Ahad, 26 Ogos 2012
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS
MARI CHIN
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA SE ALAM MAYA
maria chin abdullah dari ngo empower
telah dipanggil oleh ocpd dang wangi
pegawai mata mata ini
telah meminta maria untuk menghadirkan diri
ke rumah pasong dang wangi
maria chin abdullah akan pergi ke rumah pasong
dang wangi esok pada jam 2:00 petang
mari chin akan ke rumah pasong dang wangi
bersama dengan seorang peguam empower
adalah dipercayai bahawa pihak mata mata
memanggil maria chin bersangkutan dengan
JANJI DEMOKRASI
adalah di fahamkan bahawa satelah bertemu
dengan pihak mata-mata maria chin abdullah
akan mengadakan sidang akhbar
semua media di jemput untuk hadir
di pekarangan rumah pasong dang wangi
hanya tukar tiub pemecah beriota sedunia
NOTA:
JANJI DEMOKRASI
ialah program 47 badan ngo
dimana mereka menjemput seluruh
rakyat negara ini untuk memakai kuning
pada malam 30 ogos ini
juga di kuala lumpur akan diadakan
perhimpunan di DATARAN MERDEKA
LAYARI RADIO PUNK ROCK
NOTA:
radio bangsar akan
memulakan racangan berita
saperti biasa jam 9:00
untuk pndengar tegar rabu
sila layari sekarang
radiop bangsar
adalah radio resmi JANJI DEMOKRASI
LAGI BERITA DARI WARTAWAN KANAN STESEN TV
RANCANGAN TELAH SEDIA DI RANCANG
MADEY BERI SIGNAL KEPADA OARNG RAMAI
rumah tebuka madey telah berlangusung
ramai yang datang telah terperanjat
ada satu drama penting telah berlaku
tetapi akhbar TIDAK melapor
apa yang berlaku:
seorang wartawan dari tv tempatan
yang ada bersama dirumah terbuka
telah menceritakan bagaimana:
secara protokal
najib sebagai pm telah datang sebelum tpm
najib terus masuk ke rumah
pada ketika najib sampai
madey sedang dikelilingi oleh tamu
najib datang ke hadapan madey
najib bersalaman dengan madey
para tamu semua gumbira ketawa
tetapi:
apabila madey diberitahu
bahawa muhyiddin akan sampai
madey telah bangun
dan keluar ke pintu untuk
menyambut kedatangan muhyiddin
sekali pandang mungkin tak kelihatan apa apa
tetapi untuk wartawan yang berpengalam ini
amat jelas bahawa madey telah memilih muhyiddin
untuk para senior yang melihat drama ini
mereka kelihatan faham akan signal yang sedang
diberikan oleh madey
untuk yang datang beraya
tidak dapat melihat signal ini
bahasa badan madey cukup jelas
nahu semiotik cukup terang
tanda tanda akhir untuk najib
tanda tanda muhyiddin akan dinobat
NOTA:
tanda tanda hari akhir
kepada najib telah jelas kelihatan
justeru penipu besar besaran
sedang dirancang untuk memastikan
najib menang di pru13
kemangan najib akan
mematahkan serangan 2M - madey muhyiddin
ranacangan penipuan ini
akan memsatikan selangor jatuh
kalau selagor tidak dirampas kembali
maka tali gantung akan sampai pada najib
untuk menyelamatkan diri
najib wajib menipu untuk
menang di selangor!
NOTA:
agak agak wartawan
dari stesen tv yang mana?
DEMO LAGI DI RAUB PAHANG
SATU DEMO HIMPUNAN HIJAU
PENGUMUMAN
semua warga
semua anak muda
semua pelajar
anak semua bangsa
sila datang ke raub pahang
pada 2 sptember untuk berdemo
membantah racun sinide yang kini
sedang mengancam waarha pakang
racun ini adalah hasil dari lombong emas
yang sedagh berjalan di bukit koman raub
kalau di gebeng santau radio aktiof
kini di bukit koman racun sinide
dua duia dari syarikat australia
mari kita buat ramai di raub!
MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA
BERITA TERKINI
BERITA DARI KLIA
satu tim gerak khas dari jakim , jais, jabu dan japin
telah bersedia dalam untuk terbang
ke amerika untuk mermpas kembali mayat
neil tangankuat yang dikatakan
akan ditanamkan dalam jirat kristian
tim gerak khas ini telah beberapa kali
berjaya merampas mayat dan abu mayat di malasyia
neil tangankuat dikatakan telah meninggal dunia
satelah menjalani pembedahan jantung
neil tangankuat ialah sosok pertama yang dikatakan
telah menjejaki kaki ke bulan pada 20 julai 1969
NOTA:
kali terakhir tim gerak khas
ini telah gagal merampas mayat
lebai micheal jackson
NEIL TANGANKUAT (5 ogos 1930 – 25 ogos 2012)
Neil Armstrong, first man on the moon, dies at 82
US astronaut who led the Apollo 11 mission underwent heart-bypass surgery earlier this month
MALAM 30 OGOS KIT BERHIMPUN DENGAN JANJI DEMOKRASI
KOMENTAR TUKAR TIUB
dari jam 10:00 malam
hinnga jam 2:00 pagi
pada malam sabtu 25 ogos
hanya kelihatan dua buah
kereta yang memasang jalur tembelang
ini adalh bukti saheh
bahawa anak semua bangsa
telah bosan dengan jalur temeblang
SANG SAKA TANAH MELAYU
inilah bukti saheh bahawa
anak semua bangsa tak ambil pot
tentang 31 ogos
ini adalah bukti saheh bawa
anak semua bangsa hanya menunggu masa
untuk menghumbankan gerombolan!
MAT BRONSON MENJEMPUT SEMUA TURUN
TURUN TURUN KE DATARAN MERDEKA
PAS : PAKAI BAJU KUNING KE JANJI DEMOKRASI - mkini
Zulaikha Zulkifli
5:08PM Ogos 25 2012
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyeru ahli parti itu supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada malam 30 Ogos bertempat di Dataran Merdeka.
Beliau turut menyarankan agar peserta yang hadir pada himpunan itu nanti akan memakai baju warna kuning – warna yang simbolik dengan kempen tuntutan pilihan raya bersih dan adil.
"Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan.
"Pada malam yang sama kita juga akan adakan sambutan kemerdekaan di Selangor (Shah Alam).
"Kita galak supaya semua yang hadir memakai warna kuning kerana tuntutan BERSIH kita masih berterusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat biro politik di ibu pejabat PAS hari ini.
Mohamad juga berkata, Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan satu program sama pada hari tersebut di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Selain itu, PAS juga mengumumkan bahawa siri program Himpunan Hijau anjuran parti itu akan diadakan untuk sambutan peringkat negeri Sabah dan Sarawak.
Naib presiden parti itu Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Hijau di negeri Sabah akan diadakan pada 1 September dan di negeri Sarawak pada hari berikutnya.
"Kita adakan himpunan hijau secara besar-besaran kerana kita dapati sokongan di belah sana semakin memberangsangkan," kata Mahfuz lagi.
Himpunan Janji Demokrasi sebelum ini dipromosi sebagai nama Janji BERSIH.
Nama perhimpunan itu ditukar kepada Janji Demokrasi memandangkan pergerakan tersebut tidak dikaitkan dengan gabungan NGO BERSIH, walau sebahagiannya merupakan anggota gabungan badan tersebut.
Nama Janji Demokrasi itu juga disesuaikan dengan tema Janji Ditepati yang dijadikan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-55.
NOTA:
janji demokrasi
ialah tuntutan rakyat
janji demokrasi
ialah peerjunagan rakyat
jangan lagi ditipu dengan memula moon
jangan lagi ditipu dengan bukit kepong
jangan lagi ditipu dengan jalur tembelang
bersama kita merayakan janji demokrasi
dataran merdeka
malam 30 ogos
jam 10: 00 malam
NOTA:
janji demokrasi
ialah tuntutan rakyat
janji demokrasi
ialah peerjunagan rakyat
jangan lagi ditipu dengan memula moon
jangan lagi ditipu dengan bukit kepong
jangan lagi ditipu dengan jalur tembelang
bersama kita merayakan janji dmeokrasi
dataran merdeka
malam 30 ogos
jam 10: 00 malam
TERDESAK TERTEKAN HINGGA NAZAK
TELAH KEHILANGAN PENYOKONG
ISU HUDUD MENUNJUKKAN BN TERDESAK POLITIK, KATA ANWAR - minsider
KUALALUMPUR, 25 Ogos — Tindakan memainkan isu negara Islam dan hukum hudud secara berterusan oleh media Barisan Nasional (BN) adalah percubaan terdesak untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap rasuah dan salahguna kuasa, kata Anwar Ibrahim (gambar) hari ini.
Ketua pembangkang hari ini menggambarkan usaha parti pemerintah BN untuk memainkan isu perkauman dan agama dalam media yang dikawal Umno sebagai “cubaan keji untuk mengugut dengan hasutan agama dan persengketaan etnik “ yang dibuat dalam keadaan politik terdesak menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau menegaskan PR komited kepada prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
25 OGOS 2012
HUDUD DAN KETERDESAKAN POLITIK UMNO
Percubaan terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan.
Dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang semakin membebankan rakyat.
Berkaitan persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.
Dalam hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik, kebertanggunjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan yang terbaik buat rakyat.
Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan mereka sendiri.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia
stesen punk rock terulung: