Selasa, 1 Mei 2012

MALAM INI JAM 9.00 - TEMU BUAL DI RADIO BANGSAR UTAMA




MALAM INI JAM 9.00 MALAM

temu bual wartawan radio bangsar
tentang hari buruh
tentang 1 haribulan mei
tentang gaji minima

sila layari sekarang:


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


laporan jelas - berani langgar


KANTOI LAGI - KAH KAH KAH - KANTOI MANTOI - KAH KAH KAH





BBC SELAR SIARAN LIPUTAN BERSIH 3.0 DITAPIS
- minsider

KUALA LUMPUR, May 1 — British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.

“Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.

“Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran,” kata wakil BBC melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat “permohonan segera”

NOTA

sila lihat klip dibawah ini
lihat apa yang telah dipadam

kenapa 300 ribu warga turun ke jalan raya
tidak diberi tahu kepada dunia
kenapa polis tembak tidak kepada dunia
kenapa polis mengganas cuba disorokkan dari deketahui dunia

semua kantoi
semua mantoi




NOTA:
inilah hikmahnya demo
inilah bagusnya politik jalan raya

dulu menteri bangang zainuddin maidin kantoi
sekali ini kerismuddin pulak kantoi

semua terperangkap
inilah hikmahnya
bila kita diajak main bola
kita jangan main bola
kita main konda kondi

bila kita ajak pilihan raya
kita ajak ke jalan raya
kah kah kah



LAYARI SEKARANG

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/




BERSIH GLOBAL - SAUDARA MARA KITA DARI SELURUH DUNIA





LIHAT DAN LIHAT

jika rakyat terus ditipu
pada pru13 ini
jika gerombolan menang kerana menipu

jika undang undang tipu
jika peraturan menipu
diterus guna pakai di pru13

jika undi pos diteruskan
jika mat bangla mengundi
jika mat indon mengundi
jika pendatang haram mengundi
jika 240,000 pekerja sp tak guna dakwat kekal
jika masa kempen tak dipanjangkan

tanpa bersih
tanpa bersih 4
rakyat akan ke jalan raya
bukan 100 ribu
bukan 300 ribu
bukan 500 ribu

satu juta akan ke jalan raya

ini bukan amaran
ini janji

nota:
jika semua undang dan peraturan tipu
di lupuskan
gerombolan menang
maka mereka adalah kerajaan
pilihan rakyat
jika tidak
satu juta akan ke jalan raya

ini bukan amaran
ini hanyalah satu janji



TAK CUKUP DENGAN JUAL AGAMA - BOOODEEK PUN DITERUSKAN!




SAJE NAK TANYA - ADA 3000 ORANG TAK?













PEMIMPIN UTAMAKAN RAAKYAT TIDAK ANJUR PERHIMPUNAN BOLEH ANCAM NYAWA
- mStar

KANGAR: Pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat tidak tergamak menganjurkan perhimpunan yang boleh mengancam nyawa dan harta benda awam sebagaimana dilakukan pembangkang di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata dalam negara demokrasi seperti Malaysia, terdapat banyak saluran disediakan untuk rakyat atau mana-mana pihak menuntut sesuatu.

"Tetapi apabila mereka (pembangkang) memilih cara perhimpunan dan kekasaran sebagaimana berlaku baru-baru ini, matlamatnya tidak sampai ke mana sebaliknya kesusahan yang dirasai bukan sahaja oleh mereka yang terbabit dalam perhimpunan, tetapi juga oleh rakyat biasa yang mahu mencari rezeki," katanya.

Rakyat perlu menolak pemimpin yang suka menimbulkan huru hara sebaliknya memilih pemimpin yang mampu membawa keamanan dan kemewahan negara untuk kesejahteraan hidup rakyat, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung berkelompok Umno Bahagian Arau di sini malam Isnin.

Katanya, melalui pelbagai peristiwa yang berlaku dalam negara membabitkan pembangkang termasuk perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu, rakyat perlu sedar bahawa pembangkang yang tidak dapat menyaingi perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib agama, bangsa dan negara. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...MAMAT JUAL AGAMA INI HIDUP LAGI RUPANYA.... kah kah kah...

kah kah kah....MAMAT JUAL AGAMA INI.... SUDAH SILAP.... kah kah kah...

kah kah kah...INI KENYATAAN BODEEEK... NAK BODEEEEK MAT MONGOL.... kah kah kah..

kah kah kah..MAMAT TOWKAY AGAMA INI TAK TAHU APA MAT MONGOL SEDANG RANCANG..kah kah kah..

kah kah kah...MAT MONGOL NAK BUAT PERHIMPUAN 2 JUTA ANAK MUDA.... kah kah kah..

kah kah kah.... TAPI SUSAH NAK JEMPUT ANAK MUDA DATANG SENDIRI.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK MACAM BERSIH 3.0 ..IKLAN TEMPAT DAN MASA.... RATUS RIBU TURUN...kah kah kah..

kah kah kah...NAK TARIK ANAK MUDA ..MAT MONGOL BUAT KONSERT...kah kah kah...

kah kah kah...ADA KAN MUSIK PERKUMA.... kah kah kah..

kah kah kah...ADA KAN BAS PERKUMA... kah kah kah..

kah kah kah...MACAM MACAM PERKUMA.... kah kah ka

kah kah kah...BAWA PENYANYI DARI KOREA.... kah kah kah..

kah kah kah.... TAK PERCAYA TUNGGU... kah kah kah..

kah kah kah...TOWKAY AGAMA INI BELAJAR LAAA CARA MEMBODEEK YANG BETUL... kah kah kah


SAMPAI 500 ORANG TAK?


NOTA:
tahukah anda kenapa
anak muda tak nakn datang?


keran anam nya: HARI BELIA
kah kah kah

NAMA BOLEH SAMA - KEUPAAYAN BERFIKIR MASING MASING






KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI LAH MENTERI PALING BANGANG DALAM DUNIA...kah kah kah..

kah kah kah...SUDAH LAHA BANGANG BODOH PULAK.... kah kah kah...

kah kah kah... MACAM MANA SI BANGANG INI JADI MENTERI.... kah kah kah..

kah kah kah...MACAM MANA SI BODOH INI JADI MENTERI.... kah kah kah..

woit...PALING CILAK IALAH... NAMA SAMA PULAK....kah kah kah


RAMAI CHINA MASUK PKR



MENTERI: POLIS RAMPAS KAMERA WARTWAN IKUT SOP - mkini

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).

Bercakap ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Hishammuddin berkata beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan tindakan ke atas wartawan itu.

"Saya tidak tahu. Ini garis panduan operasi polis," katanya lagi yang menambah, perkara itu akan dijelaskan Ketua Polis Negara Ismail Omar dalam satu sidang media esok.



IGP : RAMPAS KAMERA WARTAWAN BUKAN SOP
- mkini

Ketua Polis Negara Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).
Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya.

"Saya tak tahu. Saya nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional dalam tangani masalah yang berlaku.








RABU – RADIO BANGSAR UTAMA

rabu ialah stesen radio internet
rabu ialah stesen radio melawan
rabu ialah stesen radio melanggar
rabu ialah stesen radio cool
rabu ialah stesen radio chic
rabu ialah stesen radio radikal

layari sekarang:

www.radiobangsarutama.blogspot.com

www.radiobangsarutama.com


pada minggu ini
setiap malam dari jam 9.00 malam
siaran terus menerus

dari rabu akan dapat didengari:
berita bersih
berita menghasut
berita terkini

dari rabu akan berkumnadang:
lagu punk rock
lagu rock klasik
lagu rock kapak
lagu metal
lagu perjuangan
lagu melawan
lagu sosialis
lagu komunis
lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia

sesekali lagu mat bunga
sesekali lagu mat jiwang

jadi cool jadi kawan rabu
BE COOL – BE DARE



SHAHRIZAT IALAH SAEKOR LEMBU




MANGSA RAJA NONG CHIK




NOTA:
dalam wanita gerombolan
shahrizat ini cukup di hormati
memiliki ketrampilan pimpinan

tetapi raja nong chik nak bertanding
raja bersiong ini tak ada tempat
raja bersiong mahu lembah pantai

maka raja bersiong mula buat kerja
raja besiong ini mula pindahkan pengundi
mula daftar kan pengundi hantu

bila kes lembu ini pecah
maka raja bersiong ambil kesempatan
inilah peluang untuk memastikan
kerusi di lembah pantai dapat diambil
dari shahrizat

lihat satu dmei satu dokumen muncul
satu demi satu bukti muncul
satu demi satu surat jual beli muncul

dari mana?
dari siapa?

inilah kerja raja bersiong!



NFC TIDAK MENGHORMATI UNDANG-UNDANG DAN MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT

Saya sedia maklum bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sedang berusaha untuk menyabitkan saya dengan tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) di samping tindakan saman yang telah dibuat setakat ini.

Saya menghormati hak mereka membuat laporan sekiranya dirasakan ada peruntukan undang-undang yang telah dilanggar. Saya sedia bekerjasama jika ada siasatan demi menjamin proses undang-undang berjalan dengan sebaiknya.

Malangnya, sementara Dato’ Seri Salleh Ismail dan keluarganya begitu tegas dalam soal Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA), keadaannya cukup berlainan apabila mereka sendiri dilihat tidak menghormati undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat. Sehingga hari ini, mereka masih terus menggunakan dana rakyat sewenang-wenangnya. Mereka juga belum menyerahkan mana-mana harta mewah yang telah dibuktikan dibeli atau disyaki dibeli menggunakan dana RM250 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan lain.

Dalam siri pendedahan yang dibuat, buktinya jelas bahawa setiap ahli lembaga pengarah termasuklah anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah melanggar pelbagai undang-undang dan tatakelola yang baik – namun sehingga kini tidak ada seorang pun dari anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil didakwa di mahkamah.

Hinggakan dalam soal mendapatkan passportnya dari ditahan mahkamah pun Dato’ Seri Salleh Ismail berbohong kepada mahkamah dan mengkhianati amanah yang diberikan mahkamah. Semasa membuat permohonan, beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan menunaikan umrah di antara 28 April 2012 dan 5 Mei 2012. Sebaliknya, dalam tempoh tersebut beliau sibuk ke sana ke mari untuk membuat laporan polis dan laporan kepada Bank Negara Malaysia terhadap saya.

Tidak ada satu pun dari kenyataan beliau semalam yang boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah menggunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan pinjaman bank membeli lapan unit hartanah mewah di KL Eco City.

Beliau mendakwa saya telah memfitnahnya kerana kononnya beliau tidak pernah membuat pinjaman untuk membeli unit-unit tersebut. Hakikatnya, beliau memang ada membuat pinjaman tersebut tetapi dibatalkan oleh bank apabila skandal NFC menjadi panas. Buktinya, tawaran pinjaman dibuat oleh bank pada 23 Mei 2011 tetapi dibatalkan pada 4 Januari 2012.

Saya rela berhadapan dengan apa-apa tindakan berikutan peranan saya mendedahkan skandal NFC. Bukanlah sesuatu yang memalukan jika kita dihukum kerana berkata benar dan mengambil tindakan yang betul. Tetapi jika kita dibuktikan menyeleweng wang rakyat yang sepatutnya sampai kepada orang miskin tanpa sedikit pun rasa bersalah atau rendah diri, kita akan dipandang hina di mata rakyat.

Cubaan NFC untuk meletakkan saya di kandang orang bersalah akan dipandang sinis oleh rakyat. Bukan saya yang dibicarakan rakyat tetapi NFC yang gerak gerinya terus dihakimi rakyat.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 MEI 2012





AWAS PERANAN EEE SEMENJAK KERAJAAN MELAYU MELAKA




KOMENTAR TUKAR TIUB


pada 20 september 1998
memang ada demo besar
di dataran merdeka

memang betul anwar ibrahim ada
memang betul malam sesudah demo
anwar ibrahim menghilangkan diri

nak tahu ke mana anwar ilang
lepas dem besar itu?

anwar di cekup oleh utk
hilang entah kemana
muncul 3 hari kemudian
satelah di belasah oleh rahim noor

semenjak demo 20 september 1998
anwar saheh hilang

yang menyusun demo bukan anwar
di ulangi sekali lagi
yang menyusun demo bukan anwar
tetapi gerakan reformasi

kerana anwar dipenjara selama 6 tahun





SIAPA EEE INI

ini satu pembohongan
madey ini memang kaki bohong
kita tidak tahu asal usul manusia ini
apa yang malaon ini menghilang kekelingan dirinya
maloan ini menyamar sebagai melayu

ku li di zaman semangat 46
rais yatim dizamam semangat t 46
beceramah mengatakan bahawa
nama sebenar malaon ini ialah:
mahateer muhameed son of iskandar kutty
ini mengikut ku li
ini mengikut rais yatim
berdasarkan borang ketika malaon ini
hendak masuk ke king edwards college di singapura


WASPADA DENGAN EEE







MAHATHIR: MODUS OPERANDI ANWAR ARAH PESERTA MERUSUH SEBELUM HILANGKAN DIRI - minisdeer

Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempunyai satu sifat yang mana beliau akan memberikan arahan supaya peserta demonstrasi merusuh dan kemudiannya beliau akan menghilangkan diri.

Mantan perdana menteri itu (picture) berkata, perkara seumpama itu adalah modus operandi Ketua Umum PKR sejak demonstrasi Reformasi ketika beliau dilucut jawatan sebagai timbalan perdana menteri.


layari rabu - radio yang berani melawan eee:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



INI BUKAN SATU AMARAN - INI SATU JANJI




PALING HINA DITIPU DALAM PRU13






KOMENTAR TUKAR TIUB


jika gerombolan masih menipu
jika gerombolan masih guna undi pos
jika gerombolan beri kad pengenalan pada pendatanga sing
jika gerombolan tidak panjang masa berkempen

jika semua taktik penipaun dihapusklan
jika semua cara menipu di tutup
gerombolan menang
maka kita nobatkan gerombolan
sebagai kerajaan yang sah dabn berdaulat

tetapi
jika semua taktik
dan cara menipu
masih diguna pakai
semua lubang menipu masih ada


jika undi pos masih ada
jika undi awal pekerja spr tak pakai dakwat
jika mat bangla mengundi
jika mat indon mengundi
jika mat myamar mengundi


maknanya gerombolan masih mengamalkan penipuan

jika gerombolan menang
maknanya gerombolan menipu

maka rakyat wajib kelaur ke jalan raya
maka rakyat wajib humbankan kerajaan yang menipu

kali ini bukan 500 ribu orang
kali ini bukan 300 ribu orang

kali ini satu juta wsajib turun
tidak perlu bersih 4
tidak perlu bersih 5
yang perlu hanya keluar ke jalan raya

ini bukan satu amaran
ini stu janji



BUKAN SATU AMARAN




MAT SABU : 1 JUTA UNTUK BERSIH 4 JIKA TIADA REFORMASI PILIHANRAYA - mikini

Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan
memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.

Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.

Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia "lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin".

Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama
kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu.

Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno.


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



SELAMAT LANKAU TUAK DAN TAPAI



UCAPAN DARI TUKAR TIUB


selamat bertuak
selamat bertapai
selamat berlangkau

selamat beryamseeeg!




KOPIVOSIAN TADAU KA'AMATAN



Kumaa montok tompinai ngawi, tulun momogun hinombo nopo, momason oku doh 'Kotobian Tadau Kokotuan'. Iti noh tadau doh rumamai-ramai tokou ngawi, sampaganakan om sangkawalaian. Nga kada lihuai, momusorou doh menubak om momogirot doh pisompuruan. Gisom doh sogigisom.

Untuk Pesta Ka'amatan ini (30 Mei-31 Mei), saya ingin merakamkan ucapan selamat menyambut hari Ka'amatan kepada semua saudara dan adik-adik saya di Sabah, terutama masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

Walaupun, sebilangan besar orang-orang Kadazan, Dusun dan Murut kekal dalam bidang pertanian, ramai telah meneroka industri perkapalan, seperti minyak dan gas dan perkhidmatan awam, namun, nilai dan simbol Pesta Ka'amatan tetap sama. Membawa rakyat bersama-sama untuk menunjukkan penghargaan "penuaian" melimpah-ruah dalam hidup dan kesinambungan budaya.

Pesta Ka'amatan perlu diiktiraf dan diraikan bukan sahaja sebagai acara setempat di Sabah, tapi acara Malaysia. adalah pusat kepada misi yang lebih besar bukan sahaja melindungi kepelbagaian tetapi untuk meraikannya. Sabah, menjadi negeri kedua terbesar di Malaysia, merupakan ahli penting kepada Persekutuan Malaysia.

Kuat dan penuh dengan potensi, kekayaan yang melimpah ruah adalah sumber utama Sabah, namun terus dinafikan hak tersebut kepada rakyatnya. Yang perlu diubah harus di realisasikan. Perubahan adalah apa yang Pakatan Rakyat juangkan demi Sabah. Kami bersuara dan berjuang untuk dasar-dasar ini: Menyelesaikan pertikaian tanah yang sekian lama; memberi Sabah 20% daripada pendapatan semua minyak dan gas; menginstitusikan kembali hak wilayah di Blok L dan M yang mempunyai minyak dan gas deposit; menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pendatang tanpa izin dan Borneonisasi perkhidmatan awam.

Kami berhasrat untuk menyelesaikan permasalahan ini apabila diberikan kuasa kelak.

Pakatan Rakyat tidak melihat Sabah sebagai deposit tetap bagi sesiapa; Sabah adalah lebih penting daripada sekadar undi. Ia haruslah ditentukan sendiri oleh rakyatnya.

Perubahan adalah apa yang Pakatan Rakyat juarai, dan yang pasti, demi pembebasan Sabah.

Sabah, bagi kami, merupakan rakan kongsi yang sama tarafnya dalam Persekutuan Malaysia.

Di masa hadapan, kami ingin melihat rakyat Sabah akan membentuk negeri mereka disamping membantu persekutuan yang lebih luas untuk menjadi lebih bersatu dan gagah.

Inilah semangat sebenar federalisme di Malaysia apabila ia dibentuk pada tahun 1963.

Hak negeri haruslah dilindungi dan dijamin, seperti termaktub dalam Perlembagaan kita.

Sabah tidak perlu lagi untuk menjadi orang kedua dalam politik Malaysia, terutama dalam perkara yang menjejaskan hak mereka.

Kita sedang menuju perubahan, dan ini adalah apa yang kita ikrarkan.

Saya ingin menyimpulkan dengan menyeru bahawa semua Pesta Ka'amatan di seluruh Sabah diadakan dalam semangat yang besar dan meraikan kepelbagaian. Diharapkan kepada mereka yang masih dalam perjalanan, selamat sampai ke halaman rumah masing-masing. Marilah bersama-sama menyertai kami dalam Pakatan Rakyat dalam merealisasikan sebuah negara Malaysia yang adil dan saksama.


Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Anwar Ibrahim,
Ketua Pembangkang



BURUH SEDUNIA BERSATU LAH !





SATU JAWAPAN BANGUN DAN LAWAN






HARI BURUH - SATU MEI

Tahun ini, Hari Mei Satu disambut dalam satu suasana politik yang amat menarik di Malaysia. Kita berada di persimpangan jalan di mana kebangkitan kuasa rakyat telah menggegarkan pemerintahan UMNO-BN yang penuh dengan kepincangan dan korupsi.

3 hari sebelum Hari Mei Satu, himpunan raksasa Bersih 3.0 pada 28 April 2012 telah mencipta sejarahnya tersendiri dengan rekod kehadiran 200,000 rakyat turun ke jalanraya menuntut demokrasi dan menentang penyelewangan pemerintah. Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan kebangkitan anak muda dalam perjuangan menuntut pendidikan percuma dan juga gerakan Occupy Dataran yang cuba menuntut kembali ruang demokrasi rakyat.

Kebangkitan mahasiswa dan rakyat di negara kita sebenarnya adalah juga satu protes kepada sistem kapitalis yang hanya melindungi kepentingan 1% dan mengabaikan hak 99%. Kepincangan pilihanraya BN adalah semata-mata untuk berkuasa untuk mengondol kekayaan negara demi kesejahteraan kroni-kroni kapitalis mereka.

Sementara itu, di peringkat dunia pula, sistem kapitalis global sedang mengalami krisis yang amat mendalam dengan menyaksikan kegawatan ekonomi yang berterusan di Amerika Syarikat dan krisis hutang di negara-negara Eropah. Serangan bertubi-tubi golongan kapitalis antarabangsa ke atas golongan pekerja dan rakyat biasa telah mencetuskan penentangan yang hebat. Gerakan Indignados di Sepanyol, perjuangan menentang pengurangan perbelanjaan awam di Greece dan juga gerakan Occupy Wall Street yang merebak menjadi satu fenomena global, adalah manifestasi terbaru perjuangan rakyat dalam mencabar sistem kapitalis dan mencari alternatif baru.

Perjuangan hebat pekerja lebih satu abad yang lalu, yang melibatkan pengorbanan pejuang-pejuang pekerja telah menjadikan kerja 8 jam sehari suatu hak asasi untuk pekerja sedunia. Namun, hak pekerja yang dimenangi dalam satu abad yang lalu, sedang digugat dan semakin dihakis oleh golongan kapitalis yang tamakkan keuntungan yang tidak terhabis-habis. Golongan pemodal, korporat gergasi dan tauke besar sanggup mengorbankan kepentingan pekerja demi menyelamatkan keuntungan mereka dalam krisis ekonomi yang berterusan.

Di Malaysia, Kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Najib telah mewarisi dasar-dasar pro-kapitalis yang diamalkan sejak zaman Mahathir dengan meneruskan serangan ke atas rakyat melalui penswastaan, pemotongan sabsidi untuk rakyat, penindasan ke atas kesatuan sekerja dan sebagainya. Dasar ekonomi yang pro-kapitalis dan anti-pekerja telah membantu golongan kroni dan korporat besar mengaut keuntungan besar. Ini telah memburukkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Rakyat biasa akan terus dimangsakan dan kualiti kehidupan terus terjejas sekirannya dasar sebegini diteruskan.

Serangan yang terbaru dalam beberapa tahun sejak kebelakangan ini, termasuklah pindaan undang-undang buruh yang menghakis hak pekerja, termasuk pindaan Akta Pekerjaan yang menghalalkan buruh kontrak yang menindas pekerja. Jaminan kerja untuk para pekerja telah dijejas dengan teruknya dalam serangan terbaru ini.

Dengan segala serangan dan hakisan ke atas hak pekerja, pengumuman gaji minima oleh Najib semalam hanyalah satu sandiwara untuk memancing undi menjelang pilihanraya. Selain paras gaji minima yang diumumkan jauh kurang daripada apa yang dituntut oleh gerakan masyarakat, pelaksanaan gaji minima hanya akan berlaku selepas 6 bulan dan kemunginan besar akan ditunda lagi seperti yang berlaku pada gaji minima untuk pegawai keselamatan. Kalau kerajaan UMNO-BN benar-benar ingin melaksanakan gaji minima, sepatutnya ia dilakukan sekarang. Apabila hak pekerja dituntut, maka taktik lambat melambatkan menjadi lumrah pemerintah .

Kerajaan UMNO-BN langsung tiada niat untuk melindungi hak pekerja, malah ia sanggup menggadaikan segala hak pekerja demi menjaga keuntungan kroni dan juga pemodal besar.

Tuntutan pekerja di Malaysia yang perlu ditunaikan segera demi menjamin kesejahteraan hidup adalah gaji minima RM 1500, jaminan kerja, kawalan harga barang, kebebasan menubuhkan Kesatuan Sekerja, bebas daripada beban cukai GST, perumahan selesa dan penghentian penswastaan perkhidmatan asas Semua tuntutan tersebut tidak mungkin jadi realiti dengan kerajaan UMNO-BN sekrang yang hanya tahu merompak rakyat biasa untuk kapitalis.

Hak pekerja tidak akan jatuh seperti durian, tetapi hanya jadi kenyataan melalui perjuangan yang berterusan.

Hari Mei Satu adalah hari untuk memperingati perjuangan pekerja dan juga inspirasi untuk kita terus memperjuangkan hak pekerja. Kita telah menunjukkan kehebatan kebangkitan kuasa rakyat dalam Himpunan Raksasa Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu, dan kita akan bawa semangat ini untuk terus maju ke hadapan.

Hidup Rakyat ! Hidup Kaum Pekerja !

Dikeluarkan Oleh
Choo Chon Kai
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM



KIBARKAN BENDERA MERAH