KOMENTAR TUKAR TIUB
kenapa kita perlu simpan raja gopal
kenapa kita perlu tanggung raja gopal
kenapa kita tunduk untuk di belasah raja gopal
mereka free loader
makan tangung berak canggkung
telah berapa banyak
kes rakyat di belasah free loade
kita tunggu
kita lihat
apakah akan di dakwa malaon ini?
masanya telah sampai
masanya telah tiba
kita tunjukkan sikap kita
kita akan turun 500 ribu ke dataran merdeka
rakyat beribu
tidak akan ditipu
rakyat beribu raja gopal keluar pintu
NOTA:kita tunggu bila polis
akan ambil tindakan
NOTA: dari satu sudut
sebenarnya raja gopal ini
membantu kita meruntuhkan
kerajaan gerombolan
kah kah kah
JANGAN JADI MELAYU BANGANG! -
NOTA:NOORZULAINI Yunos melihat kecederaan
di kepala anaknya, Mikael Adam di Hospital Prince Court,
di Kuala Lumpur, semalam
KENA BELASAHN TANPA SEBAB - berita hairan
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.
Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.
“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.
“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.
Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.
Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.
Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.
Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
RADIO COOL BANGUN MELAWAN
NOTA:radio bangsar utama akan muncul
seperti yang telah dijanjikan
pada ketika ini sedang dalam percubaan
sila ikuti radio ini:http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/