Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 15 April 2013

SATU LAGI PENCERAHAN UNTUK PEMBACA



SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS


AKHIRNYA TARIKH SAMPAI

Bila parlimen dibubar? Bila rakyat Malaysia akan mengundi? Berbulan bulan soalan dan labon ini kedengaran. Ianya telah menjadi  menjadi labon klasik setiap empat tahun.  Bukan satu yang menakjubkan : apabila  dua sahabat bertemu mereka bersalamam dan bertanya khabar. Kemudian akan  timbul soalan kedua : bila pilihan raya? Fenomena sabagini hanya berlaku dan terjadi di Malaysia.

Para pembaca yang budiman pasti telah pernah  mendengar kesah Rosmah Mansor berjumpa  Guru Ji – bomoh dari India.  Atau mendengar kesah Najib Razak suka angka terkangkang – numbor  11. Kita juga ada mendengar bagaimana United Malays National Organisation cuba merancang untuk  memilih 11 atau 12 Mei sebagai hari mengundi. Tarikh 11 atau 12 Meli ini dipilih untuk mengingatkan mereka  yang hilang ingatan  kepada tarikah dimana United Malayas National Organisation telah  kalah terok pada tahun 1969 – lalu meroyan , meraung dan mengamok.

Rosmah bukan menengok anak bulan dengan Guru Ji tetapi mencari nujum ini  untuk menilik tarikh yang terbaik untuk isterinya...opps... suaminya  membuat pilihan raya. Najib pula dikatakan amat suka  dengan angka 11 – angka dua kaki tegak berdiri. Maka mungkin kerana suka dua kaki terpacak maka Najib akan memilih hari ke 11 akan menjadi hari PRU13.

Semua labon-labon  ini betul. Semua labon ini ada asas. Malah bertanyakan  bila PRU13 akan diadakan telah menjadi tajuk perbualan  dari hari   Rosmah Mansor dan isterinya...opss.. dan suaminya Najib  Razak  berjaya menempeleng Dolah Badawi. Sebenarnya  Rosmah dan Najib hanya tumpang tempeleng. Yang menerajang  Dolah Badawi hingga sesak nafas ialah Muhyiddin Yassin.   Najib dengan perangai takutnya hanya menunggu peluang untuk memijak Dolah yang telah  jatuh tersungkur. Ini sejarah. Ini bukan fitnah.

Sebenarnya sistem pimilihan wakil rakyat di Malaysia penuh dengan tipu helah. Suruhajaya Pilihan Raya  yang diwujudkan oleh Parlimen untuk mengendalikan pilihan raya  kini telah menjadi  barua kepada United Malays National Organistaion.  Tugas  utama yang dilakukan oleh SPR ini ialah untuk memastikan United Malays National Organisation dengan Ketuanan Melayunya  akan terus berkuasa. Ini juga fakta. Ini juga  bukan fitnah.   Ini rahsia umum. Malah  orang ramai telah diberitahu Pengerusi  dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli parti United Malays National Organisation.

Dalam negara Malaysia hanya orang kurang siuman sahaja yang pecaya bahawa SPR ini satu lembaga  yang bebas. Tetapi, masih ada  suara-suara yang mengakui bahawa SPR ini adalah lembaga yang adil dan telus. Untuk saya , mereka  yang  memiliki pendapat sademikian  cukup senang untuk difahami.

Orang yang mengakui bahawa SPR ini satu badan bebas dan adil kerana mereka memiliki kepentingan dan pertalian ekonomi dengan United Malays National Organisation.  Dalam hati kecil ‘orang-orang’ ini, mereka sedar tentang wujudnya penipuan yang dirancang oleh SPR. Mereka ini pura-pura  buat kurang arif. Mereka cuba buat tidak sedar. Ini  kerana jika United  Malays National Organsiation tergelincir dari kuasa maka mereka akan hilang peluang perniagaan.

Mereka yang buat buat tak sedar bahawa penipuan berlaku dalam pilihan raya ini  pasti ada kepentingan ekonomi dan politik untuk berbuat demikian.   Mustahil selama emat lima tahun ini – dari Bersih 1 hingga ke 12 Januari 2013  - Himpunan Kebangkitan Rakyat – minda mereka tersimin ketat. Saya amat yakin ahli United Malays National Organisation yang berkarat pun tahu penipuan berlaku. Tetapi, mereka semua ini menerima penipuan kerana  undi tipu ini membolehkan mereka cari makan.

Justeru, saya  merasa amat marah apabila dituduh menabur fitnah kerana menuduh SPR dan United Malays National Organisation menipu dalam pilihan raya. Mati-matian saya diminta untuk menunjukkan  bukti. Saya diasak. Saya ditekan untuk memaparkan bukti.

Ada sosok yang meminta saya buktikan  dimana penipuan SPR? Atau meminta tunjukkan bukti  dimana United Malaya National  Organisation menipu? Awalnya saya marah mendengar permintaan ini. Kemudian  saya beralih menjadi sedih.

 Dengan rendah hati  - dengan sedih lagi pilu – saya sedang  melihat bagaimana anak semua bangsa dalam negara   tempat kelahiran saya ini telah menjadi bodoh. Mereka yang bertanya , mereka yang meminta   bukti penipuan -  adalah contoh terbaik bukti  kejayaan United Malays National Organisation membodohkan orang ramai. Inilah yang saya istilahkan pengbonsaian  warga   Malaysia.

Bertanya dan meminta bukti dimana pilihan raya tipu hanya keluar dari otak orang bangang  yang telah bonsai akal fikrahnya. Akal dan fikiran mereka tidak dapat lagi melintasi pagar RTM, Utusan atau Tv3. Mereka telah diperangkap. Otak mereka telah disimin.

Mari kita lupakan kaji selidik yang dilakukan oleh Dr.Ong Kian Meng dari Malaysian Electoral Roll Analysis Projek (MERAP). Lupakan juga penemuan 134,000 nama pengundi di Selangor yang tidak diketahui jantan betinanya. Penemuan 134,00 nama ini adalah hasil kajian satengah tahun yang ditaja oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Lupakan  juga fakta bagaimana MB Selangor sendiri telah  dialih kawasan mengundi dari Seksyen 16 Petaling Jaya untuk  menjadi pengundi  Lembah Pantai.

 Lupakan juga bagaimana beberapa orang ibu dan ayah yang telah membuat sidang akhbar kerana hairan nama anak mereka yang sedang belajar diluar negara  tetiba menjadi pengudi, wal hal anak mereka TIDAK pernah mendaftar sebagai pengundi. Lupakan juga puluhan ribu bakal pengundi yang nama mereka hilang lesap entah ke mana.

Lupakan juga 4000 nama pengundi hilang dari kawasan Perlabuhan Klang. Lupakan juga 4000 nama  pengundi Taman Medan yang telah hilang.  Kes-kes  dan kajian diatas boleh dihujah untuk ditolak kerana yang menjalankan kajian ialah mereka yang pro kepada Pakatan Raykat. Kaji selidik didanai oleh kerajaan Selangor.  YB Charles Santiago dari Perlabhuan Klang dan YB Haniza dari Taman  Medan  adalah YB dari Pakatan Rakyat.

Tetapi bagaimana  pula dengan RCI Sabah? Bagaimana dengan Suruhanjaya  DiRaja Siasatan Kad Pengenalan Palsu di Sabah?

Mereka yang menuntut Suruhanjaya ini bukan orang Pakatan Rakyat atau yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.  Antara yang menuntut penubuhan suruhajaya ini ialah Bernard Giluk Dompok – bekas menteri kabinet Barisan Nasional. Antara yang meminta kes kad pengenalan palsu ini disiasat ialah Yong Teck Lee, Maximus Ongkili dan Joseph Pairin Kitingan.  Bengolan-bengolan ini bukan kecik anak – mereka adalah gedebe-gedebe dari parti kaum kerabat United Malays National Organisation.

Untuk saya  RCI  atau Suruhanraya Di Raja Siasatanh Kad Pengenalan Palsu ini adalah bukti penipuan undi  yang terpampang  jelas  untuk dilihat oleh  orang ramai. Saksi-saksi awal tanpa segan dan  silu telah menyatakan kepada ahli Suruhanjaya bagaimana kad pengenalan segera telah diberikan kepada pendatang haram untuk membolehkan  pendatang haram ini mengundi parti yang menyokong  United Malays National Organisation.

Ini bukti saheh. Bukti ini bukan datang dari  mulut penyokong  Pakatan Rakyat. Bukti dan cara kad pengenalan segera ini diagih-agihkan kepada pendatang haram telah  didengar  dari mulut  pegawai-pegawai tinggi Jabatan Imigrisen, dari mulut pegawai tinggi  Jabatan Pendaftaran Negara atau dari mulut Tuan Pegawai Daerah Sandakan yang terlibat pada ketika itu.

Sayangnya – selama lebih dari 50 tahun – ramai warga negara Malaysia telah dibonsaikan. Atau lebih tepat lagi telah menjadi bodoh sehinggakan tidak dapat  menggaris dan menyusun berita laporan Suruhajaya DiRaja ini ini sebagai  satu bukti penipuan undi di Sabah. Bukti penipuan terpampang luas dihadapan mata tetapi tidak dapat dilihat.

Kegagalan warga  menyusun   berita yang keluar  dari laporan  siasatan  Suruhanjaya DiRaja untuk dijadikan satu naratif penipuan membuktikan bahawa proses pembodohan telah sampai ke kemuncak. Penipuaan undi telah terang-terang dilaporkan tetapi masih ada lagi yang bertanya : mana bukti penipuan berlaku?

Kadang-kadang saya teringin menempeleng orang yang meminta bukti penipuan undi dalam pilihan raya. Kadang-kadang saya marah becampur sedih. Marah kerana berhadapan dengan soalan bodoh.  Sedih kerana mereka juga adalah kaum keluarga kita, sahabat handai kita dan warga  negara Malaysia yang telah berjaya dibodohkan.

Pada 5 Mei 2013 rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Tarikh telah ditetapkan. Sama ada tarikh ini dengan persetujuan Guru Ji atau dengan  restu Pak Bomoh Najib saya tidak tahu. Malah  semua ini tidak penting.

Ada satu pekara yang saya sedar dengan jelas.  Beberapa minggu satelah Najib menempeleng  Dolah Badawi ada seorang  kawan saya yang amat rapat dengan Abdullah Badawi telah  memberitahu saya bahawa PRU13 akan diadakan satelah semua sistem penipuan disusun rapi.

Awalnya saya kurang yakin akan ‘borak kosong’ ini. Kawan saya ini ada juga memberi saya tahu tentang strateji untuk memunculkan banyak NGO Melayu Islam untuk ke hadapan mendindingi United Malaya National Organisation.   Saya juga diberitahu bahawa ‘pembayaran’ dan  duit akan ditabur  untuk membeli sokongan.

Saya perhatikan satu demi satu pekara yang saya difahamkan empat tahun dahulu kini  telah terjadi. Ngo Melayu Islam mengulat taik, pemandu teksi diberi tayar, komputer dan buku diagih  untuk pelajar, gaji pelbagai bidang telah dinaikkan, Mak Cik dan Pak Cik Felda dapat 15 ribu ringgit – duit sedang ditabur disana sini.

 Maka apabila tarikh 5 Mei 2013 itu  diumumkan maka saya yakin semua sistem untuk menipu telah dipasang dan telah bersedia untuk memastikan United Malays National Organistion terus berkuasa.  Atau apakah strateji  jahat yang dirancang oleh SPR ini akan  dapat mengalahkan kebangkitan rakyat? Tunggu minggu hadapan. (TT)

NOTA

SUARA KEADILAN
telah menjadi 2 kali seminggu
hari selasa dan hari jumaat
SK  terjual sebanyak 150,000 
keping setiap keluaran

akhbar cool  lagi melawan
tanpa lesen atau permit 
boleh didapati di semua 
penjual akhbar yang berani

tulisan ini telah keluar
dalam SUARA KEADILAN terbaru




------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aduhai TT.

Kepada sesiapa yang ingin melihat atau dibuktikan yang SPR adalah memihak kepada UMNO, maka sila tanya "Melayu Khinzir" (terlalu bodoh) tu, sila buktikan dahulu bahawa Emak dia adalah seorang perempuan dan minta bukti suruh emak dia kangkang tunjukkan puki(faraj), baru kita percaya.... bahawa emaknya adalah perempuan sejati.gSHOW

Tanpa Nama berkata...

Salam Bang Isham,

Sey dapek maklumat dr bapak mertuo yg dlm pertemuan Noh Omar bbrp mggu lopeh dgn ketuo2 pukida selangor yg diadakan di sebuah restoran tmn medan ado berbunyi;

kalau PR monang laie Selangor & Malaysia, puak2 false malay warrior ni diarah utk bersedia cotuihkan huru-haro n buek kacau...ini dah mcam modus operandi 13 Mei 1969 dulu...

mintak semuo jentera PR alert...mmg cilanat Noh Omar ni...jahanam negaro kalau manusio cam dio ni jd MB Sgor!!!!

dean. berkata...

enche tukar tiub,

saya ada satu persoalan yang mungkin enche tukar tiub dapat hurai mengikut firasat dan keberangkalian yang paling utama.

katakan jika PR menang pilihanraya kali ini, apakah perkara-perkara yang tukar tiub rasa PALING UTAMA untuk PR address supaya kekecohan dapat dielak atau sekurang-kurangnya diminimalkan.

seperti semua maklum, media massa arus perdana semuanya dicontrol oleh umno dan associate. bagaimana jika laporan mereka semua menjurus ke arah pewujudan rasa tidak tenteram, huru hara akibat kekalahan mereka. television, radio, suratkhabar semuanya akan memainkan segala macam isu untuk cuba merealitikan 13 mei, sekali lagi.

ditambah pula dengan sistem SPR itu sendiri, diadu dombakan pula oleh pejabat attorney general. pihak penguasa, polis terutama bersiap sedia untuk "mengganggu" perayaan kemenangan dan BERSIH v2.0 akan ada ulangan. rakyat dituduh memberontak, sekali lagi, cubaan merealitikan 13 mei bagi memberi ingatan bahawa negara ini milik cuma umno dan associate.

apa pandangan enche tukar tiub supaya orang ramai bersedia dalam worst-case scenario.ugutan bertalu-talu dah datang dalam setiap peringkat. benar kita mahukan segala berjalan lancar, namun tiada yang mustahil. langkah berjaga-jaga harus diambil.

Tanpa Nama berkata...

mencarut adalah amalan macai PKR

Tanpa Nama berkata...

sham,

ko tempelengkan je...tak cukup tangan, dengan kaki ko terajang! baru ada akal...

Tanpa Nama berkata...

MENCARUT LELEBIH BAIK DARI MENIPU DAN MERASUAH..MENCARUT KITA NMPK TERANG2AN..MENIPU DAN MERASUAH UNDERCOVER DAN LAGI MAHA KEJI!! PUIHHH!!

Tanpa Nama berkata...

video sex adalah sunah umprono.