendapat pendidikan secukupnya adalah rakyat yang gagal, dan pada skala lebih besar, Negara ini juga akan jadi Negara yang gagal. Tidak perlu kita jelaskan lebih banyak tentang peri pentingnya pendidikan dan penguasaan ilmu, sudah terang lagi bersuluh. Cuma yang menjadi persoalannya di sini, apabila kita sudah pun memahami keperluan dan kepentingan ilmu, dan kita mampu akui ilmu harus dimiliki oleh semua orang, persoalannya sekarang; berapa besar peluang untuk mendapatkannya dan bagaimana pula ilmu ini dilayan sebagai suatu perkara yang mulia.
Negara kita mempunyai sekurang-kurangnya 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan angka ini sentiasa bertambah. Di samping itu juga, kita turut memiliki ratusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Secara keseluruhan, kita mempunyai seramai hampir sejuta pelajar yang sedang menuntut di universiti. Pada permukaan, angka ini melegakan semua orang dan seolah-olah menjawab persoalan tentang peluang untuk anak-anak kita mendapatkan pendidikan setelah tamat pengajian di peringkat sekolah. Namun hati-hati. Kelegaan itu sebenarnya menjerat persepsi kita semua. Tidak perlu saya mengulas terlalu panjang, cukuplah saya simpulkan bahawa situasi tumbuhnya institusi-institusi ini sebenarnya bukanlah untuk membuka peluang belajar kepada anak-anak yang cerdik sebaliknya adalah peluang untuk membuat keuntungan dari keperluan masyarakat. Ramai yang menganggap, kenyataan ini hanya berkesan kepada kewujudan IPTS yang diakui mengaut keuntungan jutaan ringgit dari poket-poket ibu bapa dan pelajar yang sanggup membayar mahal, namun kita lupa tentang kewujudan lintah darat PTPTN yang menguasai pelajar dari IPTA-IPTA seluruh Negara.
Bagaimana menteri yang tidak hormat siswa dilantik jaga universiti?
Persepsi umum menganggap, IPTA kononnya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dan PTPTN adalah satu rahmat yang harus disyukuri oleh semua hamba rakyat. Namun tidak disedari bahawa, IPTA yang kononnya adalah institusi awam sebenarnya telah lama diswastakan! Fakta mudah untuk diketahui oleh semua orang adalah; PTPTN tidak lagi menerima suntikan dana dari kerajaan, sebaliknya terus-menerus bergantung kepada pusingan keuntungan yang tidak ada bezanya dengan bank-bank dagangan mahupun ceti-ceti haram dan halal yang beroperasi dalam Negara kita. Memakan hasil keuntungan dari faedah dan riba, yang diperah melalui titik peluh graduan yang telah berkerja. Maka yang demikian, adalah tidak adil buat kita untuk mengatakan bahawa PTPTN adalah satu bentuk amal jariah yang disediakan oleh kerajaan kita untuk pelajar-pelajar yang menuntut di universiti. PTPTN hanyalah ceti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk menabur hutang kepada pelajar tanpa rasa bersalah. Alangkah terkejutnya bila kita selama ini seolah-olah tidak menyedari bahawa pemberian hutang sebegini adalah amalan yang seharusnya ditentang sejak dulu lagi. Menjadikan anak-anak mahasiswa sebagai hamba kepada PTPTN hanyalah menghina kegigihan mereka yang menuntut ilmu dan sekaligus, menjadikan mereka sebahagian lagi anggota masyarakat yang akan terus menjadi hamba kepada pemodal kaya.
Dengan wujudnya sistem PTPTN ini juga, sekaligus menjadikan ilmu sebagai barang dagangan, bukan lagi entiti suci yang diangkat tinggi dalam kalangan masyarakat. Alangkah hinanya apabila ilmu menjadi barang dagangan, sedangkan kemuliaannya itu melebihi wang kertas. Ilmu sebenarnya tidak mampu dan tidak mungkin boleh diletakkan tanda harga seperti ayam dan sayur di pasar.
Apabila muncul perdebatan dan tawaran mengenai pendidikan percuma oleh orang-orang politik, saya melihat situasi ini sebenarnya mula membuka topeng-topeng pemain politik Negara. Saya terus percaya dan optimis bahawa pendidikan sawajibnya percuma di semua peringkat, yang menggelikan hati adalah kenyataan oleh bapak-bapak menteri dan politikus-politikus yang menentang idea pendidikan percuma ini. Lihat sahaja kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang terus-menerus mendakwa pendidikan percuma tidak relevan, mengurangkan kompetensi antara pelajar, serta merugikan kerajaan. Bagaimana kita boleh melantik orang yang tidak menghormati mahasiswa sebagai menteri yang menjaga universiti? Beliau dengan mudahnya menganggap bahawa pendidikan percuma melemahkan daya saing mahasiswa. Andai sahaja beliau mampu sedar bahawa bukan wang ringgit yang jadi ukuran terhadap daya saing pelajar, sebaliknya adalah minat dan keghairahan menuntut ilmu itu sendiri yang menjadi tanda aras persaingan antara mahasiswa. Tidakkah mahasiswa rasa terhina dengan kenyataan bapak menteri ini yang seolah-olah menganggap pelajar berusaha mendapatkan ijazah kelas pertama hanya untuk melepaskan diri dari hutang? Pelajar bukannya Gladiator yang berlawan di tengah gelanggang orang kaya untuk melepaskan diri dari menjadi hamba. Pelajar adalah penuntut ilmu yang mahu mengembangkan potensi diri.
Lupuskan hutang kroni untungkan kerajaan?
Tidak sah juga jika kita tidak melihat kepada kenyataan Perdana Menteri kita, Najib Razak yang juga berpendapat, membelanjakan wang yang besar untuk menanggung pendidikan di peringkat universiti adalah langkah yang merugikan kerajaan. Saya mula tertanya-tanya, adakah melupuskan hutang kroni sebanyak RM589 juta itu langkah yang menguntungkan kerajaan? Bagaimana pula perbelanjaan besar ketika beliau memegang portfolio pertahanan? Tidak juga ketinggalan, komisyen-komisyen yang dihulur kepada orang-orang tengah dalam pembelian senjata yang memakan belanja hangus jutaan ringgit selama ini; adakah ini juga tidak merugikan kerajaan? Mungkin membeli beg tangan dan barang kemas yang turut berjumlah jutaan ringgit buat isteri tercinta juga tidak merugikan beliau dan kerajaan beliau. Akhir sekali, kenyataan Negara bakal bankrap yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali turut mencuit hati saya. Tidaklah saya perlu mengulas panjang, cukuplah saya bertanya, adakah beliau telah lupa perjuangan beliau ketika zaman beliau bergelar mahasiswa dahulu? Kenyataan dan kewujudan orang-orang politik seperti mereka ini saya kira lebih merugikan Negara dari memberi pendidikan percuma kepada rakyat.
Pendidikan percuma bukanlah amalan yang pelik dan asing dalam kalangan Negara-negara merdeka. Tidak semestinya hanya Negara yang maju sahaja mampu menanggung pendidikan percuma buat rakyatnya. Lihat kepada Negara seperti Venezuela. Pendapatan perkapitanya hampir sama dengan Negara kita, mengapa mereka mampu untuk menyumbangkan dana yang besar kepada sektor pendidikan? Bukan kemampuan ekonomi semata-mata yang menjadi pemangkin kepada idea pendidikan percuma, sebaliknya juga keinginan politik atau "political will" turut memainkan peranan. Keengganan memberi pendidikan percuma buat rakyat Negara ini bukanlah kerana Negara tidak mampu. Hujah mengenai Negara tidak mampu dari segi ekonomi boleh dibakul sampahkan dengan mudah jika kita menyedari bahawa Negara kita kaya hasil bumi. Petronas sahaja mampu menyuntik puluhan billion, ditambah lagi dengan lain-lain sumber pendapatan Negara seperti FELDA, estet-estet getah, kuari-kuari bijih timah, besi, dan emas, lading-ladang tebu, sawit, dan sebagainya. Sektor industri Negara juga bernilai billion ringgit. Tidak mampukah kita menanggung pendidikan anak-anak mahasiswa?
Banyak lagi hujah dan analisa lebih terperinci untuk membuktikan bahawa pendidikan percuma bukan idea karut dan populis. Pendidikan percuma mampu untuk dinikmati oleh semua orang. Cuma yang menjadi penghalangnya bukanlah kemampuan ekonomi, sebaliknya adalah keinginan politik itu sendiri. Ahli politik pasti mempunyai sebab sendiri dengan tidak bersetuju terhadap idea ini. Kita tidak perlu mengusutkan otak untuk memikirkan sebab musabab dan punca keengganan mereka ini. Tugas kita adalah menuntut hak yang seharusnya telah pun kita genggam sekian lama dahulu. Pilihan raya telah dekat, dan ini adalah waktu terbaik untuk kita menuntut segala hak yang sekian lama dinafikan dari kita.
14 April ini, saya akan turun bersama rakan-rakan ke Dataran Merdeka bagi menuntut hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma. Anda bagaimana?
*ADAM ADLI ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).