Ahad, 13 Mei 2012
RAKYAT JORDAN BIJAK MEMBACA MENULIS DAN BERCAKAP ARAB
KOMENTAR TUKAR TIUB
untuk para tokan jual agama
untuk tokan jual candu
lihat dan baca berita ini
ini berita
orang jordan pandai bahasa arab
demo di amman ibu kota jordan
demo di amman ini menuntut gaji naik
demo di jordan ini menuntut kebebasan
demo di jordan mahu demokrasi
demo di jordan menuntut roti dan kebebasan
dan menuntut kerajaan letak jawatan
ini demo orang arab jordan
orang jordan pandai berbahasa arab
orang jordan pandai terutur arab
jadi mereka tak kena tipu
oleh tokan jual agama
oleh tokan jual candu
tokan candu yang gunakan bahasa arab
untuk menipu orang melayu
mustahil warga jordan tak tahu apa itu kezaliman
mustahil warga jordan tak tahu apa salah apa benar
mustahil tak jumpa ayat ini bahasa arab
mereka faseh bahasa arab
NOTA
di malaysia tokan jual candu agama
kata demo tak boleh
tokan jual candu agama
kata demo lawan kerajaan tak boleh
dengan menggunakan bahasa arab
para tokan menipu orang melayu
tapi orang jordan yang tahu
bahasa arab tak kena tipu kah kah kah
KAIN RENTANG PUN DALAM BAHASA ARAB
Thousands rally in Jordan anti-government demo
By RFI
More than 5,000 people rallied in Amman and other cities after weekly prayers on Friday against Jordan's economic policies, demanding "bread and freedom" and that the government resign.
RIBUAN RAKYAT JORDAN ADAKAN PERHIMPUAN JALANAN - ajensi
AMMAN 12 Mei - Beribu rakyat Jordan semalam mengadakan perhimpunan jalanan sebagai pembantah penubuhan kerajaan yang baru ditubuhkan kira-kira dua minggu lalu.
Perhimpunan yang disertai oleh penyokong sayap kiri dan aktivis bebas itu memohon Fayez Tarawneh, yang merupakan bekas ketua mahkamah yang dilantik oleh Raja Abdullah II sebagai Perdana Menteri diusir daripada kerajaan baru.
Malah, mereka juga memohon untuk pembentukan ‘Perpaduan Kerajaan Kebangsaan’ bagi menggantikan Tarawneh. - dpa
layari radio bangsar utama sekarang:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
SILA DENGAR LAPORAN DARI RADIO BANGSAR UTAMA
GAMBAR TERKINI - TER NOW!
DEMO TELAH MENJADI BUDAYA KITA
jam 4.00 petang 13/5/2012
demo sedang berjalan di batu tiga
demo anti tol
demo anti gerombolan
demo ank jatuhkan gerombolan
sila dengar radio bangsar utama sekarang!
GAMBAR GAMBAR TERBARU ANTI TOL
RADIO BANGSAR UTAMA
sila dengar laporan
terus menerus dari radio bangsar utama
wartawan rabu sedang memberi laporan sekarang
tol wajib dihapuskaan
semua tol ini adalah projek
untuk mengkayakan kroni
pakatan rakyat akan hapuskan tol plus
tol plus telah memungut berbilion ringgit
ini janji pakatan rakyat
TOKAN SUNNAH WAL RASUAH - JUAL CANDU LAGI
KOMENTAR DARI TUKAR TIUB
tak payah laaa jual ugama
dah letih laaa dengar tokan jual agama ini
tak payah tipu orang melayu
tak payah kelentong orang melayu
jangan bodohkan orang melayu
jangan bangangkan orang melayu
hentikanlaaa kerja membodek
carilaaaa kerja yang lain
hina sangat cari makan
sebagai tokan jual agama
ada modal buat sangkar ikan patin di sungai pahang
ada modal buka warong di jengka
amat hina cari makan dengan jual agama
jual cakap cakap bahasa arab ini
dah ramai orang tahu
ini trik lama
hentikanlaaaa
anak muda dah bosan!
TOKAN SUNNAH WAL RASUAH JUAL CANDU
HATI - HATI PERTIKAI PANDANGAN MAJLIS FATWA : MUFTI - meloya
PEKAN 13 Mei - Tindakan mempertikaikan fatwa mengharamkan rusuhan jalanan seperti Bersih 3.0 dilihat seperti menidakkan sumber hukum termasuk ayat al-Quran yang menjadi rujukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah perbincangan menyeluruh para ulama dalam jawatankuasa tersebut berdasarkan sumber hukum yang mengharamkan perbuatan menghuru-harakan negara.
"Fatwa yang diberikan dibuat kajian terlebih dahulu kemudian dibincangkan di kalangan ulama yang dilantik termasuk pakar universiti dengan merujuk ayat-ayat al-Quran dan hadis. Kalau kita menidakkan keputusan ini bererti kita menidakkan al-Quran, hadis dan syariat itu sendiri.
"Seolah-olah kita cuba untuk meragukan umat tentang pandangan ulama iaitu mufti dalam kes ini. Makna sekarang orang tak percaya kepada mufti dan mereka yang sebarkan keraguan kepada mufti itu akhirnya akan menyebabkan orang tak akan hormat pada agama,'' katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Justeru tegas Abdul Rahman, kecenderungan pihak tertentu untuk menggerakkan perhimpunan jalanan ala `Arab Spring' di negara ini bagi menggulingkan kerajaan adalah haram kerana Islam agama yang menyeru umatnya mentaati pemerintah dan mementingkan jamaah. - MELOYA
SEKARANG JAM 3.00 PETANG AHAD 13 MEI 2012
radio bangsar utama
sedang mwembuat
laporan terus menerus
dari demo anti tol
laporan dari baru tiga
lebih persekutuan
kuala lumpur klang
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
TERNOW !!! SEKARANG - DENGAR SEKARANG - RADIO BANGSAR UTAMA
LAPORAN SEDANG DIDENGAR SEKARANG
dengar sekarang daritol batu tiga
demo sedang berjalan
hanya radio bangsar utama
melapor jelas
berani langgar
radio berani berani melawan!
MANSUH TOL~!
LONDON CALLING - LONDON CALLING
BERITA TERKINI DARI LONDON
media barat sedang menunggu najib razak
media dari peranchis telah mula berkampong di london
aktivis malaysia di kota london
telah mula mendapat panggilan talipon dari media peranchis
media peranchis ini menemubual najib razak
media peranchis mahu beri eklusif
tim bersih kota london
sedang bersiap sedia
untuk melancarkan demo
untuk menyambut najib razak
london akan sekali lagi jadi kuning
NOTA:
media peranchis ingin bertanya
" monsieur prime minister... will you be a witness?'
( dengan lorat peranchis)
DEMO BERSIH 2.0 DI TRAFALGAR SQUARE
DEMO BATU TIGA - DEMO ANTI TOL
radio bangsar utama akan membuat
laporan langsung dari batu tiga
layari sekarang
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
CARI PENGGANAS IN I DARI RUMAH PASONG KE RUMAH PASONG
PENGUMUMAN UNTUK ORANG RAMAI
sila cam dan kenali muka dalm gambar ini
muka ini dikatakan telibat dalam keganasan
mereka ini adalah mata mata
pada 28 april lalu
ketikas mereka mengganas
mereka tidak memakai lencana nama
mereka tidak memakai angka mata mata
siapakah pengganas ini?
orang ramai yang kenal muka mereka
sila hantar maklumat kepada:
Nombor talian SMS : 018-923-5-083
Email SAMM : adu@anakmudamalaysia.com
CARI CAM DAN DAKWA MEREKA
BIAR MANGSA KEGANASAN CARI DARI BALI KE BALAI - mkini
Jika mahu berlaku adil, polis dicabar membenarkan mangsa dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH lalu menjalankan pencarian dan pengecaman terhadap penyerang mereka dari balai ke balai.
Anggota Parlimen Segambut daripada DAP Lim Lip Eng berkata demikian ketika mengulas tindakan polis memberi kata dua keapda 141 individu yang dikehendaki supaya tampil dalam masa seminggu atau dicari di rumah masing-masing.
"Dalam kes ini, polis patut membenarkan mangsa polis menjalankan carian dari balai ke balai, terutamanya seorang wanita daripada Serdang yang berkata mengecami pegawai polis yang menumbuknya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
LAYARI RABU UNTUK DEMO ANTI TOL
radio bangsar utama
akan membuat laporan langsung
dari batu tiga
wartawan rabu akan berada di batu tiga
untuk memberi laporan terus menerus
sila layari rabu
radio internet bangun melawan
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
DEMO ANTI TOL - RADIO BANGSAR UTAMA
JANGAN LUPA PETANG INI JAM 2.00
untuk mereka di luar kuala lumpur
untuk warga yang jauh
sila ikuti laporan demo ini
radio bangsar utama akan membuat
laporan langsung dari batu tiga
pemeberita radio bangsar utama
akan berada bersama para demonstaran
di batu tiga
sila layari radio bangsar utama
radio internet yang melawan
IKUTI LAPORAN RADIO BANGSAR UTAMA
ORANG INDIA TERUS DI TINDAS
PENDTANG HARAM DAPAT KAD PENGENALAN
KENYATAAN MEDIA
12 MEI 2012
KENYATAAN MEDIA: KERAJAAN PERSEKUTUAN PAKATAN RAKYAT BERIKRAR AKAN MENYELESAIKAN PERMASALAHAN MASYARAKAT INDIA, DAYAK DAN LAIN-LAIN YANG TIDAK MEMPUNYAI DOKUMENTASI PENGENALAN DIRI (SIJIL KELAHIRAN/KAD PENGENALAN)
Pakatan Rakyat berikrar, sebaik menubuhkan kerajaan persekutuan kelak, kami akan menyelesaikan permasalahan yang telah sekian lama diabaikan, iaitu masalah sebilangan besar rakyat Malaysia yang tidak punya dokumen pengenalan diri, terutamanya sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Saya nyatakan disini bahawa isu ini akan menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dan kami akan berusaha sesegera mungkin dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Terdapat ratusan ribu masyarakat India, Dayak dan lain-lain yang lahir di Malaysia hidup tanpa dokumentasi pengenalan diri yang sah kerana prosedur kerajaan itu sendiri yang menggagalkan mereka. Tanpa dokumen tersebut, mereka dinafikan hak untuk bersekolah, bekerja, mendapat perkhidmatan kesihatan, keselamatan, bantuan kerajaan dan juga hak mengundi.
Kebanyakan dari mereka adalah daripada latarbelakang yang sangat miskin dari segi ekonomi. Tanpa dokumen tersebut, mereka akan terus dipinggirkan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat. Mereka juga disisihkan secara total dari menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Jumlahnya sangat besar dalam komuniti India dan sebilangan kecil dalam masyarakat Dayak; pelbagai janji telah ditabur oleh Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin mereka, namun ternyata ianya hanya retorik politik yang memualkan.
Hak kerakyatan adalah hak yang paling fundamental dalam sebuah negara yang demokratik.
Bahagian 3 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa, tiada seorang pun boleh dinafikan kerakyatannya di Malaysia. Namun, masih ramai yang dinafikan hak tersebut kerana sejak sekian lama mereka telah diabaikan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tambahan pula, kebanyakan mangsa adalah warganegara, melalui kuatkuasa undang-undang di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan dan mereka dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Mereka ini, samada tanpa dokumentasi atau dipaksa untuk menerima MyKad yang ditetapkan untuk bukan warganegara.
Satu kes telah mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia dua minggu lalu. Reshina Batumanathan, seorang pelajar Tingkatan 5, lahir dan dibesarkan disini telah berulangkali dinafikan MyKad. Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan permit bukan warganegara kepadanya supaya beliau boleh menyambung persekolahannya. Masa depannya kabur dan tidak menentu tanpa MyKad yang sepatutnya dimiliki beliau. Reshina adalah contoh rakyat Malaysia yang dinafikan kerakyatannya.
Isu ini adalah isu moral, yang paling utama dalam keadilan sosial. Reshina dan ratusan ribu yang lain yang tidak punya dokumentasi pengenalan diri dipinggir di negara sendiri. Pakatan Rakyat akan menjuarai permasalahan ini dan akan mengembalikan hak mereka yang dijamin Perlembagaan Persekutuan apabila menubuhkan kerajaan persekutuan kelak.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG