Jumaat, 21 Jun 2013

APA SUDAH JADI DENGAN NEGARA BANGSA







PENCERAHAN DARI PEMBACA
TT, lihat poster Karnival Dewan Bahasa Dan Petaka ni, tengok senarai aktiviti2 dia dan sila kah kah kah http://i.imgur.com/YlHDnFI.jpg on TUKAR TIUB MEMECAH BERITA LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 6/20/13

SATU INGATAN UNTUK SEMUA

KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan saksikanlah
betapa telah merosotnya 
gudang fikir melayu
gudang ilmu melayu
gudang inteligensia melayu

satu ketika dahulu  gedung inilah 
penaung   pemikir bangsa
tongkat waran keris mas
kassim ahmad baha zain
rustam sani rohani rustam
saleh haji yusop dan dan dan

ribuan lagi pejuang bangsa sastera dan budaya

gedung ini menjadi benteng
benteng  bahasa dan budaya
gedung ini menjadi rujukan bangsa
gedung ini menjadi pemula sandiwara dan teater
gedung ini pemangkin fikrah bangsa

poster ini memiliki tanda dan makna
tentang kemerosotan bangsa
poster ini ada satu penghinaan terhadap
fikrah  dan tamadun melayu
yang kini hanya sanggup melakukan
pertandingan memakan kauci


pertandingan karakoke
pertandingan memasak


apa sudah jadi?


apa sudah jadi dengan keilmuan tun seri lanang
apa sudah jadi dengan keilmuan mushi abdullah
apa sudah jadi dengan magnum opus  salalatus salatin

apa sudah jadi?

kesakitan bangsa   ini telah sampai ke kemuncak
jika poster ini tidak membuka mata 
jika poster ini tidak menusuk hati dan jiwa
jika poster ini tidak menjadi tanda alamat 
hancurlah hancur

apakah  kini pemikir bangsa hanya boleh 
menyusun pertandingan menghias kek

apakah kini pemikir bangsa hanya berupaya
mengadakan  kempen derma darah

apakah pemikir bangsa TIDAK sedar
bahawa  pertandingan memakan kauci itu
bukan satu metapora
bukan satu kiasan 
memakan kauci ialah 
cara pelacur membunuh masa
ketika menunggu pelanggan

akhirnya gedung yang membuka 
wacana  keranda 152
kini hanya menjadi keranda


------

13 ulasan:

  1. Woow..

    santai dar relek orang2 DBP ni...
    tunggulah petaka berlaku..
    lenalah korang dgn angan angan...
    bangsa ku dah dicanai-canai..



    BalasPadam
  2. Isu Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia lihat disini (klik)

    BalasPadam
  3. DBP ada pertandingan mrnghias kek. UIA ada pertandingan mengatur donut terbesar dunia. Ha ha ngam le tu.

    BalasPadam
  4. Sungguh malang, ada universiti pun hanya mampu menyusun donut, dbp pula memang dah jadi dewan petaka

    BalasPadam
  5. kalau buat pertandingan menulis sajak ke,puisi ke,syair ke,madah ke,rencana ke,cerpen ke ade bagosnya jugak..ini makan kuaci hadiah hamper yg nilainya hanya lah berapa ringgit sangat dahtulak hamper yg di isi makanan yang membodohkan pemikiran,buat kek hadiah kek sendiri buat sindiri makan..punah ranah habis hancor..lebur loloh...polos...melayu punya wadah sudah hancur..sudahlah sademikian,bahasa bangsa tulisan bangsa sudah tidak mampu bertahan..kembalikan jawi kedalam penulisan bangsa..pelihara ia saperti mana bangsa cina dan india menjaga kekal tulisan bangsa mareka..melayu sudah lama hilang bilamana tulisannya turut pupus karena telah menukar kedalam rumawi..ini madey kutti punya angkara...kerana kutti saorang..jawiku hilang

    BalasPadam
  6. bagai pelacur menunggu pelanggan..
    makan kuaci jadi tandingan..
    habis melacur menghisap candu..
    tergadai bangsa hapuslah budaya..

    fail la aku punya sajak
    ini semua salah Anwar
    pukimak betul
    kepala butuh hangpa kahkahakah

    BalasPadam
  7. Bukan DBP saja makan kuaci.....mahathir...zambri...muu keriss...pijat...dan seguni lagi EEEEEEEEE yang merasa melayu sejati makan kuaci.......pembunuh masa....pelacur membunuh masa menunggu pelanggan.......hahahahahahhaa......sontoloyon tul ko tt....kuaci...dengan kuaci pun ko boleh bunuh orang.....hahAhhahah...itu belum kacang....hhaahahahahha

    BalasPadam
  8. kuaci?? karaoke?? hias kek?? jualan makanan???
    puiiii...apa kaitan benda2 tu dengan bahasa dan bangsa...??
    melayu oh meleis...
    pendukung bangsa dan bahasa la sangat kononya DBP....???
    puiiiiii....tunggu sikit hari lagi punah la meleis niii....

    BalasPadam
  9. Lagi satu pertandingan yang tertinggal iaitu....PERTANDINGAN KENCING BERDIRI. Itulah akibatnya jadi pengarah melalui jalan politik...otak pun cetek...@#$%*&#

    BalasPadam
  10. tak payahlah
    isu2 bahasa ni
    sastera melayu pd pengguna bahasa melayu
    bukan pd
    dewan bahana dan petaka
    kahkahkahkah
    bubarkan aja dbp ni
    membazir
    tiap tahun belanja juta2
    sedapp
    makan tanggung berak cangkung
    cukup bulan mkn gaji
    buat program makan kuaci

    BalasPadam
  11. Eeee.. X sanggup nak tgk la

    cuba tgk gambar2 ni

    Subhanallah.. Ngerinya



    BalasPadam
  12. Betul betul menusuk jiwa, sedihnya... macam tu je tarafnya program anjuran DBP? WTF! Bangunan mencakar langit, tapi nilai intelek kosong, banguan tinggi tu mesti masyukk untuk kroni bukan nak tinggikan nilai bahasa atau bangsa!

    BalasPadam
  13. hina dan sial tahap maksimun DBP skrg ni.... seingat aku di DBP lah selalunya ada diskusi yg panaskan minda cerahkan nurani..ini mcm celaka punya acara dibuat...memang nak hancurkan, bonsaikan pemikiran masyarakat lahanat2 bangkai yg pimpin DBP la ni...

    BalasPadam