PRESTASI PENDIDIKAN MALAYSIA KEDUA TERCOROT DI ASIA TENGGARA MENGIKUT PENILAIAN PISA
Keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (atau “Programme for International Students Assessment” PISA) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini.
PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh OECD (“Organisation for Economic Corporation and Development”) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.
PISA telah menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.
Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang baru diumumkan:
Matematik
Mata dicapai
|
Membaca
Mata dicapai
|
Sains
Mata dicapai
| |
Singapura
|
573
|
542
|
551
|
Vietnam
|
511
|
508
|
528
|
Thailand
|
427
|
441
|
444
|
Malaysia
|
421
|
398
|
420
|
Indonesia
|
375
|
396
|
382
|
Purata mata negara-negara OECD
|
494
|
496
|
501
|
Ini satu keputusan yang sangat mengejutkan apabila terbukti mutu dan keberkesanan sistem persekolahan kita ternyata jauh ditinggalkan oleh Vietnam, sedangkan Vietnam pernah dimusnahkan di dalam peperangan dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.
Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah. Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain.
Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil dari Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya sedemikian rupa.
Penerangan rasmi yang diberikan di laman Kementerian Pendidikan (rujukhttp://www.moe.gov.my/bpk/v2/ download/HOTs/Status% 20Pencapaian%20Malaysia% 20Dalam%20TIMSS%20dan%20PISA. pdf ) menggariskan faktor-faktor berikut yang menyebabkan keputusan PISA yang corot:
1. Sikap murid – ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab
2. Format soalan – soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual
3. Keutamaan guru – Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi
Sementara saya menerima faktor-faktor tersebut dan bersetuju dengan post-mortem yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, ia jelas mengiyakan pandangan ramai pihak mengenai kelemahan sistem pendidikan yang ada sekarang. Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan/naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek.
Tindakbalas Kementerian Pendidikan yang memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan berbeza dari pelaksanaan di negara-negara lain. Akibatnya, guru-guru pula dibebankan dengan tugasan mengisi borang dan kerja-kerja birokrasi yang lain sehingga mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman.
Sebab itu, keputusan PISA yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua tercorot di Asia Tenggara sewajarnya mengejutkan dan meyakinkan kita bahawa sistem pendidikan sekolah yang ada sekarang tidak berjaya mempersiapkan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan serantau.
Saya menyeru supaya Menteri Pendidikan menerima hakikat ini dan mengambil langkah-langkah berikut:
1. Menggantung pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk ditambahbaik dengan mengambil kira masalah-masalah yang disebut oleh Kementerian Pendidikan mengenai kepincangan sistem pendidikan sekolah
2. Mengubah sukatan mata pelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya ia menekankan pemahaman konsep dan bukan mengingati fakta dan soalan latih tubi semata-mata
Walaupun Barisan Nasional menghabiskan ratusan juta membayar perunding asing untuk mendapatkan idea menaiktaraf sistem pendidikan, jelas sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah umum sistem pendidikan negara.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
4 DISEMBER 2013
yes..yes..yes rafizi.. bravo.. jangan lupa lantik saya jadi perunding yer..
BalasPadamkalo sebut UMNO ni, dia cuma nak buat kontrek dan rembat duit jer.. 7.2 billion tu bayar kpd syarikat perunding.. sistem nak lingkup, dia apa pedulik?? ada UMNO-BN kesah?? jangankan sistem pendidikan sekolah..malah universiti pun jadi mcm haramjadah..
lu cuba pergi UM.. cuba bergaul dgn bebudak UM yang universitinya gah mcm kepala bana di mesia ni.. budak2 UM pun tak mampu mengubah paradigm dan mentaliti melayu UMNO.. kalo jumpa yang hebat pun, bukannya tak ada, tetapi berapa kerat sangat??? blom lagi join uni2 lain..
kah kah kah!
BalasPadamNasi dangang gulai lemak udang,
dimakan enak selepas bersenam,
seronok gerombolang bersidang,
gula naik pendidikan negara jahanam.
Pendidikan Malaysia tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran?
BalasPadamEngko tahu tak apa yang engko cakap ni? Percambahan fikiran boleh mengamcam keselamatan negara tau!
Bayangkan, dalam keadaan rakyat berfikiran jumud pun sokongan terhadap BN pun boleh susut di bawah 50 peratus semasa PRU 13 baru-baru ini.
Apa lagi kalau pendidikan mengarah kepada percambahan fikiran. Mau mampus BN dibuat pada PRU yang akan datang!
Rafizi tak ikhlas ni. Nampak sangat dia nak memenangkan Pakatan.
Bekas Cikgu
Oi bekas cikgu! (mangkok hayun ni mesti ahli umno)
Padamlu ni bongok ke apa? Aku rakyat, aku nak negara aku maju bukan mundur!
umno nak lingkup bukan masalah aku! padan muka depa tak berkerja utk rakyat. TAu nak rompak rakyat je!
Kakakakka.....negara ada menteri pendidikan bodoh...apa tak bodoh semua.....jual tanah dah senyap...ingat orang tak nampak...ingat orang bodoh...dia lagi bodoh.....phd talak...ada hati nak didik orang....pui.....mmmm banyak makan babi...tulah muka pun dililit daging......mana anak meke sekolah..
BalasPadamSMK malaise ke......SMK tu apa turrrrr.....suap makan kentut....
UMNO memang rancang supaya rakyat malaysia jadi bodoh ikut jo telunjuk UMNO ni. Mereka yang muda-muda sekarang ni tapi bukan semuo lebih kurang separuh boleh dianggap kurang pandai. Ada budak graduate IPTA yang tanya aku ada apa kat lembah bujang tu bang yang dok kecoh-kecoh sekarang ni lopeh tu tu tanyo eden apa bendanya candi tu. Menepuk dahi eden dibueknyo. Takkan benda general knowledges ada belajar maso sekolah form 1 dulu pun tak tahu, tah apo bondo yang dio belajar kek sekolah dan u tu tak tahulah. Sobar jelah eden dongan bebudak zaman sekarang ni.
BalasPadamPolisi pendidikn negara biar bodoh bertingkek2...senng d cucuk idung leh jd macai wajib..klu xsedar alhamdulillah..kata pak menteri
BalasPadamTunggu sehingga Hasan Malek dan menteri2 BN keluarkan kenyataan rasmi PM, INTIPATINYA ialah:
BalasPadam1. Jgn percaya PISA sbb dia bukan badan bertauliah drpd Malaysia..
2. Markah drpd setiap mata parameter itu, lulus 40 mata. Jadi rata2 mata setiap parameter yg diukur, Malaysia sudah mencapai lebih 400. 10x ganda drpd yg PISA tetapkan. Nah.. Puji2an patut diberikan kpd "bekas guru" yg berjaya menghasanmalekkan budak2 skolah.
3. Negara juga mempunyai sistem penilaian sendiri yg terbukti spt yg dikendalikan oleh beberapa jabatan khas diusahakan kerajaan sejak 1300an lagi spt BONAMA (bodo nak mampos!), EDMATA ( eden makan taik!) dan BOMAPELEPAN ( bodo mcm pelir lepas pancut!). Badan2 ini telah menguji dan terus menguji sehingga kiamat kali ke 8 dan hasilnya kita dpt lihat seperti Lokman Adam (pemikir melayu tahap pelir lembik), Fathul Bari, Mufti2 Islam Bersih Jernih mampu menghalalkan Kewangan2 Riba dan Pelaburan2 Riba, Judi dilesenkan serta yg terbaru Arak boleh dihalalkan setelah dilesenkan. Dan kita amat berhati2 untuk keluarkan cerdik pandai kita, antaranya Dolah Bodowi (betul tak? Eh kemana dia mendiam jer ni.. tidur blom bangun lagi ke?).. begitu juga dgn Nazri Aziz..dan produk terbaru kita ialah Hasan Malek dan Profesor Sahul yg baru2 ini berjaya membuat batik terpanjang dan susun tin 1Mesia..
tt patut berbangga dgn kebolehan badan2 pemikir kita.. tolonglah jgn potong stim menteri2 hasil dr kecekapan BONAMA, EDMATA dan BOMAPELEPAN.
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
BalasPadamPendidikan Malaysia tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran?
Engko tahu tak apa yang engko cakap ni? Percambahan fikiran boleh mengamcam keselamatan negara tau!
Bayangkan, dalam keadaan rakyat berfikiran jumud pun sokongan terhadap BN pun boleh susut di bawah 50 peratus semasa PRU 13 baru-baru ini.
Apa lagi kalau pendidikan mengarah kepada percambahan fikiran. Mau mampus BN dibuat pada PRU yang akan datang!
Rafizi tak ikhlas ni. Nampak sangat dia nak memenangkan Pakatan.
Bekas Cikgu
5 Disember 2013 10:11 PG
apa la bangang bekas cikgu ni...tue lah orang suruh belajar tinggi2...bukan untuk mengikut sistem.... tapi belajar pada sistem tu....
masalah ker kalau bercambah fikiran? ilmu kan perlu diterangkan... kalau tak faham pasal ilmu kene lah tanya..... kau ingat rakyat sekarang macam tahun kau belajar dulu ke? tahun kau dulu yer berfikiran jumud... pergi sekolah mengajar just nak duit jer...tue yang budak sekolah sekarang bangang...budak nakal kau singkirkan...haha..... macam mana kau boleh cakap rakyat berfikiran jumud?? kau ni mesti cikgu bahasa malaysia yang memperhambakan duit... tujuan hidup kau ni memang lahir-lahir untuk BN? agama dulu bang, sebab agama yang sebenar mengajar kita berfikiran menggunakan akal...
haha..bekas murid2
Dua dua atas ni bodoh...si cikgu kata sarcasm..si murid pun dok tahu apa nak diulas.....kakakkaa..oi murid bakas...cikgu tu sindir..yang ko serius jawap naper....baca dan fahamiler apa maksud intonasi tulisannyer tu.....ini dua dua mesti scool di USA NI TAK PUN UK.....dua dua british...kakakkakakakaka
PadamErmmm....bekas cikgu tu sarkastikla...
BalasPadam